Jampi dari sunnah untuk merawat hati dan badan yang sakit
Diriwayatkan daripada Uthman bin Abi Al-Aas RA bahawa dia mengadu kepada Rasulullah Salallahualaihiwassalam tentang kesakitan yang dialami oleh badannya semenjak dia menjadi muslim. Maka rasulullah SAW pun bersabda : ضع يدك على المكان الذي تَأَلَّم من جسدك وقل : (بسم الله ثلاثاً ، وقل سبع مرات : أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر) Letakkanlah tanganmu di tempat yang sakit dibadanmu itu lalu bacalah 'Dengan nama Allah 3 kali, kemudian bacalah sebanyak 7 kali doa, Aku memohon perlindungan dengan kebesaran Allah dan kudrahNya daripada kejahatan yang aku temui dan aku bimbangi. [riwayat Muslim dan al-Tirmidzi] Imam At-Tirmidzi menambah bahawa setelah sahabat itu melakukan hal yg demikian maka Allah pun menghilangkan penderitaannya dan beliau pun memberitahu ahli keluarga dan orang lain untuk melakukannya.
P/s : Jampi diatas juga boleh dibaca takala kita jatuh cinta, tergoda oleh dunia dan ketika diserang penyakit wabak rindu dan virus zina. Ada kalanya penyakit yang berbahaya bukan penyakit badan tetapi penyakit di dalam jiwa !
Sumber : Facebook Ustaz Emran
No comments:
Post a Comment