Saturday, May 18, 2013

Risalah Hati Raja Sehari

Assalamualaikum...

~ Dimulakan dengan Bismillah...disudahi dengan Alhamdulillah...

Dugaan di pagi hari betul bila ada sedikit problem nak attach gambar untuk entri ni...haiyooo sabar yani eh!
Beberapa minit kemudian baru boleh...eceh yani,skemanya ayat kau... Hehe...memang sengaja...tiadalah salahnya jika menggunakan ayat yang begini...tak gitu adik2? (:

Sungguhlah mengambil masa nak membuat entri baru ni...satu je lah sikap buruk aku ni,suka sangat tangguh nak buat sesuatu benda...[eh tapi bukanlah semua perkara...sebahagian sahaja...]

Oke,stop celoteh meloteh mengkarut di pagi hari yang menawan ni...

Tajuk entri akak suka sangat!
Oke kalau korang nak tau, buku ini akak tangkap semasa akak pergi berjalan-jalan di PBAKL'13 hari tu...
Dan ini dia.....dalam banyak2 buku yang akakk beli, inilah dia buku pertama yang akak baca (ops,tapi terberhenti sekejap) dan semalam baru akak habiskan baca...

Ia adalah Novel Fiqh Kontemporari karya Ustazah Fatimah Syarha yang sangat aku hormati dan sayangi...
Novel ini bukanlah seperti novel-novel cinta kat luar sana itu... Ini adalah satu novel yang terlalu banyak manfaat untuk di kongsi bersama...

Ceritanya adalah berkisah tentang perjalanan persiapan urusan penikahan dan majlis walimah Qani'ah Syumaila dengan Dr. As Solihul Muslih.
Sarat dengan hadis yang berkait rapat dengan kisah wanita dan perkahwinan. Aku rasa setiap muslim dalam Malaysia ini mesti ada satu novel ini. [Kerana apa aku 'mesti' kan? Kerana info di dalamnya menjadikan novel ini 'high class'! Dan ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk kita semua, tak kiralah awak lelaki ke,awak wanita ke,awak seorang ibu waima seorang ayah sekalipun.Dan tak kira tua atau muda,anda digalakkan membacan novel ini,juga tak kira harta dan pangkat. Dijemput beramai-ramai membaca ya?]

Permulaan penceritaan garapan novel ini berkisahkan bagaimana Qani'ah menghadapi pelbagai ujian kecil sebelum majlis pernikahannya.

Tentang bagaimana lembut dan tenangnya apabila Qani'ah menghadapi dan berjaya menangani beberapa soalan daripada masyarakat sekeliling tentang hukum hakam sebelum majlis pernikahannya. Tenang,lembut dan bersahaja apabila menghadapi sinisnya Tok Siak yang mempertikaikan suara kawan baik Qani'ah, Syifa ketika memberi ucapan.

Bagaimana tenangnya Qani'ah menyatakan pendapat mengenai Tabarruj apabila Zahira mempersoalkan tentang baju pernikahannya. Apabila dengan tenangnya Qani'ah mengaplikasikan ilmu berkenaan dengan hadis yang dipelajarinya terhadap permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh wanita yang sedang uzur untuk masuk ke dalam masjid.

"Berbeza pandangan? Biasalah tu... Dunia Fiqih memang macam ni. Ada banyak pendapat."

"Tak boleh ke fatwa Fiqih dalam dunia ni disatukan menjadi satu pendapat sahaja? Baru kita lebih bersatu."

"Sampai kiamat pun ia takkan berlaku. Lumrah manusia yang akalnya berbeza, cara pandangnya juga tak akan sama. Syukuri persamaan, usah mengutuk perbezaan. Semuanya insya Allah dalam daerah pahala."

Itu adalah beberapa dialog di antara Qani'ah dengan sahabatnya Zahira. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang aku kira menarik. Sangat tertarik!

Dan aku kira lebih baik kalau korang dapatkannya sebagai koleksi buku kesayangan korang. Novelnya nipis saja,hanya ada 154 halaman dengan harga yang berpatutan iaitu RM 17. Aku dapat murah sikit sebab beli kat PBAKL hari tu...Hehehe jadi memang sangat istimewa. Aku sayang buku ini kuat2!!!

Dan kepada adik-adik,kakak-kakak,para remaja atau dewasa semua,bolehlah mendapatkan novel terbaru karya Ustazah comel kita ni eh... Tak rugi pun beli. Ahem dan tak sabar pulak akak nak tunggu sambungan Novel Fiqh ni. :)

Aha dan satu lagi daya penarik novel fiqh ini adalah muka di atas setiap helaiannya,serius comel ok! Serius akakk tak tipu korang semua. Ehe,cakap banyak pun tak guna kan, ni akakk dah ambil gambaq sebagai bukti comel novel ni untuk tatapan adik-adik akakk yang tersayang ni. Jemput tengok eh, eh, eh? [ye,akak tau dik,susunan gambar ni agak berterabur...hehe tapi layan je la eh kan]

Oryte buat semua yang sudi membaca entri ini, terima kasih. Semoga Allah akan senantiasa merahmati hidup kalian di dunia dan akhirat.

Akhir kata, mohon persiapkan dirimu menghadapi Ramadhan yang kurang dari 60hari dari sekarang. (akak taip ini pun sekadar mengingatkan diri akakk juga...bukanlah akak nak berlagas bagus. Mohon husnuzon ye adik-adik kak Ton eh... Hehe...

Dan, jaga iman jaga solat.Semoga bermanfaat entri kali ini... ('',)

Ikhlas,
Anything About You_Niyaz Arumi
11.41 a.m
18 Mei 2013 / 8 Rejab 1434H
Saranghae










1 comment:

  1. wishlist~! karya usatazah fatimah xpernah mengecewakan.

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...