Thursday, July 4, 2013

Selalunya Macam Ni Lah.

Bismillahirrahminirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Sedikit entri buat si bujang yang belum berjumpa jodoh. 


Gambar hiasan~



Kebiasaan apabila sering ditanya tentang jodoh :


Situasi 1 :

Di majlis perkahwinan, tak kiralah, korang hadiri majlis siapa, anak kawan-kawan mak pak korang ke, kawan-kawan korang ke,ataupun saudara terdekat korang,

"Kakak dah, adiknya bila lagi?"
"Anak kau eh? Bila lagi nak makan nasi minyak?"
"Eh ramai kan kengkawan kita dah kahwin, bila turn kau?"

[Soalan ni akan kerap ditanya bila umur korang dah lebih 24 tahun. Ok,niat korang baik nak pergi majlis kahwin depa semua ni,niat di hati nak meraikan pengantin,tumpang bahagia. Alih-alih ada seulas dua soalan yang kadang-kadang buat korang rasa nak tumbuk muka orang laju-laju. <~ ahaa jangan buat ye,dosa... biar sabar saja ok? ]

[Kebiasaan jawapan korang pada soalan begitu,

"Jodoh belum sampai lagi cik."  Sambil muka tersengih buat takde perasaan. Dalam hati tau sedih. Sabar.

"Saya belum ada calon lagi." Yang ini kebiasaannya orang akan cakap kita memilih sangat. Jangan tak mengaku pulak korang memilih. Yes, kena memilih. Sebab korang nak cari husband/wife bukan untuk kahwin dua tiga hari. Ini seumur hidup,insya Allah, di dunia dan akhirat. Ini tentang seorang yang bakal jadi ayah/ibu kepada zuriat korang kot. Mana boleh tak memilih. Erk tapi pun kalau korang memilih sebab paras rupa, aku orang pertama nak tumbuk muka kau nanti bah! Pilihlah yang beragama. Sabar itu nilaian iman.

"Sabar eh, nanti dah sampai jodohnya,saya jemput." Ayat ni diberi dengan harapan orang akan kurang bertanya. Padahal korang bukannya bagi jawapan pada orang yang sama setiap kali soalan sama ditanyakan. Jadi, sabar. Sabar lagi? Ingat senang ke nak sabar, sedih tau. Hesh jangan gitu. Sabar itu indah, manis tidak terkira sayang. Sebenarnyalah, kalau korang ambil ia secara positif.


Situasi 2 :

Korang memang ada jumpa seseorang untuk berkawan dan di mana-mana. Tak kiralah,kat tempat kerja ke, kat bank ke,kat kedai makan ke,kat kedai basikal ke,kat shopping complex ke.

-  Tak kisah, mana-mana pun boleh. Korang memang berkawan. Tapi hanya ala-ala. Maksudnya korang hati korang sekadar mahu berkawan tapi bukan untuk terlalu serius.

-   Dekat sini, sebenarnya dah boleh nampak,korang ada lah jugak usaha untuk cari seseorang. Korang faham konsep jodoh, semuanya Allah yang tentukan. Cabaran kat sini ialah korang nak memahamkan orang lain supaya faham yang jodoh tu memang akan sampai bila dah tiba masanya.

-   Situasi begini kebiasaannya bila korang sebenarnya dah letih nak jelaskan dekat orang yang korang memang belum jumpa calon yang sesuwai dengan jiwa korang. Maksudnya belum jumpa soulmate la kengkononnya.Jadi ubatnya, sabar. Korang kena faham yang Allah sebenarnya memang dah tetapkan siapa jodoh korang sebelum korang lahir lagi. Bila dengan siapa macam mana bagaimana,semuanya dah cukup perfect.


Situasi 3 :

Korang pergi jalan-jalan,korang beronline saja,tiba-tiba ada orang usha korang. Korang bukan jual mahal,tapi korang biasa-biasa saja. Nak kawan,tak salah pun. Tapi bila nak lebih,korang seakan melarikan diri. Korang sedang elok,tapi tiba-tiba ada orang kata ;

"Jodoh memang Allah yang tentukan, tapi kalau kau tak cari, takkan kau boleh nak dapat?"

"Kena berusaha cari, baru boleh jumpa mana yang berkenan di hati untuk dibuat suami/isteri."

- Situasi ini mungkin akan stress sedikit lah. Sebab korang memang akan tertekan. Yelah,hati korang kan,orang lain tak tau,dan sebenarnya cukuplah Allah saja yang tahu.

- Sebenarnya korang kena pandai 'auta' tentang sesuatu. Sebagai contoh boleh jawab gini ;

"Bukan tak cari,tapi belum jumpa.Mana tau aku tak cari? Bila cari tu kena heboh pada semua orang eh?"

"Jodoh itu memang Allah yang tentukan. Allah dah susun cantik-cantik. Cuma hati belum terasa sudah bertemu dengan yang sesuai."

"Siapa kata aku takda kawan(someone yang korang suka),ada lah. Tapi Allah belum gerakkan lagi untuk ke fasa yang satu lagi tu."

"Ehem bukan tak nak menikah. Saya masih tengah belajar tentang apa itu perkahwinan dan tanggungjawab yang ada di dalamnya."

- (Part ni mungkin payah, sebab akan mungkin ada orang cakap,kahwinlah dulu baru dapat belajar tentang semua itu. Sebenarnya sebelum kahwin lah kena belajar [teori],baru tahu macam mana nak menangani situasi yang sukar. Bila sudah kahwin baru tahu secara praktikalnya. Ibaratnya korang pergi study,mana ada semester pertama korang terus pergi praktikal kan? Mula-mula memang kena belajar teorinya dahulu. Apa ingat nikah kahwin ni main pondok-pondok ke?Sama sekali tidak ye.)

"Allah pegang hati ni. Belum mahu nak cari sesiapa lagi. Mohon faham.Mohon faham.Mohon faham."

- (Dan ini mungkin sekali lagi sukar, sebab susah orang nak faham. Siapa kata korang tak cemburu tengok orang kahwin? Siapa kata korang tak cemburu tengok orang ada calon? Siapa kata korang tak cemburu tengok orang lain nampak mudah bertemu jodoh? Korang cemburu, tapi korang still boleh handle kehendak hati korang, korang cemburu tapi korang masih buat tak reti, korang cemburu tapi hati korang kata,pelan-pelan cari. Rilex! Chill. Pada aku memang itu tandanya jodoh belum sampai. Sebab Allah masih belum gerakkan hati korang. Maknanya jodoh belum sampai. Kenapa nak risau? Doa mintak Dia bukakan hati, permudahkan segala urusan.Allah tak pernah lokek dengan kita,tapi kita yang selalu lokek dengan Allah. Nak berdoa pun tak nak. Jangan gitu tau. Doa itu penting.)

Situasi 4 (Terakhir) :

Majlis pernikahan korang. Selesai.Fin.Tamat. Tapi nanti beberapa bulan korang pergi majlis kenduri biasa ke kenduri kahwin ke, orang akan tanya gini ;

"Ni yang kahwin hari tu kan? Dah ada isi?"

"Eh ni yang sama kahwin dengan cucu Pak Dollah(petik je nama) tu kan? Cucu Pak Dollah dah ada isi, kamu bila lagi?"

"Em ni anak ye? Berapa tahun dah? Tambahlah lagi sementara muda ni."

"Eh dah melekat balik eh? Untunglah tiap tahun satu sorang."

Huaaaa, ini adalah soalan dan pernyataan yang memang akan buat korang stress. Sebab itu ada orang kata, "bestnya kalau dapat jadi budak-budak semula."

Hehe, sabar ye? Biasalah tu, ragam manusia. Ragam manusia di sekeliling itulah yang banyak ajar kita supaya jadi lebih sabar dan matang.

Benda ini semua adalah kebiasaan. Tidak dapat tidak, memang kena sabar lebih sikit. Korang tak perlu hirau sangat hati orang. Bukan kata tak jaga hati, cukuplah sekadar korang masih hormatkan orang tu. Selebihnya,atur hidup korang sebaiknya. Paling penting, cukup sekadar Allah yang tahu apa ada dalam hati korang. Sebab soal jodoh, bila nak dapat anak, berapa ramai anak korang, berapa banyak rezeki korang, kenapa korang bekerja bagai nak rak tapi tak kaya-kaya jugak, benda ni semua Allah dah siap atur. Jangan bimbang. Mulut orang for sure la kita tak boleh tutup, tapi sebenarnya boleh je nak letak selotep. Haha.Tak pun hadiahkan dia kek coklat moist perisa CILI HAPI. Hehe gurau saja. Kejam kalau buat gitu. Ngee...


Sudah cukup sudah. Jangan stress dengan benda-benda gini. Soalan-soalan gini. Pernyataan-pernyataan gini. Nanti karang, korang terlebih tension, korang jugak yang sakit. Ahli penemu ramah bebas tu jugak yang sihat, ha kan korang dah rugi kat situ.

Senang cakap ginilah, dunia tanpa pancaroba apalah erti kehidupan. Allah cipta dunia ni yang ada kita di dalam ini, memang kerana Dia nak beri ujian. Takde ujian, takde markah, takde report card, tak best lah gitu. Selalu kita cakap 'Ini tak adil! Dunia ni tak adil! ', <~kebiasaan yang bila kita berada di pihak yang benar, tapi pihak yang salah tersenyum sinis pada kita sebab dorang menang, yeay!
Dunia ni memang selalu tak adil. Keadilan yang sebenar adalah di Mahkamah Allah, iaitu ketika kita semua di Padang Mahsyar. Jadi jangan mengeluh andai kita ditindas. Smile cuba smile. (Iklan kejap)

Dan mungkin bila jodoh lambat sampai itu, Allah masih beri peluang kita berdoa untuk jumpa jodoh yang terbaik di antara yang baik. Wallahualam. Keep on praying ya. 
Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita. Yakini itu.




Akhir kata, terima kasih sudi baca entri ni. Sebenarnya ia lebih kepada mengekspreskan apa yang ada dalam hati entri kali ni. Agak sesak terbatuk-batuk la bila orang tanya itu ini tentang jodoh. Tapi rasanya ramai lagi yang hadapi situasi cam aku ni. Hehe. Sabar itu indah! 

~Seperti biasa,kalau ada kata-kata yang mengguris hati dalam entri ni, maaf seribu kali maaf. Contoh-contoh yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman sendiri bukan niat untuk memerli. Mohon pengertian kalian.

Jaga diri korang baik2.
Eh dah masuk bulan Julai la.
Eh lagi 5 hari nak puasa lah.
Eh dah tak sabar lah.
Eh selamat mengejar pahala ya kawan-kawan semua.

Wassalam.


Anything About You_Niyaz Arumi
4 Julai 2013
12:13 AM
Saranghae




2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Biarlah jodoh lambat tiba asalkan ia yang terbaik buat kita..

    Kunjungan balas & salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam...

      Terima kasih Nor Salmi...betul2,Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan...

      Salam perkenalan juga buat Nor Salmi...
      Salam Ramadhan Al Mubarak... :)

      Delete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...