Tuesday, July 1, 2014

Puasa itu Sihat & Nikmat (Selamat Menyambut Ramadhan)

Hai orang-orang yang beriman,
Diwajibkan atas kamu berpuasa,
Bulan yang suci, penuh maghfirah,
Itulah bulan Ramadhan.

Di bulan itu diturunkan,
Pertama kali kitab Al-Quran,
Sebagai petunjuk bagi manusia,
Antara yang hak dan yang batil.

Puasa itu sihat,
Puasa itu nikmat,
Melatih kita, sabar dan amarah,
Bagi yang tak beriman, berat menjalankan,
Lapar haus saja, menggoda fikirannya.

Ada malam lailatul qadr,
Yang besar pahalanya dari seribu bulan,
Allah turunkan malaikat ke bumi,
Sejahtera malam itu hingga fajar.

~ [ Puasa – New Sakha ]

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t...

Semalam balik dari kerja, dengar lagu ni dekat radio Ikim.
Terus suka. Hehe. :)
Saja nak share lirik kat sini.

Dan dikesempatan ini juga, rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat kalian, saudara-saudara saya, sahabat-sahabat saya, pembaca-pembaca sekalian, dan juga buat seluruh umat Islam di dunia ini.
Moga kalian akan sentiasa diredhai Allah S.W.T

Bulan suci penuh maghfirah. 
Subhanallah, Alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana sudi beri kita peluang untuk bertemu lagi dengan bulan mulia ini.
Sedar tak sedar, dah hari ke 3 Ramadhan.
So macam mana checklist yang kita dah sediakan tu?
Markah semua ok tak?
Harap semuanya cantik-cantik belaka ya.

Kalau tersedar ada ibadah yang tertangguh.
Cepat! Cepat! Laksanakan.
Peluang ini datang setahun sekali saja. Mohon ambil peluang ini sebaik mungkin ya kawan-kawan. Anggap saja, tahun depan belum tentu kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan.

Surat Cinta dari Allah. (Al-Quran)

*** Oke selingan, nak share sikit ~ Malam tadi punya Tazkirah Ramadhan dekat Masjid Saujana Utama, Sg.Buloh. Ustaz kata, dalam bulan Ramadhan ni, pahala ibadah sunat yang kita lakukan, dikira seperti kita melaksanakan ibadah wajib. Subhanallah! Masya Allah, tabarakallah. Sila teruja! Dan kalau saja ibadah sunat dikira seperti itu, kalau kita melaksanakan ibadah yang wajib, tentu-tentulah pahala berlipat kali ganda. (Kalau tak silap saya, ustaz sebut 70 ribu kali ganda.[maaf saya tak sure sangat yang ni,awak boleh rujuk orang yang lebih tahu.]  Oke, kalau awak di Mekah, Madinah. Lagilah pahala berganda-ganda! Subhanallah. Bestnya. Bestnya sangat-sangat. (Cemburunya saya. Huhu...Hee tapi takpe, setiap yang Allah kurniakan itu, adalah yang terbaik untuk kita. Yakin! Yakin!! ) *** [Dan suka untuk saya ingatkan,kita buat ibadah semua itu adalah demi mendapat redha Ilahi. Bukan kerana ganjaran pahala. Bila Allah redha, automatik awak akan dapat pahala. Kan.]

Nampak tak sayangnya Allah pada kita, besarnya Rahmat Dia buat kita. 
Kalau rasa-rasa tak reti bersyukur, sila 'cari' sesuatu yang ada di Palestin, Syria, Mesir atau mana-mana negara yang sedang diuji rakyatnya.
Lihatlah betapa sukarnya mereka untuk meneruskan kehidupan, bandingkanlah dengan nikmat yang kita sedang lalui di bumi Malaysia ini. Cuba bayangkan sekarang ini anda sedang mendengar tangisan mereka yang memilukan. Allah. Allah. Allah. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Lantas, nikmat Allah yang manakah yang hendak kita dustakan? Sungguhlah, Allah itu Maha Penyayang.
Kerana kita ini, masih mampu berbahagia bersama saudara kita.
(Dapat update entry baru ini juga satu nikmat bukan? Syukur.)

Fikirkanlah, Dia beri ujian, dugaan, bukan kerana tak sayang. Tapi Dia sedang menguji keimanan dan kesabaran. Insya Allah, balasan yang sangat besar di Syurga menanti. 

Ujian dan dugaan itu cara Allah menunjukkan betapa Dia sayang pada kita.
Kalau awak 'dekat' dengan Dia, awak takkan pernah merungut terhadap apa yang Dia kurniakan.

Kalau ada rungutan yang tersasar, boleh cepat-cepat istighfar. 
Jangan pernah membuka ruang untuk syaitan menguasai jiwa dan hati kita.
Please. 

Syaitan dan Iblis ini musuh kita. Jangan sampai kita dilaknat Allah kerana mengikut telunjuk syaitan.
Nak ke kita ni 'temankan', 'kawankan' encik Syaitan ini duduk di neraka? Nau'zubillahi min zalik! 

Dan kerana bulan ini juga adalah bulan untuk kita 'menyimpan', 'mengumpul', sebanyaknya bekalan untuk pulang ke kampung akhirat. (Syurga)

Allah telah menjelaskan dalam al-Quran, bahawa bekalan yang terbaik adalah bekalan takwa.

"Bawalah bekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa." (Surah Al-Baqarah 2:197)

Bagi yang ingin pulang ke kampung syurga, takwa pencariannya.
Kita dituntut menghimpun bekalan takwa.
Antara perkara yang membangun takwa dalam jiwa ialah amalan berpuasa.

Kita diperintahkan berpuasa oleh Allah : "Wahai orang Mukmin, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:183)

Dengan bekalan takwa inilah, kita semua akan mampu mengharungi perjalanan pulang ke kampung yang kita rindui, syurga Allah yang kekal abadi.

Dan baiklah, cukup entry ini sampai di sini saja.
Salah satu target saya bulan puasa ini adalah untuk tidak terlalu ralit ber'on9', alhamdulillah, hari ke 3, pencapaian dilihat semakin baik.
Cuma kerana ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan awak semua, maka terlahirlah entri 'selingan' ini.
Semoga ia sangat bermanfaat buat kalian. Allahuma amin.

Oh ye, memandangkan bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran, jadi jom, kita baca 'surat cinta' dari Allah. Ibaratkan kita sedang membaca surat cinta dari kekasih hati yang sangat kita cintai. Ibarat macam orang sedang bercinta, kalau boleh hari-hari nak baca 'surat cinta' dari orang tersayang. Jadi, anggaplah Al-Quran seperti itu. Semoga kita beroleh kebaikan daripadanya. 

Moga Allah akan terus redha pada kita, di dunia sampai akhirat. 

Terima kasih, sudi baca entry ini.
Saya sangat hargainya.

Seperti biasa, kalau ada salah dan silap dalam tulisan saya ini, yang mungkin ada menyinggung perasaan. Saya dengan rendah hati, memohon maaf.
Dan kalau ada yang ingin menegur salah silap saya, dialu-alukan untuk anda berbuat demikian. Saya akan cuba perbaikinya. Insya Allah.

Selamat berusaha mengumpul pahala yang sangat banyakkkk ye kawan-kawan.
Mudah-mudahan Allah terima semua amal ibadah kita. Amin.
Tak sabar nak jumpa semula di Syurga Allah nanti.
Kita usaha sama-sama, sediakan bekalan untuk kita balik ke 'kampung' abadi. Allahuma amin.

Sekian, wassalam.

Norzayani Binti Norhamshah
3 Ramadhan 1435H / 1 Julai 2014

1 comment:

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...