Posts

Showing posts from June, 2014

'Kenduri Doa Selamat' Sambut Ramadhan.

Image
Bismillah.

Assalamualaikum.

Hai.

Sekejap je dah hari khamis kan. Bestnya. Yeay dah nak puasa. Tak sabar dah ni. =]

Memandangkan bulan ramadhan dah hampir sampai, mesti ramai di antara kita-kita yang buat 'kenduri doa selamat' bersempena menyambut kedatangan bulan mulia ini kan.

Samalah dengan kami kat 'hopis' ni.
Hehe. Ada buat makan-makan sikit hari ni.
Biasa 'pot luck' lah mudah kan.

"Hang bawak sikit, aku bawak sikit, awak bawak sikit, saya bawak sikit."

Sikit-sikit lama-lama jadi 'bukit'. Hee bukit sangat. Lama-lama jadi banyak lah kan.

Takpe kalau makanan tak banyak pun, yang penting dapat mengeratkan ukhuwah sesama rakan kerja.
Cewah Yani, ayat sentiasa nak poyo!

Oke, dah tak nak menceceh banyak-banyak.
Meh nah, saya belanja sikit gambar untuk tatapan kawan-kawan saya semua ni.














Jodoh Berdua - Part 3 (Akhir)

Image
****
                “Betul ke ni mak long?” Zarif menyoal dengan rasa tidak percaya.
Apa mimpi mak long nya itu? Kenapa tiba-tiba beri kebenaran kepada dia untuk kembali melamar Fiska? Kenapa ya? Apa yang tidak kena? ‘Heh la Zarif, 3 bulan lepas, mak long tak restu pun kau mempersoalkan, yang ni, dah diberi pun sibuk mempersoalkan. Apa yang kau nak Zarif oi?!’
                “Ya. Betullah. Dah seminggu mak long fikir. Kadang-kadang mak long rasa, mak long ni hanya fikirkan tentang hati dan perasaan mak long saja. Pasal orang lain mak long tak fikir pun. Mesti Zarif dengan Fiska dah cop mak long ni mak saudara yang kejam kan? Macam dalam cerita Ibu Mertuaku. Haha.” Panjang Hasnah menerangkan sambil berlelucon.
Zarif tergelak. Pandai saja mak longnya itu serkap jarang.
Memanglah diakui perkara itu bukan mudah untuk dia lalui. Hendak pula sekarang ini dia kerap memikirkan gadis bernama Fiska Nasuha itu. Berapa kerap? Entahlah, tak tahu nak jawab macam mana. Aura apa yang ada pada gadi…

Tiga Kedudukan Puasa...

Persoalan agama bersama Jakim SETIAP tahun umat Islam berpuasa sepanjang Ramadan. Saya bertekad menjadikan Ramadan kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Saya tidak lagi hanya mahu menahan lapar dan dahaga, tetapi masih melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam, walaupun pada pandangan sesetengah orang, perbuatan itu hanya dosa kecil. Saya ingin berubah. Bagaimanakah saya boleh melaksanakan ibadah selama sebulan ini dengan berkesan. Puasa adalah ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mengenai puasa: “Puasa ada tiga kedudukan: Puasa Umum, puasa Khusus dan puasa khusus al-Khusus. Puasa Umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Puasa Khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Puasa khusus ialah menahan hati daripada keinginan buruk dan tidak memikirkan sesuatu selain daripada …

Checklist Ramadhan. Saya dah. Awak?

Image
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Hai,apa habaq kengkawan semua?

Ouh di saat sedang menaip entry di fon ini,adalah dengan tangan belah kiri yang terketaq-ketaq,lenguh bak hanggg. Maunya tak lenguh, sambil buat kerepek kapal tebang tadi sambil dukung Aisyah. Nahh baru terasa kelenguhannya...


Wiwiii bestnye kalau ada orang tolong picit. Ini semua gegara anak buah tersayang lah ni. Haih tak apa lah, demi kasih kuturutkan jua. Cecewah Yani, jiwang pa dia wehh.

Hurm bestkan next week kita semua dah nak puasa. Excited tak? Tak sabarnya dah. Kalau boleh nak puasa je, nak bulan ramadhan je. Tapi mana boleh kan, sebab Allah dah aturkan setiap perkara untuk kita, cantik tersusun je kan. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Bersempena kedatangan bulan yang paling di nanti-nanti, saya dah buat 'checklist' sempena bulan Ramadhan ini untuk diri saya sendiri. Matlamat sempena Ramadhan tahun ini. Moga Allah bantu semuanya. Biiznillah.

Ada kurang lebih 18 yang saya mest…

Tanda Diri Di Sihir

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian. Walau apapun, sabar dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan. Jangan pernah berdendam. Paling penting, percayalah pada kekuasaan Allah, akan dapat menyembuhkan sesiapa yang dikehendakiNya.


DEFINISI SIHIR


Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti…

Langit Ilahi~

Image
Di langit ilahi punya gula-gula kapas yang manis,

Punya bebola merah yang bersinar,
Ada cebisan cahaya menari-nari,
Ada kanvas yang sangat luas.
Subhanallah...

Kerana apa?

Kerana ia milik Allah,
Kerana Allah mahu kita sentiasa mensyukuri nikmatNya.

Supaya kita sentiasa celik dengan kurniaanNya.

Bukan buta menilai.

Fikir-fikirkanlah.


*** Pagi tadi on the way pergi kerja, intai langit (terapi setiap hari), 'paksa' diri cari nikmat yang Allah beri setiap hari, supaya sentiasa bersyukur. Supaya diri tak lupa.

Cantiklah langit kan. Macam sedap je gula-gula kapas kat langit sana.

Suka.

Semoga hari ini Allah meredhai semua yang kita semua lakukan,bakal lakukan.
Biiznillah.


Sekian, wassalam.


Love,
Norzayani Norhamshah
19 Syaaban 1435H

Bila lapar, minum susu. Jadi kenyang. Alhamdulillah.

Image
Bismillah...
Kriuk...kriukkk...
Lapar ke Yani?
Minum susu je lah.
Balik sat lagi baru makan oke?
Jimat! (Huhh jimat ke kede?) - Oke, jimat.
Duit guna untuk yang lebih berhak. Lebih memerlukan.
Yani ni kategori tak memerlukan sangat. (Perlu tapi ada yang lain lebih perlu.) =)
Susu apa minum?
Oh Sunlac la seharusnya. Sedap tak tipu. 


Kbai, curi masa kejab hubdet belog waktu kerja.
Take care awak semua.
Assalamualaikum w.b.t
Norzayani Norhamshah 18 Syaaban 1435H

Puteri Nisfu Syaaban...

Image
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah 15 Syaaban tahun ni sangat bermakna.
Istimewa, dan penuh berkah.

Oke,just nak share kegembiraan, hari ni saya dapat anak buah baru lagi...
Syukur alhamdulillah,baby girl.

Bayi nisfu syaaban, moga Allah sentiasa akan berkati seluruh hidupnya dunia akhirat. Kakak saya selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 3.30 pagi di Hospital Sg.Buloh...

Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan Allah. Kakak dan abang ipaq saya hantar anak pertamanya kat umah kami (hospital kerajaan kan tak boleh bawak masuk budak kecik) ,dalam pukul 2.50 pagi gitu,sampai hospital, terus bersalin, pukul 4 pagi dah selamat masuk wad.

Lepas solat jumaat tadi, dah balik rumah. Berpantanglah di rumah atok. (Ayah kami,hehe)
Semuanya berlaku terlalu cepat dan mudah, terima kasih Allah. Syukur.

Terlalu banyak nikmat kurniaan yang tak mampu diri ini pertikaikan. Allah arRahman, Allah arRahim. Subhanallah! Allahuakbar!

Seawal jam 2.35 pagi telefon rumah berbuny…

Jodoh Berdua - Part 2

*****

“Hai anak umi ni fikir apa, ralit sangat depan laptop tu, tapi umi tengok awak tak tai papa-apa pun?” Tegur Faizah lembut.
Sejak dua minggu lepas, anaknya ini lebih banyak mendiamkan diri. Kecewakah dia? Tapi mengapa keputusan itu yang anaknya lakukan, sedangkan dia dan suaminya sudah mengatakan tidak akan membantah walau Fiska pilih untuk terima pinangan Zarif.
Fiska memberi senyuman lembut buat uminya.
“Tak ada apalah umi. Ika tengah fikir nak buat entry baru dalam blog ni. Tapi Ika tak ada idea. Tak tahu nak tulis apa.” Balas Fiska sopan.
Kemudian Fiska berjalan menuju ke katilnya, duduk di sebelah uminya.
“Umi, Ika tahu kenapa umi masuk bilik Ika. Umi nak tanya pasal Zarif kan?” Fiska menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Walau apapun, dia tak boleh buat Umi susah hati.
“Ika sayang, betul ke keputusan yang Ika buat tu? Umi tengok sejak hari tu, anak umi ni jadi lagi pendiam. Ika, kalau Ika suka pada Zarif. Kita boleh pujuk Mak Long, sayang.” Lembut pujukan Faizah p…