Friday, June 13, 2014

Puteri Nisfu Syaaban...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah 15 Syaaban tahun ni sangat bermakna.
Istimewa, dan penuh berkah.

Oke,just nak share kegembiraan, hari ni saya dapat anak buah baru lagi...
Syukur alhamdulillah,baby girl.

Bayi nisfu syaaban, moga Allah sentiasa akan berkati seluruh hidupnya dunia akhirat. Kakak saya selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 3.30 pagi di Hospital Sg.Buloh...

Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan Allah. Kakak dan abang ipaq saya hantar anak pertamanya kat umah kami (hospital kerajaan kan tak boleh bawak masuk budak kecik) ,dalam pukul 2.50 pagi gitu,sampai hospital, terus bersalin, pukul 4 pagi dah selamat masuk wad.

Lepas solat jumaat tadi, dah balik rumah. Berpantanglah di rumah atok. (Ayah kami,hehe)
Semuanya berlaku terlalu cepat dan mudah, terima kasih Allah. Syukur.

Terlalu banyak nikmat kurniaan yang tak mampu diri ini pertikaikan. Allah arRahman, Allah arRahim. Subhanallah! Allahuakbar!

Seawal jam 2.35 pagi telefon rumah berbunyi, ayah jawab telefon, saya tanya kenapa, ayah kata kakak saya dah nak bersalin.
Erm syukur Alhamdulillah, Allah kejutkan kami malam nisfu syaaban melalui kelahiran bayi ini.
Sebab tu saya kata hari ini terlalu istimewa. Best sangat.
Boleh letak dalam diari kenangan hari ni.
Hehehe...

Disebabkan tak ada sesiapa jaga 'Aisyah' saya tu, makanya saya terpaksa EL demi menjaga si budak comel manja mengada itu!
Haha. Oke acik sayang awak ketat-ketat!!!

Orait dah, tak nak tulis panjang-panjang dah. Saya mengantok dah ni.

Ouh ye, baby tak ada nama lagi, sebab hari tu scan doktor kata lelaki, bila keluar ialah perempuan, kuasa Allah sangat besar ya. Semua yang berlaku atas izinNya. Kalau Dia tak izinkan, pasti takkan berlaku.
Atas kerana itu, hanya satu nama yang memang kompem ada pada baby ialah Izz.

Gambar bayi nisfu syaaban ni tak ada ya kawan-kawan. Nanti dia dah besar sikit baru saya tunjuk. :')
Yang ada gambar saya dengan si kakak baby ni ada la. Haha... :P

Orait, terima kasih ye sudi baca entri ni.

Sekian, wassalam.

Norzayani Binti Norhamshah
13 Jun / 15 Syaaban
23.09



No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...