Ya, aku susah payah berdiet, Herbalife pulak dapat nama. Mana aci?!
Weeee Sabar Yani, S.A.B.A.R.
Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat morning.
Mana ada marah pun pagi-pagi ni sabetu ni.
Al kisahnya aku teringat perbualan di antara adik aku dengan aku masa kitorang beli Burger Kinggggh semalam tadi. (Semalam tadi? ehheee curi ayat Alisya lah. :p)
Gini aku ringkaskan ceghitanya dan aku buang mana tak perlu :
Aku: Sedapnya aiskrim tu! (Adik aku tengah makan aiskrim 80sen kat Burger King tu)
Syukri: Memanglah sedap, lagi sedap dari MCd.
Aku: Untunglah hang boleh makan aiskrim!
Syukri: Kenapa pulak? Bukannya haram.
(Gitu pulak jawapan dia. Senget sungguh! Aku tercabar lah oi sebab aku dalam fasa TAK BOLEH MAKAN AISKRIM! get it? hehee. )
Aku: Lah, memanglah halal, siapa kata harammm.
Syukri: Minum herbalife eh?
Aku yang tengah blur : Eh siapa?
Syukri: Awak minum Herbalife eh? You? (Huyooo ber you you pulak adik aku ni!)
Aku: Eh mana ada! Aku mana kaya nak minum Herbalife. Mahai tau dak?
Syukri: Yeke mahai? Bukan satu shake RM 5.00 ke?
Aku: Eh yeke? RM 5.00? Biar betul hang? (Serius aku tak tau.)
Syukri: Entah tak tahu.
(Sengallllllllll!!!!)
Sabar sajalah. Gitu lah perbualan kami. Lepas tu aku memang borak panjang, aku kata kat dia, aku diet Atkins. Aku tak berani nak ambil mana-mana product untuk turunkan berat aku ni. So pilihan aku, clean diet~
Aku rasa, korang tau kot aku amalkan diet Atkins. (Perahsan mat labun betol. Tiheee)
Eh korang hari ni dah 1 Mac kan? Ya Allah, cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, 4 bulan 1 hari sudah aku berdietttt. Berapa banyak turun? Entah malas nak kira kilo. (Hahaha padahal stress sebab berat dah sangat susah nak turun.) Cuma, syhhh syhhh nak beritahu ni, dah masuk lah angka 5. Cuma berat ideal tu ada banyak lagi kena turunkan.
Nak dijadikan ceghita, permulaan aku diet, tersangatlah pemalas tahan ular sawa kekenyangan.
Kerana apa???
Kerana jarang-jarang sekali aku bersenam.
Alhamdulillah, turun jugak berat. Tapi memang aku jaga karbo, tak ambil lebih.
Part malas ni, please korang jangan sesekali mencontohi aku. Sebab aku takut nanti, berat akan mudah naik bila korang dah pilih untuk berhenti diet ni. (Sebenarnya pengambilan makanan sehari-hari kita, sampai bila-bila pun kita kena tengok kebaikan atau keburukan nya kan?)
Jangan pakai bedal je, sebab badan kita ni pinjaman dari Allah, then you kena pandai jaga amanah yang Allah berikan.
Bila berat aku dah capai saja angka 5, aku memang terasa ringan sikit dari sebelum ini.
Dan apabila badan tak terasa berat, jadinya memang tiap-tiap malam aku akan workout. (Since hang balik kerja sampai rumah dah pukul 7, memang taklah hang nak berjoging bagai kat taman dan sebagainya kan? kan? kan?)
Senaman aku mudah je, aku selalu ambil masa lepas solat isyak. (Utamakan Allah ye anak-anak walau awak nak buat apa. Ajal maut kita tak tahu datang bila, kotlah tengah bersenam tetiba malaikat Izrail datang nak cabut nyawa, tapi awak tak solat lagi. Malaikat mana ada nak tunggu kita. So, masuk waktu, anak-anak ye sila solat.)
Kebiasaannya aku akan ambil masa 20 minit sahaja untuk senaman, takpe walau kejap, asalkan korang buat hari-hari. Yang penting masa bersenam tu, lakukan betul-betul.
Pengalaman aku, sebelum ni, kalau berlari ke, buat jumping jack ke, squat ke, sit up ke, amenda sebagainya ke memang cepat pancit.
Tapi bila dah hari-hari buat, kita akan rasa eh cepatnya dah 20 minit, macam tak cukup je masa. (Benda ni tak kisah, kalau korang nak buat lebih dari 20 minit pun lagi digalakkan.)
Cuma aku lah hanya ambil 20minit, sebab aku selalu bersenam dalam rumah ni sekitar pukul 10 malam. (Huuuu, gila lewat kan? Yes yes, tanggungjawab lain pun ada juga yang kena kita dahulukan. Bila semua dah settle, baru boleh bersenam dengan hati yang gumbira)
So hari-hari, senaman aku adalah begini :
1) Berlari setempat, buat regangan tangan & kaki (Senaman panaskan badan dulu)
2) Lompat bintang (50 Kali) (Peluh time ni, malu-malu lagi nak keluar.Haha.Teruskan!)
jumping jacks~ senaman fevret ni weh~ |
3) Gerakkan kaki. Ikutlah macam mana cara yang selesa. (Aku jarang berhenti, sebab tak nak rasa penat sangat. Kalau kita terus berhenti, penat tu memang akan terasa sangat-sangat.)
4) Squat (20 kali). Penat serius wa tak tipu. Memang terasa urat otot semua sedang bekerja keras!
Begini ye Squat~ |
5) Melompat (40 kali) Macam aku cakap, aku tak berhenti. Direct 20 minit punya senaman ni.
6) Berlari setempat sampai aku terasa letih dengan keadaan kaki diangkat tinggi.
(Haaa mesti korang tak faham kan? Aku pun tak reti macam mana nak terangkan. Tapi gini, bila berlari setempat tu aku akan angkat kaki tinggi-tinggi. Elakkan berlari memijak tumit ya, sila berlari menggunakan hujung jari kaki. Kepenatan itu tak akan terasa sangat.)
7) Sumo squat (20 kali). Masa ni peluh korang memang dah akan tak malu nak keluar. Biarkan ye.
8) Lompat bintang lagi (50 Kali) atau bilang sampai berapa banyak yang korang larat.
9) Plank (Bertahan sampai korang rasa puas hati. Cuba tahan untuk seminit dulu.) Yang ini aku cakap lah, serius peluh korang akan keluar banyak gila. Sebab dalam banyak-banyak senaman, inilah yang paling mencabar minda dan otak aku dalam berfikir. Betul! (Sebab biasanya kalau aku fikir tak larat, memang lepas tu aku akan tak larat. Haha so mind set pada situasi ni sangat penting!
ini contoh kalau korang tak tahu~ |
10) Berlari setempat. Tapi tak payah nak aktif sangat ye. Sebab aku dah nak habis senaman ni. Lepas itu, breath inn breathhh outttt. (3 Kali)
Settle 20 minit aku!!!
Walau apa pun, ingin aku tegaskan di sini, ini hanyalah pengalaman/cara aku. Dan korang boleh buat senaman pelbagai gaya yang korang boleh google sendiri. (Ini berdasarkan apa yang aku buat.) Dan aku baru jugak buat senaman style gini, sebab sebelum ni malas, sekarang ni baru rajin. Semenjak berat susah nak turun.
Tak adalah kurus sangat pun aku ni, sebab aku belum habis diet. Masih menjaga pengambilan karbo setiap hari, di samping minum air masak banyak-banyak dan bersenam hanya 20 minit sehari.
Jadinya tak nampaklah sangat badan dah susut. Plus pipi aku pulak bukan jenis yang mudah turun. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi biarkan sajalah eh.
Oh lupa, hari ni aku dah masuk fasa 2. Sungguh tak sabar aku nak makan kacang badam, gajus, buah strawberry dan juga buah tembikai susu. (Eh bukanlah aku nak makan sederap gitu, masih jaga karbo untuk seminggu ini sebanyak 25gram satu hari. Yeay!)
Badan aku ni dah boring dengan fasa satu, so up to phase two. Ades nak kena study pasal fasa 2 diet ni. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan. Aamiin.
Orait korang, apa saja pengalaman aku mengenai sepanjang perjalanan diet aku ni, mana-mana yang tak elok tu, jangan ikut, korang boleh buat lebih baik dari aku. Yang penting korang kena kuat!
Jaga juga pengambilan kalori dalam sehari untuk permudahkan berat korang turun ye.
Sekian dulu untuk entri berkenaan diet atkins ni.
Terima kasih sudi baca entri ini.
Kalau ada yang korang terasa ke apa-apa, minta maaf eh.
Take care, sekian. Wassalam.
Anything about you,
Norzayani Binti Norhamshah
10.49 am
1 Mac 2014.
Eh jap, nak belanja gambar sikit. Gambar before and after lah kengkonon, walau takdelah banyak mana pengurangan. ;)
2013-2014 |
salam.... waaahhhhh kagum nyer akak.... tahniah dik tahniah...
ReplyDeleteakak awak ne baru buat seminggu - gastrik 3minggu...hahahahampeh betul...
lagi banyak ubat kena telan....sob sob sob...
wasalam...
Deleteeh jangan kagum kak. apa pun semua usaha ni takkan Berjaya tanpa izin dari Allah. Semuanya hanya kerana izin dari-Nya. Meh kita sama-sama kagum dengan kekuasaan Allah ini ya. =)
la akak ade gastrik ke? kalau gastrik jgn paksa diri buat diet ni kak, kena slow2, maknanya akak ambil la oats kalau tak nak makan nasi. lepas tu lebihkan makan sayur. elakkan makan benda manis yang tinggi karbo.
dulu sebelum sy buat diet ni, sy kira jumlah kalori dalam sehari. oats memang hari-hari sy makan, Alhamdulillah,berat turun, cuma perlahan je la. :)
chayok kak, pasti akak boleh ni. ;)
oat yer? masalahnya oat tu tak sedap. akak campur ngan milo... kuikuikuikui.... gagal ler program diet den ne....
ReplyDeletehehehe jawapan macam mak kite. memang oats tu kurang sedap, tapi bila dah selalu makan, insya Allah, tekak boleh terima.
Deletesy selalu buat oats dgn susu tepung, kalau tak pun dgn susu coklat. mungkin karbonya kurang sikit kalau nk banding dgn milo.
tapi serius sy ckp, kalau mkn oats, memang boleh bantu untuk turunkan berat juga. akak jgn putus asa k, chayok2. mesti boleh. ;)