Showing posts with label #Syawal. Show all posts
Showing posts with label #Syawal. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

Mikraj Cinta...

Assalamualaikum w.b.t.

Lama tak update blog, sampai terlupa yang diri sendiri ada blog.
Tapi takpe, sebab takde siapa pun yang rindu nak baca entry dalam blog ni pun kan.

Punyalah lama tak update, Ramadhan datang, Ramadhan dah pergi, datang pula Syawal, umur pula meningkat dari sehari ke sehari. Harapnya saya masih belum terlewat mengucapkan Salam Aidilfitri, taqaballahuminna wa minkum..

Dan semoga bulan Ramadhan yang lepas, mampu mendidik hati dan jiwa kita supaya lebih mengenal Allah, mencintai Allah seterusnya istiqomah beribadah pada Dia, bukan hanya dalam bulan Ramadhan, tapi juga sepanjang hidup, sehingga nafas terakhir. Insya Allah..


Ok, tak nak cerita banyak, kita go straight je la..
Mikraj cinta adalah lagu terbaru dari Dato' Siti Nurhaliza.
Komposer lagu ini ialah Saudara Hafiz Hamidun.
Penulis lirik pula ialah Saudara Fedtri Yahya.

Pertama kali dengar lagu ni, bait-bait lirik amat menyentuh hati, syahdu.
Bila menghayati dengan sungguh-sungguh, air mata mampu mengalir.

Saya andaikan penulis ini menyatakan kerinduan yang sangat mendalam kepada Tuhan.
Sangat rindu, dan sangat teruja untuk bertemu-Nya di syurga kelak. (Insya Allah)

Perjalanan mencari cinta Allah itu banyak cabaran, tapi sertakan dengan hati yang ikhlas, tawakal, insya Allah, kita pasti rasa manisnya cinta Dia kepada kita.

Doa saya, semoga kita dipilih untuk menjadi hamba yang Allah sayang dan redha, seterusnya, kita dapat berjumpa dan bertemuNya, nanti di sana... Insya Allah. Aamiin...

Boleh hayati bait-bait indah dalam lagu ini.



Mikraj Cinta


Langit malam, bercahaya...
Yang terlihat, limpahan sinarannya...

Takkan jemu, tangisan rindu...
Bagai dekat, getaran panggilan-Mu...

Pada mikraj cinta, ada rahsianya...
Pada mikraj cinta, ada jawapannya...
Pada mikraj cinta, berbahasa, agung kalimah-Nya.

Tuhan, tetapkanlah jiwa hati kami semua,
Sehingga bertemu-Mu, menatap-Mu,
Nanti di sana...

Tuhan, temukanlah pengakhiran yang terindah,
Sehingga bertemu-Mu, menghadap-Mu, di syurga...

Bukalah mata hati...
Bukalah cermin mimpi...
Moga jalanku tidak keliru, berkelana, mencari-Mu...

Ya Tuhan, sembuhkanlah, jiwa-jiwa yang berduka,
Kembali berbicara dan mengukir senyuman...

Tuhan, temukanlah dengan hikmah, mikraj cinta...


Friday, September 19, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! #Throwback

Assalamualaikum...

Ye, anda tidak berada di 'frekuensi' yang salah.
Dah namanya throwback kan.

Dah betullah tu tajuk entri. Saja je saya nak mengimbau kembali kenangan Syawal tahun ni.
Hehe terindu pulak.

Ramadhan? Lagilah tujuh belas ribu juta bilion kali rindu. T.T

Bagaimana sambutan hari raya saya sekeluarga tahun ini?

Adalah tersangat biasa dari tahun-tahun sebelum ni.
Kenapa biasa?
Kerana tiada baju baju, tiada kasut baru, tiada tudung baru.

Sebenarnya untuk menyambut hari raya, bukanlah yang baru-baru itu syarat utama.
Yang penting, apa yang kita faham tentang hari "kemenangan" itu serta bagaimana cara kita menyambutnya.

Adakah penuh kesederhanaan atau pun berlebih-lebihan?

Untuk mengimbau kembali kenangan raya tahun ini, saya kira kenangan raya kali ini ada keistimewaan yang tersendiri. Tapi yang pasti, Syawal kali ini, saya terasa sangat pantas masa berlalu.

Petang raya, sesungguhnya saya berusaha mempelajari cara menganyam ketupat dengan ayah saya.
Adalah memerlukan kesabaran dan kesungguhan ye kawan-kawan.
Habis tu, saya dah pandai buat ke belum?

Eh kawan-kawan, janganlah tanya,
sudah tentulah BELUM...

Haaa belum. Susah tau.
Saya berjaya buat tiga saja. Itupun atas bantuan ayah.
Nak nangis rasa tau sebab asyik tak jadi. Sob! Sob!

Memandangkan saya sudah tak larat nak belajar anyam ketupat.
Maka saya melarikan diri ke Jeram demi melihat angsa.
Hehe, takdelah. Ada hal sebenarnya.
Petang raya memang bestlah. Tak tensi sangat. 
Malam raya pulak, memang dah siap semuanya. Ketupat, rendang.
Cuma tengah malam tu, baru saya buat ayam masak merah.

Pagi raya, kena marah dengan ayah sebab siap lambat untuk pergi solat sunat aidilfitri.
Sob. Sob. 
Ala tapi bukanlah ayah marah betul-betul. Marah gitu-gitu je.
Alah kira tak de nak simpan dalam hatilah.
Lepas balik solat, kita pun pergi raya kejap dekat rumah kawan ayah.
Lepas tu baru balik kampung, jalan-jalan. Pergi rumah mak kat Jeram. Then pergi rumah nenek kat Puncak Perdana. Hehehe...

Yeayy jumpa saudara mara kesayangan semua. Memang best.
Alhamdulillah.
Pendek kata, raya pertama tahun ni memang terbaik.

Seterusnya raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya pun best juga.
Alhamdulillah.
Kalau ada kenangan yang tak berapa nak best, saya memang tak suka nak simpan dalam hati.
Nanti jadi penyakit sakit hati, saya jugak yang stress.
Bukan best pun bila stress.
Jadi tips saya untuk orang yang selalu stress, tak payah fikir sangat pasal masalah.
Awak fikir Allah, lagi berjuta kali lebih bagus. =)

Oke dah, saya cerita kenangan raya saya melalui gambar je lah ye.
Baca tulisan kat atas ni pun dah panjang. Hehe. Maaf-maaf.
Oke, nah saya belanja gambar sikit je. Sikit je. 

*Kedudukan gambar semua adalah berterabur ye. 








































































Itulah saja gambar yang berbicara.
Gambar yang harus saya tapis demi kebahagiaan bersama dunia akhirat. 
Sekadar berkongsi kenangan raya.
Mudah-mudahan tidak disalah erti.
Alhamdulillah, ini semua adalah nikmat pinjaman yang Allah beri sementara saya masih hidup.

Saya percaya, awak semua ada kenangan yang lagi best, lagi bererti, lagi manis dari apa yang saya ada. Semoga kita semua akan sentiasa menghargai nikmat yang Allah beri.

Terima kasih sudi baca entri ini.
Salah dan silap, mohon dimaafkan.
Panjang umur, dapatlah kita berjumpa lagi di bulan ramadhan dan syawal akan datang.
Semuanya atas izinNya.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat ye adik-adik, kakak-kakak, sahabat-sahabat pembaca semua.
Semoga Allah sentiasa meredhai hidup kita, dunia akhirat. Allahumma aamiin.

Sekian, wassalam.


~ Norzayani Binti Norhamshah ~

Thursday, August 28, 2014

Keluarga yang tercinta !


Assalamualaikum w.b.t ...

Selamat Hari Raya...

Tiheee raya dah habis. Tapi ini gambar raya ke empat.
Entri sebelum ni saya kata nak up sikit gambar raya.
Nah gambar raya. Satu cukup lah.
Lagi pun saya bukan retis. Bukan glamour macam tokey "terlajak laris".
Ok, inilah keluarga kecil yang Allah pinjamkan kami (antara satu sama lain) seketika.
Semua ada. Complete. Alhamdulillah.

Tukang ambil gambar : Adik saya (Poksu Cuki)

Lokasi : Taman Seri Putra, Banting. 
*Kalau tak silap la, tak hingat pulak nama taman.

Model gambar : Semua sekali termasuk kawan ibu ayah.

Hari & Tarikh : Khamis & 31 Julai 2014 (4 Syawal 1235H)


Special thanks to : Pak cik Ipin dan isteri. (Rumah Mereka, heee)



Bismillah,

No family is perfect...
We're argue, we fight.
We even stop talking to each other at times, but in the end,
family is family...
The love will always be there.

Dan inilah keluarga kecil pinjaman Allah.
Suka duka itu ada, namun biar kita jadikan ia sebagai kenangan yang kita takkan lupa.
Dapat kita jadikan ia sebagai peringatan supaya kita semua lebih dekat dengan Allah.
Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi.


" Oh Allah, I ask You for Your love, and the love of those who loves You, 
and the love of every action that brings me closer to Your love, 
Allahumma aamiin. "



Love,
Norzayani Binti Norhamshah

Monday, August 25, 2014

Saya bukan penggemar warna 'pink' ...

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t

Eh dah 25 Ogos, masya Allah, cepat sungguh masa berlalu kan.

Di sebalik bulan yang tersangat banyak suka dan duka ini, mari kita buka kamus baru.
Tinggalkan segala apa yang kita tak mahu nak ingat. (Heee macam boleh kan?)
Tak apalah, Allah beri kita sesuatu yang kita rasa sakit untuk difikir-fikirkan bukan tanpa tujuan.
Kena yakin, apa yang Dia kurniakan, mesti ada hikmah di sebaliknya.
Smile kawan-kawan... Smile.

Tiheee, saja nak up sikit entri baru.
Lama tak menaip, rindu tau.
Tapi kekangan masa, hati yang kacau bilau, huru hara, membuatkan saya memang tak sempat pun nak taip apa-apa. Ngeee.. Busy raya kan. Aiseh hari ni dah 29 Syawal kot. Tersangatlah cepat masa berlalu.

Heee perasan ke?
Amenda?
Blog berwajah baru.

Pink je~

Ada banyak kale 'pink'.
Sebenarnya saya bukan penggemar warna merah jambu ni. Betul! (Eley yani poyo, padahal hari ni, pergi kerja baju kurung warna pink, tudung pun warna pink... Boleh percaya ke tak suka?!)

Cheit! Bukanlah tak suka, tapi biasa-biasa je. Tak adalah obses sangat dengan warna pink.
Tapi masalahnya, kalau nak tukar 'muka baru' blog ni, mesti tangan gatal je nak letak warna pink.
Apakah??? Entahlah.
Kalau tanya warna kegemaran pun, entah lah. Tak tahu.
Warna pelangi agaknya.

Takpe, jangan fikir. Kalau saya ni yang tak faham dengan diri sendiri. Awak mestilah lagi tak faham.

Cuma itulah kan, kadang-kadang benda yang kita kurang gemar itulah yang molek untuk kita.
Yang kita gemarkan sangat itu, mungkin bukan yang terbaik.

Jom kita, positifkan diri.
Walau kita tak suka, kita redhai.
Walau kita suka, bukan semestinya ia elok untuk kita.
Belajar menerima semua dengan lapang dada.

Selagi ia tak bercanggah dengan ajaran Islam, kita mesti ajar hati kita untuk redha dan pasrah dengan sesuatu perkara. Hati kita ini untuk Allah, hati ini milik Dia. Dialah yang Maha Mengetahui.

Semoga ketenangan akan sentiasa iringi kita, dunia akhirat.
Insya Allah.

~ Norzayani bt. Norhamshah ~
ootd ~ monday~

Wednesday, July 30, 2014

Salam Lebaran. Doa di Hari Raya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

(Uwaaa rindunya nak men'taip' di sinii.)

Disebabkan nak hilangkan rindu, kita taip sikit je la.

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam.
Semoga setiap amal ibadah kita diterima Allah. Semoga kita akan istiqomah melakukan amal itu. (Kena usaha dan doa pada Allah ye.)

Sekejap je kan dah 3 syawal. Tiba-tiba rindu dengan "haruman ramadhan"... 

Alhamdulillah dengan segala nikmat kurnia yang Allah berikan untuk kita.

Ye, memandangkan 22 Julai yang lepas, saya sudah genap 26 tahun, makanya raya tahun ini, adalah menjadi soalan wajib orang tanya berapa umur, dah ada calon ke belum. 
Tiap kali salam dengan pak cik mak cik, sepupu dua pupu tiga pupu kupu-kupu, semua pun seakan dah sediakan diolog untuk saya.

Apapun terima kasih wahai saudara mara ku yang tersayang, atas ucapan dan doa-doa kalian. Saya tersangat menghargainya. Tentang jodoh, saya sengihkan sajalah. Panjang umur, saya jumpa lah jodoh saya, apa pun Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya percaya pada Dia.

Tentang bila dan siapa, memang saya tak punya jawapan. (Nak marah, marahlah, memang saya tak cari, tu pasal tak jumpa lagi. Ya betul kena usaha.) *Untuk permulaannya, cukuplah dulu saya usahakan memantapkan ilmu, perbaiki diri (banyak sangat kelemahan ni).

Rasa nak nangis bila famili semua mendoakan supaya saya dapat jodoh yang baik-baik.
Subhanallah, masya Allah, tabarakallah. "Insya Allah, aamiin, biiznillah." (Terharu, tapi i tak bolehlah nak menangis depan depa semua. Haha karang orang hingat dah kenapa lah pulak...)

Oke, tutup cerita jodoh, kang orang ingat amenda lah entry ni...haha...

Dalam pada kita bergembira menyambut syawal, jangan pernah lupakan saudara kita yang dalam kesusahan, sama ada yang di dalam negara ataupun di luar negara.

Tolong, teruskan berdoa untuk saudara kita di Gaza. Teruskan menghulurkan doa dan bantuan kewangan. Mereka amat memerlukannya. 
Semoga kita semua akan sentiasa di redhai Allah.

Okay, jaga diri baik-baik.
Jaga iman, jaga solat.

Terima kasih sudi baca entry ni.
Segala salah silap saya pada awak semua, saya dengan rasa rendah hati memohon maaf.
Insya Allah, semoga kita dapat berjumpa lagi di ramadhan dan syawal yang akan datang.


Salam aidilfitri,
Norzayani binti Norhamshah.
3 Syawal 1435h / 30 Julai 2014

*next entry baru ada gambar raya, sekarang ni selalu busy. orait tata...*

Tuesday, May 20, 2014

Biskut Batang Buruk

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Hurm sekejap je kan dah 20 Rejab. Haa, ada yang tinggal puasa tak tahun lepas? Dah ganti belum?
Mohon ganti awal ye, bukan apa, umur kita ni kita tak tahu sampai had mana, esok-esok kalau kita mati dulu sebelum qada' puasa, berhutang kita dengan Allah.

Lepas habis bulan Rejab ni, kita akan menempuh bulan Syaaban, lepas itu bulan Ramadhan (tak sabarnya) dan seterusnya bulan Syawal.

Kita dah bersiap sediakah untuk menempuhi bulan Ramadhan akan datang ini?
Apa persiapan kita menyambut bulan Ramadhan?
Adakah semeriah persiapan seperti kita hendak menyambut hari raya?

Hurm bila sebut pasal hari raya, ada satu kuih tradisional yang sangat menjadi fevret i tau.
Tahun lepas, dari hari raya pertama aku cari sampai hari raya keempat, raya keempat baru aku jumpa. Itupun nun jauh di rumah mak uda aku di banting sana. Isy..isyyy...
Itu pun i dapat tengok je masa tu. Sebab tak boleh makan. Sadis oke, sangat sadis.

Oleh kerana kebiasaannya hari raya kedua, kalau tak ada apa-apa masalah, memang aku akan berpuasa, makanya kalau hari raya ketiga, haruslah aku pergi jalan rumah ucu Lam, aku dengan muka seperti panda tengah sakit perut akan meminta secoet dua biskut raya dan kek victoria sandwich untuk buat bekalan buka puasa. Hihi. Haip, korang jangan ikut perangai aku yang satu ni, serius muka tak malu. Haha kat rumah ucu Lam je aku buat muka tak malu, kat rumah orang lain akulah yang paling ayu. Haha, sila jangan percaya!

Kat rumah mak uda aku segan-segan panda, kat rumah ucu Lam aku segan-segan buaya. Panda kalau dia nak, dia tak mampu nak cakap, kalau buaya dia nak, dia mampu dan dia ngap je. Huahhaha. Eh yani, control ayu sikit please!

Hiihi, oke-oke...

Dan tahun ini, aku sudah berazam, oleh kerana tahun lepas, susah sangat aku nak jumpa kuih raya tu, makanya aku telah meminta bantuan abang Google. Biasalah, cari resepi, buatlah eksperimen. Baru kita boleh buat hipotesis dan kesimpulannya.
Semakin rajin yani buat, semakin berjayalah nanti! Kan? Boleh gitu.
Kesimpulannya aku belum tahu sebab belum try.

Eh lupa nak habaq, ini dia kuih raya fevret i,

memperkenalkan, BISKUT batang buruk.
Haih, inilah kuih raya tersedap sekali.
Inilah kuih raya yang aku nak cuba buat nanti. Mudah-mudahan menjadi.
Kalau menjadi, raya nanti, tak payah buat muka tak malu mintak kat orang. Hehe.. tak, tak, serius, kat rumah ucu Lam je kita buat cenggitu. Rumah orang lain tak...

Oke lah, nanti bila aku dah berjaya buat, aku buat entri, kongsi resepi dengan korang k.
Kalau tak ada entri nya, hahaha maknanya tak jadilah tu. Maknanya aku kena beli.
Eh tapi aku ni cerewet doe kalau makan biskot batang buruk ni, ada juga yang kurang sedap, aku suka yang sedap. Heheeee. Eh ada ke orang suka yang tak sedap? Huhu.

Oke2, korang doakan aku berjaya buat bisekot ini dengan jayanya ya?
Tengkiu-tengkiu...

Take care korang. Jaga diri, jaga iman, jaga solat.
Terima kasih baca entri batang buruk ni.
Assalamualaikum...

Norzayani binti Norhamshah
20 Mei 2014 / 20 Rejab 1435H
5.00 PM

Sunday, December 15, 2013

Diet Atkins - Part 1

Bismillahi bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.....
Ahemmm ahemmm, sambil mengarang entri baru sambil dengar lagu 'Macam Cantik Je, Macam Comel Je-Amar'... Hihihi. Macam best je!
Orait, bukan tentang lagu yang aku nak sampaikan.
Agak lemau semenjak dua ni untuk aku meng'update' entri baru.
Gila malas kan. Haippp, bukan malas, busy bhaiii. :)
Dipendekkan ceghita, korang pernah diet? Korang selalu diet macam mana ye? Apa yang selalu korang amalkan bila diet? Bersenam tak? Tak makan ke? Atau macam mana?
Eh banyak pulak soalan aku. Dah macam polis pencen ni. Huii.
Okay, pernah dengar tentang DIET ATKINS tak?
Pernah? Tak pernah?
Ahaa takpe. Aku bagi sedikit info yang aku cilok dari SINI .
APA ITU DIET ATKINS?

ATKINS DIET
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
FASA ATKINS ?
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
~  Agak-agak faham tak? Kita kalau nak berdiet ni, perlukan ilmu juga. Jangan diet pakai redah je. Dalam merealisasikan impian untuk menurunkan berat badan, kena rajin baca, how to lose your weight.
Info yang aku copy and paste itu hanya baru secubit. Ada banyak lagi yang perlu korang kena tahu untuk mengamalkan diet ni. Apa yang aku nak kongsikan ialah pengalaman aku semasa mengamalkan diet ni. Penuh suka dan duka. Diet ini bukan lah terlalu senang, tapi juga bukan lah susah. Asalkan kita berkehendak, kita berusaha. Mesti akan berjaya.
Pada aku, nawaitu juga sangat penting. Hang jangan lah berdiet semata-mata nak riak kat orang lain. Salah tu. Jangan jugak berdiet semata-mata kerana ingin carik boyfriend ke girlfriend. Biar orang yang berkawan dengan kita tu menerima kita apa adanya. Faham?
Kalau boleh, settingkan niat, untuk benda yang baik-baik saja. Sebagai contoh ialah biar mudah kita menjalankan amal ibadat kita. Maaf kalau ada yang tersinggung, tapi ada sebahagian daripada kita (waima aku sendiri) agak sukar untuk melakukan pergerakan dalam solat bila badan aku berat. Contohnya bila kaki aku terseliuh, dah lah sakit, ditambah pulak kaki aku nak menampung berat badan, ye agak sukar untuk bersolat. <~ Ini pengalaman aku ye. Tiada niat pun nak peril orang lain. Cerita aku sakit tolak tepi.
Fokus saja pada apa yang pernah aku cuba buat untuk turunkan berat badan.
Awal tahun - "Ayah, nak buat pinjaman kewangan dengan ayah boleh? Kita nak beli treadmill lah."

~ Ayah dengan senang hatinya memberi. Eh sikit lagilah dah nak habis bayar. Nak beli cash wa tak mampu. Gaji wa bukan 5k - 10k. Treadmill yang wa beli 3k something. Tak ingat lah harga.

Eh korang tak nak tanya ke ada aku guna ke tidak?

Jawapannya ialahhhhh jeng jeng jeng.... 3 bulan pertama. Itu pun bukan hari-hari. Hampeh kan? Beli memahai tapi tak moh guna. Pembaziran dan sikap yang sangat laghaaaa! (Jangan ikut perangai aku ni okeh?)


Pertengahan tahun ni - Buat selamba badak je dengan berat badan. Hado aku kisah. Al katanya lah, buat hape nak heran, asal aku happy sudah! Masalahnya betul ke aku happy dengan berat aku ni??? Erkkk tepuk peyot tanya lemak! Aku benci! Kuikuikui. Tapi tak sedor diri lagi ni.

Bulan Julai - Masuk kerja semula setelah beberapa bulan "bercuti". Member-member wa semua tegoq. "Awat hang Yani? Makin bam bam je akak tengok?" Seriusssss???!!! Kesedaran tu muncul sikit-sikit. Tapi pun tak sedar diri lagi tu. Asal waktu rehat pergi kantin. Tapi bulan Julai kan dah dekat Ramadhan. Jadi nafsu makan itu memang agak terkawal. So takdelah makan banyak sangat. Eh tapi nak kata aku makan banyak sangat tu tidak. Cuma mungkin lemak-lemak sebelum ini agak susah untuk dibuang sebab ia da tersangat serasi dengan badan aku. Hahaha. Kejam kan ENCIK LEMAK tu?!


Ogos 2013 - Time ni adalah hujung-hujung Ramadhan dan awal Syawal. Masa ini adalah masa yang mencabar keimanan aku. Waktu ni aku mengalami 'sakit' yang misteriiiiii. Serius MISTERI sebab aku tak tahu kenapa sampai aku boleh tak lalu makan. Aku cepat nak marah. Aku sampai tak boleh berdiri dan duduk! Waktu ini, aku insaf banyak sebab aku dok mikior dah nak sampai ajal kot aku ni. Huhuhu. Apa sakit aku tu? Haha takpe, biarlah rahsia. Biar Allah saja yang tahu. Eh tapi aku rasa waktu raya ni, walau aku dah tak berapa lalu nak makan. Aku masih gemok.


September 2013 - Aku dah start diet sikit-sikit. Bermula dengan tidak makan malam. Yeaaayy. Turun ke berat? Entoh. Idaklah aku timbang. Hahaha. Tapi awal tahun dulu pernah timbang, adalah lebih 70. Tapi takdelah sampai 80kg. Cuma berat aku di tahap yang membimbangkan. Sangat! Dan aku boleh buat derkk je. Bulan ni aku diet main-main. Cumanya aku dah start makan oats untuk minum susu. Aku ialah seorang yang tidak suka dengan susu. Asal nak suruh minum susu saja, aku terasa nak muntah. Tapi oleh kerana advice daripada doctor masa aku sakit hari tu, katanya aku kurang kalsium! Gagahkan diri, minum susu, tapi cengkelat bancuh dengan oats. Hihi. Aku ni dengar cakap sikit apabila ia berkaitan dengan kesihatan. Hahaha perasan Yani! Eh tapi time ni kan, mak ndak aku kat ofis dah start tegur kata badan aku dah susut sikit. Huyyooo. Ni yang nak selalu makan oats ni. Membara semangat nak turunkan lagi berattt. Hehehe.

Oktober 2013 - Masa ni aku nak derma darah dekat SUK. Biasalah derma-derma darah ni, diorang akan check berat kita. Kalau berat tu kurang, mana boleh menderma, Time ni aku bersyukur jugaklah sebab berat aku terlebih sikit. So, boleh lah mendema. (Tapi risau jugak, kot-kot darah kita tu tak elok. Maksudnya aku takutlah ada penyakit lain yang memudaratkan. Kesian kat orang nanti.) Eh timbang, tengok... 69kg. Huyooo bila berat aku turun ni? Eh lupa nak cakap. Bulan Oktober ni, aku amalkan menjaga kalori sehari. Contohnya berat campur tinggi darab umur lah bahagi aktif ke tak aku ni, aku hanya boleh ambil kalori di bawah 2000kalori setiap hari. Jadi, hari-hari aku akan kira berapa kalori yang ada dalam makanan aku. Yang ni agak payah, sebab mana aku reti sangat nak kira kalori. Setakat google ajelah.
Next weeknya (selepas menderma), aku ada buat medical check up. Abang yang tolong itu dan ini, mencatat berat dan tinggi aku, katanya berat aku 68kg dan tinggi 151cm. Eh masa bila berat aku turun lagi? Tapi masa ni aku tak percaya sangat. Takkan satu minggu boleh turun satu kilo. Ke sebab masa tu aku puasa? Hahah hari tu aku puasa. Itu pasal berat 68kg. Kuikuikui. (Ya rabbi, serius lah aku malu nak taip berat aku kat blog ni. Sat ni orang kata, mak aihhhh, gambaq muka kurus je kat fb la instagram la. Itu semua dusta! Padahal gemuk sememeh je aku. Haha.)


Masa bulan ini jugak aku memang dah bertekad nak turunkan berat badan lagi. Tapi tetap tak nak exercise sangat. Gila malas. Erk aku cuma buat-buat kerja kat rumah. Sapu sampah, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Di samping menjaga kalori yang di ambil untuk badan. Tapi SUSU DAN OATS tetap aku amalkan. Sehari 3 KALI! Oats ni memang elok untuk jantung kita plus memang boleh turunkan berat kita sedikit demi sedikit dan bukan mendadak. Susu itu aku ambil sebab aku kan kuran kalsium. Tiheee~
Turun berat badan lah jugak daripada masa raya hari tu. Bagaknya aku gemok gilas! Ini gambaq bulan Oktober. Masa aku keluar dengan kawan-kawan aku. Jap.
Haaa see... hehe takdelah nampak sangat. Tapi okelah dari gambaq atas tadi kan. Masa raya aku memang EBAM! Pastu turunlah sedikit demi sedikit.


 Aku tetap tembam. Kan? Aduhaiii, masa ni aku dah pening kepala dah. Sakit yang lama tu macam nak datang balik je. Ah sudahhh, masak aku! Berat aku tak turunkan lagi. Benda-benda ni sedikit sebanyak akan menyukarkan pergerakan aku.
Tiba-tiba, suatu hari, aku ada terbaca satu blog ni.
Blog apakah itu? Bilakah waktu aku membacanya? Apakah yang membuatkan aku nekad nak mencuba untuk menurunkan berat tanpa memakai sebarang produk?
Tunggu Part 2 tau!
Entri ni dah panjang bebenor. Ni Part 1 ni.
Terima kasih sudi baca entri ni.
Aku susun sepuluh jari mohon maaf seandainya aku ada menyinggung perasaan dan hati sesiapa sewaktu membaca entri ni. Niat aku sekadar nak kongsi pengalaman aku menurunkan berat. Itu je. Mohon jangan salah faham k?


*** Dan juga kerana ingin berkongsi cara diet dengan Kak Niesa Zainul sayangs! Sorry kak, entri lambat publish. Kita busy sikit~ Part 1 dulu. Part 2 akan menyusul kejap lagi. :)

Anything About You or Me?
Niyaz Arumi_ Niyaz Ayani
15 Disember 2013
Saranghae~

*p/s : maaf, saya terpaksa remove gambar yang saya pernah up dekat sini. Saya tahu, kalau tak ada gambar, mungkin orang susah nak percaya. Tapi maaf lagi sekali, saya memang kena remove. Dan terpulang pada kalian yang membaca entri ini, sama ada mahu cuba diet ini ataupun tidak. =)

Monday, September 2, 2013

Tukar Tajuk Lagi?!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Eh terindu pulak nak buat satu entri ringkas hari ni... (erm xpe kalau xde yang baca,sekadar meluahkan apa yang terasa kat dalam hati...) --- tapi bukanlah niat untuk terlalu mengekspresikan apa yang ada dalam hati, mohon jangan salah faham...)  eh tajuk cam poyo je an? huhhhi...~

Entri pendek berkaitan jodoh...korang faham ape tentang jodoh? nikah? kahwin? cinta?
Secara amnya, orang selalu faham mestilah tentang cinta, kasih sayang dan ikatan pernikahan antara lelaki dan perempuan.

Tentang bagaimana berjumpa jodoh itu pun perlu diambil kira kisahnya.
Ada yang ingin kan kisah cinta yang begini dan begitu...semuanya inginkan kesempurnaan dalam kisah cinta mereka. Walhal, pada aku, cinta ni lebih menjerumus ke arah kebertanggungjawaban.

Sebab apa?
Sebabnya aku rasa, kadang2 ada sesetengah orang yang bercinta ni ada yang belum tahu hala tuju.
Contoh, kenapa bercinta kalau tak pernah terfikir untuk berkahwin? Buang masa kot.
Adakah kerana ikut-ikutan daripada orang sekeliling? Pada aku (bila dah dewasa sikit ni) ,tak perlu itu semua... Awak single pun awak boleh happy apa... Mana ada istilah orang takde couple ni boring. Ye memang, setiap manusia di ciptakan berpasang-pasangan, dan kita perlu mencari pasangan kita... Yeay!

Dan mencari pasangan itu perlulah berlandaskan syariat agama, apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Ye tak? Jadi kita ikut saja aliran yang ada.

Bukanlah maksud aku tak perlu mencari pasangan, perlu, tapi bukanlah untuk berlebih-lebihan dalam berkasih. (Berlebih-lebihan dalam berkawan dan berkasih ni rasanya korang lebih tahu apa maksudnya kan...) Kalau nak lebih-lebih, silakan bernikah dan berkahwin, korang dapat pahala berlipat kali ganda tau kalau nak berkasih sayang! (Ini berdasarkan pembacaan aku pada bukulah, korang boleh rujuk pada orang yang lebih berpengalaman oke?)

Dan aku rasa, perkara paling penting sekali ialah bila korang dah jumpa orang yang korang sayang, dan nak buat keputusan nak bernikah, sila sila dan silalah dapatkan RESTU daripada MAK AYAH korang...paling best kalau dapat restu dari seluruh ahli keluarga korang.

Ahem ada juga yang begini, suruh mak ayah carikan, tapi bila mak ayah dah carikan, hampa tolak lah pulak.
Reason nya apa?
Adalah kerana orang yang mereka cari tu tak sesuai dengan jiwa korang lah, kurang handsome lah,kurang cantik lah, poket nipis lah, poket tebal lah, poket koyak lah aihhh dan bermacam-macam lagi... <~ segelintir ye, bukan semua gini.

Sepatutnya bila ada yang dah suruh mak ayah ke pak cik mak cik carikan ke, korang haruslah bertanya sekian-sekian dan sekian pada orang yang akan dijodohkan dengan korang tu. Mana tau melalui cerita-cerita positif yang disampaikan oleh orang-orang terdekat itu mampu buat korang menerima si dia dengan lapang dada. Wallahualam.

Pada aku, satu je, korang mohon doa dan petunjuk daripada Allah terlebih dahulu. Itu yang terbaik!

Buat solat sunat Istikharah, (ada petunjuk yang Allah beri itu bukan melalui mimpi, tapi berdasarkan gerak hati kita.)

Contohnya, mula-mula korang akan rasa 'euwwwhhhh', tapi bila mana sebenarnya jodoh itu memang untuk korang, teruk mana korang tolak pun, korang tetap akan rasa tertarik.

Paling korang rasa happy bila korang terima pinangan atas restu mak ayah dan keluarga korang. Contoh terbesar bila famili korang excited gila nak tengok korang dengan orang tu... (ahem.. macam tu lah kira2nya.). Dan korang pun akan rasa ehhh wah wahhh bestnya dapat gembirakan ahli keluarga korang yang lain. Korang akan rasa suka plus bahagia jugak lah kot. Weee, besar tau pahala bahagiakan orang sekeliling kita... kan???


Ahemmm, tapi apa pun, selagi belum bernikah, korang bebas nak berdoa, mintak Allah pertemukan jodoh korang dengan orang yang baik, yang dapat buat korang lebih mencintai Allah dan Rasul.

Kalau korang rasa itu bila korang mencintai seseorang, pada aku, itulah jodoh yang terbaik yang Allah beri. Syaratnya ialah, silalah korang juga berusaha ke arah kebaikan. Korang takkan dapat yang soleh kalau korang tak berusaha solehahkan diri korang. Kan?

Yang penting, KEEP ON PRAYING. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik dengan Allah, maka pasti Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Biiznillah.

Sekian.

Terima kasih pada yang sudi baca entri ni. Sebarang kesilapan mohon dimaafkan.

Segala yang baik itu sudah tentulah dari Allah,
aku sebagai manusia biasa, ye selalu saja melakukan kesilapan.
Kita doa yang baik-baik je ye untuk smua umat Islam di atas muka bumi ini.

Wassalam.


Anything About You_Niyaz Arumi
2 September 2013 / 26 Syawal 1434H
2.43 PM
Saranghae






CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...