Assalamualaikum.
Hai, berjumpa kembali setelah beberapa bulan tidak bersua.
(eh amenda ini seperti terlalu skema gaya bahasa?)
Last entry bulan Januari, itupun review pasal skincare.
Aku tak tau la relevan lagi ke tidak blog aku ni, sebab macam hidup segan mati tak mahu.. hihi..
Tapi, ber blog ini best sebenarnya khennn.. =)
Oke, shoot. Banyak sangat merapu pun tak bagus kan.
Sepertinya yang semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, tarikh 9 Mei 2018, menjadi saksi kepada bermula era baharu dalam negara. #MalaysiaMemilih.
Di mana, rakyat Malaysia, tak kira tua mahupun yang muda, sanggup berpenat lelah, menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan memilih kerajaan yang kita semua rasakan mampu untuk mentadbir negara.
9 Mei 2018, ialah tarikh pilihanraya. Aku rasa tarikh ni, pasti semua rakyat Malaysia akan mengingatinya.
So, dipendekkan cerita, aku dengan beberapa orang rakan yang lain telah diberi amanah untuk menjadi petugas semasa Pilihanraya Umum ke 14.
Aku syak, penulisan aku ni macam dah skema sangat je. Hikhik. Oke, oke.. kita santai semula ok.
Memandangkan kami semua bertugas di SJK (C) KENG CHEE, PULAU KETAM, KLANG. Maka pada hari selasa (8 Mei 2018), kami semua dah kena bersiap sedia. Sebenarnya ini kali pertama untuk aku, tak pernah ada pengalaman pun sebelum ni. Aku rasa teruja dan takut jugaklah.
Yelah, gila tak takut, kang jadi apa-apa kang. Haha.
So, pagi Selasa tu, kitorang semua dah kena berkumpul dekat dewan serbaguna Pejabat Daerah Tanah Klang, sebab ada beberapa taklimat dan mandat terakhir kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) sebelum team tersebut memulakan tugasan.
Sedap weh makanan sebelum kitorang gerak pergi Pulau Ketam hari tu. Eh.. ^-^
Haha.
Okay, kitorang semua gerak pergi jeti jabatan laut pelabuhan klang lebih kurang pukul 2.30 petang. Fuhh panas litt littt bakk anggg.. Tapi demi negara yang tercinta, kami redah jugaklah. Haha.
8 Mei 2018 - Selasa
Nampak tu, panas pun kau boleh bergambar lagi. Haha. |
Ok, gambar dekat atas ni sebelum kitorang gerak pergi jeti.
Sebenarnya masa tu bas dah penuh, so kitorang berhimpit macam sardin naik mpv.
Haha, awal-awal lagi dah terasa 'hurmmm lain maciam nak bertugas ni'. Tapi takpe, kita fikir baik-baik.
Dah sampai dekat jeti jabatan laut. |
Dah naik bot situ. Huhaiii sana. |
Kitorang naik bot ke kapal ke amende tah namanya tu, dalam pukul 3 kot. Eh iye ke? Aduh, tak ingat la banyak makan semut huiiihuii.
Heading to pondok polis Pulau Ketam. |
Ok, setelah 1 jam perjalanan, kami selamat tiba di Pulau Ketam sambil diiringi pasukan polis, sebab dah siap-siap bawa peti undi. So, bab keselamatan dekat situ, memang sangat-sangat ketat. Sampai je pulau, terus pergi pondok polis, hantar peti undi, dan ambil balik esok lebih kurang jam 6 pagi. Actually yang aku tau, team pergi pulau ketam tu ada dalam 3 buah sekolah, tapi sekolah yang aku bertugas ni macam jauh sikit, so kitorang kena naik lagi satu bot kecik. Kau hado?
Sebenarnya tak payah naik bot pun boleh, tapi jauh weh, sana mana ada kereta, takkan la kami orang nak p sewa basikal ramai-ramai kan? Mesti huru hara jalan situ. Hahaha. So, memang kita putuskan naik bot sahaja.
Fuhh, mahai pengalaman weh pergi sana.
So, memandangkan sekolah kitorang yang team SJKC Keng Chee ni jauh, kami pun pergi check in dulu dekat Hotel Sea Lion. Penginapan semua ok ok sahaja, tapi, aku ada nak cerita satu kenangan kelakar. Haha, sat lagi k, sat lagi. Serius, kami semua takkan lupa lah kenangan yang satu tu..
Ok, lepas dah check in. Pukul 5.30, masing-masing berkumpul balik untuk rombongan team SJKC Keng Chee, kita nak melawat sekolah, dan nak prepare barang dan tempat untuk hari kejadian mengundi esok.
Perjalanan menuju ke SJK(C) Keng Chee. |
SJK (C) KENG CHEE |
Abam Kamarul briefing sebelum masing-masing memulakan preparation tugas masing-masing. |
Aduh, sekali lagi aku ralat. Gambar masa team aku, Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) buat kerja, settle buat kerja, aku tak snap picture pun weh. Sebab tak teringat langsung nak jadikan entry dekat blog. Aduh aduh aduh. Sayangnya lah hai.
Ada gambar ni je.
Pas kerja yang wajib dipakai semasa hari kejadian esok. |
Ok, kitorang habis prepare semua dalam pukul 8 kot. Then balik ke hotel, untuk beristirehat, solat. Dan makan. Lapar. Haha.
Ahaaa, ini dia cerita dan kenangan yang kami semua takkan lupakan sampai bila-bila.
Kitorang ni, masing-masing dah penat. Lapar.
Tak sabar ni masing-masing dalam bot nak cepat sampai, nak makan Nasi Tomato (sebab dah diberitahu menu untuk makan malam).
So, kitorang excited tau. Haha.
Tapi rasa excited tu berubah menjadi 'eh eh eh apaaaa diaaaaa?'
Tepuk dahi weh.
Hanya ada Nasi Tomato dan seketul kismis.
Lauk mana lauk?
Kitorang saja sedapkan hati, mungkin lauk tertinggal kot. Berhuhu la sana.
Tapi bila diberitahu, rupanya terdapat kesilapan teknikal masa org SPR order makanan untuk malam tu. Order hanya Nasi Tomato, tidak diberitahu tentang lauk. Ok, takpe, mungkin malam tu rezeki kitorang macam tu je kot. Sabar. Ambil je nasi dengan muka redha bawak masuk bilik. Tumpang bilik Kak Nanie, sebab bilik aku dengan bilik Ina, panas, air cond tak sejuk dekat bilik kitorang. Thank u kak Nanie, bagi tumpang bilik kejap. =)
Nasi Tomato berlauk seketul kismis dan berkuahkan air Heaven&Earth. Wiwiwi. |
Aku dengan Ina, bedal je makan nasi ni sampai habis. Haha, kitorang tak koser nak keluar lagi pergi cari makanan. Ada je geng lain yang pergi makan sate la, nasi lemak la, ada yang beli maggi cup lah. Nasib baik jugak ada gerai orang Islam, kalau tidak haru jugak malam tu masing-masing makan nasi je. Haha, cerita ni tak habis bahan kot dalam group whatsapp kitorang even dah habis PRU. Kenangan weh, kenangan yang paling tak boleh dilupakan.
Tipu sangat lah kan kalau kitorang cakap kitorang tak merungut, dah lah lapar, tapi jadi macam tu kan. Tapi pujuk balik hati, alhamdulillah dapat jugak makan, orang lain dekat luar sana tu, entah-entah ada dah lama tak makan. Apa jua rezeki yang Allah beri, kita patut bersyukur kan.
Pada aku, melihat kehidupan orang di sana menjadikan aku lebih bersyukur dekat kehidupan aku yang sekarang ni. Lebih bersyukur.
Diorang ni kategori orang susah jugaklah, yela, dorang hanya ada basikal ataupun motor dekat sana. Selebihnya jalan kaki. Jadi bila aku fikir balik kehidupan aku dekat sini, rasa bersyukur sangat walaupun gaji paras-paras dahi, kereta tak mewah, ada rumah tempat berteduh, jadi nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan.
Sebab itu, ada orang pernah cakap, kalau kita nak bersyukur, kita jangan lihat kelebihan yang ada pada manusia lain. Tapi lihatlah pada kekurangan manusia yang lain, kelak kita akan terlalu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita.
Eh tetiba bertazkirah pulak. Hehe. Semoga bermanfaat tulisannya.
So, malam tu, kami semua tidur dengan lena kerana esok pukul 6 pagi, masing-masing dah kena bersiap sedia nak ke SJK(C) Keng Chee.
Excited weh, hari mengundi weh!
9 Mei 2018 - Selasa (Election Day)
Morning, its me. Dah ready weh nak bertugas sana. =) |
Jadinya, mende la aku cerita pasal baju nih. Oke sambung cerita hari mengundi.
Gigih pagi-pagi sebelum menyambut ketibaan pengundi sekalian. |
ni je gambaq paan yang ada. team Penunjuk Arah, sama dengan Phua dekat bawah ni. (thank u paan for this picture, complete dah entry akak) |
Ni namanya Phua. Eh dia nampak la kita ambik gambar dia. Hhehe. |
Ok. Gini, kitorang berkumpul naik bot dari hotel lebih kurang 6 pagi, dan sampai di sekolah, lebih kurang 6.40 pagi. So dalam pada tu, masing-masing prepare kerja untuk kali yang terakhir sebelum pintu pagar dibuka untuk pengundi masuk.
Dan lebih kurang pukul 7.30 kitorang dah bagi pengundi masuk, untuk mengundi. Sebab nampak dorang excited tu nak mengundi. So sebelum tu, kita selfie dulu sesama KPDP.
Kakak, i miss you kakak. Tak ingat siapa nama kakak. ^-^ Geng KPDP, aku, kakak, khafiz dan ina. Oh sehelai orang yang nampak busy belakang tu abam Kamarul nama dia. haha. |
So, lepas dah selfie, kita mulakan kerja. Kerja KPDP tak susah mana pun.
Orang datang, kita check nama melalui ic, beritahu saluran mana, dekat mana, then settle. Mudahkan? Yang susah tu mungkin kerja KP dan KTM.
Jadi semuanya sebelum memulakan tugas, ambil gambar, hahaha bukti kau kerja sana, bukan main-main situ. Dan selepas itu, masing-masing memulakan tugas dengan amanah dan bergaya. Hehe.
Senarai pengundi berdaftar yang mengundi dekat sekolah ni tak ramai, so ada 3 saluran je dekat sini. Nah, kakak payung gambar setiap saluran dengan KTM masing-masing.
team Saluran 1 |
team Saluran 2 |
gambar dalam group, selit sinun. Haha. |
Team Saluran 3 |
Oke, sudah-sudah.
Untuk pengalaman aku yang pertama ni, ok. Best. Mencabar. Haha.
Mencabar kenapa? Sebab perjalanan ke sini panjang, nak kena naik satu bot besar, satu bot kecil, kena jalan kaki nak pergi sekolah, hehe.
Tapi sepanjang hari mengundi, alhamdulillah, semuanya okay dan baik-baik je.
That kind of feeling tak dapat digambar. Tapi yang pasti pengalaman ni memang mahal dan terindah.
Best, dapat team best, lepas tu, pengundi semua pun tak ada yang marah-marah, cuma cuaca panas sikit. Itu je kot, makanan pun best gila. Sedap, aku tak jadi diet dua hari tu. Haha.
Ni lah kawasan sekolah. Nampak tak situ. Ada motor dengan basikal je. Kereta takde. Itu rare. |
Pengalaman orang lain di tempat lain mungkin berbeza, tapi untuk pengalaman yang aku nak kongsi, ianya yang baik-baik dan manis-manis sahaja. Cukup sekadar itu. =)
Tik! Tok!
Tepat jam 5.00 petang. Kami team KPDP, siap-siap kemas apa yang patut.
Tapi 3 saluran tadi masih bertungkus lumus dengan kerja masing-masing.
Yelah, dorang nak kena kira undi lagi kan.
So, situasi dalam bilik setiap saluran tu aku tak tau. Itu kena tanya dengan orang yang ada pengalaman itulah. Kalau next time aku ada bertugas lagi, aku share lah lagi ye pengalamannya. Tapi aku rasa, tak kot. Next time, aku nak pergi mengundi. Sebab aku sakit hati ni, even ni dah 13 Mei 2018, aku masih tak dapat kertas undi aku, apa citer situ? Huhhh!
Sementara menunggu depa semua dok kira undi sana, jadi aku pun bersiar-siar di sekitar sekolah. Haha. Tapi gambar tak ambil banyak pun. Habis entry ni nanti jadi lagi panjang. =p
berdekatan pusat sumber. Rare kan sekolah ni. |
hihi, titi situ. best jalan atas ni. haha. |
yeayyy dah habis. aku n ina. |
tengok muka bahagia orang dah habis kerja. Kak Ani~ |
heading to jeti pelabuhan klang.. nampak benda alah ni, fuuuu cantik la haii kalau tengok malam-malam. |
bas, kakak naik kereta, di escort polis sehingga ke PDT KLANG. iols terasa sangat VVIP malam tu. balik abam polis escort lagi. tapi kali ni, memang shoot terus. |
sampai rumah dah. penat weh. |
Sesampainya di rumah bukan terus tidur pun.
Sibuk dok menghadap televisyen sana, nak tau apa keputusan PRU14 ni.
At last mata berat sangat, pukul 4 pagi baru syahid sana.
Alhamdulillah.
Masing-masing pun dah tahu keputusan PRU14, ternyata ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pada hemat pemikiran aku. Sebenarnya dah bersedia untuk sebarang kemungkinan, bukan apa, aku takut menangis lagi macam masa PRU13 dulu, so kali ni, kita terima semua dengan lapang dada.
Alhamdulillah, kali ni, Allah bantu kita semua.
Tahniah!
Harapan aku, pada tampuk pimpinan yang baru ni, semoga kalian tidak khianati kepercayaan kami dengan memberi amanah kepada kalian untuk mentadbir negara. Lakukan dengan sebaiknya, sehabis baik dan seterusnya, leave it to Allah.
Dan sesungguhnya, jika bukan dengan izinNya, kita tak mampu menikmati apa yang sedang kita lalui sekarang ini.
#MalaysiaMemilih #AllahMengizinkan
Kepada pucuk pimpinan yang terdahulu, ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kini, semua yang berlaku punya hikmah di sebaliknya.
Dan kawan-kawan sekalian ingatlah, walau kita berbeza parti, kita tetap hamba Allah, punya ukhuwah yang tidak boleh diputuskan. Berbaik sangka lah dengan setiap takdir Allah. Jangan bergaduh hanya kerana politik. Jangan bermusuh hanya kerana kita berlainan idealogi.
Oh sebelum terlupa, SELAMAT HARI IBU buat semua yang sudah bergelar IBU.
So, aku akhiri entry aku dengan lafaz terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan atas entry ini.
Sekian, wasalam.
Norzayani Norhamshah
13 Mei 2018
5.48 PM
p/s : watermark semua salah doe, mine is niyazabc123.blogspot.my is not niyazabc123.blogspot.com
ahhhh lantak situ, letih aku lah.. haha..
No comments:
Post a Comment