Friday, December 4, 2020

#RESEPI : Chocolate Mousse Cake

 Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak dari mula-mula ada blog, aku tak pernah berjaya untuk mulakan ayat pada perenggan pertama. Entah apa-apa kan. Hahaha.

Well bukan senang untuk memulakan sesuatu penceritaan, lagi pulak aku dah lama gila tak buat entry baru. So tak mudah ye kat situ. 

Masih relevan lagi ke blogger ni pada tahun 2020? Yelah, sebab kan dah terlalu banyak medium socmed, Facebook, Instagram, Twitter, YouTube and so on.

Pada aku, onz je lagi blog ni, sebabnya dari dulu aku anggap blog aku ni ibarat diari maya. Maksudnya aku bebas nak tulis apa je kat sini. Orang nak baca ye orang baca, orang tak nak baca, tak yah lah baca. Gitu kekdahnya. ^-^

Oke, untuk hari ini, aku akan share resepi yang aku dapat daripada facebook.

 *** (korang boleh klik kat resepi atas tu supaya boleh terus tengok videonya)

Lepas dah tertengok video tu, aku jadi macam excited nak buat, sebab bahannya sangat simple!

Plus semua bahan tu aku ada kecuali susu. Memula aku malas nak keluar rumah cari susu, tapi sebab ayah ada pesan suruh beli telur dengan roti, so aku pun tumpang sekaki la. Gitchewww. ^-^

So, this is the recipe.

Chocolate Mousse Cake (No Bake Chocolate Mousse Cake)

Bahan A

Tepung Jagung - 1/2 Cawan

Serbuk Koko - 1/4 Cawan

Susu Segar - 1 Liter

* Kedua-dua bahan ni gaul sekali dalam satu mangkuk, kemudian masukkan sedikit demi sedikit susu tadi. Gaul rata, kemudian, tapiskan ke dalam periuk.

Bahan B

Gula - 1/2 Cawan (Aku pakai brown sugar, sebab tak nak manis sangat. Haha ada kena mengena ke?)

Whipping Cream - 1/2 Cawan (ingat jangan salah beli, whipping cream, bukan cooking cream.)

Garam - secubit manja haha

** Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A, dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan. Gaul semua bahan sampai tekstur adunan tadi bertukar menjadi pekat dan likat.

Bahan C

Dark Chocolate - 1/2 Cawan (hat ni ikut suka hati hampa la nak pakai brand apa, aku punya impian lepas ni nak pakai callebaut chocolate.)

Esen Vanilla - 1 Sudu Kecil

*** Selepas Bahan A, Bahan B tadi dah pekat dan likat, kita boleh masukkan dark chocolate. Lepas tu, gaul lagi sampai pekat. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Gaul sebati, sampai korang rasa puas hati dengan tekstur adunan mousse cake korang.

Letak dalam loyang, or korang boleh letak dalam bekas aluminium yang macam aku pakai ni.

Kalau korang letak dalam loyang, nanti korang bolehlah potong-potong dan makan.

Tapi aku tak koser nak potong-potong, jadi aku letak dalam bekas aluminium yang kecik-kecik tu, so boleh lah dapat 3 bekas. Banyak sikit boleh dapat kan. Haha.

So dah siap. Dan lepas tu, korang letak dalam fridge selama 8 jam atau semalaman.

tadaaaa rupa mousse cake aku sebelum bersemayam dalam peti. ^-^


So, lepas dah biar dalam peti sejuk selama beberapa jam lamanya, Mousse Cake korang dah sedia untuk dinikmati. Jangan lupa tabur manja serbuk koko atas Mousse Cake tu, so takdelah nampak togel je Mousse Cake tu nanti. Bahahaha. 

Letak cemni tau serbuk koko nya. 


Oke next.~ Teksturnya.

Ni tekstur dalam, kan dia nampak macam puding cekelat.^-^


So, korang yang tengah baca ni (ahaaa macam laaaa ada yang baca blog kau ni Yani oi! Ahaa hidup kena confident), meh la kita semua try resepi ni. Dulu kan masa aku pernah praktikal, selalu je aku bawak Mousse Cake ni ke hulur hilir setiap kali ada event kat Banquet Intekma Resort sana. Tapi tak pernah makan, tak pernah rasa. So atas kapasiti perasaan yang begitu mendalamlah aku nak try buat jugak resepi ni. Tapi selalunya Mousse Cake ada letak gelatin, tapi sebab resepi ni takde, tu yang buat aku lagi tertarik nak buat. Abegituuu ceritaanya.

Eh oke lah korang, dah panjang sangat kot aku rasa apa yang aku melalut dalam entry kali ni. Padahal patutnya share resepi je kan. Hahahaha.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.




Me, myself and I,

Yani Hamshah
4 Disember 2020
18 Rabiul Akhir 1442H 

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...