Thursday, March 20, 2014

Happy Birthday Dena Bahrin...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini hari apa murid-murid?? 

Hari ini hari khamis Cikgu Yani!!!  

(Oke, kebajetan aku merindui zaman praktikal kat sekolah 3 tahun lepas. Hukk.)

Oke bukan tentang aku entri ini ditubuhkan ye adik-adik, kakak-kakak, sayang-sayangku sekalian.

Orait, hari ini kita buat entri tentang Dena Bahrin.

Kenapa pulak dengan Dena Bahrin?

Siapa Dena Bahrin ni?

*Ada ke yang tertanya-tanya siapa Dena ni?
(Kalau korang gila blog, utube, instagram macam aku, kompem korang mesti kenal dengan Dena)

Oke, untuk yang tak tahu. Meh aku kenalkan. (Ecey Yani, padahal kau pun belum pernah jumpa Dena.)

Macam mana aku boleh kenal Dena?

Al- jawab : Melalui tutorial TUDUNG BAWAL yang Dena upload dekat YOU TUBE.

Sejak dari hari itu, aku sangat mengkagumi si gadis remaja ini. Aku pun belajarlah pakai tudung / shawl besau - besau. (Niat di hati, nak juga jadi seperti beliau si gadis sopan ini.) *Serius kalau aku dapat jumpa Dena, aku nak peluk dia erat-erat. Heee. :) Suka sangat dengan Dena. =')

Inilah wajah dari video pertama yang memperkenalkan aku dengan Dena.

Ini yang kedua. Seterusnya korang boleh utube eh. Takdak link. Kat opis takleh utube~

Masa aku tengok video ni, aku tak tahu Dena ni dah kahwin.
Aku tahu dia dah kahwin bila tengok FB TheKliker , bila tengok gambar yang diorang upload, aku pun memang terus klik la. (Dalam hati siap cakap, eh ni budak yang buat tutorial kat utube tu, dah kahwin rupanya.)
Bila dah tengok-tengok gambar kahwin Dena,

gambar nikah, copy kat en. google~
Aku pun google, bukak utube. Nak kenal siapa dia. Hhhehe.
Sekali jumpa Blog Dena Bahrin , dekat utube, ada jumpa pulak video yang dia buat, cerita macam mana dia dilamar oleh husband dia. (Kisah cinta mereka sweet.)

seperti yang ada dalam video itu.
Gigih tau husband dia nak Dena, al kisah pada permulaan memang Dena tak nak / menolak. Sebab ini :

" As many of you know, It's arranged marriage and to be honest, i still wasn't sure about my feelings toward him even the night before my nikah and i was too anxious and worried that i'll never love him. i always pray to Allah that i'll love him the moment I became his wife. Really. I was afraid. Come on,  to marry someone whom you barely knew, sengih pun tak pernah, kalau jumpa pun sekali dengan family family, and you never had any feeling. i meant, deep feeling. dan tahukah anda, sebenarnya aku ada suka orang lain dan dalam erti kata lain menunggu seseorang yang aku dah lama sayang waktu aku diminta untuk berkahwin? perit yang aku lalui, Allah sahaja yang tahu. "

Walaubagaimana, kita sebagai manusia, kita merancang, Allah juga merancang. Dan sudah tentulah peracangan Allah itu yang TERBAIK.

Dan sudah terbukti, berkat dari keputusan yang dibuat melalui petunjuk dari Allah, maka Dena pun menerima lamaran tersebut dengan lapang dada (amboi Yani, buat ayat, macam tau je apa yang ada dalam hati Dena.Hehe...). 

Seterusnya kini, Puan Dena sedang melalui alam rumahtangga bersama husbandnya. Diserikan lagi dengan seorang cahaya mata yang comel bernama Saif Aaman Daniyal. (Setiap kali tengok IG Dena, mesti nak tengok Saif sekarang ini. Sangat comel kot anak beliau!)

nah wajah Saif. Comel kan? Macam UMMI dia.

Dena juga adalah seorang ikon muslimah. Seorang blogger. Seorang student. Seorang UMMI. Seorang isteri. Seorang anak menantu. 

Pada aku, Dena ini positif bila mengeluarkan pendapat. Aku suka setiap dari kata-kata nasihat, atau pendapat yang dia beri. Kalau Dena ni jadi kaunselor ataupun pakar psikologi ke apa, mesti aku akan cari masa jumpa beliau. Hehehehe. Sebab tengok dia selalu post benda-benda yang positif. (Dan Dena juga pernah cakap, benda yang positif pasti akan melahirkan aura positif di sekelilingnya. Ayat Dena lain, tapi aku tak ingat ayat dia. Tapi maksudnya lebih kurang gitu la.)

Inilah keluarga comel Dena Bahrin sekarang, 

ini masa majlis saif turns 1~

Dan hari ini, pada tarikh 20 Mac hari ini, ialah HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN DENA BAHRIN yang ke 22. (Kalau tak silap aku. Hehehe. Tapi betul 22, baru lepas tengok FB Dena ni.)


Hehehe, boleh pening kepala Dena ni kalau semua orang yang kenal dia, perangai macam aku. Maksud aku, add FB, follow IG, follow TWITTER, follow Blog. Setiap kali tengok IG Dena je nak like. Haha. Punya sayang sangat dengan Puan Dena ni, sampai pernah mimpi jumpa dan peluk Dena Bahrin. Kbai... Aku punya mimpi selalu pelik-pelik. Sobs.

So, Puan Nur Dianah binti Kamarul Bahrin, 

copy ye dari google~


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 22 TAHUN.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEREDHAI HIDUPMU DAN SELURUH AHLI KELUARGAMU, DI DUNIA DAN AKHIRAT.
MOGA SELURUH USIAMU AKAN DIBERKATI ALLAH, AKAN SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DITERIMA AMAL IBADAH.
MAY ALLAH BLESS U, DENA. :')

Oke, sudah mahu pukul 2. Waktu rehat sudah mahu habis.
Terima kasih sudi baca entri ini.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

Norzayani Binti Norhamshah
20/03/2014
2.00 PM

11 comments:

  1. hahahaha...dik...comel tul lah awak ne...
    ingatkan dena bahrin ne akak sepupu awak ker...
    semangat betul....
    heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ye akak,siap gelak lagi.

      eh tak la, kalau lah dena bahrin ni sepupu yani, dah lama yani meroyan kat blog ni kot...ngeh3... :D

      memang semangat kak, kite teringin sangat nak jumpa Dena Bahrin ni. =)

      kalau lah dapat jumpa...bestnye.... =D

      Delete
  2. Salam ukhuwah....
    Beriye akak baca entri ni .... ingatkan saudara mara ke dengan Dena ni... rupanya peminat setia rupanya :)

    Akak follow yani #36... Jemputlah ke blog kecil akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah kak Nur Hayati.

      Terima kasih sudi baca blog ni. Yani hargai sesangat. *Meh peluk kejapp,hehe*

      Hehe, tak lah, yani cuma salah seorang dari ribuan peminat Dena ni.

      Insya Allah kak, t yani singgah blog akak pula ye. =)

      Delete
  3. serius awak mmg gila dgn dena...habis sume pasal dia awak terjah..bagus sbb awak pilih icon muslimah yg positif..yg boleh bantu kita kat akhirat...hahaha...tp awak pun mmg stylo sis...nnt jemput la dtg dan komen blog setahun jagung manis saya...www.ihhi.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee saya hanya mengkagumi dena. hehe... alhamdulillah, sebab 'kenal' dia, sedikit sebanyak ada juga perubahan dalam diri, kalau dapat jumpa dena ni, kompem nak peluk dia. hehe...

      orait sis, nanti kite jalan2 dekat blog awak oke.. :)

      *dan tq sbb jalan-jalan kat blog ni. ^-^

      Delete
  4. Hehehe 1 course dgn Dena ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee sorry lambat reply...
      wahhh bestnye satu course dgn Dena.
      mesti selalu jumpa dia kan.. hehe...

      Delete
  5. aww datang sini to read this..kite kagum dengan Dena ni..
    nak nangis tengok video lamaran tu..awwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik puteri beribiru sudi baca entri ni.

      kita kenal dena melalui tutorial kat utube.
      video tu pun memang sangat sweet. :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...