Monday, January 8, 2018

Happy New Year, 2018 !

Assalamualaikum..

Hai.. eh ..

Aku pun tak tahu lah, sebab setiap kali up entry baru, aku ada feel macam tengah karang sepucuk surat.. gituwww.. =D  haha..

Aku kira tahun lepas paling sikit aku berblog.. kekangan masa dan kerja membuatkan aku tak boleh nak tulis blog pun.. rindu la jugak nak ber acah-acah jadi penulis.. 

Well, aku harap belum terlambat lagi untuk aku ucapkan,

SELAMAT TAHUN BARU, 2018 !!!


  • Harapan aku semoga tahun 2018 ni, akan menjadikan kita kepada seorang yang lebih baik, which is, berubah ke arah kebaikan..
  • Semoga semua perkara yang kita perolehi tahun ini adalah perkara yang baik-baik saja..
  • Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan kebaikan dalam kehidupan kita..
  • Fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik, doa yang baik-baik, insya Allah, kita akan dapat yang baik-baik..




Orait, itu adalah sesuatu pengharapan yang umum untuk tahun 2018.

In fact, kau, aku, dan kita sendiri ada perkara yang hendak difokuskan pada tahun ini. Aku sangat mengharapkan sesuatu yang baik untuk tahun 2018 ini, sebab pada aku tahun 2017, aku banyak lalui perkara yang sukar dan rumit..

Beberapa kali aku dilanda ujian perasaan yang aku kira kalau tiada sesuatu yang namanya iman, pasti kehidupan ini aku akhirkan dengan perkara yang tidak baik..

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki diri, untuk tidak terlalu fokus pada perkara yang menyakitkan..

Aku kira, sesuatu ujian yang melanda dalam hidup kita ini, pastilah terselit hikmah disebaliknya dan aku percaya ada yang lebih baik untuk diri kita dan yang paling penting, setiap ujian yang Allah beri adalah cara Dia menunjukkan kasih sayang Nya kepada kita dan kita akan lebih kuat selepas melepasi sesuatu ujian..


Terima kasih sudi baca entry ni, maafkan aku, doakan aku..
Jaga iman, jaga solat..



Warm regards,
Yani Hamshah

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...