Showing posts with label #Family. Show all posts
Showing posts with label #Family. Show all posts

Saturday, January 21, 2017

Throwback 2016 [Part 1]

Assalamualaikum..

Oh haiii.. harapnya masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun 2017 dekat semua.. ( haha, bajet ramai baca la blog ni.. adoii.. takpe, berangan tak kena bayar kan..)

Sesungguhnya tahun 2016 adalah tahun yang paling pasif aku tulis blog.. eh entahlah, tak tahu nak cakap, sama ada malas, atau takde idea, atau memang takde mood nak taip.. aku syak lah, sejak ada instagram ni, semua benda aku malas nak tengok, dari whatsapp, facebook, dan blog.. asyik insta je, bias betul.. 

Dan lagi, hurm pada aku tahun 2016 sangat mencabar.. emosi selalu terkoyak, hati calar balar.. sangat roller coaster tahun 2016.. tapi apa pun, kita terima semua dengan lapang dada.. marilah kita berdamai dengan takdir.. ^-^ 

Ahee, tapi tahun 2016 pun banyak jugak bagi kenangan manis.. deep deep melekat dalam hati.. ^-^

Ok, permulaan tahun 2016, sebenarnya dimulai dengan hati yang berhuhu..
Tapi, masuk bulan kedua, Allah bagi kita, hadiah manis sweet sweet.. alhamdulillah, hikmah di sebalik ujian, Dia hadiahkan peluang berjalan di negara orang..

Ke mana?

Ke sini.. Ke tempat Tuan Ihsan bawak Seroja jalan-jalan..

Dubai, U.A.E.. So, kita share sikit je gambar.. Mengimbau kembali kegembiraan bercuti di sana..

Melompat-lompat hati kegembiraan.. haha.. ^-^

jom jalan wehhh.. (",)

ni kat al-mamzar..

kat sharjah..

kat ferrari world, abu dhabi..

kat dubai ni, building dorang semua tinggi-tinggi.. cantik la.. 


 Oke dah, stop cerita Dubai..

Lepas balik Dubai, kita berjalan lagi.. haha, tapi jalan pergi Langkawi je..

Punyalah lama tak pergi Langkawi, so perasaan tu memang sejenis best sikit lah, sebab pergi dengan famili.. Makna kata, adik beradik, ipar duai, anak-anak buah semua ikutlah..








Alamak, gambar dekat Langkawi tak banyak lah.. adui.. apa adanya aje ni.. ^-^

Oke next.. 

Jalan pergi Singapore pulak, time ni aku ikut Yaya (kakak aku) dengan husband dia.. saja nak menyibuk.. haha.. =D







Hehehe, pun tak banyak gambar.. takpe, kita ringkas-ringkaskan aje cerita.. Yang pentingnya, kenangan, pengalaman tu yang kita simpan kuat-kuat dalam hati.. hahaha ayat berbunga nau.. adehhh..

Apa lagi eh yang best sepanjang 2016 selain vacay ni? 

Oh haaaa.. iya iya, ada lagi salah satu yang best dan tak akan dilupakan lah.. eceycey..

Haaaa, jeng jeng jeng.. (ehh kau dah kenapa yani? nak ber jeng bagai..)












Hahaha, inilah kegilaan semasa 22 Julai hari tu.. pagi celebrate birthday dekat ofis, malam, dengan family pulak.. adik aku kata dia stress dengan aku hari tu.. hahaha.. lantak kau la cuki, yang penting, aku suka.. lalala.. sejenis sengal sangat perangai masa tu.. hahaha..


Oke, untuk throwback yang pertama, cukuplah setakat ini dahulu..
Ini pun dah lama simpan, baru dapat nak publish..
Bulan Januari ni pun dah nak habis..

So, apa jua perkara yang berlaku dalam 2016 ni, kita ingat yang manis-manis je, yang tak berapa nak manis tu kita letak dalam recycle bin.. haha..

Dan untuk 2017, PLEASE BE NICE TO ME.. ^-^

Orait, untuk readers sekalian, semoga tahun 2017 ini melakarkan kenangan yang manis-manis sahaja buat korang semua.. kalau tak manis tu, di harap kita semua dapat bersabar dan lapang dada.. Just chill and smile always.. Allah sentiasa saja ada dengan kita..

Terima kasih sudi baca..


 

Monday, October 31, 2016

Tahniah Pishu !!! #UTM57thConvocation

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir dalam bulan oktober untuk tahun 2016 ini, so kita up satu entry..

This is for u pishu..

Tahniah di atas kejayaan yang diraih, akhirnya dah konvo kan?

Tiba-tiba nak throwback zezaman kau kecik dulu-dulu, bukan main pening kepala ibu dengan ayah, campur dengan pening kepala kitorang adik beradik..

Kau bukanlah adik yang nakal or something yang etc.
Cuma sifat kau yang terlalu 'selesa' buat ibu lah seharusnya pening kepala..

I just can't imagine, kalau zaman sekarang ni, umur 9 tahun baru tahu membaca..
Allahu.. * with this, i realize, kita usaha yang termampu, tapi kalau Allah tak beri keizinan, sesuatu perkara tu, mesti takkan terjadi *

Perangai kau masa kecik zaman persekolahan, sebijik cam kakak dua orang yang atas kau.. which is me and yaya la of course kan.. Tapi takpe, kita throwback sesama kita je sudah, hahaha..

Kita waktu sekarang kalau throwback cerita depan ayah ibu, dorang gelak je lah kan.

Cuba kalau cerita tu kita bukak masa kita balik dari sekolah, mau kena sebat, takpun kena duduk luar rumah. Hahaha.

Alhamdulillah, kejayaan yang kau peroleh ini, berkat usaha kau, doa ibu ayah, dan yang paling utama, tentulah atas keredhaan Allah.

Congratulations to you lil' brother.. you did it very well !

We're so proud of you.


Orait, kita belanja sikit gambar masa hari kejadian konvo, dan hari kejadian meraikan kejayaan untuk pishu Sabtu hari tu.


Sebelum masuk dewan..
With ayah and ibu.. =)








Walau lebih tinggi, he will always be our liltle brother...
Syukri Norhamshah at Universiti Teknologi Malaysia.
October 25 at 8:40pm · Kuala Lumpur ·

Alhamdulillah, Thanks to Allah SWT smile emoticon:)

Thank You so much to my Mother and Father, Families, Lecturers, Teachers and Friends! Always be there for me kiki emoticon^_^

Big Thanks to UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
 - UTM Endowment Scholarship (2012-2016)
 - Dean's Academic Award (UTM 57th Convocation)
 - Marzuki Khalid Excellent Award (UTM 57th Convocation)

Previously, I only obtained 1A for UPSR, 3A's for PMR and 3A's for SPM.
 Recently, I obtained CGPA 4.00 (Matriculation Program) and CGPA 3.88 (First Class Degree in UTM).

Everything is POSSIBLE!

(Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal) is my always secret recipe. Keep believed in Allah and myself for everything. Not too over confident laa deyy. Always find for "Hikmah" if anything happen ok? Hahaha.

What I can say for now is that everyone have their own "Peak Point" which able to transform their life for something better. Indeed, education qualifications is not a compulsory item to be received for everyone. Each one of us, have their own perspectives to improve their daily life. We are living here in this world to respect each other, remember that.
Don't ever underestimate other people capabilities, please focus more on to what we give to others, not what we will be received.
4 Years of Study, I'm Finally Graduated! All Is Well!
 Thank You for Everything, Sorry for Anything!

Doakan aku menjadi seorang hamba Allah yang berjaya Dunia dan Akhirat.

 Di atas ialah ucapan alu-aluan from Pishu.. 

*Sorry ye, hakak tolong snap-snap, copy-copy, paste-paste.. credit to adik-adik punya gambaq dalam FB.. pinjam tampal letak dalam blog jap eh.. *





Dia kata jangan bagi jambangan bunga, baik bagi makanan katanya.. Nah, sandwich dari kakak 3 orang..


Brownies atas permintaan...

Bertabahlah kerana adik beradikmu sejenis sengalions...

BBQ time, telan makanan sampai penuh perut...

Orait, cukuplah itu je eh..

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan..


Sekian,


Assalamualaikum w.b.t..


Sincerely,

Yani Hamshah

~ Always be your sister ~

Monday, March 14, 2016

Sheikh Zayed Mosque, Abu Dhabi

Assalamualaikum..

Hai kengkawan, eh ada lagi ke kawan aku dekat sini..
Kan ke dah sangat lama aku tak bukak blog ni.. Huuu..

Kecenderungan memikirkan masalah yang tidak sepatutnya difikirkan membuat hidup menjadi huru hara sebentar..
Haihhh..

Dan melarikan diri dari masalah yang tak sepatutnya, telah membawa aku menjejakkan kaki ke sini..

Dah hampir 3 minggu balik dari vacation yang pendek tu saja..
Cuti tak banyak, tak payah berangan nak cuti lama-lama, tahu yani?!

Baik-baik.. 
Ini je yang boleh share dulu untuk entry pertama di tahun 2016..

Masjid Sheikh Zayed, di Abu Dhabi..

Jom cuci mata melihat indahnya ciptaan Allah..

Nanti aku ada waktu senggang, aku try buat entry baru masa aku bercuti di Dubai hari tu..

Oke ?

Hari kedua, lepas balik dari Ferarri World, kita singgah solat kat sini dulu..


Cantik kan... Sebelum masuk masjid ni. Siap kena scan nak masuk.. Sedih. 


Cantik kan, dah selamat masuk dalam. Besaq nau masjid ni..


Hiasan dinding dalam masjid.. Subhanallah. Cantik..


Waktu ni dah masuk maghrib dekat sana. Cantik sangat.

Oke, cukup dulu untuk entry pendek ni..

Terima kasih sudi baca..


~ Norzayani Binti Norhamshah ~

Thursday, January 15, 2015

Selamat pulang... Syuk...

Assalamualaikum...

Entry yang pertama untuk 2015.
Entry pembuka Januari.

Heee nampak nau masa tak berapa 'cukup' untuk update blog.

Secara ringkas, semoga tahun baru 2015 ini kita mampu berubah menjadi yang lebih baik.
Mantapkan iman dan amal kita.
Tahun masihi memang masih baru, tapi tahun hijrah kita dah penghujung rabiul awal kot.

Dengan pelbagai dugaan dan ujian di tahun 2014, semoga kita menjadi orang yang sedar dan berfikir, seterusnya, melakukan perubahan.
Semua orang ada melalui 'zaman jahiliah', zaman kegelapan. Tapi sementara masih punya waktu, jom kita... Jom, berubah menjadi lebih baik.
Semoga perubahan itu mendatangkan titik permulaan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita..

( huuu tiba-tiba ter RINDU pula dengan haruman bulan RAMADHAN...)
*** tak pastilah sama ada dapat bertemu lagi atau tidak... T.T


Kalau dapat alhamdulillah...

Oke.. panjang pulak mukadimah. Hee...

Sesungguhnya permulaan bulan dalam tahun 2015 ini membuatkan kami sekeluarga berasa girang kerana kami sedang menunggu kepulangan adik bongsu (anak bongsu ibu ayah) balik ke Malaysia.
Semoga Allah lindungi, lancarkan segala urusan penerbangan adik kami, Syuk untuk tiba di Malaysia dari Jepun.

Subhanallah, rindu tak terkata.

Rindu nak gaduh je dengan dia. Hehe... Serius tak zabar nak jumpa dia. Insya Allah...







Oke la, sampai sini je lah entry.
Mohon kalian, sesiapa saja yang ada baca entry ini (ehh ada ke? heee) , mohon doakan adik saya selamat sampai di Malaysia. (Dengan pelbagai kejadian, kami sekeluarga bimbang juga. Tapi takpe, kami bertawakal semua pada Allah.)

Orait kengkawan.
Maaf kalau ada salah silap sepanjang mengenali blog saya.
Maaf kalau ada mana-mana penulisan saya yang mengguris hati.

Panjang umur, jumpa lagi.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Sekian, assalamualaikum...

~ Yani ~

Wednesday, December 10, 2014

Kembara Mencari Jodoh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...





Heee tengok tajuk, kemain bergegar kepala, akal dan fikiran...
Jodoh dan cinta adalah satu perkara 'famous' untuk anak-anak muda sekarang.

Kalau orang yang dah berumur belum jumpa jodoh, lagi bertimpa-timpa fofularnya.
Al maklumlah, sikap segelintir pihak yang sangat 'menjaga' kebajikan orang sekeliling ini ramai jumlahnya. Tak terkira banyaknya.

Sangat mengambil berat sehingga kadang-kadang soalan yang ditembak, menembusi jantung si mangsa.

Sekali lagi, jodoh itu misteri.
Tapi misterinya jodoh itu, bukan sekadar duduk menunggu. Tanpa usaha.
Mesti kena berusaha.

Di dalam Al-Quran, Allah sudah menggariskan tatacara untuk cari calon pasangan yang sesuai.
Saya akui, di zaman canggih serba moden ini, untuk mencari seorang calon pasangan yang baik itu teramatlah susah.
Kalau ditakdirkan sudah jumpa, tiba-tiba dapat berita, si dia kepunyaan orang.
Amaran keras! Jangan sesekali ganggu hubungan orang lain.


Misteri jodoh lagi, tidak semestinya kita hanya menunggu dan berdoa.
Jodoh itu perlu ada usaha dan doa yang seiring sejalan. (Haa ayat dah macam lagu)

Pada amatan dan pengalaman saya sendiri, bila orang bertanya berkenaan jodoh, saya hanya mampu berkata, 'belum sampai masa lagi.'

Kalau ada yang komen lebih-lebih, saya sekadar menghadiahkan senyuman. Tak perlu nak jawab panjang lebar.


Dah, nak cakap apa lagi kan?
Memang saya tak cari calon lagi, saya belum usaha cari.
** (Itu dulu la.. Sekarang ni sudah dan sedang memulakan misi. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Aamiin. Kalau jumpa, adalah nanti, kalau tiada, mungkin Allah nak temukan jodoh kita itu di akhirat. Wallahu'alam..)

Heee dan takkanlah saya nak bagi jawapan semata-mata nak puaskan hati orang. Ye tak?

Mana ada manusia yang tak mahu ada pasangan hidup.
Semua manusia, Allah kurniakan perasaan ingin menyayangi dan disayangi.
Hidup berpasangan itu sudah tentu lumrah.

Tapi jangan pernah putus asa dalam usaha mencari jodoh yang baik.

Jodoh itu bukan sekadar, awak cintakan saya, saya cintakan awak. (Ayat lejen, semua pasangan)

Bukan sekadar, awak jadi imam saya, saya jadi makmum awak. (Ayat famous anak muda zaman sekarang, tapi usaha ke arah menjadi imam dan makmum itu tiada. Sadis.)

Dalam kembara mencari jodoh, awak mesti kena berusaha. Kena belajar. Apa itu rumahtangga.
Rumah tangga bukan sekadar ada rumah yang mempunyai tangga ye.
Dalam rumah tangga, ada banyak sangat perkara yang sebenarnya awak boleh belajar dalam keluarga awak sendiri.

Amanah, tanggungjawab, tolak ansur. Bukan untuk sesiapa pun.
Ia untuk diri kita sendiri.
Untuk pasangan,
Untuk bakal khalifah-khalifah kecil tu nanti.
Jodoh bukan sekadar perasaan cinta.

Sekarang ini, dah banyak sangat buku yang boleh awak baca untuk dijadikan rujukan sebelum menuju gerbang perkahwinan.
Nikah kahwin ni, bukan hanya cinta semata-mata.

Kehidupan berumah tangga pula terlalu banyak cabaran dan dugaannya.
Maka, aspek fizikal, mental dan rohani perlu disediakan secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapinya di masa hadapan bersama pasangan.
Kehidupan berumah tangga bukanlah sentiasa manis.
Ada kala, kalian pasti akan diuji.
Sebab itu kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Baiki kekurangan diri.

Jangan nanti bila dah kahwin, asyik menyalahkan pasangan, kenapa tidak mahu berubah. Kenapa susah sangat nak faham. Dan banyak lagi rasa tidak puas hati yang akan timbul.
Pentingnya dekat sini, ilmu sebelum mendirikan rumah tangga itu perlu dicari.

Bila sudah berumah tangga, diaplikasikan.
Mahu hidup yang harmoni, jangan asyik sentiasa cari salah orang, sentiasa kata diri sendiri saja yang betul. Kalau mahu hidup sepakat, kena sentiasa belajar bertolak ansur. Jangan mudah kecil hati. Lapang dada terima nasihat dan teguran.

Paling penting, kena sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Baik suami, baik isteri. Masing-masing mesti sentiasa belajar, berusaha menjadi pasangan yang terbaik.
Itu kita namakan 'win-win situation'.

Kita ni, mana boleh ubah orang.
Kita tak akan pernah mampu untuk mengubah orang lain mengikut acuan yang kita kehendaki.

Kita ini hanya boleh menasihati orang dan mengubah diri sendiri.
Kalau kita asyik stress fikir kenapa orang tak nak berubah, alamatnya boleh jadi gila tau.

Hidup ini, terlalu pendek untuk kita rasa tertekan dengan perkara kecil begitu.
Ye, saya tahu ada orang menganggap perkara macam tu besar.
Besar ke kecil dugaan yang kita rasa bergantung kepada cara penerimaan kita terhadap masalah yang kita hadapi.

Sangka baik dengan Allah, insya Allah, dia akan lapangkan dada kita untuk sabar dan tabah terima dugaan tanpa mengeluh kepada orang lain, melainkan mengadu hanya kepada Dia.
Indah tau, hidup bersyariat ni.
Kesimpulannya, dalam jodoh dan perkahwinan, mesti sentiasa berusaha.
Berusaha baiki kekurangan dan kelemahan diri.
Sempurna itu takkan mampu dicapai. Tapi kita boleh sentiasa berusaha memberi yang terbaik.


Ok, sekian dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Assalamualaikum.


-Zayani-
Dis 2014


P/S : Jangan terlalu khuatir dan bimbang berkenaan jodoh, sehingga melupakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Matlamat utama kita hidup dalam dunia bukan sekadar mengembara mencari jodoh, bahkah ia adalah sebuah kembara yang panjang mencari redha Ilahi. Kita ini khalifah. Kita ada tanggungjawab. Renung-renungkan. ^-^

Friday, September 19, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! #Throwback

Assalamualaikum...

Ye, anda tidak berada di 'frekuensi' yang salah.
Dah namanya throwback kan.

Dah betullah tu tajuk entri. Saja je saya nak mengimbau kembali kenangan Syawal tahun ni.
Hehe terindu pulak.

Ramadhan? Lagilah tujuh belas ribu juta bilion kali rindu. T.T

Bagaimana sambutan hari raya saya sekeluarga tahun ini?

Adalah tersangat biasa dari tahun-tahun sebelum ni.
Kenapa biasa?
Kerana tiada baju baju, tiada kasut baru, tiada tudung baru.

Sebenarnya untuk menyambut hari raya, bukanlah yang baru-baru itu syarat utama.
Yang penting, apa yang kita faham tentang hari "kemenangan" itu serta bagaimana cara kita menyambutnya.

Adakah penuh kesederhanaan atau pun berlebih-lebihan?

Untuk mengimbau kembali kenangan raya tahun ini, saya kira kenangan raya kali ini ada keistimewaan yang tersendiri. Tapi yang pasti, Syawal kali ini, saya terasa sangat pantas masa berlalu.

Petang raya, sesungguhnya saya berusaha mempelajari cara menganyam ketupat dengan ayah saya.
Adalah memerlukan kesabaran dan kesungguhan ye kawan-kawan.
Habis tu, saya dah pandai buat ke belum?

Eh kawan-kawan, janganlah tanya,
sudah tentulah BELUM...

Haaa belum. Susah tau.
Saya berjaya buat tiga saja. Itupun atas bantuan ayah.
Nak nangis rasa tau sebab asyik tak jadi. Sob! Sob!

Memandangkan saya sudah tak larat nak belajar anyam ketupat.
Maka saya melarikan diri ke Jeram demi melihat angsa.
Hehe, takdelah. Ada hal sebenarnya.
Petang raya memang bestlah. Tak tensi sangat. 
Malam raya pulak, memang dah siap semuanya. Ketupat, rendang.
Cuma tengah malam tu, baru saya buat ayam masak merah.

Pagi raya, kena marah dengan ayah sebab siap lambat untuk pergi solat sunat aidilfitri.
Sob. Sob. 
Ala tapi bukanlah ayah marah betul-betul. Marah gitu-gitu je.
Alah kira tak de nak simpan dalam hatilah.
Lepas balik solat, kita pun pergi raya kejap dekat rumah kawan ayah.
Lepas tu baru balik kampung, jalan-jalan. Pergi rumah mak kat Jeram. Then pergi rumah nenek kat Puncak Perdana. Hehehe...

Yeayy jumpa saudara mara kesayangan semua. Memang best.
Alhamdulillah.
Pendek kata, raya pertama tahun ni memang terbaik.

Seterusnya raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya pun best juga.
Alhamdulillah.
Kalau ada kenangan yang tak berapa nak best, saya memang tak suka nak simpan dalam hati.
Nanti jadi penyakit sakit hati, saya jugak yang stress.
Bukan best pun bila stress.
Jadi tips saya untuk orang yang selalu stress, tak payah fikir sangat pasal masalah.
Awak fikir Allah, lagi berjuta kali lebih bagus. =)

Oke dah, saya cerita kenangan raya saya melalui gambar je lah ye.
Baca tulisan kat atas ni pun dah panjang. Hehe. Maaf-maaf.
Oke, nah saya belanja gambar sikit je. Sikit je. 

*Kedudukan gambar semua adalah berterabur ye. 








































































Itulah saja gambar yang berbicara.
Gambar yang harus saya tapis demi kebahagiaan bersama dunia akhirat. 
Sekadar berkongsi kenangan raya.
Mudah-mudahan tidak disalah erti.
Alhamdulillah, ini semua adalah nikmat pinjaman yang Allah beri sementara saya masih hidup.

Saya percaya, awak semua ada kenangan yang lagi best, lagi bererti, lagi manis dari apa yang saya ada. Semoga kita semua akan sentiasa menghargai nikmat yang Allah beri.

Terima kasih sudi baca entri ini.
Salah dan silap, mohon dimaafkan.
Panjang umur, dapatlah kita berjumpa lagi di bulan ramadhan dan syawal akan datang.
Semuanya atas izinNya.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat ye adik-adik, kakak-kakak, sahabat-sahabat pembaca semua.
Semoga Allah sentiasa meredhai hidup kita, dunia akhirat. Allahumma aamiin.

Sekian, wassalam.


~ Norzayani Binti Norhamshah ~

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...