Assalamualaikum w.b.t...
Kebiasaan apabila nak memulakan satu entri, 'kompem' ayat aku huru hara.
Tak apa, takde masalah, kita buat dia kan? Bukan dia buat kita.
Alhamdulillah hari ni kita dah masuk ke 14 Zulkaedah 1434H, haaa ingat ke tidak tarikh dalam bulan Islam ni? Aku pun kurang ingat, tapi tengok kalendar semula.
14 Zulkaedah 1434H (20 September 2013)
(rewind tarikhhh.... -----
--- 13 Rabi'ul Awwal 1434H (25 Januari 2013)
Yes, kenapa dengan tarikh ini wahai Cik NA? (hahhhh NA sangat, padahal Yani! Oke tutup iklan~)
Semalam sudah tentu-tentulah 13 Zulkaedah wahai pembaca yang budiwan budiwati sekalian (weyyy ade ke budiwan budiwati ni? bukan budiman ke? ahhh gasak... T.T)
Maknanya dah genap 8 bulan arwah makcik aku (Norkhazilah a.k.a Acik Zila) pergi bertemu Ilahi.
8 bulan yang aku rasa kehilangan. Sebab masa arwah sakit dulu, agak jarang jugak melawat dekat hospital, kerana kekangan masa dan juga perkara-perkara lain.
Dalam tempoh 8 bulan yang aku rasa kehilangan dan selalu berfikir, mati itu bila-bila pun boleh. Tak kira kau tua atau muda. Tak kira kau tengah kerja ke, kau tengah tidur ke waima kau tengah main games depan laptop pun kalau ajal kau dah sampai, memang kena jalan jugaklah. (Ajal bila sudah sampai, takkan cepat sesaat atau lambat sesaat.)
Arwah acik Zila meninggal kerana menghidap penyakit 'breast cancer'.
Jujur aku akui sangat, arwah semasa hayatnya seorang yang kuat semangat.
Permulaan arwah tahu tentang penyakitnya, memang agak sukar untuk diterima, selepas itu arwah menerima takdir yang Allah dah tentukan sedikit demi sedikit dengan redha.
Usaha?
Macam-macam usaha arwah buat, ikhtiar berubat sana sini, dari moden sehinggalah ke tradisional.
Duit memang banyak habis, tapi aku percaya setiap apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya.
Arwah kuat semangat, suka bagi nasihat pada anak-anak buah dia ni, suka senyum dan yang paling aku ingat tentang arwah, masa arwah berniat nak kenal-kenalkan aku dengan seseorang yang dia kenal.
Siap bagitahu pada orang tu nama penuh aku lah, bagi tahu nickname FB aku, suruh orang tu add. (acik, kita rindu... T.T)
Arwah kata, "Eh acik suka tengok dia, bila tengok dia,mesti acik teringat kat awak tau Yani."
Aku kata, "Ehehe,yelah acik tu." (sengih je la tengok whatsapp arwah masa tu.)
Dia taip lagi, "Betullah, sebab nampak korang macam ada banyak persamaan. Suka post benda-benda yang baik ala-ala Islamik gitu kat FB. Acik tak kenal dia betul-betul lagi, tapi acik tau dia baik hati. Dia peramah."
***aku bukanlah terlalu baik sangat sangat, kalau kulit bawang tu nipis, nipis lagi iman aku ni. Cumanya, aku masih sedang berusaha untuk mempebaiki kekurangan dan kelemahan diri. :)
--- Masa ini aku layan je arwah, yelah, orang cerita benda baik, takkan aku nak sangkal. Ye tak? Kena husnuzon dengan orang sekeliling, itu yang terbaik.Tiba-tiba aku tanya,
"Acik ni nak kenenkan yani dengan dia, entah-entah dia dah ada GF."
Arwah pun reply, " eh haahlah, kejap acik nak tanya dia".
(Aduhaiii acik, terus nak tanya. Harap-harap lelaki yang baik hati itu tak fikir apa-apalah.)
*Tepuk dahi aku lepas tu*
"Haaa yani, acik dah tanya. Dia takde GF".
"Ohhh..." pendekkan aku reply. (dalam hati, 'yeke? yeke? selalu orang baik ni mesti dah ada calonnya.' -kenapa entah aku tergerak cakap macam tu dalam hati ni)
Acik sambung berwhatsapp semula, "Erm tapi dia dah ada tunang..."
Tersengih-sengih aku dalam kereta masa baca whatsapp acik Zila, time tu nak drive pergi rumah yaya sekejap, nak ambil apa entah, tak ingat dah...
(haaa see tekaan hati aku tepat! tapi dalam hati ('ermm rugi pulak takde jodoh dengan lelaki yang baik hati tu.') -yelah kan, siapa nak tolak kalau dijodohkan dengan lelaki yang baik? habaq mai kat aku...-
---dan oh oh, takpe mungkin dia bukan jodoh yang tertulis untuk aku, ada beberapa kemungkinan, mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku maknanya mungkin aku sebenarnya yang tak cukup baik untuk lelaki yang baik hati itu. Dan aku percaya, Allah memang dah sediakan jodoh yang paling sesuai untuk aku. Aku pernah terbaca ada orang kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita sendiri. So, bila awak nak dapatkan pasangan yang soleh atau solehah, sila soleh atau solehah kan diri anda dulu ye? Doa dan teruskan saja berdoa agar dapat jodoh yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah, dan Allah akan berikan awak yang terbaik. Insya Allah.
Oke kita sambung cerita, lama pulak iklan. Ades!
"Eh acik, kata dia dah ada tunang, kenapa dia nak add yani?"
Tertanya-tanya jugaklah. Dalam hati yang jahat sikit, (eh janganlah nak ada niat lain, wa tak suka oke!) sebagai contoh nak carikan 'kembar' untuk tunang dia tu...<~ oke Yani, perasan gila... -haha ini gurau je-
"Ohh alah, dia saja nak berkawanlah tu kot.Hehe."
Haaa tengok, acik Zila sangat positif, aku pulak fikir negatif. Nyah kau syaitonnn! Kita husnuzon lagi ye, nanti baru Allah sayang. :)
"Ohh okelah kalau gitu..."
Dalam hati aku terfikir, 'amenda lah aku ni nak fikir buruk, orang add bukan bermakna dia nak usha ke hape-hape kan? tolonglah Malaysia! dan tak semestinya dia nak menggatai kat hang. Dan kalau menggatai pun, hang ada pilihan kot, sama ada untuk turut sama menggatal (melayan) atau ignore saja semua.'
Alhamdulillah, dia sekadar add saja. Takda pun niat apa-apa yang tak baik. May Allah bless him, dunia akhirat, amin ya rabb.
Itulah antara kenangan yang aku tak boleh lupa tentang arwah dan aku.
Antara aku dengan arwah, kitorang ada agak banyak jugaklah persamaan. Tapi takpa kita simpan dalam hati. :)
"Hurm tapi acik suka lah kalau awak dengan dia. Kalau korang kahwin, anak korang mesti baik-baik."
Aiyokk erm acik memang suka dia sangat, dan tak habis lagi rupanya cerita itu. Dan dan tapi dengan segeralah aku berkata,
"Takpe acik, jodoh Yani dengan orang lain kot. Allah dah tentukan siapa jodoh yani. Satu je la, acik tolong doakan Yani dapat jodoh yang baik eh? Yang boleh teman ayah pergi masjid atau surau. Boleh gitu? Hehe.. "
"Acik akan selalu doakan untuk awak."
"Hehe, oke, terima kasih. Sayangggg acik ketat-ketat!"
"Sayang awak ketat-ketat jugakkk."
Erm macam itulah kira-kiranya berakhirnya perbualan whatsapp secara persendirian antara aku dengan arwah. Rindu? Yes, memang teramat rindu dengan arwah.
***(Ayat-ayatnya mungkin ada yang aku ubah sesikit, sebab conversation antara aku dengan arwah tu dah terdelete dengan sendirinya. Al maklumlah dulu guna BB, tak tau apa masalahnya terus hilang. Sob sob. Tapi jalan ceritanya masih sama saja.)
Ahhh kenangan bila datang menjengah dalam fikiran, kadang-kadang memang kita tak mampu nak elak.
Aku pernah cerita dalam entri ni Sebulan Yang Ditinggalkan tentang saat-saat terakhir dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.
Kelip mata, pejam mata, bukak mata, tutup mata, pergi kerja, balik kerja, makan, minum, puasa, raya, erm sudah agak lama acik pergi. Mungkin kejap-kejap lagi turn yani pulak ke kan? Wallahua'lam... :)
Kalau jodoh itu ramai yang berkata ia rahsia Allah, mati pun rahsia Allah juga kan?
Okeh, otak dah terlalu blank untuk aku tambah dan tambah lagi isi dalam entri ni.
Tiada idea. Sebelum jadi terlalu meleret, berhenti ya?
Terima kasih jika ada yang sudi baca entri ini.
Maaf kalau ada salah dan silap. Dan sudilah memberi teguran jika ada kesilapan yang dilakukan. :)
Wassalam.
Semoga roh arwah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah...
Anything About You_ Niyaz Arumi,
20 September 2013 / 14 Zulkaedah 1434H
2.33PM
Saranghae~
** "acik, kalau satu hari nanti yani dah jumpa jodoh yani, yani bawak 'dia' ziarah 'rumah' acik eh...sebab kite nak kenalkan 'dia' dengan acik kite yang kite sayanggg sangat...!
Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu... [ La Tahzan, Innallaha Ma'ana ]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CANVA YEAH ^-^
Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...
-
Bismillah, Assalamualaikum. Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang ...
-
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru ke...
No comments:
Post a Comment