Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum cucu-cucu opah yang opah sayangi sekalian. =) (Jadi opah kejap)

Semoga kalian semua berada di bawah lembayung kasih sayang Allah.

Cucu-cucu opah yang baik hati lagi menawan, alhamdulillah, hari ini sudah 29 Zulhijjah, makanya?

Makanya cucu-cucu tersayang, besok kita dah masuk ke dalam tahun baru hijriah. Iaitu 1 Muharram bersamaan 1436H. (Sebenarnya lepas maghrib kejap lagi dah dikira 1 Muharram 1436H)


gadis ni bukan opah tau.  =)


Apa? Cucu opah tak tahu pun? Banyak main-main ye? Nanti opah rotan sensorang! (Garang sat)


Cucu sayang, dah sediakan azam tahun baru ke?
Ataupun cucu ni masih mahu berada di 'takuk' lama? Cer habaq mai kat opah sikit.
(Opah dah ada, tapi takpelah, biar Allah je yang tahu...hehe...)


Apakah pengertian Maal Hijrah ini pada cucu-cucu opah sekalian?
Adakah ia hanya sekadar satu peristiwa yang kita raikan setiap tahun? Ataukah di sebalik peristiwa besar melalui penghijrahan Nabi Muhammad kita yang tersayang, kita belajar tentang sesuatu? Sesuatu yang bermanfaat. Yang boleh kita jadikan panduan untuk generasi akan datang.


Cucu-cucu sayang, 

Lihatlah betapa dunia ini sudah terlalu tenat untuk menerima diri kita yang jahil ini.
Seakan dunia ini sudah memberat dengan kejahilan-kejahilan yang kita lakukan.

Opah akui, tersangat opah akui, bahawa masalah sosial di kalangan anak-anak mahupun cucu-cucu opah semakin 'nazak'. Opah tahu bukan semua, tapi opah percaya ada sebilangan besar. Kalau tidak, mana mungkin opah melihat sesuatu yang tidak wajar pada pandangan kita sebagai seorang manusia yang punya pegangan agama.

(Opah bukanlah orang yang mahu menghukum sesiapa, sedang diri opah sendiri banyak juga dosanya. Opah percaya, di kalangan kalian sebenarnya, ada yang berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Cumanya, kalian sentiasa dibayangi tentang persepsi orang apabila kalian berhijrah kepada yang lebih baik. Jangan gitu, kerana kita semua sentiasa diberi hak istimewa untuk berubah.)


Cucu-cucu sayang,

Janganlah sampai kita dah tak ada waktu untuk berhijrah (berubah), kerana waktu itu sentiasa mengejar kita. Semakin banyak waktu yang kita lalui, semakin suntuk masa kita di dunia ini. (Entah lah cu, mungkin kerana opah ni dah tua. Itu pasal opah asyik nak mention je pasal mati...)

Cucu tahu tak? Kadang-kadang opah ni pun pelik dengan diri opah, opah takut mati, tapi yang al pelik lagi musykil, opah ni 'rajin' sangat buat dosa. Macam tak takut mati langsung! Huhu... T.T

Dan,

Cucu, suka untuk opah ingatkan, janganlah tinggalkan solat kerana solat itu tiang agama.
Opah tahu ayat tu kedengaran agak cliche, namun begitu, itulah fakta.
Fakta yang sering kita lupakan dan sengaja melupakan.

Serta itulah fakta dosa besar yang tak ditakuti!!!


Cucu ku sayang, lagi satu opah mohon,

Sudilah kiranya kalian menutup aib saudara-saudara kalian sebagaimana Allah sudi menutup aib-aib kita di bumi ini.

Jangan sampai aib kita ini Allah pertontonkan di depan semua makhluk di akhirat kelak.


Malulah.

Apa tak malu?!!! Cucu tak malu?  Nauzubillah. Jangan gitu cu, opah sentiasa doakan cucu-cucu opah semua akan 'membesar' menjadi seorang yang soleh, yang solehah. Barulah kita semua boleh jadi geng bas sekolah. Kata nak masuk syurga sama-sama kan? Opah pun nak gak masuk syurga. T.T

Haaa jap, opah nak upload gambaq sat,

haa cantik kan...

Kalau cucu nak tahu, syurga itu lebih cantik dari pemandangan dalam gambar ni.
Opah pun tak tahu macam mana nak gambarkan cantik dan indahnya syurga itu, akal opah ni terbatas.

Tapi kalau cucu-cucu sekalian rajin baca Al-Quran, Allah suka beritahu kita semua (berulang kali), bahawa syurga itu cantik dan indah sangat.

Kalau di dunia ini sudah cantik begini, pastilah syurga di akhirat kelak, cantiknya berpuluh juta bilion kali indahnya.

So, dah tengok yang cantik-cantik cemni, takkan lah hati tu tak ada terdetik walau sezarah pun nak simpan hasrat nak masuk syurga. Ye tak?
Kalau takde, hang gilalah opah nak kata.. !


Cucu opah sayang, opah akui di atas kesedaran yang teramat kuranglah, maka terjadinya 'masalah-masalah' di dalam kehidupan seperti hari ini. Punca terbesar kerana kita jauh dari Allah.

Kesedaran harus bermula dalam diri sendiri.
Ingat, kita tak akan pernah mampu mengubah orang lain.

Tapi sebaliknya kita boleh mengubah diri kita sendiri, berbantukan akal fikiran yang Allah bekalkan.

Jangan mengeluh kerana kita tak mampu mengubah orang lain, tapi mengeluhlah sekiranya kalian tak mampu mengubah diri sendiri.


Cucu-cucu opah tersayang,

Kita ini beruntung, kita ini tersangat beruntung kerana sejak kelahiran kita, kita sudah dipilih Allah, dilahirkan sebagai seorang Islam. Masya Allah, tabarakallah.

Itulah anugerah terindah. Kerana bukan semua orang dalam dunia ini dapat anugerah macam kita tu.
Tapi itulah kita, sering lupa. Selalu lupa. Bila ingat, mesti akan lupa semula.
Lumrah, manusia itu sering lupa. Tapi mahukah kita jadi pelupa sehingga nyawa ditarik?
Nauzubillahi min zalik.

Jadi sempena nak masuk tahun baru Islam ini, opah harap kita (opah dan cucu semua) berazam dapat berubah dari yang tak baik, kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lebih baik, awak boleh kekalkan kebaikan itu, seterusnya boleh mengajak orang lain kepada kebaikan.


Cucu, opah mintak maaf lah ye, terpanjang lebar pulak entry ni,
asalan awalannya niat di hati opah nak kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun saja.


Em, tapi itulah, bila jari jemari opah dah menari atas keyboard ni, opah selalu lupa. ^-^
Opah harap semoga apa yang opah kongsikan ini, sedikit sebanyak memberi manfaat pada semua.

Kot lah tiba-tiba masa opah dah sampai, manalah tahu, entry ni boleh jadi saham akhirat ke.
Besar sungguh cita-cita opah ni.

Oke cucu, jangan lupa tau petang ni lepas asar ataupun sebelum maghrib, baca doa akhir tahun.
Lepas azan maghrib je, terus baca doa awal tahun tau. (Dalam hati nak doa perkara lain pun tak mengapa. Seharusnya doa yang baik-baik. Jangan pulak minta doa 'semoga berjaya merompak bank', opah kerat tangan tu nanti!!!)

Ok, ini dia opah kongsikan untuk cucu-cucu opah yang tersayang.

opah copy paste je ni...semoga bermanfaat ye.


Baiklah, sekian saja untuk entri panjang kali ini.
Panjang umur kita jumpa lagi.
Terima kasih ye cucu-cucu semua sudi baca entry ni.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan.

Sampai bertemu lagi.
Sekian, wassalam.

p/s - Jaga iman, jaga solat.

Opahmu,
Norzayani binti Norhamshah


Kamus kecik :

Opah = Penaip

Cucu = Pembaca

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...