Assalamualaikum w.b.t...
Hai hai hai...hari ni datang kerja,on pc,tengok blog...
Setelah bercuti emergency semalam,datang kerja hari ini dengan keceriaan...(asalnya nak bawak adik g hospital,tapi tak jadi,postpone ke hari ni...) *ok,btw,semalam best* ^-~
Eh last entri 31 Disember? Tahun lepas kot...lamanya...ni dah 9 hari bulan Januari...2013 tau!
Sob..sob,bukan tak nak buat entri baru,tapi kekangan masa...
Dan, ohh tak takk,bukanlah masa sebabnya, tapi kekurangan idea, tak tau nak buat entri tentang apa...
Nanti pakai 'boo' je,tak best pulak...
Ok, tak nak cerita banyak...
Erk,waihhh tajuk entri...*berchintha* je aku baca...
Hurm bukanlah kisah cinta aku...
Ini kisah cinta dalam tv...drama hasil karya Eirma Fatima...
Terbitan Karya Citra Sdn.Bhd.
Drama ni ada 14 Episod lah kesemuanya...
Yang dilakonkan oleh :
Siti Salehah sebagai Nia Maizura
Aqasha sebagai Fareth
Sharifah Nadia sebagai Sofia
Nazim Othman sebagai Amrin
Marsha Milan Londoh sebagai Amanda
Zul Ariffin sebagai Sepupu Fareth (sorry tak ingat nama dia)
Raja Ema sebagai Mama Fareth
Ridzuan Hashim sebagai Papa Fareth
Barisan pelakon semuanya bestlah,hero pertama dengan hero kedua sama macam drama 'Dejavu Di Kinabalu' je...aha oke,cerita kak Eirma kan...
Cerita ni aku tengok dari first episod,nasib baik hanya 14 episod,aku tak suka drama panjang sangat...
Yang aku dapat simpulkan mengenai drama ni dari mula tayangannya, jalan cerita ok, cuma pada aku watak Nia tu baik sangat! *dah ala-ala sinetron Indo je*
Mana aku tak kata baik, dah kena buli dengan Fareth sampai kena asma masa bercuti kat tepi laut pun still nak baik-baik lagi... Kalau aku, never! Gila kau nak berurusan lagi dengan orang begitu?
Dan pada aku, watak Fareth ni giler jahat! Dasar playboy, eiiiii tak suka. Memang masa aku tengok cerita aku,pada aku watak Fareth yang kak Eirma bagi pada Aqasha memang menjadilah! Si budak Fareth ni sangat egois,sangat kejam,sangat poyo,sangat pantang tengok perempuan cantik dan seksi, sangat banyaklah lagi. Malas nak sebut, tapi yang pasti semua yang poyo-poyo memang ada pada si Fareth ni.
Sinopsis cerita ni macam ni:
Nia seorang gadis kampung yang suci lagi baik hati satu tempat study dengan Fareth. Fareth ni memang terkenal satu kampus,yelah,anak orang kaya,handsome,pakai kereta sport,putih,segak,jadi memang ramai yang sangkut. Termasuklah Nia Maizura, si pelajar four flat!
Nia ada seorang kawan yang bernama Sofia. Sofia ni memang tak suka dengan Fareth,sebab pada Sofia, Fareth ni poyo!
Kisah bermula apabila Nia, Fareth, Sofia dan lain-lain digandingkan dalam satu kumpulan untuk buat project paper ke thesis apa tah...
Nia jadi leader, orang lain sibuk,Fareth boleh bersuka ria, dah dekat tarikh nak hantar dia minta Nia buat project paper tu untuk dia,siap bagi duit kau!
Nia buat,tapi dia pulang duit Fareth,tapi ex gulpren si Fareth ni pergi bagitau pada Prof, haih masaklah Fareth kan, kesian Nia, kena tuduh dengan Fareth, kalau aku jadi Nia, mamat tu memang aku bagi tapak tangan je,orang dah tolong buat, tak reti bersyukur!
Dari situ lah konflik berlaku,Fareth berdendam dengan Nia,dia ajak Nia pergi bercutilah konon tanda nak mintak maaf, tapi bila dah bercuti tu, depa kengkawan dok mainlah permainan TRUE OR DARE...
Nia pilih DARE!
Inilah kesempatan yang si Fareth ni amik, dia suruh Nia berendam dalam laut,setengah jam! Tetengah malam pulak tu, weh Nia ada asma lah! Kata si Sofia, si Fareth ni buat tak reti, at last bila Nia pengsan baru Fareth dengan kawan-kawan dia menggelabah puyuh. Dah nak mati anak orang tu kau kerjakan,baru nak menyesal,ok lepas pada tu Nia ambil keputusan terus balik kampung. Dalam hati tekad tak mau ada kena mengena lagi dengan Fareth.
Tapi itulah takdir. Kita suka ke,kita tak suka ke, tetap jumpa. Ditakdirkan dorang berjumpa lagi. Fareth ambil Nia bekerja dekat syarikat papa dia,posisi Nia sebagai Project Manager. Huyoooo!
Mula-mula Nia tak nak,pastu dah kena rayu dengan Fareth,jadi cair.Berbakul-bakul bebelan si Sofia. Hey Nia ni tak pernah serik, dalam masa yang sama muncul pula abang si Sofia ni, abang Am si Nazim Othman yang hero! (haha aku minat si Nazim ni berlakon,best)
Konflik kedua bermula apabila,Nia dengan Fareth kena tangkap khalwat,dan sekali lagi si Fareth ni tuduh Nia sengaja buat semua itu untuk tarik perhatian dia. Well, hello Farith, mana ada perempuan sebodoh itu nak hancurkan dan jatuhkan maruah sendiri.
Ending cerita ni aku tak berapa suka sangat. Kenapa? Em korang pun mesti tau kan apa endingnya... Malas nak cerita banyak...(actually aku moody gila,dah taip bagai nak rak,tiba-tiba hilang semuanya...aih nak marah pun tak boleh buat apa kan...bukan boleh dapat balik benda yang hilang tu. Stress ~ )
Moral daripada cerita ini, sila fikir sebelum buat sesuatu perkara; contohnya bila nak bernikah,buatlah istikharah mahupun sudah memadai dengan istisyarah. Nia ada pilihan yang lebih baik dari Fareth, iaitu abang Am yang sangat baik dengan dia,mungkin dia tersalah buat pilihan,jangan hanya salahkan takdir,takdir itu memang dah tertulis, tapi Allah sebenarnya dah beri kita pilihan,Allah nak kita berfikir,meminta petunjuk dari Dia, tahap keyakinan di mana,baru keputusan di capai. Jadi jangan salahkan takdir yang menimpa. Unless bila kita dah buat istikharah,istisyarah,tapi ujian yang hebat melanda ke kita,ya,itu memang takdir. Tapi kena selalu ingat, Allah ada untuk kita.
Pernikahan itu adalah sebuah amanah yang perlu dipegang,bukan hanya penyatuan dua hati menjadi satu semata. Amanah itu mengandungi tanggungjawab, kasih sayang, tolak ansur,ketegasan dalam membuat keputusan,keagamaan,kemahiran,pengajaran,pembelajaran,keilmuan dan macam-macam lagi. Jadi jangan pertikaikan kenapa jodoh belum sampai, sebab Allah beri kita peluang dan masa yang banyak untuk belajar setiap aspek itu.Ikatan pernikahan bukan untuk suka-suka,tapi lebih kepada tanggungjawab yang digalas. Bila jodoh belum sampai, Allah lebih tahu kenapa dia belum mahu beri jodoh itu. Tugas kita ialah untuk mempersiapkan diri kita dengan segala ilmu yang pelbagai. Nikah untuk menjadikan sesuatu itu halal dan diberkati Allah, di samping kita perlu belajar amanah yang diberi Allah,bukan hanya selepas bernikah kita,membiarkan saja ikatan itu tanpa perlu belajar daripada pengalaman.
Aku belum bernikah, takut pula ada di kalangan pembaca yang kata aku ni memandai-mandai mengeluarkan andaian yang entah apa-apa. Pada aku mudah saja, yes aku belum bernikah. Tapi tak semestinya aku tak belajar tentang apa itu pernikahan dan perkahwinan. In fact,kursus perkahwinan pun aku dah pernah pergi. Pergi untuk belajar tentang apa yang terkandung dalam sesebuah organisasi perkahwinan itu.Tapi, bila kursus,bukanlah semua benda dapat kita tahu sekaligus,proses belajar itu kenalah melalui pengalaman. Betul tak?Ini hanya pandangan aku. Semua orang pun boleh pertikaikan apa yang aku tulis ni... :)
Aku belajar mengenai perkahwinan itu dengan melihat ikatan di antara ibu dan ayah aku, kakak-kakak dengan abang-abang ipar aku, abang aku dengan kakak ipar aku. Mereka contoh terdekat. Aku lebih suka melihat reaksi mereka dalam bekeluarga. Yes! Tak mudah. Aku suka menjadikan apa yang aku lihat itu sebagai proses pembelajaran sebelum aku bergelar isteri kepada suami aku yang tersayang! (Hai bakal encik suami yang saya belum tahu lagi,semoga awak akan terima kekurangan yang ada pada bakal isteri awak ni...)

Apa yang aku belajar itu,akan cuba aku aplikasikan bila aku dah bernikah satu hari nanti. (Itupun kalau aku sempat bertemu jodoh di dunia,kalau tidak,mungkin di akhirat satu hari nanti...Wallahua'lam)
Cara yang boleh korang praktikkan untuk jadi suami atau isteri yang baik walaupun korang belum bernikah :
1) Jaga hubungan dengan Allah - bila sebelum kahwin pun dah jaga hubungan dengan Allah,bermakna lepas korang jadi suami atau isteri seseorang,mesti korang akan jaga jugak hubungan tu. Usaha dan doa itu penting.
2) Jaga hubungan dengan parents - untuk menjadikan kita seorang isteri yang taat,seharusnya kita belajar taat dengan parents kita dulu. Barulah proses untuk menjadi isteri yang solehah boleh dilaksanakan. Kaum adam pula, kena ajar isteri taat,supaya tidak dibuli oleh isteri. Isteri wajib taat pada suami apabila sudah berkahwin,tapi seorang lelaki wajib taat pada ibu bapanya walaupun sudah bernikah. Ingat ye?
3) Berkasih sayang - sentiasa berkasih sayang dengan semua orang. Eh tapi jangan salah beri kasih sayang pula,bahaya tu...! Pentingnya ini sebelum bernikah,supaya anda akan sentiasa berkasih sayang dengan famili 'comel' anda bila sudah bernikah nanti. Chayok!
4) Rajin - ini sangat perlu dipraktikkan sebelum bernikah. Kenalah ringan tulang,tolong ayah ibu sebelum nikah. Nanti bila dah kahwin senang untuk tolong isteri atau suami. Kan best kalau isteri tengah masak,suami tolong sapu sampah ke apa,harmoninya situasi. Takpun bila suami tengah basuh kereta,isteri tolong siramkan air pada suami...hahaha..! Korang dapat imagine tak hidup yang sangat bahagia bila rajin plus bergurau senda. Yela,mana boleh asyik nak serius je kan? Tapi jangan sampai melampau pula gurauan itu ye? :)
5) Tanggungjawab - seharusnya korang tau apa tanggungjawab korang pada ibu bapa,baru dapat praktik tanggungjawab bila sudah bekeluarga. Orang yang bertanggungjawab itu adalah seorang yang matang!
6) Berdikari - penting sebab sampai bila nak harapkan parents semata-mata. Sebab nanti korang akan ada isteri/suami dan anak-anak untuk diuruskan. Jadi kena pandai berdikari.
*Semua aspek ni penting untuk mengajar diri korang menjadi lebih matang. Erk apa yang aku tulis ni tak semestinya korang setuju kan,korang boleh tolak atau tambah point yang aku bagi. Masing-masing kan ada pendapat yang tersendiri.
* Jadikan drama terlanjur cinta itu sebagai landasan untuk korang lebih berhati-hati memilih pasangan hidup korang k. At least ada sesuatu yang boleh korang jadikan pengajaran daripada cerita tu kan?
~ Orait,terima kasih baca entri ni,maaf kalau ada silap dan salah dalam melontarkan pandangan. :) take care, Wasalam... ('',)

Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
9 Januari 2013/ 26 Safar 1434H
4: 50 PM
Saranghae
NA