Assalamualaikum w.b.t...
Eh terindu pulak nak buat satu entri ringkas hari ni... (erm xpe kalau xde yang baca,sekadar meluahkan apa yang terasa kat dalam hati...) --- tapi bukanlah niat untuk terlalu mengekspresikan apa yang ada dalam hati, mohon jangan salah faham...) eh tajuk cam poyo je an? huhhhi...~
Entri pendek berkaitan jodoh...korang faham ape tentang jodoh? nikah? kahwin? cinta?
Secara amnya, orang selalu faham mestilah tentang cinta, kasih sayang dan ikatan pernikahan antara lelaki dan perempuan.
Tentang bagaimana berjumpa jodoh itu pun perlu diambil kira kisahnya.
Ada yang ingin kan kisah cinta yang begini dan begitu...semuanya inginkan kesempurnaan dalam kisah cinta mereka. Walhal, pada aku, cinta ni lebih menjerumus ke arah kebertanggungjawaban.
Sebab apa?
Sebabnya aku rasa, kadang2 ada sesetengah orang yang bercinta ni ada yang belum tahu hala tuju.
Contoh, kenapa bercinta kalau tak pernah terfikir untuk berkahwin? Buang masa kot.
Adakah kerana ikut-ikutan daripada orang sekeliling? Pada aku (bila dah dewasa sikit ni) ,tak perlu itu semua... Awak single pun awak boleh happy apa... Mana ada istilah orang takde couple ni boring. Ye memang, setiap manusia di ciptakan berpasang-pasangan, dan kita perlu mencari pasangan kita... Yeay!
Dan mencari pasangan itu perlulah berlandaskan syariat agama, apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Ye tak? Jadi kita ikut saja aliran yang ada.
Bukanlah maksud aku tak perlu mencari pasangan, perlu, tapi bukanlah untuk berlebih-lebihan dalam berkasih. (Berlebih-lebihan dalam berkawan dan berkasih ni rasanya korang lebih tahu apa maksudnya kan...) Kalau nak lebih-lebih, silakan bernikah dan berkahwin, korang dapat pahala berlipat kali ganda tau kalau nak berkasih sayang! (Ini berdasarkan pembacaan aku pada bukulah, korang boleh rujuk pada orang yang lebih berpengalaman oke?)
Dan aku rasa, perkara paling penting sekali ialah bila korang dah jumpa orang yang korang sayang, dan nak buat keputusan nak bernikah, sila sila dan silalah dapatkan RESTU daripada MAK AYAH korang...paling best kalau dapat restu dari seluruh ahli keluarga korang.
Ahem ada juga yang begini, suruh mak ayah carikan, tapi bila mak ayah dah carikan, hampa tolak lah pulak.
Reason nya apa?
Adalah kerana orang yang mereka cari tu tak sesuai dengan jiwa korang lah, kurang handsome lah,kurang cantik lah, poket nipis lah, poket tebal lah, poket koyak lah aihhh dan bermacam-macam lagi... <~ segelintir ye, bukan semua gini.
Sepatutnya bila ada yang dah suruh mak ayah ke pak cik mak cik carikan ke, korang haruslah bertanya sekian-sekian dan sekian pada orang yang akan dijodohkan dengan korang tu. Mana tau melalui cerita-cerita positif yang disampaikan oleh orang-orang terdekat itu mampu buat korang menerima si dia dengan lapang dada. Wallahualam.
Pada aku, satu je, korang mohon doa dan petunjuk daripada Allah terlebih dahulu. Itu yang terbaik!
Buat solat sunat Istikharah, (ada petunjuk yang Allah beri itu bukan melalui mimpi, tapi berdasarkan gerak hati kita.)
Contohnya, mula-mula korang akan rasa 'euwwwhhhh', tapi bila mana sebenarnya jodoh itu memang untuk korang, teruk mana korang tolak pun, korang tetap akan rasa tertarik.
Paling korang rasa happy bila korang terima pinangan atas restu mak ayah dan keluarga korang. Contoh terbesar bila famili korang excited gila nak tengok korang dengan orang tu... (ahem.. macam tu lah kira2nya.). Dan korang pun akan rasa ehhh wah wahhh bestnya dapat gembirakan ahli keluarga korang yang lain. Korang akan rasa suka plus bahagia jugak lah kot. Weee, besar tau pahala bahagiakan orang sekeliling kita... kan???
Ahemmm, tapi apa pun, selagi belum bernikah, korang bebas nak berdoa, mintak Allah pertemukan jodoh korang dengan orang yang baik, yang dapat buat korang lebih mencintai Allah dan Rasul.
Kalau korang rasa itu bila korang mencintai seseorang, pada aku, itulah jodoh yang terbaik yang Allah beri. Syaratnya ialah, silalah korang juga berusaha ke arah kebaikan. Korang takkan dapat yang soleh kalau korang tak berusaha solehahkan diri korang. Kan?
Yang penting, KEEP ON PRAYING. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik dengan Allah, maka pasti Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Biiznillah.
Sekian.
Terima kasih pada yang sudi baca entri ni. Sebarang kesilapan mohon dimaafkan.
Segala yang baik itu sudah tentulah dari Allah,
aku sebagai manusia biasa, ye selalu saja melakukan kesilapan.
Kita doa yang baik-baik je ye untuk smua umat Islam di atas muka bumi ini.
Wassalam.
Anything About You_Niyaz Arumi
2 September 2013 / 26 Syawal 1434H
2.43 PM
Saranghae
No comments:
Post a Comment