Showing posts with label #Zulkaedah. Show all posts
Showing posts with label #Zulkaedah. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Perodua Axia

Bismillah,

Assalamualaikum.

Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang diberi nama Perodua Axia.

Comel kereta tu, kecik sikit dari MYVI, besau sikit dari VIVA.
Kira kalau kita wanita-wanita yang guna memang akan jadi double comel lah! Hehe.

Saya dah tengok Axia ni, okelah. Cantiklah. Tapi hampeh kan, sebab nak tunggu Proton Iriz dilancarkan. Baru kita boleh decide apa-apa. (Hee kalau nak decide lah, bukan senang nak beli kereta, amat memerlukan kewangan yang kukuh. Sat ni p beli, kalau duit cukup-cukup untuk bayar bulan-bulan, bai bai lah kereta jadi bahan pameran sebab tak dak duit nak isi minyak. )

Hari Isnin lepas saya dengan ibu dan ayah, excited lah ni, pergi dekat PERODUA YBK SERVICES SDN BHD seksyen 11, Shah Alam untuk melihat sendiri keunggulan kereta comel ni.

Pandangan pertama saya dah jatuh cinta pada warnanya. Haha. Warna Merah Cili. Cantik ok. (Saya je lah jatuh cinta, orang lain tak tahu.)

Then, kami pun pergi melawat kawasan sekitar. Melawat kawasan bak kata along. Luar dalam. Kehulur kehilir, sampai sales advisor tu pun ikut je lah kitorang. Yelah, nak cari pelanggan lah katakan. Layankan saja.




Untuk pengetahuan awak semua, Perodua Axia ada beberapa jenis (eh betoi ka?) :

Axia 1.0 Standard E (M) - Price RM 25,000.00

Axia 1.0 Standard G (M) - Price RM 30,200.00

Axia 1.0 Standard G (A) - Price RM 33,200.00

Axia 1.0 SE (M) - Price RM 37,200.00

Axia 1.0 SE (A) - Price RM 40,200.00

Axia 1.0 Advance (A) - Price RM 42,530.00


Hehe itu harga sekali lalu yang saya tahu lah melalui kertas yang encik tu bagi. Kot ke ada orang lain, lain harganya, wallahu'alam.

Pada saya kereta ni, bolehlah jugak untuk dibeli buat sesiapa yang baru mula-mula kerja, gaji tak berapa mencukupi, dah sesuai. Insya Allah.

Mungkin nanti bila nak dibandingkan dengan Proton Iriz tu banyak jugak perbezaannya.
Namun, setiap apa dalam dunia ni, memang ada kelebihan dan kekurangan.
Kita syukuri kelebihan, kita raikan perbezaan, kita baiki kekurangan.

Well, honestly speaking, kalau awak nak beli kereta, beli ikut kesesuaian dengan yang awak mampu, bukan kesukaan yang membebankan.

What for beli kereta yang harga mencanak tinggi semata-mata tak nak orang pandang rendah dekat kita? Please oke, niat nak beli kereta pun kena betul awalannya. Bukan nak beli kereta sebab nak menunjuk kat jiran sebelah, or nak bagitau "makk mentuaa, saya ada kereta besau niiii..", or nak cakap dekat kawan tempat kerja, "hello, i pun guna hon** k."

Ehh hello, kalau ada niat yang macam tu, tolong tolak tepi. Kebiasaannya orang beli kereta ni sebab nak memudahkan pergerakan. Contohnya nak ke tempat kerja. Nak elak hujan panas. Nak lebih selamat. Sebab kalau pakai motor ni risiko tinggi sikit.

Tapi kalau awak mampu nak beli lebih dari Axia ni, dipersilakan.
Kalau untuk student ke, yang baru lepas habis belajar ke, pada saya harga yang ditawarkan oleh pihak Perodua, dikira berpatutan.

As simple as that, kalau tak berminat, tak perlu nak kondem yang boleh menjatuhkan. Kalau beri pendapat dan kritikan yang membina, itu tak apa. Supaya apa-apa kekurangan, boleh dibaiki untuk faedah bersama.

Heyy dah macam mak nenek dah saya bagi syarahan. Weee...

Oke, katalah awak mampu sikit, awak teruslah ambil Axia Advance. Sebab memang advance dari yang standard. Apa yang advance nya? Ini lah kelebihannya :

1) Multimedia System with Navigation

2) Semi-bucket Leather Seats

3) In compliance with JPJ Regulations, the DVD function on the touchscreen panel operats when the vehicle is stationary with the parking brake engaged.

4) Leather-wrapped Steering Wheel with Audio Controls.


Kalau yang Standard E (manual transmission only) hang nak radio, beli sendiri ok. Tapi yang ni Eco-drive Mode la.

Standard G, up sikit dari E. Kalau SE, mestilah lagi up dari E dan G. Dan kalau advance, advance lah lagi. Heee saya tak reti lah nak buat review pasal kereta ni. Ni pun buat rujukan dari risalah-risalah yang saya baca. Ecewahh risalah sangat ye Yani...

Untuk kesimpulan, dan memudahkan kerja saya di dalam entry ini, saya upload gambar je lah senang. Tapi kalau nak lagi senang, bolehlah tengok sendiri bagaimana keadaan Perodua Axia ni. =)

Nah, saya belanja gambar kat awak semua. Yang ini kategori Advance saja yang saya ambil gambar. Maybe sebab masa tu memang dah jatuh cinta bertubi-tubi dengan Axia Advance ni kot. Gambar SE dengan Standard tak banyak. Silalah tengok ye.














Oke ni gambar lain-lain berkenaan Axia ni. Random je tau. Sebabnya saya memang tak tahu nak ulas amenda. Memang hampeh kan saya tak pandai tulis blog. T.T















Okelah, memandangkan saya sudah kehilangan idea apa yang saya nak cerita pasal Perodua Axia ni, jadi untuk keterangan lanjut, awak bolehlah hubungi encik Sales Advisor ni. (Orang Selangor je tau, kalau awak duduk nun jauh di Penang sana, takkanlah awak nak contact encik Irfan ni pulak kan. Hehe)


Di bawah ialah kad beliau yang ada tertera nombor telefon, kalau nak beli kereta, bolehlah hubungi dia, nak telefon boleh, sms boleh, whatsapp boleh, wechat pun boleh. Kalau awak yang berminat nak beli kereta Axia ke, or apa-apa kereta Perodua yang lain boleh hubungi Encik Irfan. Insya Allah, beliau sedia membantu sedaya upaya. Harga boleh runding. Semua pun boleh runding.


*erkk eh sorry encik, terpromosi pulak kad encik dekat blog saya, heee kaedah saya nak beritahu kenalan lain, pakai blog, pakai entry. Takpe tak payah komisen. Iklan ini free saja.*






* amaran tegas : Mohon jangan salah gunakan nombor Encik Irfan yang saya beri ye. Kalau betul ada urusan, tak apa, kalau takde, mohon hormati privacy orang lain ye wahai pembaca-pembaca yang saya sayangi kerana Allah. Semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan. Biiznilah. (Dengan izin Allah)


Oke, sekian saja untuk entry kali ini.
Saya betul-betul minta maaf kalau ada kekurangan atau kesilapan dalam entry ini.
Mudah-mudahan ada info yang membantu awak semua.

Terima kasih sudi baca entry ini.
Assalamualaikum.


~ Norzayani binti Norhamshah ~

Monday, September 15, 2014

Insya-Allah, Aku Sedia Bernikah. #BookReview

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dengan izinNya, saya dapat meng'hadir'kan satu lagi entry baru.

Apa khabar kawan-kawan?
Harapnya sihat alhamdulillah ye.

Hee aduhai macam skema pulak saya hari ni.

Oke tak nak meleret sangat.

Kita terus kepada review mengenai buku yang berjudul "Insya-Allah, Aku Sedia Bernikah" hasil garapan saudara Asadullah al- Faruq

Buku ini adalah terbitan Kemilau Publika.

Yang berharga RM 19.00.



Buku ini khas ditujukan secara tulus buat :

1) Muda mudi yang berazam untuk bernikah tapi masih berasa berat memulakannya dan semangat pun hanya sekadar angan-angan.

2) Juga buat muda mudi yang memilih cara Islam untuk mewujudkan pernikahan yang Islamik.

3) Buat muda mudi yang memilih untuk segera bernikah agar dirinya lebih terjaga daripada fitnah.

4) Untuk muda mudi yang baru membentuk sebuah keluarga baharu, semoga Allah redha dan mengurniakan keluarga yang tenteram dan dirahmati.

Secara jujurnya, buku ini adalah satu naskah yang saya kira mesti dimiliki buat muda mudi diluar sana yang sedang ingin menuju ke gerbang pernikahan yang diredhai Allah.

Tapi, janganlah anda merasakan bila anda belum mahu berkahwin, anda tidak boleh membaca buku ini. Jangan begitu, kerana ilmu tentang rumah tangga ni, awak kena belajar juga. Walaupun awak belum mahu bernikah. Sekurang-kurangnya anda boleh lebih bersedia apabila sudah tiba masanya.

Namun, buku ini suka untuk saya sarankan buat muda-mudi yang bakal bertunang atau bakal berumah tangga dalam masa terdekat ini.
Untuk idea yang lebih kreatif, saya sarankan, bolehlah dihadiahkan buat bakal tunang atau bakal pasangan awak.



Dan lagi, buku ini sangat disarankan buat adik-adik saya yang masih muda atau remaja, yang berkeinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik untuk mengetahui dengan lanjut apa hukum berikhtilat, apa hukum couple, bagaimana nak elak dari menjadi mangsa godaan syaitan, bagaimana untuk membina hubungan cinta yang diredhai Allah.

Buku ini sesuai untuk semua golongan umur, bukan hanya yang hendak berkahwin, malah yang sudah berkahwin juga boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan dalam membina keluarga sakinah (bahagia), mawaddah (yakni, cinta), rahmah (yakni, kasih sayang). Ada tips bagaimana mahu menjadi suami dan isteri pilihan. Ada tips untuk rumah tangga bahagia. Dan ada tips bagaimana mahu mendidik zuriat-zuriat kalian menjadi soleh dan solehah.

Penulis banyak memberi tips serta dipaparkan sekali hadis dan ayat al-quran yang membenarkan lagi isi kandungan yang tertulis. Juga diberi panduan menganjurkan walimah bersandarkan syariat Islam.

Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, ada saranan untuk awak ikuti supaya tidak terlalu bebas walaupun awak sudah bertunang!
Ingat, bertunang bukan tiket untuk awak saling bergaul bebas.
Bukan apa, kerana awak masih belum ada ikatan yang sah, bimbang akan terjerumus dengan godaan syaitan.
Hadkan keperluan untuk berjumpa demi menjaga batas pergaulan dan hubungan.

Sabar. Dah sampai masanya, segala perlakuan awak itu dikira sebagai pahala.
"Puasa" dulu sebelum bernikah, bukankah indah apabila saat 'berbuka' nanti?

Pendek kata, buku ini mesti dimiliki oleh semua golongan. Muda dan tak berapa muda. Hehe.
Isi kandungannya sangat bermanfaat. Insya Allah.

Wahai pembaca-pembaca yang saya sayangi kerana Allah, semoga hati kalian tertarik untuk memiliki buku ini dan mengamalkan perkara yang maaruf dan meninggalkan perkara yang mungkar demi menuju ke sebuah hubungan yang diredhai Allah.

Saya tahu buku-buku begini amat menarik perhatian jiwa muda.
Dan tak salah pun kalau yang belum nak berkahwin tu nak baca, janganlah korang salah anggap pula dekat budak-budak yang nak baca buku macam ni.
Buku macam ni adalah ilmu yang dijilidkan. Jadi, jangan mudah berprasangka buruk. 
Mereka membaca kerana minat. Insya Allah, akan sampai waktunya negara kita akan dikelilingi dengan generasi yang diredhai Allah.

Ahem buat ibu dan bapa sekalian, andai awak semua mengharapkan zuriat yang soleh-solehah, awak kena bantu diri sendiri dulu untuk men'soleh' dan men'solehah' kan diri kalian.
Bagaimana mahu mengharapkan anak yang baik kalau kita tidak menunjukkan contoh yang baik?

Bukankah seperti ketam yang sedang mengajar anaknya berjalan?

Dan lagi, buku ni boleh jadi rujukan yang sangat bermanfaat buat muda mudi yang ingin berkahwin dengan berlandaskan syariat Islam.

Saudara penulis ini ada menyediakan bagaimana untuk lebih faham mengenai sesi bertaaruf (perkenalan), kemudian ke peringkat nazhar (melihat calon), dan seterusnya kepada proses khitbah (peminangan). Haaa, menarik kan? Dan buku ini,

[ Highly recommended !!! ]


Cukuplah sekadar itu yang saya dapat kongsikan melalui entry kali ini.
Semoga ada manfaatnya.
Izinkan saya kongsi satu ayat al-quran untuk akhiri entry kali ini,

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " ( Ar-Rum : 21 )

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca entry ini.
Salah dan silap mohon dimaafkan.
Jika diizinkan Allah, kita jumpa lagi di lain entry.

Assalamualaikum.

~ Norzayani binti Norhamshah ~

p/s : Syafakillah buat mak lang saya yang ditahan di wad. Semoga Allah akan sentiasa memberi beliau kesihatan yang baik. Allahumma aamiin.

Thursday, September 11, 2014

Jom Korban !

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Kehadapan rakan-rakan pembaca yang saya sayangi. Erk alamak macam nak tulis surat pulak. Hee..

Oke, straight to the point je lah kan.

Memandangkan hari ini sudah 16 Zulkaedah, ini bermakna kurang lebih 23 hari dari tarikh hari ini, kita akan menyambut hari raya Aidiladha.

Terasa macam cepat tahun ni berlalu kan?

Memandangkan hari raya korban dah tak lama je lagi, apa kata dapat gaji nanti, kita 'ketepikan' sedikit wang demi membuat korban. Ala, tak rugi pun, sebab ini semua demi mendapat keredhaan daripada Allah. Untuk kehidupan kita di sana jugak nanti kan? Untuk kesenangan kita juga kan?

So, jangan sayangkan sangat duit awak. (Bagi yang berkemampuan) Jangan berkira. Jangan kedekut.

Raya korban ni setahun sekali je. Bukan boleh nak qada' buat korban.
Sampai waktunya kita kena buat, takde siaran ulangan ye wahai sahabat-sahabat pembaca yang saya sayangi. Sayang kalau kita lepaskan peluang keemasan ini.

Saya ingat lagi, last year, saya ada up satu status dekat FB, heee tak ingat sangatlah saya tulis apa, tapi saya ada 'menyeru' kawan-kawan saya supaya mula simpan duit sikit-sikit, supaya tahun berikutnya boleh kita buat korban.

Tapi yang hampehnya, saya pun tak menyimpan. Sob. Sob.
Tapi awak janganlah ikut perangai hampeh saya ni ye kawan-kawan.
(Erk bukan tak ada nak menyimpan, tapi ada beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan)

Tapi kan, letakkan saja kepercayaan awak pada Allah. Jika memang awak dah ada niat untuk melakukan sesuatu yang Allah suka, mesti Dia akan tolong juga satu hari nanti.

Jadi kalau awak memang dah berniat untuk buat korban, mesti akan ada juga rezekinya.

Saya faham, sekarang ni, kalau nak buat korban memang bajet yang diperlukan agak tinggi.
Macam saya yang kurang berkemampuan ni, saya join buat korban di sini Ezqurban .

Kerana harga sebahagian lembu atau seekor lembu, atau seekor kambing diletakkan pada harga mampu 'milik' buat orang-orang yang tak berapa nak mampu macam saya.

Tapi kalau awak ada duit lebih, awak joinlah buat korban dekat masjid atau surau atau di tempat kerja atau di mana-mana saja di dalam Malaysia ini.

Kalau sesiapa yang pernah buat korban menggunakan khidmat ezqurban ini, kebiasaannya mereka akan melakukan korban di Kemboja, Bangladesh atau di mana-mana negara yang tidak berkemampuan.


Oke nah, sedikit info mengenai harga korban di Ezqurban :

1 Bahagian Lembu - RM 280.00

1 Ekor Kambing - RM 550.00



1 Ekor Lembu - RM 1960.00


Dan tarikh tutup penyertaan ialah Hari Raya ke 2 ( 6 Oktober 2014)

*** untuk pertanyaan lanjut, awak boleh hubungi 03-6186 1911 ataupun awak semua boleh layari laman web www.ezqurban.org/ . 




Amacam??

Berpatutan kan ?

Oke lah, boleh lah, kalau yang macam ni pun awak masih nak berkira, saya pun tak tahulah nak cakap apa.
Semoga duit atau harta awak, Allah 'tak ambil' dengan cara lain.

Kadang-kadang kita selalu lupa tau, duit rezeki yang kita dapat ni, bukan kepunyaan kita seorang, mesti akan diagih-agihkan juga. Paling penting, duit tu bukan kita punya pun.
Kita ni, cuma alat je, untuk menguruskan segala apa yang Allah punya.

Jadi kawan-kawan semua, tak ada sebab untuk awak nak jadi kedekut.

Jangan takut, malah duit itu akan 'beranak-anak' dekat sana nanti.
Itu janji Allah.

Jadi jom ! Kita buat korban tahun ni !

SAYA TENGAH BERKEMPEN DENGAN AWAK SEMUA NI...

Jom Korban !

Jom Korban !!!

Jom lah kita ber Korban !!!!



Ini saja cara yang kita boleh buat (kerana Allah) jika kita belum dijemput Allah untuk mengerjakan haji di Mekah.

Jom, kita contohi Nabi Ibrahim yang sanggup berkorban apa sahaja demi cinta Allah.




Ayuhlah kita menanamkan hasrat untuk mengumpul pahala sebanyak mana yang boleh.
Semoga Allah redha setiap usaha yang kita lakukan.

Sekian saja untuk entry kali ini.

Saya mohon maaf andai ada salah dan silap.

Semoga entry kali ini bermanfaat.

Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa di entry yang baru.

Jaga iman, jaga solat, jaga diri ya kawan-kawan.

Sekian, wassalam.



Yang sebenarnya,

Norzayani binti Norhamshah.

Thursday, September 4, 2014

Mata, Telinga, Akal .

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Dua minggu lepas, saya ada terpandang sebuah buku keagamaan yang memang dah lama ada dengan saya, cuma belum tergerak hati nak baca.
Kebiasaan, manusia, bila diri di sapa ujian, baru sibuk nak mencari Tuhan.
Masa tengah bahagia, lupa pada Dia. Astargfirullah.

Buku itu saya terus buka di bab pertengahan. Serius saya memang tak ingat tajuk apa yang mula-mula saya baca. So saya tak boleh nak tulis. Tapi bila dah baca, hati saya terus berkata. Subhanallah, isi dalam buku ini terlalu 'mahal' harganya. Terima kasih Allah, sudi gerakkan hati untuk membaca buku ini.

Buat hati saya yang masih mencari-cari apa tujuan saya hidup ni, saya kira buku ini memang Allah 'kirimkan' supaya saya lebih kenal siapa Dia, apa tujuan kita dijadikan, apa syurga, apa neraka, kenal ke saya dengan ayat-ayat Allah. Dan cintakah saya pada Dia ??

Yang saya belajar melalui pengalaman saya, makin saya nak rapatkan diri dengan Allah, makin banyak ujian yang saya kena lalui.
Paling sukar dan saya rasa getir, bila beribadah, tapi kurang rasa manisnya.
Benarlah iman itu ada pasang surutnya. Akan ada di satu saat itu kita betul-betul rasa manisnya beribadah, dan akan ada di satu saat kita rasa, "Ya Allah, aku buat semua tu, tapi kenapa aku rasa jauh sangat. Dekat, tapi jauh." T.T

Namun, saya kira, semua itu, Allah beri untuk Dia uji keimanan kita. Ataukah kita sekadar mahu menunjuk pada orang? Hidayah, petunjuk jalan yang lurus itu, hari-hari, setiap masa pun kita kena minta. Sebab hidayah itu milik Allah. Kita ini pinjam je. Dan Allah juga berhak untuk beri hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya. Kalau kita tergolong dalam golongan yang Dia kehendaki, alhamdulillah ! Allahuakbar !

Saya ingin kongsi beberapa tulisan di dalam buku ini yang saya kira sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan-rakan pembaca sekalian ,

(Bab 14 - Yakin pada Hari Akhirat)

" Manusia diberikan tiga instrumen alat bantu yakni mata, telinga dan akal untuk mengaut ilmu sebanyak yang mungkin. Allah SWT juga mengutus nabi bagi menterjemah dan mentamsil Al-Quran yang diturunkan kepada sekalian manusia. Namun, sekiranya orang-orang yang diajak menuju ke syurga ini tidak berminat untuk ikut serta, maka apalah daya upaya yang tinggal kepada para pemberi ingatan. Ini kerana pada akhirnya hanya Allah SWT sahaja yang berhak memberikan hidayah kepada mereka."

(Bab 15 - Masuk Neraka dengan Bersebab)

" Oleh kerana manusia diberi kebolehan untuk menjadi baik dan jahat maka terserahlah kepada manusia menggunakan pemberian Allah SWT yang dinamakan ikhtiar. Allah SWT memberikan kita daya ikhtiar untuk memilih mana yang baik dan mana yang jahat. Dia berikan kita mata, telinga dan akal fikiran; mata untuk melihat ayat-ayat Allah, telinga untuk mendengar ucapan dan ajaran yang baik-baik, manakala akal pula digunakan untuk memikirkan bukti-bukti kejadian alam yang menjadi sebab wujudnya Allah SWT.

Kita juga diutuskan nabi dan kitab yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu. Kalau kita memanfaatkan segala apa yang Allah SWT kurniakan ini, kita akan berpeluang untuk menjadi ahli syurga. Tetapi, jika kita menyalahgunakan anugerah Allah ini, maka nerakalah tempat akhir kita kelak.

Apabila Allah SWT memutuskan mahu memasukkan kita ke dalam neraka, ini bukan bermakna Dia mahu menganiaya hamba-Nya. Puncanya ada pada diri kita sendiri. "

(Bab 21 - Mengapa Allah turunkan azab)

" Apabila sudah jelas matlamat hidup kita; dari mana kita datang, ke mana kita hendak pergi, dan sementara kita hidup di atas dunia ini apa yang harus kita lakukan, insya Allah, kita akan dapat mengikut jejak langkah Rasulullah SAW satu persatu. Walaupun kita dihalang, walaupun kita ditentang, seorang yang faham akan bersabar dan beristiqomah. "


*** Cukuplah tiga bab yang saya ambil sedikit. Jika kita ingin berubah, dari yang tak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, kita sendiri kena ada usaha untuk dekatkan diri kita dengan Dia. Jangan cakap nak tunggu seru. Seruan itu dah lama diberi. Gunakanlah mata, telinga dan akal fikiran yang Allah beri untuk kita buat pilihan yang betul dan diredhai.

Suka untuk saya mencadangkan, silalah cari buku ini untuk kita tambah ilmu lagi :


Muka depan~
Tajuk : Hidayah

Penulis : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Siri Kuliah Tafsir Al-Quran)

Terbitan : Anbakri Publika

Harga : RM 25.00


Belakang buku~


* Bila awak kenal Allah, awak akan rasa, hanya Dia layak diingati, dicintai dan diletakkan nombor satu dalam hati awak.

* Bila hubungan awak dengan Allah menjadi rapat, datanglah dugaan yang bagaimana, pasti awak boleh laluinya.

* Bila awak dekatkan diri dengan Allah, awak akan rasa satu ketenangan yang awak sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

* Bila awak jadikan Allah yang pertama, setiap apa yang awak buat, awak mesti akan rujuk Dia dahulu. (Dengan cara berdoa, solat, bermohon hajat, baca Al-Quran.)

Segala apa yang saya tulis semuanya diilhamkan dari Allah.
Saya masih lagi hamba yang kekurangan ilmu.
Semoga setiap dari kalian yang membaca entri ini akan diredhai Allah hendaknya.

Maafkan saya kalau ada tersalah dan tersilap.

Terima kasih sudi baca entri ini.

Jaga iman, jaga solat.

Sekian, wassalam.

~ Norzayani binti Norhamshah


Wednesday, August 27, 2014

Tips mudah untuk turun berat secoet dua !

Bismilllah.

Assalamualaikum w.b.t

Ehem tajuk kemain lagi.

Insya Allah, entri ini serba tak ringkas.

Bagaimana nak turunkan berat badan? Nah 10 tips yang saya pernah cuba. Silalah cuba kalau nak.

1) Paling penting, nawaitu, nak kurus bukan untuk nak menunjuk kat orang. Riak namanya tu. Niat saja yang      baik-baik. Contohnya nak mudah beribadah. Contohnya lagi nak sihat dan cergas. :) Sia-sia je kurus, tapi tujuan nak riak. Nauzubillah. Dosa tau riak tu. Betulkan niat dari awal tau.

2) Kedua, minum air masak secukupnya. Tahukah anda? Kalau anda gemuk air, cara paling berkesan untuk turunkan berat badan, ialah meminum air. (Selain pola pemakanan kena jaga.)

3) Next, tolong ELAKKAN MAKANan dan minuman yang MANIS !!! Sebab menurut pengalaman saya yang dah banyak kali 'menipu' sewaktu berdiet, saya membuat kajian pada diri sendiri. Adalah lebih stress nak elakkan makanan yang manis daripada nak elakkan makan nasi. Serius! Pada saya, makanan manis ni umpama 'dadah', boleh ketagih ! (Eh tapi awak janganlah salah ertikan perumpamaan saya tu. Heee...) Makan/minum sikit-sikit bolehlah, jangan tak ambil langsung. Tapi jangan melampau. (Erk itu pun kalau awak nak turunkan beratlah. Kalau tak nak, saya tak paksa.) *air bergas, jangan ambil !

4) Yang keempat, bolehlah kira kalori makanan yang korang ambil setiap hari. Mengikut berat, ketinggian dan keaktifan masing-masing ye. (Macam saya, kalau nak turunkan berat badan, satu hari, saya boleh ambil 1200 kalori je. Kejam ! Sebab itu saya selalu tak ikut. Dan berat pun statik. Turun naik. Turun naik. Sampai dah boring saya nak menimbang diri sendiri. Haha)

5) Seterusnya, jangan nak makan kentang banyak sangat. Diulangi ye, jangan ! Hehe, itu sebenarnya pada diri saya. Sebab kentang itu, karbonya agak tinggi. Kalau makan kentang bebanyak, adui ahduii, memang berat cepat naik. Lepas tu saya dah stress. Lepas tu, kbai. Makan ikut suka. (Heee lepas tu, esoknya tanam azam, "hari ni aku tak nak makan banyak-banyak.")

6) Yang keenam, tadi nak kira kalori kan. Oke kalau tak nak, kira karbohidrat dalam sehari yang anda ambil. Haha, yang ini lebih kepada Diet Atkins la. (Diet yang pernah saya amalkan tak lama dulu.) Yang ini memang sangat mudah nak turun berat. Tapi, errrr hati kena kental untuk follow. Kalau buat secara serius, mesti turun berat. Insya Allah. Pengikut diet atkins di dalam fasa induksi, tidak boleh mengambil karbohidrat lebih dari 20g. Nak tahu lebih lanjut, boleh google ye kawan-kawan.

7) Bersenamlah walau 20 minit 3 kali seminggu. (Heee yang ini untuk kekal cergas.) Orang Islam kena sentiasa bersemangat, sihat dan cergas ! ^-^ (Dah kalau malas sangat, awak buat lompat bintang je la haih)

8) Nak lagi? Oke, yang ke 8. Makan malam sebelum pukul 8. Ala pendek kata, tak payah makan malam. Diulangi ye, tak payah lah. Kalau lapar tahap gaban sangat? Buat susu. Jangan mengada nak makan biskut cicah susu kambing ke susu lembu ke susu unta ke, biskut cicah kopi la, biskut cicah teh amenda semua tu. Jangan. Tips mudah saya, kalau malam-malam lapar, minum air. Lepas tu tidur. Setakat ni, alhamdulillah, walau saya lapar, saya masih boleh tidur.

* oke iklan kejap, sebenarnya gini, awak jangan nak manjakan sangat diri awak tu. Asal lapar je nak makan. Cuba belajar tahan nafsu makan. Tahan lapar. Kan ke kalau makan terlalu banyak boleh buat badan kita lesu dan malas. Saya pun bukan jenis mudah nak tahan lapar. Tapi bila perut penuh. Ya saya memang malas. Bangun pagi pun lambat. Berhentilah sebelum kenyang.

9) Jangan tinggalkan sarapan pagi. Sarapan penting ye. Tapi awak janganlah makan yang berat-berat. Kalau hari-hari awak sarapan nasi lemak, sampai bila pun tak boleh turun berat. Orait? Kita makan je makanan yang rendah kalori. Susu dengan roti bakar. Hahaha gila kejam yani! Oke, awak kalau nak berdiet, kena pandai kaji menu makanan dan minuman yang awak ambil. Kena tahu isi kandungan kalori, lemak, karbohidrat dan sebagainya. Benda ni semua sangat membantu kalau awak pandai kira dan kawal.

10) Akhir sekali, yang ini pun saya pernah cuba. Makan oats bancuh dengan susu. Dulu sebelum saya buat diet atkins, hari-hari saya makan oats. Lepas tu tak makan malam. Turun dalam 4 - 5 kilo jugaklah dalam sebulan dua. (Haha sikitnya yani!) Okelah tu, turunlah jugak dari takde kan. Oats ni elok untuk kurangkan kolestrol. Oats sangat berkhasiat. Jemputlah try. Ye saya tahu, oats itu tak disedap di tekak sesetengah orang. Tapi jaranglah pulak ada makanan yang berkhasiat tu sedap. Haha. Oke nak sihat ke tak? Pilihlah. Jawapan ada pada diri anda sendiri.

* tips tambahan, sila jangan takut untuk menderma darah. haha...

???? 

Pernah dengar mitos orang kata lepas kita derma darah berat kita akan naik? Pernah dengar tak?
Saya pernah dengar. Saya pernah takut untuk menderma darah.
Tapi sebenarnya tak ada apa lah. Tak betul pun. Dusta semata.

(heheee saja buat iklan derma darah kat sini. Rindu tau nak derma. Baru 2 kali dalam hidup. Ada niat nak bagi lagi, tapi Allah belum izinkan lagi. Kita cuba lagi di lain waktu.)

Derma darah bukan penyebab berat awak akan naik dan takkan turun.
Penentunya ialah cara pengambilan makanan awak. Dan gaya hidup awak.

* hehe takde kena mengena nak kurus dengan derma darah. =p

*** baiklah sekian saja tips-tips yang pernah saya cuba lakukan untuk turunkan berat badan. Alhamdulillah, berkesan. Kalau awak nak try boleh, tak nak pun boleh. Sebab banyak cara lagi untuk turunkan berat sebenarnya. Kena rajin cari maklumat oke? Bila ada usaha, baru ada kejayaan. (Jika diizinkan Allah.) Kalau awak usaha tapi masih tak berjaya, itu namanya belum diizinkan. (Heeeh yani, dah macam cikgu tadika, macamlah orang yang baca ni tak tahu. Ye tak? Haaa maaf ye)

Oke, selamat berusaha, selamat mencuba.

Sorry saya tak ada gambar sebelum dan selepas. Cukup sekadar saya beritahu dulu berat saya pernah capai 70 ++ (itu waktu gembira gamaknya, heee), dan sekarang baru masuk ke angka 50 ++ (eh jauh lagi, sebab berat sekarang dekat sangat dengan angka 60 ++ , so saya masih berat.)

*maklumlah, bulan puasa turun sikit, hari raya pertama naik kejap, lepas itu statik, then turun balik. Lepas tu, saya rasa macam nak campak penimbang tu dekat dinding. Asyik sama je nombornya. Hehhh padahal salah sendiri, salah konsep. Ngeh. Ngeh. Ngeh.

Oke, sekian, terima kasih sudi baca entri ini.
Terima kasih meluangkan masa.
Mohon maaf jika ada kekurangan.
Sehingga bertemu lagi di lain waktu.
Assalamualaikum.

oke, gambar tangan je ada. dulu, saya tak boleh pakai cincin tu kat jari tangan kanan. sekarang dah longgar. yeay. alhamdulillah. :)


Yang benar sebenar-benarnya,
Cik Norzayani binti Norhamshah

Tuesday, October 1, 2013

Adam Sayang!

Bismillah...

Assalamualaikum...

Tahap kesabaran aku terpaksa dipanjangkan sedepa ke depan...
Why? Why?
Aku dah menaip sesedap oren tadi,tiba-tiba hilang. (Oke,kurang gemar buat entri baru melalui hp,hukk sobb)

Oke tutup iklan.
Ha pejam celik,masuk dah bulan Oktober.
Eh cepatnya.
Eh nak bagi apa birthday ayah nanti?
Oke,ayah kita lahir bulan ni,oke,macam aku seorang je ada ayah,semua nak ceritaaa...

Haa haa haa...
Fyi,semalam i dapat anak buah baru uolls!
Nama macam hero novel.
Handsome pun macam hero aku.
Alahai,siapa nama dia?
Oke,meh sini den koba,nama si dia kesayangan hati yang baru ialahhh Adam Darwisy bin Mohd Hakim.
Alhamdulillah,selamat dilahirkan di Pusat Bersalin Barakah (Bandar Puteri,Klang) pada tarikh 30 September 2013 pada waktu 4.24petang,dengan berat 3.09kg.Ahem cukup tak biodata dia?

Alahai cukup la tu kan.(Eh bateri fon dah nak habis!)
Adui,sahih memang aku kena stopkan entri ini.
Banyak benda la haih aku nak cerita dalam buku diary aku ni.Tapi bz mengkalahkan encik PM,takpa,kita tunggu masa dan ketika yang sesuai.
Ini dia,aku sertakan beberapa keping boyfriend baru aku.

Terima kasih sudi baca entri ni.
Salah silap mohon dimaafkan.
Sekian,wassalam.


Anything about you,
Niyaz Arumi
1 Oktober 2013
23.21PM
Mood: tak sabar nak buat entri mengenai "Cinta High Class" :')




tiheee atok SU dengan Adam~
 
Adam,Acik,Acu... 3A
 
Adam lepas 2 jam keluar dari peyot umi~
 
Assalamualaikum, inilah Adam sayang~

 
Adam dengan kakak eiaaaa~ Comel anak-anak aku kannn~haha

 
Tengok acu paksa acik nani hamek gambar dia dengan Adam~ ngeee
Me and Adam Darwisy.
"Adam, doakan acik dapat jodoh yang punya 'cinta high class' ye sayang."

Friday, September 20, 2013

Kenangan itu...

Assalamualaikum w.b.t...

Kebiasaan apabila nak memulakan satu entri, 'kompem' ayat aku huru hara.
Tak apa, takde masalah, kita buat dia kan? Bukan dia buat kita.

Alhamdulillah hari ni kita dah masuk ke 14 Zulkaedah 1434H, haaa ingat ke tidak tarikh dalam bulan Islam ni? Aku pun kurang ingat, tapi tengok kalendar semula.

14 Zulkaedah 1434H (20 September 2013)

(rewind tarikhhh.... -----

--- 13 Rabi'ul Awwal 1434H (25 Januari 2013)

Yes, kenapa dengan tarikh ini wahai Cik NA? (hahhhh NA sangat, padahal Yani! Oke tutup iklan~)

Semalam sudah tentu-tentulah 13 Zulkaedah wahai pembaca yang budiwan budiwati sekalian (weyyy ade ke budiwan budiwati ni? bukan budiman ke? ahhh gasak... T.T)

Maknanya dah genap 8 bulan arwah makcik aku (Norkhazilah a.k.a Acik Zila) pergi bertemu Ilahi.

8 bulan yang aku rasa kehilangan. Sebab masa arwah sakit dulu, agak jarang jugak melawat dekat hospital, kerana kekangan masa dan juga perkara-perkara lain.

Dalam tempoh 8 bulan yang aku rasa kehilangan dan selalu berfikir, mati itu bila-bila pun boleh. Tak kira kau tua atau muda. Tak kira kau tengah kerja ke, kau tengah tidur ke waima kau tengah main games depan laptop pun kalau ajal kau dah sampai, memang kena jalan jugaklah. (Ajal bila sudah sampai, takkan cepat sesaat atau lambat sesaat.)

Arwah acik Zila meninggal kerana menghidap penyakit 'breast cancer'.
Jujur aku akui sangat, arwah semasa hayatnya seorang yang kuat semangat.
Permulaan arwah tahu tentang penyakitnya, memang agak sukar untuk diterima, selepas itu arwah menerima takdir yang Allah dah tentukan sedikit demi sedikit dengan redha.

Usaha?

Macam-macam usaha arwah buat, ikhtiar berubat sana sini, dari moden sehinggalah ke tradisional.
Duit memang banyak habis, tapi aku percaya setiap apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya.
Arwah kuat semangat, suka bagi nasihat pada anak-anak buah dia ni, suka senyum dan yang paling aku ingat tentang arwah, masa arwah berniat nak kenal-kenalkan aku dengan seseorang yang dia kenal.
Siap bagitahu pada orang tu nama penuh aku lah, bagi tahu nickname FB aku, suruh orang tu add. (acik, kita rindu... T.T)

Arwah kata, "Eh acik suka tengok dia, bila tengok dia,mesti acik teringat kat awak tau Yani."

Aku kata, "Ehehe,yelah acik tu." (sengih je la tengok whatsapp arwah masa tu.)

Dia taip lagi, "Betullah, sebab nampak korang macam ada banyak persamaan. Suka post benda-benda yang baik ala-ala Islamik gitu kat FB. Acik tak kenal dia betul-betul lagi, tapi acik tau dia baik hati. Dia peramah."

***aku bukanlah terlalu baik sangat sangat, kalau kulit bawang tu nipis, nipis lagi iman aku ni. Cumanya, aku masih sedang berusaha untuk mempebaiki kekurangan dan kelemahan diri. :)

--- Masa ini aku layan je arwah, yelah, orang cerita benda baik, takkan aku nak sangkal. Ye tak? Kena husnuzon dengan orang sekeliling, itu yang terbaik.Tiba-tiba aku tanya,

"Acik ni nak kenenkan yani dengan dia, entah-entah dia dah ada GF."

Arwah pun reply, " eh haahlah, kejap acik nak tanya dia".

(Aduhaiii acik, terus nak tanya. Harap-harap lelaki yang baik hati itu tak fikir apa-apalah.)
*Tepuk dahi aku lepas tu*

"Haaa yani, acik dah tanya. Dia takde GF".
"Ohhh..." pendekkan aku reply. (dalam hati, 'yeke? yeke? selalu orang baik ni mesti dah ada calonnya.' -kenapa entah aku tergerak cakap macam tu dalam hati ni)

Acik sambung berwhatsapp semula, "Erm tapi dia dah ada tunang..."

Tersengih-sengih aku dalam kereta masa baca whatsapp acik Zila, time tu nak drive pergi rumah yaya sekejap, nak ambil apa entah, tak ingat dah...
(haaa see tekaan hati aku tepat! tapi dalam hati ('ermm rugi pulak takde jodoh dengan lelaki yang baik hati tu.') -yelah kan, siapa nak tolak kalau dijodohkan dengan lelaki yang baik? habaq mai kat aku...-

---dan oh oh, takpe mungkin dia bukan jodoh yang tertulis untuk aku, ada beberapa kemungkinan, mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku maknanya mungkin aku sebenarnya yang tak cukup baik untuk lelaki yang baik hati itu. Dan aku percaya, Allah memang dah sediakan jodoh yang paling sesuai untuk aku. Aku pernah terbaca ada orang kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita sendiri. So, bila awak nak dapatkan pasangan yang soleh atau solehah, sila soleh atau solehah kan diri anda dulu ye? Doa dan teruskan saja berdoa agar dapat jodoh yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah, dan Allah akan berikan awak yang terbaik. Insya Allah.

Oke kita sambung cerita, lama pulak iklan. Ades!

"Eh acik, kata dia dah ada tunang, kenapa dia nak add yani?"
Tertanya-tanya jugaklah. Dalam hati yang jahat sikit, (eh janganlah nak ada niat lain, wa tak suka oke!) sebagai contoh nak carikan 'kembar' untuk tunang dia tu...<~ oke Yani, perasan gila... -haha ini gurau je-

"Ohh alah, dia saja nak berkawanlah tu kot.Hehe."
Haaa tengok, acik Zila sangat positif, aku pulak fikir negatif. Nyah kau syaitonnn! Kita husnuzon lagi ye, nanti baru Allah sayang. :)

"Ohh okelah kalau gitu..."

Dalam hati aku terfikir, 'amenda lah aku ni nak fikir buruk, orang add bukan bermakna dia nak usha ke hape-hape kan? tolonglah Malaysia! dan tak semestinya dia nak menggatai kat hang. Dan kalau menggatai pun, hang ada pilihan kot, sama ada untuk turut sama menggatal (melayan) atau ignore saja semua.'
Alhamdulillah, dia sekadar add saja. Takda pun niat apa-apa yang tak baik. May Allah bless him, dunia akhirat, amin ya rabb.


Itulah antara kenangan yang aku tak boleh lupa tentang arwah dan aku.

Antara aku dengan arwah, kitorang ada agak banyak jugaklah persamaan. Tapi takpa kita simpan dalam hati. :)


"Hurm tapi acik suka lah kalau awak dengan dia. Kalau korang kahwin, anak korang mesti baik-baik."

Aiyokk erm acik memang suka dia sangat, dan tak habis lagi rupanya cerita itu. Dan dan tapi dengan segeralah aku berkata,

"Takpe acik, jodoh Yani dengan orang lain kot. Allah dah tentukan siapa jodoh yani. Satu je la, acik tolong doakan Yani dapat jodoh yang baik eh? Yang boleh teman ayah pergi masjid atau surau. Boleh gitu? Hehe.. "

"Acik akan selalu doakan untuk awak."

"Hehe, oke, terima kasih. Sayangggg acik ketat-ketat!"

"Sayang awak ketat-ketat jugakkk."


Erm macam itulah kira-kiranya berakhirnya perbualan whatsapp secara persendirian antara aku dengan arwah. Rindu? Yes, memang teramat rindu dengan arwah.

***(Ayat-ayatnya mungkin ada yang aku ubah sesikit, sebab conversation antara aku dengan arwah tu dah terdelete dengan sendirinya. Al maklumlah dulu guna BB, tak tau apa masalahnya terus hilang. Sob sob. Tapi jalan ceritanya masih sama saja.)


Ahhh kenangan bila datang menjengah dalam fikiran, kadang-kadang memang kita tak mampu nak elak.

Aku pernah cerita dalam entri ni Sebulan Yang Ditinggalkan tentang saat-saat terakhir dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kelip mata, pejam mata, bukak mata, tutup mata, pergi kerja, balik kerja, makan, minum, puasa, raya, erm sudah agak lama acik pergi. Mungkin kejap-kejap lagi turn yani pulak ke kan? Wallahua'lam... :)
Kalau jodoh itu ramai yang berkata ia rahsia Allah, mati pun rahsia Allah juga kan?


Okeh, otak dah terlalu blank untuk aku tambah dan tambah lagi isi dalam entri ni.
Tiada idea. Sebelum jadi terlalu meleret, berhenti ya?

Terima kasih jika ada yang sudi baca entri ini.

Maaf kalau ada salah dan silap. Dan sudilah memberi teguran jika ada kesilapan yang dilakukan. :)

Wassalam.

Semoga roh arwah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah...


Anything About You_ Niyaz Arumi,
20 September 2013 / 14 Zulkaedah 1434H
2.33PM
Saranghae~



** "acik, kalau satu hari nanti yani dah jumpa jodoh yani, yani bawak 'dia' ziarah 'rumah' acik eh...sebab kite nak kenalkan 'dia' dengan acik kite yang kite sayanggg sangat...!


















CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...