Saturday, September 21, 2019

Siapa nak kahwin?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Selamat pagi sabtu. 😊

Hurmm awal pagi mata dah tercelik, awal pagi dah terfikir nak buat entry baru. Ni pun update pakai phone je. Uhu. Harapnya semua baik-baik dan bekerjasama dengan jayanya. Adalah sangat sakit ya hati dan perasaan jika kita dah draft entry baik punya sekali kalau tak boleh save dan publish, boleh gaduh gak tu. 🙊

Entry pagi ni aku ambil tajuk Perkahwinan je la. Weyyyy suka hati nak buat ulasan pasal nikah kahwin sedangkan diri sendiri pun tak kahwin lagi. Ahhh gasak situ!
Is not perkahwinan semata, tapi lebih kepada institusi keluarga. Dan of course, bila orang bercerita tentang nikah kahwin ni, orang akan terus shoot tentang perasaan.

Perasaan cinta seharusnya. Betul tak? Itu kalau yang dapat kahwin dengan orang yang kita cinta la.
Tapi sebenarnya, ada manusia yang ditakdirkan berkahwin dengan orang yang dia tak cinta. Which is i think, perasaan boleh dipupuk. Betul. Ia tak mudah. Tapi boleh cuba.
Dan yang dapat berkahwin dengan orang yang anda cinta juga tak menjaminkan anda akan hidup bahagia sentiasa tanpa dugaan.

Berkahwin dengan cinta dan tanpa cinta, dua dua pun adalah cabaran dan dugaan.
Kalau bukan dugaan, masakan alam perkahwinan itu disebut gedung pahala.

Untuk yang berkahwin dengan cinta, anda mungkin menghadapi hanya sedikit risiko dalam perhubungan, komunikasi dengan pasangan berbanding dengan yang berkahwin tanpa cinta.

Cinta bukan sekadar ucapan 'i love you', 'you love me'.
Perkahwinan juga bukan sekadar 'untuk menghalalkan yang haram'.

Bahkan keduanya apabila digabungkan, ia lebih besar dari itu, cinta dan perkahwinan apabila digabungkan, ia adalah sebuah tanggungjawab.

Jadi seharusnya yang belum berkahwin itu, jangan mudah melatah, apabila jodoh belum sampai, husnuzon lah dengan takdir Allah bahawa berkemungkinan kita belum cukup bersedia dan kuat menghadapi gerbang perkahwinan. Bersyukurlah walau kita masih berseorangan, kerana kita masih mampu untuk meneruskan kehidupan kita cukup dengan cinta dari Allah. Husnuzon lah bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Husnuzon lah bahawa Allah sedang menguji kita untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Husnuzon lah bahawa Allah sedang menjaga kita.

Namun begitu, yang sudah berkahwin pula, juga jangan mudah melatah. Bersyukurlah kerana anda adalah insan terpilih yang Allah mudahkan urusan jodoh anda. Tapi juga jangan terlalu memperkecilkan manusia yang belum berkahwin walaupun umur telah lanjut dan banyak. Semua pun ujian, yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin. Semuanya Allah beri dengan hikmah, untuk kita berfikir dan ambil ibrah.

Gambar sekadar hiasan~


Ada manusia diuji dengan jodoh yang datang lambat.
Ada manusia diuji dengan tanpa cinta dalam perkahwinan.
Ada manusia diuji dengan kelalaian cinta dalam perkahwinan.
Ada manusia diuji dengan ketiadaan zuriat walau sudah lama bernikah.
Ada manusia diuji dengan sikap anak-anak.

Semua dari kita tak lepas dari ujian. Yakinlah bahawa setiap kesenaangan dan kesusahan adalah ujian dari Allah, untuk jadikan kita hamba yang kuat dan sentiasa meletakkan pergantungan hanya kepada Allah.

Suka untuk saya ingatkan, keutuhan dalam sesebuah perkahwinan adalah melalui hubungan kalian dengan Allah. Jagalah sebaiknya hubungan kalian (suami isteri) dengan Allah. Paling penting, jagalah solat sebaiknya. Suami jaga solat berjemaah anda. Isteri jaga solat di awal waktu anda.
Nampak macam simple. Tapi tak semua dapat menjayakannya.

Anda bertanya kepada Allah kenapa masih belum merasa bahagia, kenapa tak dapat seperti yang anda harapkan. Sedangkan dari awal lagi, semuanya kerana kita zalim pada diri sendiri. Kita abaikan hati dan fitrah kita untuk kembali pada Allah.

Perkahwinan bukan kehidupan yang akan manis sentiasa. Alam perkahwinan akan sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran. Sama ada melalui perasaan, perhubungan suami isteri, komunikasi pasangan, sikap, kewangan dan sebagainya. Siapa-siapa yang sudah berkahwin of course tahu lebih details kan.
Yang belum berkahwin pula, betulkan persepsi anda bahawa alam perkahwinan akan manis sentiasa. Manis itu adalah manisnya. Tapi bukan selalu je manis. Jadi tanya pada diri, betul ke anda betul-betul sudah bersedia nak kahwin? Paling penting, anda kena tahu apa matlamat anda dalam perkahwinan. 😊

Jadi kesimpulannya, nikmatilah sebaiknya apa yang anda ada sekarang ni, baik yang sudah berkahwin mahupun belum.

Kerana ada perkahwinan yang masih mampu bertahan walaupun tanpa cinta.
Kerana ada perkahwinan yang terlerai ikatan walaupun masih cinta.

Kerana ada yang bujang itu menikmati kehidupan single sebaiknya dengan membahagiakan manusia disekelilingnya.
Kerana ada yang bujang itu sedang tertekan dan tidak menikmati kehidupannya dengan baik kerana terlalu mahu mengikut kehendak orang sekeliling.


Pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri.
Hargai diri sendiri sebelum anda menghargai orang lain.
Kuat dan bangkitlah apabila jatuh dan tersungkur.
Yakinlah bahawa Allah akan menolong kita dari segenap sudut.

Ya benar, berkahwin itu sunnah, namun begitu, kita tak tahu apa yang Allah dah takdirkan untuk rezeki, umur dan jodoh kita. Sebaiknya kita bersyukurlah kepada Allah sentiasa walaupun ia tampak sedikit.

Sekian untuk perkongsian pagi ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Loads of love,
Yani Hamshah
21September2019
7.43 AM

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...