"Cakap tapi tak serupa bikin."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Eh macam formal sangat pulak. Hesh! 😅
Oke, just a quick entry yang I nak share. Moga bermanfaat buat kalian yang sedang membaca entry ni.
Apa yang bermain di fikiran korang bila baca ayat pertama sekali kat atas nun? 🤔
Selalunya kita memang sakit hati, dan meloya lah dengan manusia yang hanya tahu cakap, tapi dia tak buat pun apa yang dia cakap. Contoh hang nasihat kat orang pasal jangan buang sampah merata-rata. Tapi dalam masa yang sama, hang sendiri dok buang plastik gula-gula selit-selit dekat sofa. Eh apasal aku rasa macam pelik je contoh yang aku bagi ni? Adui 🤦🏻♀️
Oke adik-adik, sis bagi contoh mudah dan ringkas lah ye. Macam ni, contoh, kita suruh orang solat, tapi kita sendiri tak solat. Uhu tak ke sedih macam tu. 🥺
Seharusnya setiap kali kita menasihati orang, of course la untuk sesuatu yang baik kan, kita sendiri, terlebih dahulu perlu melakukan itu, ataupun, bila dah nasihat, kenalah kita buat jugak. Bukan cakap tapi tak serupa bikin.
Oke, aku bukan cakap benda ni sesaja. Which is dalam Al-Quran sendiri, Allah ada berfirman tentang perkara ni. Dalam Surah As-Saff, ayat kedua dan ketiga, begitu jelas Allah mengatakan,
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 2
"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 3
Oke, dah nampak kan kat sini, orang bukan saja-saja nak marah or nak membebel dengan frasa 'cakap tak serupa bikin' ni. In fact, Allah sendiri sudah tegaskan dalam Al-Quran berkenaan hal ini.
Jadi, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha, supaya kita dijauhkan dari melakukan perkara yang sia-sia, dan semoga Allah sentiasa memimpin kita untuk melakukan kebaikan, bukan sahaja menasihati, tetapi juga dapat kita aplikasikan kepada diri sendiri. Insya Allah. Aamiin 🤲🏻
Sekian, terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan. Jaga diri, jaga iman, jaga solat. 😊😊😊
Sincerely,
Yani Hamshah
9.30 PM
24 Disember 2019
Betul sangat... Ada ajer orang tegur pasal adab kita.. tp diri sendiri adab bukan ajer ke laut.. ke hutan belantara adalah
ReplyDeleteTapi apa yg saya buat... saya selalu fikir...dia ni ada masalah mental ni.. so kita x sakit sangat hatinya
ya betul, apa pun cuba berdamai dengan takdir, dan anggap orang yang menegur ni mungkin hanya perantaraan dari Allah untuk kita.
Deletesyukuri persamaan, raikan perbezaan. :)