...Kehidupan di sini bukan suatu khayalan, tetapi ia sebenar kejadian...
Al-Fatihah buat nekcu, yang telah kembali kepada Ilahi pada tengah malam tadi. (Tak pasti pukul berapa, tapi pak usu Din kata dalam pukul 12.30 malam tadi.)
Semalam kami (family) ada melawat nekcu. Minggu lepas pun kami ada melawat juga, sebab nekcu memang ada sakit kanser, plus kena strok tahun lepas. Kata anak-anak nekcu, "kalau nak melawat, lawatlah sekarang, sementara dia ada."
Last week jumpa, memang arwah dah tak larat sangat. Kesian nekcu. Tapi itu bahagian arwah, bahagian kita suatu hari nanti, wallahua'lam.
Semalam kami melawat sebab pak usu dengan mak usu dah habaq kata doctor dekat SMC suruh bawa balik. (Doktor yang tolong mana yang mampu, selebihnya kita doa minta Allah permudahkan urusan.)
Tapi kami pergi malam tadi dah agak lewat, dalam pukul 10.30 jugak baru sampai rumah pak usu. Bila dah tengok keadaan nekcu, terbaring di atas katil, lemah, betul-betul mengingatkan aku pada arwah acik Zila. (Adik ayah aku)
Perasaan sedih bila menjelma itu biasa kan bila melawat orang sakit? (Tapi kita sebagai seorang Islam, tak boleh bersedih yang melampau. Cukup sekadar minta Allah sabarkan hati kita, beri kekuatan dengan apa yang bakal berlaku.)
Kami ramai-ramai baca surah Yaasin, untuk nekcu. Mak usu dengan mak cik Rohaya ajar nekcu mengucap. (Allahurobbi, kematian benar-benar hampir, selalu dekat saja dengan kita.)
Aku tak tahu, tapi semalam aku dapat rasa, arwah memang akan pergi. (Ya, sebab mati itu pasti) Cuma aku tak pasti bila. Dalam hati aku doa banyak-banyak 'Rabbi yaasir wala tu'assir rabbi thamin bi khoir'. (Mintak Allah permudahkan segala urusan.) *dalam saat-saat begini, awak kalau melawat orang sakit, mohon doalah apa saja, insya Allah, pasti Allah tolong. Doalah apa saja untuk yang sedang sakit itu, moga Allah dengar doa kita, bantu segalanya menjadi mudah dan tenang.
(Mohon jangan salah ertikan apa yang aku cuba nak sampaikan, aku sekadar share apa yang patut kita buat bila melawat orang sakit. Dan tiadalah niat aku untuk riak atau ujub (kagum dengan diri sendiri, na'uzubillah.)
Lepas habis baca yaasin malam tadi, aku nampak pak njang baca Al-Quran, tapi tak pasti surah apa. So, aku tanya pada mak cik lila, pak njang baca surah apa? Mak cik kata, 'Suratul ra'du' (Surah Ar-Ra'd) Mak cik dengan nenek kata surah ini elok untuk dibaca pada orang yang sedang menghadapi saat-saat terakhirnya.) Kena yakin, semua pun atas kehendak dan izin Allah. Kita ikhtiar, Allah yang mengizinkan semua perkara yang dikehendaki-Nya.
Sejuk kaki nekcu masa aku sentuh kaki nekcu malam tadi. Urut perlahan dan berdoa minta Allah mudahkan urusan. (Ini habit bila aku melawat orang sakit, ayah pesan suruh doa banyak-banyak.) Mudah-mudahan bila satu hari kita pula yang terbaring begitu, akan ada orang tolong mendoakan urusan kita untuk kembali pada Allah, akan dipermudahkan.
Masa ibu ajak balik malam tadi sebenarnya aku tak nak balik lagi, tapi aku tengok jam dah nak pukul 12. Alahai kesian pula, takut nenek mengantuk. Aku fikir esoknya nak kerja pula. Takpelah, doa dari jauh je la.
Dan kami pun pulang, lepas 30 minit sampai rumah, telefon rumah bunyi. (Wallahu'alam, hati terus terdetik, Innalillah.) Mungkin..mungkin.
Lepas tu, baru aku dengar ayah cakap Innalillahiwainailaihiroji'un. (Nekcu dah meninggal, tak lama lepas kami balik.) Bukan rezeki aku nak tengok bagaimana saat ajal benar-benar di penghujung. Dulu masa arwah acik Zila pun aku tak sempat sebab masa tu dah zohor. (Untuk aku jadikan pedoman pada diri sendiri, supaya lebih mengingati mati.) *Hari ni cuti, sebab memang dah fikir nak 'hantar' sampai ke kubur. Plus aku ni, kalau melawat orang meninggal, balik memang kena terus mandi, kalau tidak, kebiasaannya mudah saja untuk aku kena badi mayat. Moga Allah akan terus melindungi dari sebarang perkara yang tak baik. Aamiin.
Malam tadi, memang tidur tak nyenyak. Tapi terlajak juga, dah azan baru terjaga. Terus siap-siap sebab nak pergi melawat. Takut tak sempat cium arwah untuk kali terakhir. (Memang tak dapat sebab Allah tak izinkan. Jadi, kali terakhir aku cium arwah, sebelum aku balik malam tadi.) T.T
Alhamdulillah, pagi tadi segala urusan berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah, sudi perkenaankan doa kami. Sudi dengar doa hamba-Mu yang selalu lalai ini.
Segala urusan berjalan dengan mudah. Masa kami sampai, arwah sedang dimandikan.
Selingan sedikit. (Buat sesiapa yang membaca entri ni, andai awak melawat orang meninggal di masjid, mohonlah curi masa sedikit, sujud pada Allah. Solat Tahiyatul Masjid. Kalau pagi, boleh solat dhuha sekali. Oke ye? Kita buat ye? Kita ramai-ramai buat tau. Moga Allah redhai kita dunia akhirat.) Benda yang mudah, janganlah kita terlalu permudahkan ya. Bukankah kita sama-sama nak masuk ke dalam Syurga Allah. Nak berbahagia di sayangi Allah. Kan?
Ok, lepas dah siap mandi, kafan jenazah, solat jenazah. Mudah. Segalanya terlalu mudah, Alhamdulillah. Semuanya kerana Allah. Syukur. (Segerakanlah urusan pengkebumian jika ada di antara kita yang meninggal.)
Sesudah itu kami ke Tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam. Urusan pengkebumian juga mudah. Cuaca juga tidak terlalu panas dan sejuk. Tidak juga aku rasa bahang. Renung dada langit sesekali, mendengar talkin yang dibaca, air mata mengalir. Sedih, terfikir bagaimana jika aku yang berada di situasi itu. Cukupkah amalan? Bekalan aku ke sana benar-benar cukupkah untuk menampung kehidupan di akhirat? Allah...
Sementara masih ada nyawa yang Allah kurniakan. Janganlah kita melakukan perkara yang lagha,yang dimurkai Allah, bimbang Allah akan murka dan tak akan menerima taubat kita. Kita makin tua, kita makin dimamah usia, kita makin dekat dengan kematian, kematian juga tak kira muda atau tua, lantas untuk apa terlalu mengejar dunia, kerana mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Bertaubatlah sebelum terlambat, bukan ketika nyawa di hujungnya. Semoga kita semua bakal menghuni Syurga Allah. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita. Aamiin.
Al-Fatihah. Semoga arwah nekcu tenang berbahagia di sana. Aamiin.
Norzayani Binti Norhamshah
18.54 pm
3 Mac 2014
*terima kasih sudi baca entri ini, sebarang salah dan silap dalam perkataan mohon dimaafkan. :)

gambar hiasan. |

No comments:
Post a Comment