Assalamualaikum...
Amboi hentryyy takmo kalah ye...
Kenapa kah save the date?
Selalu orang guna pakai ayat ni masa nak save the date, tarikh tunang ke wedding amenda semua tu kan...
Saya? Ouh tak tak. Belum lagi. Bukan saya.
Saya nak suruh awak-awak semua save the date untuk kemunculan PESTA BUKU SELANGOR 2015 yang dijangka akan berlangsung bermula dari 29 Januari sehingga 8 Februari.
Tahun lepas ada jugak join dengan kawan-kawan (Ina & Seha), tapi bulan September, kalau tak silap lah.
Tapi tahun ni, awal tahun lah pulak kita ya. (Abes duit aku oiii)
Heee tak ada lah habis sangat, sebenarnya kena pandai bajet dan urus sendiri.
Buatlah list sebelum beli (Hampeh je kau yani, sebelum ni ada jugak buat list, tapi list tu ke mana, hakak ke laut.. tiheeee)
Tapi, tahun ni, awal tahun ni, akak dah berazam, tak mahu berlebih-lebihan sangat. Sebab dekat rumah ni, masih ada buku yang belum dihabis baca ! Huuuu, takut lah juga, besok-besok kat akhirat kena soal kenapa beli buku banyak-banyak tapi tak baca. Kalau novel laju je kau nak habis baca kan yani? Sadis sungguh. Sob sob.
Oke, bersempena kedatangan Pesta Buku Selangor yang saya tunggu-tunggu ni, makanya saya tiadalah berbelanja seenak pisang goring cheese dan selazat horlick ais sebelum minggu depan. Mana tidaknya, nak beli makanan kat tempat kerja pun saya bajet paling tinggi satu hari RM5. Haha.
Lepas tu, lapar, kau tunggulah sampai balik ye yani.
Punyalah gagah sebab takut duit tak berapa nak cukup. Tiheee.
Walaupun berjimat seperti itu, saya juga tiadalah boleh sewenang-wenangnya membeli ikut suka hati masa pesta buku tu nanti.
Ohhh saya dapat rasa kemeriahan, kewangian, bau buku-buku yang sangat wangi.
Mewangi ohhh.
Eh terbanyak bebel pulak.
Oke, awak semua jangan lupa.
Save the date. Cari buku yang berilmiah tau.
Silalah insaf macam saya, hehe.
Walau rasa kena paksa pun. Lama-lama Allah beri juga kesedaran dan seterusnya boleh rasa kemanisan iman. Insya Allah.
Oke nah, poster.
Jangan lupa tau. Save the date ya. Tapi bukan majlis kahwin akak tau.
Majlis kahwin orang lain, ye. Ngeh ngeh...
Next week. Jangan lupa lah temu janji kita.
Terima kasih atas perhatian awak semua untuk entry ini.
Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya kita semua berada dalam limpahan rahmat kasih sayang Allah.
Jaga iman, jaga solat. Jaga diri, jaga maruah sebagai seorang Islam juga ye.
Assalamualaikum...
Yani Hamshah.
Baru tahu mengenai ini. InsyaAllah akan pergi pesta buku ini. :)
ReplyDeleteselamat membeli buku.
Delete