Tuesday, June 17, 2014

Tanda Diri Di Sihir

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian.
Walau apapun, sabar dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan.
Jangan pernah berdendam.
Paling penting, percayalah pada kekuasaan Allah, akan dapat menyembuhkan sesiapa yang dikehendakiNya.



DEFINISI SIHIR



Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.


Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.


Jenis-jenis sihir adalah :-

-Sihir Rumahtangga/Perceraian
-Sihir Pengasih/Guna-guna
-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata
-Sihir Gila
-Sihir Santau
-Sihir Kelesuan Badan
-Sihir Penyakit Anggota Badan
-Sihir Penghalang Pernikahan.


Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.
  4. Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar ke atas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis bak kena sampuk.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia masih muda.
  20. Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.
  21. Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.
  28. Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.
  39. Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.
  40. Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.
  41. Temat asyik melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.
  42. Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.
  43. Suka tengok cermin lama - lama.
  44. Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, normal. 
  45.  Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya. 
  46.  Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dll)
  47.  Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.
  48. Kerap bunyi goli atau kerusi ditarik di atas siling rumah. 
  49. Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah. 
  50. Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri... dll) panggil tapi tengok tak ada orang. 

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR :

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.


Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyemburh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.



Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286



PUNCA SIHIR :
  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR :
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

Kita ikhtiar, Allah sembuhkan.

Terima kasih atas info, sumber dari ini & ini ...


Sekian, assalamualaikum w.b.t

Norzayani Binti Norhamshah
19 Syaaban 1435 H
17 Jun 2014

2 comments:

  1. Tq sharing Yani... banyak juga tanda-tandanya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome kak. Terima kasih sudi lalu blog hambar saya ni.
      Semoga perkongsian ini bermanfaat. Aamiin.

      Selamat berpuasa kak Yati.
      Moga semua amalan kita diterima Allah.

      Delete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...