Thursday, January 15, 2015

Selamat pulang... Syuk...

Assalamualaikum...

Entry yang pertama untuk 2015.
Entry pembuka Januari.

Heee nampak nau masa tak berapa 'cukup' untuk update blog.

Secara ringkas, semoga tahun baru 2015 ini kita mampu berubah menjadi yang lebih baik.
Mantapkan iman dan amal kita.
Tahun masihi memang masih baru, tapi tahun hijrah kita dah penghujung rabiul awal kot.

Dengan pelbagai dugaan dan ujian di tahun 2014, semoga kita menjadi orang yang sedar dan berfikir, seterusnya, melakukan perubahan.
Semua orang ada melalui 'zaman jahiliah', zaman kegelapan. Tapi sementara masih punya waktu, jom kita... Jom, berubah menjadi lebih baik.
Semoga perubahan itu mendatangkan titik permulaan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita..

( huuu tiba-tiba ter RINDU pula dengan haruman bulan RAMADHAN...)
*** tak pastilah sama ada dapat bertemu lagi atau tidak... T.T


Kalau dapat alhamdulillah...

Oke.. panjang pulak mukadimah. Hee...

Sesungguhnya permulaan bulan dalam tahun 2015 ini membuatkan kami sekeluarga berasa girang kerana kami sedang menunggu kepulangan adik bongsu (anak bongsu ibu ayah) balik ke Malaysia.
Semoga Allah lindungi, lancarkan segala urusan penerbangan adik kami, Syuk untuk tiba di Malaysia dari Jepun.

Subhanallah, rindu tak terkata.

Rindu nak gaduh je dengan dia. Hehe... Serius tak zabar nak jumpa dia. Insya Allah...







Oke la, sampai sini je lah entry.
Mohon kalian, sesiapa saja yang ada baca entry ini (ehh ada ke? heee) , mohon doakan adik saya selamat sampai di Malaysia. (Dengan pelbagai kejadian, kami sekeluarga bimbang juga. Tapi takpe, kami bertawakal semua pada Allah.)

Orait kengkawan.
Maaf kalau ada salah silap sepanjang mengenali blog saya.
Maaf kalau ada mana-mana penulisan saya yang mengguris hati.

Panjang umur, jumpa lagi.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Sekian, assalamualaikum...

~ Yani ~

10 comments:

  1. Assalamualaikum...
    hi yani...
    ooo ini ke syuk nyer yg ada awak ckp... susah pyh awak berdiet... herbalife yg dpt nama...

    Hihihi...
    apa2 pun semoga selamat semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusslam cik nhhas...

      hi..

      yup haah, adik saya ni la, syuk. yang penah tanya saya amik herbalife ke tak...
      hehe, dia tak tahu, kakak dia ni 'memang tak nak mampu' untuk beli produk gitu.

      alhamdulillah, syuk dah selamat sampai...
      terima kasih doakan. moga Allah redhai hidup awak dunia akhirat... aamiin... =)

      Delete
  2. Selamat pulang Syuk... insyallah akan dipermudah kan perjalanan untuk pulang ke pangkuan keluarga... suruh baca doa naik kenderaan tu yer... tu doa menolak malapetaka sebenarnya...

    salam kenal salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal...
      terima kasih atas nasihat dan doanya.

      Delete
  3. alhamdulillah selamat dah sampai adik yani ye
    semoga gembira dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang =)

    akak membalas kunjungan dan done follow sini #71 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sis yana yani (eh nama kite same, yani, hehe) lambat reply,
      terima kasih follow sy..

      alhamdulillah selamat sampai dah adik yani..
      terima kasih atas doanya...

      salam perkenalan kak yana.. =)

      Delete
  4. Replies
    1. haah untuk satu semester je, dia belajar kat utm kl.
      tp ni dah balik dah untuk abiskan stdy dia.. =)

      Delete
  5. selamat kembali buat adik Yani, semoga tahun 2015 ini bakal membawa seribu sinar kegemilangan buat seluruh penghuni dunia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doanya sis...

      insya Allah, semoga 2015 ni akan jadikan diri kita lebih matang dan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni.. =)
      terima kasih singgah blog sy...

      Delete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...