Assalamu'alaikum semua.......
Aku cuma rasa nak menangis je sekarang ni. (Entah apa-apa entah permulaan entry kan...)
Menangis tu akan dikatakan lemah ke?
Em tapi kan memang itu sifat dan fitrah manusia yang Allah jadikan. Kita memang lemah tanpa bantuan dan pertolongan Allah. Kalau ada kekuatan pun, itu kerana Allah pinjamkan kita kekuatan Dia. Kita kuat bukan kerana kita yang kuat. Tapi kita kuat sebab Allah yang bagi kita kekuatan tu.
Jadi pada aku, tak salah pun kan kalau kita nak menangis bila hati dan perasaan kita jadi lemah, sedih, kecewa dengan sesuatu perkara yang berlaku dalan kehidupan kita.
Aku tak tahu lah kenapa lately ni aku kurang fokus, selalu buat banyak salah. Lepas dah buat sesuatu tu baru sedar banyak kepincangan dan kesalahan, padahal untuk dipihak aku, memang aku rasa aku dah cuba buat sehabis baik, but still aku buat salah.
Tidakkah itu cukup untuk membuktikan yang fitrah manusia, akan sentiasa melakukan kesalahan. Bukanlah aku nak membenarkan untuk sentiasa melakukan kesalahan, cuma aku kurang setuju dengan segelintir manusia yang suka mahu terus menjatuhkan bebanan menyalahkan seseorang apabila mereka melakukan kesilapan. Sebab pada pandangan aku, kita tak tahu sejauh mana orang tu berusaha keras untuk tidak melakukan kesalahan. Siapalah yang suka melakukan kesalahan, dan siapalah yang akan tenang apabila tersedar dari melakukan kesalahan.
Pada aku, setiap kesalahan yang kita atau orang sekeliling kita lakukan, itu adalah ujian buat kita juga. Ada ibrah yang Allah mahu kita belajar, dan ada hikmah yang Allah mahu kita cari di sebalik takdir dan perkara yang berlaku. Tugas kita, adalah cuba untuk sentiasa menerima sebarang kelemahan orang sekeliling kita, di samping itu, sentiasalah mengamalkan sikap sentiasa memaafkan.
Antara kebahagiaan dan ketenangan, kalian mahu apa?
Ada orang yang bahagia tapi tak semestinya hatinya akan memperoleh ketenangan.
Tapi buat manusia yang beroleh ketenangan, insya Allah, dalam hati dan kehidupannya akan selalu dia rasa bahagia, walau dia diuji dengan dugaan yang hebat.
Em aku agak emosi waktu buat entry ni, kecewa, sedih, tak tahu nak cakap macam mana.
Seperti biasa, aku suka meluahkan perasaan melalui penulisan. Tapi mungkin juga aku akan hadapi kecaman dengan apa yang aku buat ni. Tak boleh ke kita ni, manusia, netizen sekalian, jangan terlalu cepat menghukum, jangan cepat buat telahan. Husnuzon dengan orang sekeliling.
Syukuri persamaan, raikan perbezaan. Setiap manusia, bukan, in fact, setiap kejadian yang Allah jadikan di atas muka bumi ini, semuanya berbeza, waima kembar sekalipun. Di mata kasar, kita melihat seperti semuanya sama sahaja, tetapi sebenarnya, ada perbezaan di sebalik persamaan itu.
Oke lah, aku ni sebenarnya tak ada niat pun nak buat entry panjang-panjang. Tapi itulah, bila jari dah menari-nari atas keyboard ni, macam susah pulak nak berhenti menaip. Uhuuu.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.
Love,
Yani Hamshah
Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu... [ La Tahzan, Innallaha Ma'ana ]
Saturday, January 25, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
CANVA YEAH ^-^
Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...
-
Bismillah, Assalamualaikum. Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang ...
-
Bismillah. Assalamualaikum w.b.t. Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru ke...