Tuesday, June 10, 2014

Eagle Ranch Resort, Port Dickson - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Ya, mari kita jadikan entri ni cepat dan ringkas. (Entry ni panjang, tak pendek pun...heee)

Awak hanya perlu menikmati hidangan gambar yang saya sempat snap kan untuk tatapan awak semua.
Gigih tau saya tawaf satu Eagle Ranch Resort itu semata-mata nak bagi awak semua tengok kawasan sekitar.

Dalam entry sebelum ni saya ada beritahu nak pergi Eagle Ranch Resort kat PD kan (family day hopis kakak ipaq saya.)
Dan entry kali ini lebih banyak gambar dekat sana. Tak payah dah nak bergoogle bagai. Yeay!

Kitorang gerak dalam pukul 3 ke 4 gitu. Gila lambat! Angah lah ni, hari sabtu nak kerja jugak.
Tak memasal je saya cheat diet hari tu sebab bosan menunggu kat luar opis dia. Haip jangan tanya apa saya makan ye. Haha. Dalam kereta wa boleh terberangan nak makan biskut tawar cicah air kopi 'melakau' tu. Gila Yani sungguh gila. Bertuahlah kalau dapat kan. Makan biskut tawar je lah mampu. Itu pun nenek bekalkan.
Ya Allah, sayangnya dengan nenek kita ni !!!
Nah, baca catatan percutian di hari minggu. Ecey..


Sabtu ( 7 Jun 2014 / 9 Syaaban 1435H )

4.00 pm - Gerak dari Meru (Opis Angah).
              - Kitorang lalu HIGHWAY LEKAS (nak lekas sampai sangat...heheee)

7.00 pm - Check in. (Menginap di Log Cabin ye anak-anak.)
              - Bersiap untuk solat maghrib dan dinner malam tu.

8.45 pm - Dinner (BBQ) bertemakan Koboi kat tepi kolam. (Kitorang lambat sampai, lambat pergi dinner)
              - Sambil makan, tengok persembahan orang telan minyak sembur api. Hehe.
              - Cabutan bertuah ( Pak cik menang motorrr!) haha.

10.30pm - Dah habis dinner. Boleh balik. Nak rehat! Orang lain ada juga yang tunggu untuk karaoke.

* Kalau ada lagu Sepohon Kayu ke Menanti Di Barzakh ke memang saya join karaoke malam tu,tapi tak hado, jadinya Allah suruh kita balik. Solat isyak oi Yani, dah lambat! (tak buat jamak pun sebab kat PD je.)

11.30pm  - Sleeping beauty. Esok nak bangun pagi. Good Night~

Ahad ( 8 Jun 2014 / 10 Syaaban 1435H )

8.00 am  - Breakfast. Menu apa ada? Macam-macam. Tapi saya dok ralit makan honeystar dengan susu.Sedapnya, masya Allah! Lepas tu, ambil roti, sapu butter, amik gula, tabur atas roti. Makan.Kenyang. Alhamdulillah.

9.00 am  - Habis breakfast. Balik bilik. Salin pakaian budak-budak untuk terjun kolam. Excited ok mereka.

9.30 am - Mereka terjun kolam. Saya tawaf satu Eagle Ranch. Oke jom. Tengok gambar. Tau dah, korang malas nak baca catatan kerepek ni kan. Haha. Saya pun malas gak nak tulis. Lalala. Tengok gambar je la.

9.35 am - Pengembaraan bermula. Haa meh saya cewite dengan gambaq...

Selamat Datang~

Welcome, welcome. 

Tak memasal abang baju merah tu jadi model dalam blog ni~ Haha

Depan taman meja receptionist~
Jom. Sambung jalan lagi. Eh sebenarnya kan, perjalanan saya bermula dari tapak Eagle Eyes. Maklumlah dekat dengan bilik. Untuk mencantikkan entry, saya terpaksa cerita dari depan lah ye. Next~

Signboard untuk kemudahan korang.

Eagle Street (Kat sini korang boleh naik kereta kuda)
 Ahem, kalau nak naik kereta kuda ialah RM12 per head. Kalau yang nak bulan madu tu, hang naiklah berdua husband and wife. Kalau nak romantik. Heee romantik ke?

Oke sambung. Lepas tu dekat sebelah ke depan ke Eagle Street ada Main Field. Agaknya diorang buat sukaneka kat situ lah kot semalam. Al maklumlah, kami sampai lambat. Tak dapat join. T.T

Nampak tak pokok sukun? Haha.

Besarlah jugak padang ni. Sesuwai nak buat aktiviti luar. Main police & thief ke.
Depan sikit. Boleh main paint ball. Tapi hari tu tak ada pulak orang. Huhu. Hidup ke tak tempat ni? 

Inilah Bandwagon. Kereta kuda ke kereta lembu ni? Tapi comel!

BW di tepi. Apa kekdahnya ambil gambar kat tepi ni?

Jalan memang gini ye. Tak hadenya tar-tar tu. Jom jalan lagi.
Ni pintu depan BW.

Time ni saya guna jalan pintas. Nak pergi sini. Nak tengok ini.


Orang main go-kart.

Serius lupa nak tanya berapa harga. Uwaaa sorry korang. T.T


Heceyyy, kacak bergaya wanita itu memandu. Haha~

Lepas itu, redah lagi 'gunung-ganang' di tepi litar go-kart tu. Okelah tu, exercise kejap kan. Haha. Btw, bukanlah gunung ganang sangat pun. Nanti tak memasal awak pergi, awak cari gunung. Jalan biasa je. Ngeh3. Jom sambung jalan.

Kawasan penginapan (Log Cabin)

Ini jalan serupa macam taman lah juga. Laluan penjalan kaki.

Ini iklan, sebab masa tu, toleh belakang nampak keweta kuda. Haha.

Bersih dan cantik ye.

Laluan pejalan kaki di depan Log Cabin.

Masa jalan dekat sini. Saya excited, rindu nak main teng-teng. Melompat sekali dua, eh kat depan ada orang. Mana datang orang itu? Oke, i termalu sekejab. Teruskan perjalanan sambil buat muka tak bersalah. Lalala...


Ini Paddock Dormitories~

PD tadi ye. Dalam jangan tanya. Sebab saya tak masuk. Gigih pulak saya nak ketuk pintu orang semata-mata nak ambil gambar? Nehi kabhi nehiiii~
Jom saya bawak awak semua terus mendaki ke Eagle Eye's dan seterusnya ke destinasi yang lain. Korang penat eh baca entri ni?
Nah minum jus oren jap. Saya belanja......gambar.

Penatkan jalan-jalan. Takpe, meh minum, hilangkan dahaga. 

Dah minum? Oke sambung balik cerita. Bismillah.



Eagle eye's. Naik atas. Snap gambar. Tengok pemandangan. Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan Allah.
Kagumnya. Untungnya dapat menikmati keindahan langit dan bumi Dia.


Itu log cabin. Nampak tak apa yang saya nampak. Ada tempat yang tak ada bumbung ye awak-awak.


Langit Ilahi. Subhanallah! Allahuakbar!
Awak, saya bukan tak nak sambung. Panjang sangat entry ni nanti. Sebab banyak sangat gambar yang saya nak share. Nanti pening termuntah-muntah awak ikut saya berjalan. Saya habiskan dekat sini dulu ye.
Jangan risau. Next entry, saya belanja gambar banyak-banyak. Dan saya berjanji, saya tak akan membebel banyak-banyak.

Orait, terima kasih sudi baca entry ini.
Sebarang salah silap. Mintak maaf ye.
Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Bersambung...

*klik sini untuk Part 2.



10 comments:

  1. Akak pernah berkursus di disini Ayani.. tapi akak tak explore habis macam Ayani..
    Senyum akak baca part atas tu dah macam buku atucara majlis pulak kaedahnya :)
    Ye lah tak payah tulis panjang2 kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh la yeke...akak stay katne? Bandwagon ke? Teepee ke? Ke Log Cabin cam kite?
      Best sana, tapi macam sunyi sikit kan.

      Haha, kena buat gitu kak, nanti entah apa2 yani kerepekkan.
      Terima kasih kak, sudi baca entry ni. ^-^ ana uhhibuki fillah...

      Delete
  2. Hello , sy nak tnye log cabin tu ade bape katil eh , saiz ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. maaf lambat reply.

      erm log cabin hanya ada 1 katil, queen saiz kalau tak silap saya.

      Delete
  3. Akakkk.. kat sni ade org buat perkhemahan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pastilah dik, tapi rasenya ada pakej untuk aktiviti yang gitu.

      Delete
  4. Akakkk.. kat sni ade org buat perkhemahan ke??

    ReplyDelete
  5. terbaik punye pengalaman...saya tumpang baca sbb tengah mencari tempat untuk practikal.terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  6. terbaik punye pengalaman...saya tumpang baca sbb tengah mencari tempat untuk practikal.terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...