Friday, July 11, 2014

13 Ramadhan 1435H [ Puasa Dan Derma ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, masih dikurniakan nyawa sehingga ke saat ni.
Alhamdulillah, dah hari yang ke 13 umat Islam di Malaysia ini berpuasa.

Bagaimana 13 hari puasa yang awak semua lalui?
Mesti hebat-hebat kan.
Saya? Erm biasa lah, manusia mana yang Allah tak beri ujian. Ujian tanda Dia sayang.
Kita follow je apa yang Dia nak beri.

Alhamdulillah, setakat ini, walau ada compang-camping dan huru hara sikit ketika cuba memenuhi 'checklist ramadhan' saya, masih lagi Allah berikan yang terbaik.
Mana perfect, tapi saya sedang mencuba dan akan terus mencuba. Paling penting nak istiqamah, sampai akhir nyawa nanti. Istiqamah ini bukan mudah, tapi kita kena berusaha, dan berdoa, supaya Allah memilih kita untuk Istiqamah.

Sepanjang 13 hari berpuasa, dah banyak pula kenangan suka dan duka tahun ni.
Adalah juga bersedih hati dengan sesetengah perkara, tapi kan Allah itu ada. La tahzan, innallaha ma'ana.
Lagi-lagi dalam bulan mulia ini, saya dah ajar diri supaya jangan nak 'cengeng' sangat. Mesti kuat!
Orang Islam kena kuat dan bersemangat! Lebih-lebih lagi apabila diuji.

Ustaz kata puasa itu perisai bagi umat Islam.
Musuhnya tentulah nafsu. Bilamana nafsu menyerang, puasa itu mampu jadi perisai.

Ustaz tanya apa makna puasa tu?
Kita dalam masjid cakap 'menahan diri dari lapar dan dahaga.' (Kompidensel jawapan tu!)

Ustaz kata, kalau budak budak ye. Menahan diri dari lapar dan dahaga.
Tapi awak-awak yang dah besar macam ni. Itukah makna puasa pada awak.
???
Tujuan kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini adalah untuk melahirkan taqwa.
Kalau sekadar awak tahan lapar dan dahaga, mana nak cari taqwa itu?
Ok, mulai sekarang, kena target (sementara masih ada waktu ni) membina taqwa dan istiqamah.

Paling penting, jangan pernah merasa cukup dengan amal ibadah yang kita dah pernah lakukan.
Tersangat sedikit jumlahnya di sisi Allah. Jadi, teruskan beribadat. Semata-mata kerana inginkan keredhaanNya.

Kawan-kawan, jangan pernah lupa untuk sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
Kerana nikmat Allah datang tanpa jemu.

Di bulan yang mulia ini, Allah memberi kita rahmatNya. Jadi janganlah kita mengundang azabnya. (Hindari perkara yang mungkar)

Dalam pada umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa ni, saudara-saudara kita di Gaza,Palestin. Sedang diuji. Israel membuat serangan tanpa belas kasihan!
Jika kita sahur dengan makanan yang mungkin kita tiada selera untuk telan di awal pagi, tapi saudara kita kat sana? Dapatkah mereka bersahur? Adakah bekalan makanan untuk mereka?
Sewaktu berbuka pula, meja kita penuh dengan bermacam hidangan. Tapi saudara kita di sana? Berbukakah mereka? Ataukah mereka tidak sempat berbuka? Ataukah mereka berbuka dengan gelaran 'yatim piatu'?

Semua ini, kadang-kadang, nafsu jahat kita dengan riak menjerit. "Heyyyy, tak ada kena mengena dengan kitalah. Berani sangat ke? Mereka jauh. Kita kat sini, aman lagi. Jangan nak masuk campur."

Astargfirullah. Semoga kita tak ikut nafsu yang jahat ini.
Jangan sampai Allah murka kerana kita tidak menghiraukan saudara saudara kita di sana.
Siapa kata kita tak ada kena mengena?
Kita ini umat islam. Umat Islam itu semuanya bersaudara. Jangan pernah riak dan angkuh apabila berkata-kata di dalam hati.
Orang lain mungkin tak tahu. Tapi Allah tahu. Sedikit pun tidak terlepas dari pengetahuanNya.

Okay, saya bukan nak membebel.
Ter emo sikit di hari jumaat ini. T.T

Jadi, di kesempatan ini, saya berharap sangat, agar kita semua dapat mengumpul sebanyak mana pahala di dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita bakal menjadi penghuni syurga.
Kerana tahun depan belum tentu kita jumpa lagi Ramadhan. Dan kita tahukah sama ada kita dapat menghabiskan ramadhan tahun ini? Kalau Allah tak izinkan, bagaimana? Rugi bukan.

Dan juga, saya harap kita semua sudi untuk menyalurkan sumbangan buat saudara-saudara kita di Palestin.
Tak banyak takpe, beri yang mampu. Semoga Allah sudi pandang kita, walau sumbangan itu sedikit. Ikhlas itu hanya Allah yang mengetahui. Jangan risau tau. Dia Maha Adil, Maha Mengetahui.




~ Kalau untuk menyumbang bersama Aman Palestin, anda boleh rujuk gambar di atas. Ataupun, awak boleh klik link ini .

Selain dari Aman Palestin, awak boleh menyumbang melalui aqsasyarif . Lagi melalui islamic-relief pun boleh.
Terpulang pada awak.

Kalau kita mampu nak kumpul duit nak beli gajet atau nak bercuti-cuti. Takkan nak hulur RM50 untuk sumbangan begini pun nak berkira. Jangan, sebab ganjaran baik untuk kita di sana nanti. Allah dah janjikan itu. Lebih-lebih lagi menderma di bulan mulia ini. Masya Allah, mesti besar ganjaran kan?

Oke, jom kita semua jadi umat yang terbaik.
Yang sentiasa berusaha melakukan kebaikan.
Yang sentiasa berusaha supaya disayangi dan dicintai Allah.

Semoga Allah meredhai hidup kita, dunia akhirat.
Aamiin.

Terima kasih sudi baca entry ini.
Salah silap, mohon dimaafkan.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Assalamualaikum.

Norzayani binti Norhamshah
12.39 PM
13 Ramadhan 1435 H / 11 Julai 2014

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak Yani.. Sebenarnya ini kali pertama saya melawat blog akak tapi jujur says katakan saya suka setiap bait kata-kata akak.. Saya harap akak dapat tulis entri tenrang keluarga. Saya ingin tahu pendapat akak tentang masalah,fungsi,kesan baik dan buruk dan peranan kita sbg ahli keluarga. Saya selalu rasa geram dan marah dgn adik saya yang suka buat sy marah. Harap akk ada nasihat yg insaf untuk saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam adik Nur Fatehah.

      Alhamdulillah, terima kasih sayang, sudi 'jalan2' kat sini.
      Segala pujian kembali pada Allah.
      Setiap apa yang akak tulis, Allah ilhamkan.
      Siapalah akak tanpa Dia.

      Insya Allah, ada rezeki, panjang umur. Akak buat entry tentang kekeluargaan ye.

      Dik, manusia dilanda ujian itu perkara biasa. Allah uji tanda sayang.
      Fungsi kita mestilah untuk menjadi yang terbaik yang solehah di sisi Allah.
      Setiap dari kita mesti ada kekurangan. Allah beri kekurangan supaya kita tak riak, ujub mahupun takbur.

      Adatlah tu, orang yang ada adik.
      Macam akak dulu2, memang juara nak marah adik lelaki akak.
      Tapi dah lama2, kami jadi kawan baik jugak lah.
      Walau tak berapa nak rapat (sebab dia busy dengan study).

      Sayang, awak kena selalu fikir yang baik2, positif je.
      Adik awak hanyalah asbab musabab yang Allah jadikan untuk menguji iman dan kesabaran awak.
      Walau ia bukan salah awak, awak masih kena jadi contoh yang terbaik untuk adik awak. Mudah2an satu hari nanti, adik awak faham.
      Walau apa yang berlaku, untuk kebahagiaan jangka panjang,
      akak nasihatkan awak supaya jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan sesama manusia.
      Dahulukan Allah dalam semua perkara, mengadulah pada Dia jika awak sedang gembira dan sedih.
      Jadikan Al-Quran , teman rapat awak.
      Fikir positif, senyumlah walau awak terasa sakit di hati, sehingga air mata awak mengalir. Allah lebih memahami isi hati awak.
      Awak mesti akan lalui hidup ini dengan tenang dik.

      Ibu akak dulu masa akak kekecik, selalu pesan, 'kena beralah dengan adik walau bukan salah kita.'
      Masa dulu selalu rasa nak nangis, hee bukan rasa nak nangis, memang dah nangis kot. Tapi zezaman jahiliah tu, akak pun protes. Sabar tu kurang sikit.
      Tapi awak jangan ikut perangai akak dulu2.

      Bila adik awak selalu buat awak rasa nak marah, akak nasihatkan awak, 'jauhkan' diri dari adik awak. Contohnya terus tinggalkan, pergi minum air sejuk ke, pergi basuh tangan ke, ambil wuduk ke, anything yang boleh buat awak redakan suhu marah awak.
      Dalam hati jangan berhenti istighfar. Ingat Allah.
      Itu kunci sebenar tahan marah.

      Jangan risau sayang.
      Awak mesti boleh lalui semua perkara dengan izin Allah.
      Teruskan berdoa. Teruskan usaha.
      Jadi muslimah solehah ye sayang.
      Semoga Allah senaraikan nama kita semua sebagai penghuni syurgaNya nanti.
      Aamiin. :)

      Delete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...