Sunday, December 15, 2013

Diet Atkins - Part 1

Bismillahi bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.....
Ahemmm ahemmm, sambil mengarang entri baru sambil dengar lagu 'Macam Cantik Je, Macam Comel Je-Amar'... Hihihi. Macam best je!
Orait, bukan tentang lagu yang aku nak sampaikan.
Agak lemau semenjak dua ni untuk aku meng'update' entri baru.
Gila malas kan. Haippp, bukan malas, busy bhaiii. :)
Dipendekkan ceghita, korang pernah diet? Korang selalu diet macam mana ye? Apa yang selalu korang amalkan bila diet? Bersenam tak? Tak makan ke? Atau macam mana?
Eh banyak pulak soalan aku. Dah macam polis pencen ni. Huii.
Okay, pernah dengar tentang DIET ATKINS tak?
Pernah? Tak pernah?
Ahaa takpe. Aku bagi sedikit info yang aku cilok dari SINI .
APA ITU DIET ATKINS?

ATKINS DIET
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
FASA ATKINS ?
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
~  Agak-agak faham tak? Kita kalau nak berdiet ni, perlukan ilmu juga. Jangan diet pakai redah je. Dalam merealisasikan impian untuk menurunkan berat badan, kena rajin baca, how to lose your weight.
Info yang aku copy and paste itu hanya baru secubit. Ada banyak lagi yang perlu korang kena tahu untuk mengamalkan diet ni. Apa yang aku nak kongsikan ialah pengalaman aku semasa mengamalkan diet ni. Penuh suka dan duka. Diet ini bukan lah terlalu senang, tapi juga bukan lah susah. Asalkan kita berkehendak, kita berusaha. Mesti akan berjaya.
Pada aku, nawaitu juga sangat penting. Hang jangan lah berdiet semata-mata nak riak kat orang lain. Salah tu. Jangan jugak berdiet semata-mata kerana ingin carik boyfriend ke girlfriend. Biar orang yang berkawan dengan kita tu menerima kita apa adanya. Faham?
Kalau boleh, settingkan niat, untuk benda yang baik-baik saja. Sebagai contoh ialah biar mudah kita menjalankan amal ibadat kita. Maaf kalau ada yang tersinggung, tapi ada sebahagian daripada kita (waima aku sendiri) agak sukar untuk melakukan pergerakan dalam solat bila badan aku berat. Contohnya bila kaki aku terseliuh, dah lah sakit, ditambah pulak kaki aku nak menampung berat badan, ye agak sukar untuk bersolat. <~ Ini pengalaman aku ye. Tiada niat pun nak peril orang lain. Cerita aku sakit tolak tepi.
Fokus saja pada apa yang pernah aku cuba buat untuk turunkan berat badan.
Awal tahun - "Ayah, nak buat pinjaman kewangan dengan ayah boleh? Kita nak beli treadmill lah."

~ Ayah dengan senang hatinya memberi. Eh sikit lagilah dah nak habis bayar. Nak beli cash wa tak mampu. Gaji wa bukan 5k - 10k. Treadmill yang wa beli 3k something. Tak ingat lah harga.

Eh korang tak nak tanya ke ada aku guna ke tidak?

Jawapannya ialahhhhh jeng jeng jeng.... 3 bulan pertama. Itu pun bukan hari-hari. Hampeh kan? Beli memahai tapi tak moh guna. Pembaziran dan sikap yang sangat laghaaaa! (Jangan ikut perangai aku ni okeh?)


Pertengahan tahun ni - Buat selamba badak je dengan berat badan. Hado aku kisah. Al katanya lah, buat hape nak heran, asal aku happy sudah! Masalahnya betul ke aku happy dengan berat aku ni??? Erkkk tepuk peyot tanya lemak! Aku benci! Kuikuikui. Tapi tak sedor diri lagi ni.

Bulan Julai - Masuk kerja semula setelah beberapa bulan "bercuti". Member-member wa semua tegoq. "Awat hang Yani? Makin bam bam je akak tengok?" Seriusssss???!!! Kesedaran tu muncul sikit-sikit. Tapi pun tak sedar diri lagi tu. Asal waktu rehat pergi kantin. Tapi bulan Julai kan dah dekat Ramadhan. Jadi nafsu makan itu memang agak terkawal. So takdelah makan banyak sangat. Eh tapi nak kata aku makan banyak sangat tu tidak. Cuma mungkin lemak-lemak sebelum ini agak susah untuk dibuang sebab ia da tersangat serasi dengan badan aku. Hahaha. Kejam kan ENCIK LEMAK tu?!


Ogos 2013 - Time ni adalah hujung-hujung Ramadhan dan awal Syawal. Masa ini adalah masa yang mencabar keimanan aku. Waktu ni aku mengalami 'sakit' yang misteriiiiii. Serius MISTERI sebab aku tak tahu kenapa sampai aku boleh tak lalu makan. Aku cepat nak marah. Aku sampai tak boleh berdiri dan duduk! Waktu ini, aku insaf banyak sebab aku dok mikior dah nak sampai ajal kot aku ni. Huhuhu. Apa sakit aku tu? Haha takpe, biarlah rahsia. Biar Allah saja yang tahu. Eh tapi aku rasa waktu raya ni, walau aku dah tak berapa lalu nak makan. Aku masih gemok.


September 2013 - Aku dah start diet sikit-sikit. Bermula dengan tidak makan malam. Yeaaayy. Turun ke berat? Entoh. Idaklah aku timbang. Hahaha. Tapi awal tahun dulu pernah timbang, adalah lebih 70. Tapi takdelah sampai 80kg. Cuma berat aku di tahap yang membimbangkan. Sangat! Dan aku boleh buat derkk je. Bulan ni aku diet main-main. Cumanya aku dah start makan oats untuk minum susu. Aku ialah seorang yang tidak suka dengan susu. Asal nak suruh minum susu saja, aku terasa nak muntah. Tapi oleh kerana advice daripada doctor masa aku sakit hari tu, katanya aku kurang kalsium! Gagahkan diri, minum susu, tapi cengkelat bancuh dengan oats. Hihi. Aku ni dengar cakap sikit apabila ia berkaitan dengan kesihatan. Hahaha perasan Yani! Eh tapi time ni kan, mak ndak aku kat ofis dah start tegur kata badan aku dah susut sikit. Huyyooo. Ni yang nak selalu makan oats ni. Membara semangat nak turunkan lagi berattt. Hehehe.

Oktober 2013 - Masa ni aku nak derma darah dekat SUK. Biasalah derma-derma darah ni, diorang akan check berat kita. Kalau berat tu kurang, mana boleh menderma, Time ni aku bersyukur jugaklah sebab berat aku terlebih sikit. So, boleh lah mendema. (Tapi risau jugak, kot-kot darah kita tu tak elok. Maksudnya aku takutlah ada penyakit lain yang memudaratkan. Kesian kat orang nanti.) Eh timbang, tengok... 69kg. Huyooo bila berat aku turun ni? Eh lupa nak cakap. Bulan Oktober ni, aku amalkan menjaga kalori sehari. Contohnya berat campur tinggi darab umur lah bahagi aktif ke tak aku ni, aku hanya boleh ambil kalori di bawah 2000kalori setiap hari. Jadi, hari-hari aku akan kira berapa kalori yang ada dalam makanan aku. Yang ni agak payah, sebab mana aku reti sangat nak kira kalori. Setakat google ajelah.
Next weeknya (selepas menderma), aku ada buat medical check up. Abang yang tolong itu dan ini, mencatat berat dan tinggi aku, katanya berat aku 68kg dan tinggi 151cm. Eh masa bila berat aku turun lagi? Tapi masa ni aku tak percaya sangat. Takkan satu minggu boleh turun satu kilo. Ke sebab masa tu aku puasa? Hahah hari tu aku puasa. Itu pasal berat 68kg. Kuikuikui. (Ya rabbi, serius lah aku malu nak taip berat aku kat blog ni. Sat ni orang kata, mak aihhhh, gambaq muka kurus je kat fb la instagram la. Itu semua dusta! Padahal gemuk sememeh je aku. Haha.)


Masa bulan ini jugak aku memang dah bertekad nak turunkan berat badan lagi. Tapi tetap tak nak exercise sangat. Gila malas. Erk aku cuma buat-buat kerja kat rumah. Sapu sampah, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Di samping menjaga kalori yang di ambil untuk badan. Tapi SUSU DAN OATS tetap aku amalkan. Sehari 3 KALI! Oats ni memang elok untuk jantung kita plus memang boleh turunkan berat kita sedikit demi sedikit dan bukan mendadak. Susu itu aku ambil sebab aku kan kuran kalsium. Tiheee~
Turun berat badan lah jugak daripada masa raya hari tu. Bagaknya aku gemok gilas! Ini gambaq bulan Oktober. Masa aku keluar dengan kawan-kawan aku. Jap.
Haaa see... hehe takdelah nampak sangat. Tapi okelah dari gambaq atas tadi kan. Masa raya aku memang EBAM! Pastu turunlah sedikit demi sedikit.


 Aku tetap tembam. Kan? Aduhaiii, masa ni aku dah pening kepala dah. Sakit yang lama tu macam nak datang balik je. Ah sudahhh, masak aku! Berat aku tak turunkan lagi. Benda-benda ni sedikit sebanyak akan menyukarkan pergerakan aku.
Tiba-tiba, suatu hari, aku ada terbaca satu blog ni.
Blog apakah itu? Bilakah waktu aku membacanya? Apakah yang membuatkan aku nekad nak mencuba untuk menurunkan berat tanpa memakai sebarang produk?
Tunggu Part 2 tau!
Entri ni dah panjang bebenor. Ni Part 1 ni.
Terima kasih sudi baca entri ni.
Aku susun sepuluh jari mohon maaf seandainya aku ada menyinggung perasaan dan hati sesiapa sewaktu membaca entri ni. Niat aku sekadar nak kongsi pengalaman aku menurunkan berat. Itu je. Mohon jangan salah faham k?


*** Dan juga kerana ingin berkongsi cara diet dengan Kak Niesa Zainul sayangs! Sorry kak, entri lambat publish. Kita busy sikit~ Part 1 dulu. Part 2 akan menyusul kejap lagi. :)

Anything About You or Me?
Niyaz Arumi_ Niyaz Ayani
15 Disember 2013
Saranghae~

*p/s : maaf, saya terpaksa remove gambar yang saya pernah up dekat sini. Saya tahu, kalau tak ada gambar, mungkin orang susah nak percaya. Tapi maaf lagi sekali, saya memang kena remove. Dan terpulang pada kalian yang membaca entri ini, sama ada mahu cuba diet ini ataupun tidak. =)

15 comments:

  1. hadoi... penat baca... ate nyer.. udah berjaya tak ne? semangan eden nak torai jugak ne...
    nnt share yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alala ciannya penat bace... erm xtau la nak kata Berjaya ke tidak, mungkin ya, tapi belum sepenuhnya. ada dalam 7 kilo lagi utk ke berat ideal (BMI)..
      diet ni, kalau follow betul2 insya Allah,boleh turun. asal kena kuat. :)

      http://niyazabc123.blogspot.com/2013/12/diet-atkins-part-2.html ~cuba baca entri ni pulak. part 2. :) part 3 pun ade. :)

      Delete
  2. theee... ;-) tak kuat ler... tgk kek, tgk nasik ada ikan asam pedas lagi, ada mee soto.... adoi... camno ne... huhuhuhu...
    nak duduk dalam gua ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe aduhai. saya memula pun macam tak kuat juge.
      tapi bila first week tu tengok berat turun, lepas tu memang lagi semangat nak buat.
      tp sy slalu psiko diri sndiri semula, cth sy ckp gini, "alaaa yani poyo je nak makan segala benda bila diet,padehal masa tak diet,mana maunya." ~


      sy try dulu suke2 je,sebab sblm ni sy ekot diet kevin zahari,kira kalori setiap hari plus makan oats hari2,malam pulak saya mmg elak untuk makan. turun gak berat, tapi tak selaju atkins diet ni.

      Chayokkk awakkkk... ;)

      Delete
  3. salam..
    tahniah sbb awk berjaya turunkan berat bdn..
    sy teruja sgt nak ikut diet atkins ni..
    tp cam xbrani tkut xmampu..
    adooii mcm mane yee..

    ReplyDelete
  4. salam..
    tahniah sbb awk berjaya turunkan berat bdn..
    sy teruja sgt nak ikut diet atkins ni..
    tp cam xbrani tkut xmampu..
    adooii mcm mane yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan awak...
      terima kasih sebab sudi baca entri ni...

      Alhamdulillah, turun lah jugak tapi tak banyak pun..
      Ni baru je nak mula semula sekali lagi, jom la try, kita cuba sama-sama...

      Insya Allah, boleh, kena positifkan minda, awak boleh dan awak boleh...insya Allah, mesti awak boleh.

      Cuba je mula-mula, kebaikan diet ni, senang nak turun, keburukannya pula, senang nak naik berat semula.
      Kesimpulannya, diet mana-mana pun kita still kena kawal nafsu makan.
      Tapi jangan sampai tak makan, sebab ia akan menurunkan tahap metabolisma kita... :)

      Delete
  5. semangat baca entry ni..sy br je dpt panduan lengkap semua menu, pantang-larang, tips atkins ni ; http://goo.gl/8boiYQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca entry ini.
      semoga berjaya ye... :)

      Delete
  6. salam perkenalan yani....saya baru je nak try buat diet atkins nim dlu dah try buat dalam 1minggu je jadi pastu ke laut ahah dapat gak turun dalam 2kg huhuhuhuh nim br nak try balik agak2 dapat r turun 10kg dalam masa 2 3 mggu nim hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan awak. (sorry tak tau nama)

      erm diet ni memang sangat mudah untuk turunkan berat badan kalau awak betul2 amalkan apa yang boleh makan dan tidak.
      air kena ambil secukupnya.

      kalau nak turun 10kg dalam 2 ke 3 minggu awak tak boleh cheating, plus kena senam betul2...

      selamat berjaya awak. =)

      Delete
  7. Salam perkenalan..sy leeya..terima kasih atas segala perkongsian ini..wpun entrinya pjg tp byk info yg bguna dan kata2 smgt yg blh di jadikn pembakar smgt utk mneruskn prog diet ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan leeya.

      terima kasih sudi singgah baca blog ni.
      heee maaf la sebab entry panjang ye..

      sy share pengalaman saja.
      moga ada manfaat untuk orang yang nak buat diet ni.

      terima kasih leeya singgah sini. ^-^

      Delete
  8. Kalau ada tekanan darah tinggi boleh buat diet ni tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply...

      insya Allah, xde apa2 masalah... tp apa pun bley rujuk doktor untuk lebih kepastian, sebab penerimaan badan kita lain2 .. kalau awak rasa diet atkins ni tak sesuai dgn penerimaan badan awak, awak boleh try diet lain...kira kalori contohnya..

      Delete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...