Monday, October 13, 2014

Dermalah Darah




Siapa pernah derma darah, angkat kening !!!!

Hehehe, ni mesti ramai yang angkat-angkat kening ni, mesti semua pembaca-pembaca ni berhati mulia kan. Bagus-bagus.

Erm kalau nak ikut pengalaman saya, adalah baru 2 kali menderma. Itupun lepas dah kerja.
Dulu masa zaman muda remaja, hampeh ! Takut jarum oiii.
Lagi satu takut makin gemuk. Hehh ada ke patut itu saya nak jadikan alasan tak mahu menderma.
Kejam betul alasan saya tu kan.

Memandangkan kali terakhir saya menderma darah adalah tahun lepas, jadinya memandangkan hari rabu ni, ada program derma darah yang dianjurkan oleh pihak MAKSAK (SUK SELANGOR), jadinya saya merasakan sangat berdebar-debar. Rasa takut-takut pun ada jugak. Lama tau tak jumpa jarum besau... Jadinya rakyat SUK selangor, moh la kita semua pergi menderma... =)



Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, faedah menderma darah ni sangat bagus.



Berikut antara faedah derma darah:

* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.

* Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

* Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

* Warga emas rasa lebih bertenaga

Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

* Tingkat tahap kesihatan.

Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/06/derma-darah-dan-faedah-kebaikan.html#ixzz3G17RT9iR






Itulah di antara faedah-faedah comelnya kalau korang nak tahu.
So, tunggu apa lagi. Moh ler kita menderma darah.
Sekurang-kurangnya bila kita tak dapat nak derma duit, kita dapat lah menjadi pemurah menderma darah. Ni kalau duit pun kede, darah pun kede, tak tahu lah macam mana nak cakap.

Sementara sihat dan muda ni lah nak menderma, esok-esok dah tak sihat, mana dapat nak merasai pengalaman menderma darah. Takpe, jangan risau pasal jarum besau ke apa, set je dalam kepala, "takpe jarum tu kecik, jarum tu kecik, ala tak sakit pun, macam kena gigit semut je." (ala toksah risau sangat lah, doa je yang baik-baik, insya Allah, mesti Allah kurangkan rasa takut dan sakit kita tu. Percayalah kepada Allah dan kekuasaanNya.... =)

Dan lagi, tolonglah jangan percaya auta mengenai berat korang akan naik lepas menderma darah.
Sungguh tak ada kena mengena.

Semoga Allah meredhai setiap apa yang kita buat dalam dunia ni.
Semoga kita dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Semoga juga entry ini bermanfaat dan mampu menggerakkan hati awak untuk menjadi seorang perderma darah.

Sampai berjumpa lagi di entry yang lain-lain. Insya Allah.

Jaga iman, jaga solat, jaga diri.

Assalamualaikum...

~ Norzayani binti Norhamshah ~

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...