Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Yeayyy, dapat lagi tulis blog untuk kali ke berapa entah tahun ni.
Haha seperti biasa lah, aku punya entry selalu mengarut entah apa-apa.
Memandangkan lately ni aku suka makan dan masak, jadi hari ni aku saja nak share satu resepi Mee Goreng Mamak yang paling senang untuk korang buat. Kihkihkih...
Ala, tak ada resepi ni pun, aku tau korang pejam mata pun boleh buat khennn. Lagi sedap of course. Betul tak? Haha..
Kejadian pagi tadi, aku memang malas sangat nak masak, sebab fikir tengah hari ada kenduri kahwin. Tapi disebabkan ibu tak sihat, jadi aku masak lah jugak sikit untuk alas perut sebelum pergi kenduri.
Oke, tak naklah bebel banyak-banyak. Nah resepi..
MEE GORENG MAMAK EKSPRESS
Masa penyediaan : 15-20 minit
Kuantiti : 2-4 orang makan
Bahan-bahan :
1/2 bungkus Mee kuning (basuh dulu mee)
2 biji telur
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 batang fishcake *optional (kalau nak ganti dengan isi ayam atau udang, sotong pun boleh)
1 batang cili merah
1 sudu cili giling
1 ketol tauhu kering (potong kecik-kecik)
Sedikit kicap masin & sedikit kicap manis
Sedikit minyak
Sawi & taugeh sikit (ikut suka kuantiti sebab ada orang tak suka sayur) *optional
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana
2. Pecahkan telur. Kemudian masukkan hirisan bawang putih.
3. Masukkan fishcake. Ketepikan semua tu kat tepi kuali. =)
4. Kalau agak-agak minyak korang dah hilang, tambah lah sikit minyak lagi untuk korang masak cili giling yang sesudu korang nak masukkan. *kang cili tak masak betul, habis perut meronta-ronta pulak.
5. Masukkan mee kuning, sawi, taugeh, tauhu kering, dan cili merah.
6. Kacau mee korang sampai dah sebati dan cantik. Tambahkan sedikit kicap masin, dan kicap manis.
7. Done! Mee goreng korang dah siap untuk dihidang.
Seriously, mee ni sangat senang dan sedap dimakan. Plus orang lelaki pun boleh masak sendiri. Ataupun suami-suami yang nak menyenangkan hati wife ke kan. Gerenti kasih sayang melimpah ruah nanti. Haha. Resepi campak-campak je ni, tapi sedap. Eh alamak terpuji lagi, sedap. Hahaha. Sudah~
Haha oke, aku tak cakap lah aku masak tu sedap, tapi ayah aku tambah 3 kali jugak. Ayah selalu begitu, dia takkan puji sedap ke apa, tapi kalau dia makan banyak, tu tandanya sedaplah makanan tu. =)
Orait korang sampai sini aje lah entry aku untuk kali ni.
Selamat mencuba !!! ^-^
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.
* Sorrylah korang, sis dah lama tak up entry baru, jadi mende alah resepi ni pun sis nak jadikan entry. Haha.. ampun ampunnnnnn...
Loads of love,
Yani Hamshah
18/11/2018
8.45 PM
Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu... [ La Tahzan, Innallaha Ma'ana ]
Sunday, November 18, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
CANVA YEAH ^-^
Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...
-
Bismillah, Assalamualaikum. Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang ...
-
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru ke...