Assalamualaikum w.b.t..
Oke, tuan puan sekalian. Dah rehat lepas ikut saya berjalan? Part 1 sila klik sini.
Dah beli jus oren yang sebenar-benarnya untuk hilangkan boring membaca tulisan saya?
Dah? Bagus. Jom, kita nak sambung berjalan lagi ni. Bismillah.
Baik hati chef, bagi ikan breakfast. Masa ni kan, chef tu malu sebab saya ambil gambar. Sorry chef. Haha~ |
Born to be wild. (Uitm Dentistry) Gambaq atas pentas. |
Unggun api tiruan. Tak ada api pun. |
Swimming pool !!! Apa tunggu lagi? Tak nak terjun kah?
Di tepi kolam yang indah. Kakak ipaq saya bersantaiiii. |
Anak dengan bapak dorang yang garang macam singa~ Haha. |
Bestnya. Tapi saya tak terjun pun. Busy nak ambil gambar untuk awak semua lah katakan... |
Ala tak nampak sangat. Tapi bolehlah dari takde. Kat rumah saya pun ada kuda. Hhehe. |
Horse Stable. Dalam tu ada jugak kuda yang lain. Tapi saya tak masuk pun. Jalan saja. |
Oke, kita dah sampai di Kampung House. |
Pintu KH gini ye. Dalam saya tak tahu. Hee... |
KH juga. Dulu bawah ni ada air. Tapi kakak saya kata, diorang terpaksa keringkan sebab pernah ada kes denggi. |
Well, semua benda tu kena fikir juga. Untuk keselamatan dan keselesaan. Bahaya kes denggi ni. Lebih baik mencegah dari merawat kan?
Jalan menuju ke KH. Ada banyak titi dekat KH ni. Ecey, dah namanya kampung, kengkonon kena banyak titi la gitu. |
Macam itulah rupa bentuk Kampung House dari sudut tepi ye. |
Bandwagon sudah, Log Cabin sudah. Kampung House sudah. Paddock Dormitories pun dah. Nah, last, Teepee. Ala-ala rumah red indian gitu. Erm tapi kan kakak saya bagitau kat sini banyak nyamuk. Tapi kami stay kat Log Cabin, tak ada pula rasa nyamuk gigit. Elok ja kami tidoq. Hehehee..
Teepee. Pun tak ada gambar di dalam. Kesian korang, tengok kat luar je la eh. |
Pintu semua begitu. Ada 'mangga' besau tak hagak semuanya. |
Oke dah, bai Teepee. Bai Kampung House. Kita pergi jalan-jalan kat tempat lain lagi. Penat ke?
Takpe, jangan risau. Kita dah nak habis jalan dah ni. Lepas ni dah boleh rehat kat bilik ye. :)
Oke destinasi seterusnya...
Agak-agak korang ada bawak bola. Bolehlah main kat sini. Basketball court~ |
Lokasi Basketball court ini adalah di sebelah Teepee ye.
Jom kita jalan depan sikit.
Jeng-jeng...
Nahhh...
Ini Rope Course. Lokasinya adalah berdekatan dengan guard house. Katakanlah korang dah sampai. Inilah dia 'pemandangan' pertama yang korang boleh lihat bila masuk Eagle Ranch Resort ni. Hehehe.
Teringat pulak zaman muda masa di Plkn dulu. Tapi ini lagi syiokkk~ |
*Korang, kalau gambar kecik, klik pada gambar ye untuk imej yang lebih besar. (Tapi idoklah besau bebenor.) =D
Oke, depan sikit daripada Rope Course ada tapak permainan untuk korang bermain bola tampar ala-ala di pantai gitu.
Jangan pulak korang bawak anak-anak korang buat istana pasir kat situ. Tak memasal je nanti kena sound dengan pekerja resort. Tapi kalau anak korang nak juga buat istana pasir, cer korang pergi tanya boleh ke idak buat istana pasir kat situ. Kalau tak boleh, memang korang kena pergi tepi pantai jugaklah. Haha.
Yang saya tahu, depan sikit dari Eagle Ranch ni dah boleh jumpa Tiara Beach Resort. Abang ipar saya kata dalam 5km je jaraknya. Depan lagi baru ada pantai.
Lokasi beach volleyball ini adalah di tengah-tengah di antara Main Field dengan Rope Course. Tepi itu ada pokok Sukun. Dapat sukun goreng, sedap tu...
Dengan itu, sudah habislah saya bawak awak semua tawaf di kawasan sekitar resort ini.
Bukanlah semua tempat saya pergi, ada juga tempat yang saya tak ambil gambar. Heee jalan sorang-sorang, kotlah ada apa-apa jadi, mahunya menangis tergolek-golek tepi jalan nanti.
Oke, saya dah penat. Jom kita balik Log Cabin. Rehat-rehat.
Saya nak tunjuk kejutan di dalam Log Cabin itu pada awak semua.
Assalamualaikum. Siapa di dalam, kami di luar ni. |
Jemput masuk... |
Wa'alaikumussalam. Eh mengada kan, pagi pun nak pasang lampu. |
Lemari, tempat bancuh air. |
Meh saya tunjuk bilik air pulak.
Shower. Kalau sesapa nak mandi air panas. Haih masuk bilik air pun dah panas. Tak ada kekdahnya awak nak mandi air panas. Mandi air batu lagi bagus. |
Inilah air batu. Air yang keluar dari batu. Waterfall sangat tau! |
Nampak ke tak nampak awan kat atas nun?
Kalau nampak, bagus. Gambar ni saya tak edit tau. Nampak kilauan cahaya terik mentari tu.
Memang di situ tiada bumbung.
Jangan tanya saya kenapa takde bumbung. Tolong tanya pengurusan hotel. Mereka lebih maklum.
Chehhh design yang begitu, buat saya rasa nak hentak kepala kat batu tu.
Macam mana nak mandi? Tapayah mandi lor... Balik rumah baru mandi. Haha. Bukanlah keseluruhan bilik air ini tidak berbumbung. Sebahagian saja. =)
Okelah, penat dah ni.
Nah saya belanja sikit gambar masa dinner 'kuboi' malam sabtu hari tu. Kakak ipar saya ada menang hadiah untuk cabutan bertuah. TV 19'. Dalam bilik dia kata kalau dapat Stand Mixer pun best jugak.
Gambar di bawah adalah gambar suka-suki sahaja.
hapi hapi. tolongggg |
ramai jugak. Segan haih time tu. =p |
Mia memang suka buat muka bila saya nak ambil gambar. Stress oke~ |
Ayah paksa berdiri atas ni. |
GO KART~ |
Kereta kuda da.. |
See you again. Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi...~ |
Oke, catatan perjalanan di Eagle Ranch Resort dah pun tamat.
Jom lah, kita balik semula ke Selangor semula.
Walau singkat waktu, tapi still happy, sebab boleh luang masa dengan keluarga tersayang.
Kalau ada ibu dengan ayah mesti lagi best. Takpe, tunggu hujung tahun.
Orait, terima kasih sudi baca entry ni.
Kalau ada yang kurang memuaskan hati awak, mintak maaf ye.
Ia sekadar kenangan sezarah yang dapat dikongsikan.
Jaga diri ya semua. Jaga iman, jaga solat, ingat Allah walau di mana awak berada.
Sekian, Assalamualaikum.
With Love,
Norzayani Binti Norhamshah
10 Jun 2014 / 12 Syaaban 1435H
Eagle Ranch Resort,Port Dickson, Malaysia~
No comments:
Post a Comment