Tuesday, September 24, 2019

Sejenis Bomboloni


Assalamu'alaikum kawan-kawannnn.

Heyyy gegayanya bulan September ni aku seperti aktif di blog. Haha. 
Eh tak ada la, curi masa sesikit je ni.

Ada yang merindui sis merepek dalam blog ni ke? 
Haha eh amende asyik gelak tah dari tadi.
Hini mesti kes banyak sangat makan benda manis harini. 🤦🏻‍♀️

Oke shoot la eh. Aku ni suka buat mukadimah mengarut kan.

Korang pernah dengar pasal bomboloni tak?

Oke aku terangkan secara ringkas ya.
Nama bomboloni ni diambil dari Italy yang jugak disebut Bombolone.

Apa itu Bombolone?
Bombolone ialah sejenis donut, donut je gais, tapi yang lainnya donut yang mempunyai inti. 
Haaa gituu. Sejenis donut je gais, tapi nama dia wow! 😊
Jadi apabila nama dah bom macam tu, haruslah rasa dia kena bom jugak! Betul tak?

Aku sertakan lampiran salinan lembut apa yang aku google pasal Bombolone ni ya. Eh amenda ayat surat gomen sangat heh. 🤦🏻‍♀️


Kalau nak tau lebih lagi sila google sendiri ya. 

Disebabkan kecintaan aku yang mendalam terhadap bomboloni ni, aku abadikan suka itu sebagai
entry dalam blog picisan aku ni. Ngahaha.

To be honest, aku tau pasal bomboloni ni dari Instagram kawan PLKN aku, Nurul. First aku tengok gambar bomboloni dia yang berintikan nutella aku dah macam tak tentu arah cemtu. Aku tengok eh kenapa sedap sangat tuu? Eh kenapa nampak gemok gebu sangat mende alahhh tuu? Ahaaa untuk pengetahuan korang, aku juga ada seorang pencinta donut.  Jadi bila tengok donut yang telah diinovasikam sebegitu canggih sekali, aku pun senanglah terpengaruh. Haha.

Dan to be honest jugak, first time aku rasa bomboloni adalah di atas feri sewaktu membuat lawatan sambil belajar sangattt ke Langkawi. Dalam feri dari jeti Kuala Perlis tu kan ada la macam pramugara tolak troli sambil menjual makanan minuman cemtu. Dan aku pun beli la 3 masa tu. Aku beli perisa coklat, strawberry dengan apetah lagi satu, tak ingat. 😅
Perghhh hat kat sana tu memang sedap, lembut gila. Tak manis sangat . Memang sedang elok dengan citarasa aku. Harga pun tak mahal sangat. RM2 kalau tak silap aku.
Aku share dengan kak Syida masa tu, Ejat yang dok tepi aku, aku ajak-ajak ayam je share sekali, siap tanya dia nak ke? Dia segan cakap tak nak. Lantak situ. Tak nak hang yang rugi~
Aku habiskan weh masa tu jugak. Ingat nak beli lagi, sekali budak pramugara tu tak datang. Hadoiyai. Hampa sis tau~

Oke lepas tu bermula lah misi aku mencari bomboloni yang paling sedap di abad ini.
Buat masa ni aku dah beli di beberapa tempat, di beberapa orang, tapi susahnya lahai nak jumpa yang paling sedap mengikut tekak aku.

Jadi seharusnya para pembuat bomboloni, kalau nak jual, sila jual dengan sedap ye. Ngeee heeee tapi ke aku ni yang cerewet sangat? Hurmm 🤔

Contohnya kan, dekat Suk tu, kalau setiap kali ada jualan, kalau ada orang jual bomboloni, aku memang akan beli. Dan buat masa ni, aku baru jumpa satu yang sedap. Boleh la boleh la. 
Selebihnya. Beshe beshe je. Kadang doh nya tak lembut, tapi intinya sedap, kadang dohnya lembut, inti pulak spoil, adui. Kadang tu doh keras, inti pun tak sedap. Habeh camnooo? Sis komen bukan saja saja, tapi itulah, para penjual bomboloni, janganlah sekadar jual nak dapat untung saja, sekurang kurangnya korang kena ada tahap piawaian yang tersendiri. Eh yeke? Haha gasaklah apa pun. 🤗

Kalau yanh sedap tu, memang aku paling suka dekat atas feri langkawi tu ler. Lepas tu dekat Suk ada
hadik ni jual pun sedap, tak silap aku harga RM1 tapi kecik sikit la camtu. Seiring dengan harga kan.
😊

Dan yang ketiga, kawan sekolah rendah aku yang jual. Petang tadi aku pergi ambil dekat rumah dia. Lepas tu dalam kereta memang tak sempat apa, aku dah bedal dulu. Sekali bedal terus 3 wei!
Aku tak tahu berapa kalori dalam badan aku hari ni dah masuk. 🤣
Yang kawan aku jual tu harganya RM2, saiz standard, tapi doh nya memang ngam lembut, inti pun padu! Aku bukan bias, sebab dia kawan aku ke apa, tapi jujur untuk tekak aku yang sangat mencintai bomboloni ni, bomboloni kawan aku jual tu, memang mencapai piawaian tekak aku. Hehh gitu!
Jap aku payung gambar.

Adoii aku stress buat update entry pakai fon, aku tengah rasa nak mengamok ni haaaaaa!
Heeee la. 😭
Kalau korang tengok tah apa-apa ni korang maafkan je la eh. 😭

Hat ni aku beli pagi tadi kat Suk


Aduhhhh betol punya mencabar keimanan aku nak type ni oiii!

Kbai, i rasa i kena habiskan entry ni sebelum fon ni kena campak .
Okelah kawan-kawan, terima kasih atas perhatian anda, mohon maaf sebarang kekurangan.
Lappy bukan tak ada, tapi lappy pun buat hal, amende nak bukak internet pun tak bolehz berganda ganda lagi stress aku! 
Sudah aku nak pergi nangis kejap ni. Huuuu 🥺

Oke, aku rasa sabar aku ni makin menipis. Orait geng. Jumpa lagi di lain punya entry. But aku promise nanti aku cantikkan balik entry ni eh korang.
Sankyuu, sayang korang! 😍

Loads of love,
Yani Hamshah
24 September 2019
11.16PM

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...