Posts

Showing posts from 2013

Diet Atkins - Part 2

Image
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t.

Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru kejap je publish tadi ni ha. Kuikuikui. Mengada kan?!

Oke straight to the point la. DIET ATKINS - PART 1 , aku lebih bercerita tentang bagaimana permulaan diet aku.

Kita sambung ceghita dari part 1 okeh?

Macam mana aku tahu tentang diet atkins ni adalah dari blogger Cik Puan inaachik.blogspot.com . Memandangkan aku follow blog "Kakiku Suka Berjalan", satu hari tu aku ada ternampak entri beliau. Tertarik pula nak membaca. So, aku klik entri tu. Baca dan baca. Hurm, timbul minat nak try. Aku tak kira. Aku nekad. Aku nak cuba diet ni. Selepas aku usha beberapa blog yang menerangkan tentang diet atkins ni. Lagi lah aku bersemangat. Aku ingat lagi. Masa aku baca info tentang diet ni. Aku tengah puasa. Tarikhnya ialah 31 Oktober 2013.

Agak kagum jugaklah tengok pencapaian orang yang mengamalkan diet ni. Tapi aku waktu permulaan dulu agak poyo. Sebab aku se…

Diet Atkins - Part 1

Image
Bismillahi bismillah... Assalamualaikum w.b.t..... Ahemmm ahemmm, sambil mengarang entri baru sambil dengar lagu 'Macam Cantik Je, Macam Comel Je-Amar'... Hihihi. Macam best je! Orait, bukan tentang lagu yang aku nak sampaikan. Agak lemau semenjak dua ni untuk aku meng'update' entri baru. Gila malas kan. Haippp, bukan malas, busy bhaiii. :) Dipendekkan ceghita, korang pernah diet? Korang selalu diet macam mana ye? Apa yang selalu korang amalkan bila diet? Bersenam tak? Tak makan ke? Atau macam mana? Eh banyak pulak soalan aku. Dah macam polis pencen ni. Huii. Okay, pernah dengar tentang DIET ATKINS tak? Pernah? Tak pernah? Ahaa takpe. Aku bagi sedikit info yang aku cilok dari SINI . APA ITU DIET ATKINS?
ATKINS DIET " Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jik…

Diet sebab nak kahwin?

Image
Ni diet, diet ni, sebab nak kahwin la ye? Bismillah. Assalamualaikum. Apa cerita ni? Apa kes? Diet sebab nak kahwin??? Jeng, jeng, jeng... Heshhh, mana boleh kaitkan begitu. Mana aci! Tak semestinya orang yang nak kahwin tu saja yang boleh diet. Ye tak? "Haaa Yani, ni diet ni, nak kahwin dah ek?" "Hahahaha, tak ada maknanya, mana ada orang yang nak Yani ni kak oiii." Gelak besau aku orang cakap gitu. Aku cuma merasakan berat aku semakin bertambah-tambah semenjak dua ni. So, aku pilih untuk mengurangkan sedikit berat badan. Apa? Mengurangkan sedikit berat badan. Faham ye? Nak cakap diet? Erk macam tak pulak, sebab aku belasah je makan banyak. Cuma aku tak ambil 'Carbs'. Dulu dok sibuk kira kalori, tapi selalu terlebih lori. Hahaha. Bila kira carb, tak pasti pulak kalori tu banyak ke tak. Yang penting aku diet, bukan kerana aku dah nak kahwin ke apa-apa. Mohon janganlah buat andaian yang entah apa-apa. Sebab calon suami pun aku tak cari lagi. Tapi tak tau la…

Sharpie KU Sayang!

Image
Bismillah,

Assalamualaikum.

Sharpie ku sayang berwarna-warni,
Saja mengumpul membuat koleksi,
Mari mari minah kumari,
Eh amenda pantun macam ini?




Korang pernah beli pen sharpie?


Aku baru saja berjinak-jinak mengumpul membuat koleksi,
Pergh kale dia perghhhh! Cantik plus sweet la kalau yang lembut-lembut tu.




Apakah kegunaan Sharpie ini?

- Al jejawaban nya ialah sebagai pemangkin semangat ketika korang menghasilkan kesenian yang tersemat di diri korang! (Wahh jawapannnn,ngeee)






- Sharpie banyak sangat warna yang menarik dan tertarik. Macam-macam ada. Kan. Sila tengok bawah. Eh korang nampak ke tak harganya?





Boleh dapatkan di mana?

- Boleh saja di dapatkan di kedai buku seperti Popular, Mph dan kedai buku yang lain aku kurang pasti.
- Selain kedai buku, boleh lah beli dekat Giant, di Aeon ada, kat Tesco pun pastilah ada juga,ye tak? (nanti korang boleh survey sendiri lah ya)


Berapakah harganya?

- Satu pack yang aku beli yang ada 6 batang pen itu berharga dalam lingkungan RM 11.40 - …

Lesen Canggih!!!

Image
Bismillah.

Assalamualaikum.

Oh hai, saja nak buat satu entry malam ni. (eh tak kisah la ada orang baca ke tidak, yang penting aku nak mengabadikan ceghita aku dalam belog sesawang ni. ngeng!)

Hari ni hari apa?
Al jawabb, hari khamis, cikgu Yani! (erk cikgu Yani? takdak rupa, kbai)

Oke, ye tahu, hari ini hari Khamis, 24 hari bulan Oktober tahun 2013 bersamaan dengan 20 Dzulhijjah 1434 H. So? Kenapa dengan hari ini?

Tihee hari ini aku cuti dan aku ditemani oleh ayah untuk me 'renew' kan lesen aku yang dah mati tu.

Lepas dah hantar ibu pegi kerja selepas bersarapan, maka ayah pun membawa aku ke JPJ SHAH ALAM.

Dah sampai ke tempat yang dituju, ohh tersengih-sengih kitorang. Tak ramai orang. Insya Allah, tak lama kot urusan dekat sini. Yakin dengan Allah, yang Dia akan permudahkan urusan, ye Yani?



"Kalau tak ada gambar takpe ke dik?" Adoiii. Nanti lah sat ayah, orang sakit perut ni. Uhhh.

"Takpe, tapi bawak IC kan? Guna gambar di IC tu je nanti." Acik guard peny…

Sabar Itu Indah

Bismillahi bismillah.

Assalamualaikum.

"Manusia comel bijak pandai dan bergaya, uruskan fitrah kemarahan, melalui istighfar dan kesabaran. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah."

Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, kecintaan, kasih sayang dan perasaan lain-lain adalah fitrah hati dan perasaan yang memang Allah kurniakan untuk kita 'mengambil' ia sebagai 'simpanan akhirat'.

Contoh : Apabila awak diuji dengan sesuatu perkara yang awak tak buat, atau mungkin awak diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran awak. Awak boleh menangani fitrah itu dengan sabar. Jadi apabila bersabar, makanya awak dapatlah jadikan itu sebagai simpanan akhirat. Mudahkan?


Yes, mungkin ramai akan mengeluarkan fatwa hati dengan mengatakan,

"Alah, cakap senanglah. Semua orang pun boleh cakap."

"Hurm, tak kena batang hidung sendiri, mana tau perasaan orang."


*** Ini biasa. Tapi percayalah, apabila hati kita mula bertenang, kita pasti akan terfi…

La Tahzan, Allah Bersama Kita.

Image


Jangan Bersedih,
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih,
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas

Jangan Bersedih,
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih,
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
Jangan Bersedih,
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi
Jangan Bersedih,
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira