Wednesday, July 16, 2014

Makan ikut keperluan, baru ibadah menjadi mudah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini sudah 18 Ramadhan. Subhanallah.
Cepat sungguh waktu berlalu.

Macam-macam yang dah kita tempuh dalam tempoh 18 hari berpuasa bukan.
Tahniah buat sesiapa yang Allah beri puasa penuh. Yang tak dapat tu, kita anggap sebagai ujian.
Tapi tak semestinya bila tak dapat puasa penuh tu, tiada amalan lain yang boleh kita buat.
Betul tak? Teruskan zikrullah (Ingat Allah), Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kebiasaannya orang berpuasa ini, suka target nak kurus. Atau paling tidak pun nak turunkan berat.
Sebab nak nampak cantik di pagi raya.

Bila ada target. Kena ada usaha yang kuat.
Baru boleh berjaya.

Semua pun tahu, sebenarnya puasa ialah diet yang terbaik untuk kita.

Tapi amalan pemakanan rakyat di Malaysia (majoriti, bukan semua ya) menjadikan kita mudah mendapat penyakit.

Seharusnya kita sedar, kebanyakan penyakit ini bermula dari perut.

Sepatutnya di bulan ramadhan ini, perut kita boleh berehat. Tapi akibat nafsu, makanya perut kita terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi. Sebab bila pergi baazar, kalau boleh satu baazar tu kita nak beli. Ni beli sikit je. Tu beli sikit je. Tapi bila dah balik rumah. Hambik! Selambak satu meja.

Kesian perut kita tau. Kita isi macam-macam makanan. Ada murtabak la, ada roti john la, ada ayam uncle bob la, ada air soya la, air tebu la, kuih talam la, kuih seri muka la. Aduhai.

Macam mana ni?
Kalau semua masuk perut. Perut jadi ketat.
Bila ketat, mulalah mengantuk. Pergi terawih pun lesu. Dengar tazkirah pun menguap. (Heee saya cakap berdasarkan pengalaman saya sendiri)

Heee, tapi lain pula dengan orang yang mengamalkan, makan sedikit saja. Berhenti sebelum kenyang.
Ambil yang berpada-pada. Kalau boleh elak makanan atau minuman yang manis. Insya Allah, pasti kita akan lebih ceria dan bersemangat. Tak lemau. Insya Allah, pasti akan dipermudahkan segala amal ibadah. (Mohon try. Saya suka buat uji kaji pada diri sendiri.)

Jadi sesiapa yang target nak bangun malam.(Lailatul qadar). Awak boleh amalkan. Jaga pemakanan awak. Jangan makan tak tentu hala. Berhenti walau awak belum rasa kenyang.
Itu sunnah nabi.

Lagi satu, minum air masak secukupnya. Badan kita ni sangat perlukan air untuk mencuci organ-organ dalaman. Organ yang ada pada tubuh kita ini amanah, jangan kejam, tak bagi 'mereka' keperluan yang secukupnya untuk 'mereka' menjalankan kerja mereka. Oke?

Bila awak jaga pemakanan awak, insya Allah, awak akan lebih mudah untuk bangun solat di waktu malam.

Tapi masa awal puasa dulu, ustaz ada bagi tips untuk orang yang dah habis malas sangat nak bangun malam, untuk dapat pahala 'menghidupkan' amalan di waktu malam.

Caranya ialah solat isyak berjemaah. (Ia seperti awak sudah menghidupkan amalan di separuh malam), dan untuk completekan lagi separuh malam, esok paginya solat berjemaah di waktu subuh pula. Jika awak berjaya untuk solat isyak berjemaah di malam tersebut dan solat subuh berjemaah di pagi berikutnya, maka diibaratkan awak dah 'menghidupkan' amalan di waktu malam.

Lagi satu ustaz hari tu ada tegur juga kepada para jemaah di dalam masjid yang 'belum sudi' nak tunaikan solat sunat selepas isyak, ustaz kata, ruginya awak tak buat solat sunat tu sebab pahala untuk solat sunat ba'diyyah itu lebih besar dari pahala solat sunat terawih. (Terima kasih ustaz, sudi tegur. Esok malam selepas ditegur ustaz, memang masing-masing buatlah kan.) Mohon istiqomah sampai bila-bila ya. Bukan di waktu bulan ramadhan saja. Tolong. Tolong.

Apa yang saya sampaikan ini bukanlah tujuannya untuk menyalahkan sesiapa yang tak amalkan solat sunat rawatib ni, cuma saya hanya berkongsi apa yang saya tahu. Saya cuma menyampaikan apa yang ustaz pesan, bukan juga bertujuan untuk menunjuk kelebihan ilmu yang saya tahu. (Nauzubillah, segala apa yang saya tahu, semua pun Allah yang punya. Mana boleh saya simpan sorang-sorang. Orang lain pun nak masuk syurga kan. Jadi jom, kita share semuanya, supaya kita boleh ke syurga bersama-sama)

Ilmu tanpa amal itu gila.
Amal tanpa ilmu itu sia-sia.

Sementara masih berbaki lagi hari-hari terakhir di bulan ramadhan ini, jom lah kita kumpul pahala sebanyak mungkin. Bimbang ini akan jadi ramadhan yang terakhir. Rugi nanti kalau kita tak manfaatkan waktu yang ada.

Oke, sekian saja, untuk entry kali ini.
Mudah-mudahan bermanfaat.

Saya mintak maaf, kalau ada kata-kata atau ayat-ayat yang mungkin menyinggung hati awak yang membaca.

Terima kasih sudi baca entry ini.

Sekian, wassalam.

Jaga diri, jaga iman, jaga solat.

Ikhlas,
Norzayani binti Norhamshah
18 Ramadhan 1435H / 16 Julai 2014


No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...