Thursday, February 28, 2013

Meh,Sandar Pada Aku!

Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Selamat hari khamis...

Amacam hari ni pagi ni?Ada baik kah adik manis?
Kalau tak sihat,moga cepat sehat,kalau moody,lakukanlah sesuatu yang boleh menaikkan tahap kegembiraan korg...haha...(taip gelak,tapi muke serius toye...nympah kau yani!)

Oke short entri untuk hari ni...
Memandangkan hari ni last aku keje,sbelum aku 'bercuti' panjang kerana sesuatu yang tak dapat dielakkan...
Jadinya malam tadi aku tido lambat...sob sob...da banyak hari tak cukup tido...
Ngantok bhai...
Semalam tido lambat sebab 'mengsiapkan' goodies untuk kakak2 kat opis ni...alhamdulillah 3.30pagi tadi dapat jugak aku tido...
Walau kejap,tapi bermakna...tido tu kenapa best eh? (soalan poyo sgt!ngeh3)

Oke oke oke,memandangkan diri tak cukup tidur,jadi aku pergi kerja dengan mood yang sangat goyang...
Oleh kerana moody dan sangat mengantuk,dan menyerlahkan muke asam kelubi (erkkk asam kelubi tu masam tak hagak,takot aku nak makan lagi...bhaha...*eh xde kene mengena!cut!)

Straight to the point la,semalam aku baru beli sebuah novel bertajuk "Meh,Sandar Pada Aku!" karya penulis berbakat Cik Puan Aifa Batrisya...
Cover novel ni aku suka!
Baca sinopsis kat belakang,aku teruja rasa nak melompat cam monyet! (baru rasa ye,belum buat lagi...lalala...)
Kalau sebelum ni korang penah baca novel "Kahwin Ganti" terbitan KaryaSeni,maka novel "Meh,Sandar Pada Aku!" 'baby kedua' penulis Aifa Batrisya...

Tahun lepas nak cari novel "Kahwin Ganti" punyalah payah...asyik habis stok je...
Novel ni pula,alhamdulillah,semalam memang rezeki aku la kan...satu2nya yang tinggal...grab terus! Tak kasik can orang lain sapu...

Ouh terima kasih kedai buku 'BookWorm' (Saujana Utama)...aku ingat kedai buku ni lopek,sekali ada novel,melompat aku semalam depan rak novel tu...*syhhh jangan bgtau orang*

Punyalah pung pang aku becerita keasyikan beli novel ni,muehehe tak sempat baca pun lagi...tapi aku YAKIN cerita ni best...

Aku tak kesah la orang lain nak kutuk novel melayu kata jalan cerita asyik sama je,yang penting aku suka...sebab aku memang suka membaca,jadi tak kisahlah kalau penulis2 novel dalam Malaysia ni nak hidangkan jalan cerita yang sama...
Jalan cerita sama,tak semestinya cara pengolahannya sama...kan kan kan?

Aha,oke da nak tengah hari kot,bz hari ni,menaip bila ada waktu free jap je...muehehe...
Nantilah bila aku dah baca novel ni,aku wat review psl novel ni oke adik2?

Meh,Sandar Pada Aku! wahaiiiiiii tak sesabarnya nak baca...

oke,terima kasih baca entri ni...
Korang jaga diri bebaik k...
Doakan aku berjaya dunia akhirat eh... (eh tetibe plak)

Ikhlas,
Niyaz Arumi
28 Februari 2013
11.54AM

Monday, February 25, 2013

Sebulan Yang Ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Korang sihat tak?Kalau tak sihat,jaga diri baik2,minum air masak banyak2,erm tapi kalau tak sihat yang serius,mohon lebih banyak bersabar,sesungguhnya Allah suka uji setiap hamba-Nya...

Bila kita sakit,itu tandanya kita dipilih Allah...Allah beri sakit bukan kerana Dia tak sayang,tapi Dia terlalu menyayangi kita...kena faham konsep kasih sayang dari Allah...sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil kita...

Jangan pernah berputus asa,oke?
Alhamdulillah,walau sudah agak lama aku tak update entri baru di blog ni,namun dengan kemudahan urusan yang Allah beri,aku dapat jugak menaip sesuatu yang baru di sini...

Kalau ada sesiapa di antara korang yang pernah baca entri aku sebelum ni,yang menceritakan tentang mak cik aku yang menghidap sakit kanser,just nak inform,dia dah pergi tinggalkan kami semua...
Allah lebih menyayangi dirinya...hari ini genap sebulan arwah meninggalkan dunia ini...pergi ke alam baqa'.
Mohon rakan-rakan pembaca-pembaca sayang,doakan arwah makcik aku tenang di sana...

Pemergian arwah meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada aku...
Dari segi luaran zahinya,aku seperti tiada apa,namun hakikat tersembunyi,aku terlalu dan selalu rindukan arwah...
Boleh dikatakan setiap hari aku akan teringat pada arwah...
Aku tak pasti sama ada hanya aku yang merasai perasaan ini,atau mungkin kami satu keluarga merasai apa yang aku rasakan kini...wallahu'alam...
Tarikh 25 Januari (13 Rabi'ul Awwal) takkan aku lupa buat selamanya...
Bersaksikan penghulu segala hari,sewaktu khutbah jumaat dilaungkan di segenap masjid,arwah pergi meninggalkan kami semua buat selamanya...
Masih segar di ingatan pada pagi Jumaat itu saat mak ngah memberitahu arwah sedang nazak,serta merta air mata mengalir...tapi ku kuatkan hati...
Pada ibu,adik beradik,ku khabarkan berita itu...

Dalam hati berbisik-bisik,"mana ayah ni?cepatlah balik,yani nak jumpa acik zila...cepatlah ayah..." (ayah belum balik masjid masa tu)
Selang beberapa minit,ayah pulang,ku khabarkan adiknya sudah nazak...Ayah nampak tenang,mungkin dia sudah dapat mengagak tentang sesuatu yang seperti itu akan berlaku...(aku juga pasti sesuatu yang seperti itu akan berlaku,tapi aku tidak menjangkakan ia secepat ini,hati...belajarlah menerima takdir dengan tenang...)
Dalam perjalanan ke hospital,bibir tak berhenti berdoa,mudah2an sempat berjumpa arwah buat kali yang terakhir..
Alhamdulillah,Allah perkenankan doaku...terima kasih Ya Allah...

Saat diri melangkah ke wad yang menempatkan arwah,kelihatan ramai kaum keluarga dan rakan-rakan di sisi arwah...
Tak mampu menahan air mata dari gugur saat melihat arwah hanya bernafas dibantu oleh alat pernafasan...
Setitis demi setitis,lebat dan semakin lebat air mata yang mengalir...
Aduhai yani,tabahkan dan sabarkan hati...bukankan mati itu sesuatu yang pasti,kenapa begini apabila berdepan situasi sakaratulmaut?
Perkara pertama yang aku tuju ialah kaki arwah,aku lindungi kaki sejuknya itu dengan selimut...dingin...sungguh dingin kaki arwah saat itu...tak seperti beberapa hari sebelumnya...
Aku lihat arwah,"acik,yani tau acik da lama sakit,pergilah kalau itu yang terbaik..."
Aku bukan mendoakan arwah cepat pergi,tapi aku tak sanggup melihat arwah menderita menahan sakit begitu...
Arwah sudah lama berperang dengan kesakitan itu,biarlah arwah pergi merehatkan dirinya saat ini...

Kali terakhir semasa melawat arwah,seperti biasa,kaki dan tangannya akan kucapai dan urut perlahan...
Pak teh kata,"pegang macam tu,tak rasa..."
Aku hanya tersenyum dan menguatkan sedikit urutan di tangan arwah...
Dalam hati berkata,"bukan yani tak nak buat kuat2 pak teh,yani takut urutan itu akan menyakiti acik..." itu alasan kenapa yani buat perlahan saja...
Apa yang aku ralatkan ialah tak dapat melihat saat arwah pergi...Mungkin ada hikmahnya...

Apabila mendapat berita arwah sudah pergi,aku lebih tenang dari pagi semasa menerima perkhabaran arwah nazak...
Saat itu walaupun hati sedih,tapi masih redha dan sabar...terima kasih Allah untuk kurniaan perasaan tenang itu...
Seharusnya apabila menerima berita kematian,kita semua wajar bersabar...sabar itu sebahagian dari iman...berkali-kali Allah beritahu dalam Al-Quran,sesungguhnya mati itu adalah pasti bagi sesuatu yang hidup...
Lantas kenapa kita mahu mempertikai takdir yang Allah dah tulis sejak di Loh Mahfuz lagi?
Permulaan untuk menerima berita tentang kematian itu sudah pasti sukar,tapi kita ada Allah untuk luahkan kesedihan itu...Jangan risau,Allah sentiasa ada dengan kita...
Walau dah sebulan Allah pergi,tapi kenangan dengan arwah,senyum arwah,suara arwah,gelak arwah,nasihat dia,gurauan dia,hangat peluk cium dia masih terasa sehingga kini...

Subhanallah,rindu buat arwah tidak pernah padam tapi makin mendalam,dalam hati ku pujuk diri,kalau rindu,doakan arwah...
Tapi terkadang terlanjur juga perbuatan,menangis seorang diri apabila terlalu merindui arwah...menangis seorang diri apabila ternampak sesuatu yang berkait rapat dengan arwah...

Aku akui aku tidaklah sehebat mana dalam mengawal emosi,aku juga terkadang kalah dengan dengan perasaan... T.T
Aku harap kita semua termasuk aku,apabila menghadapi situasi yang perit dan getir ini mampu bertahan dan bersabar...

Sabar itu tak mudah,sebab itu orang yang sabar ganjarannya syurga...Syurga bukan mudah untuk dituju...Sudah tentu usaha yang kuat diperlukan untuk ke sana...

Akhir kata,maaf andai entri ini terdapat kekurangan atau mungkin tersalah bait kata yang tertulis...
Syukran jiddan baca entri ni ya kawan2...
Semoga kita semua sentiasa di dalam redha Allah...take care...

Assalamualaikum...

Al-Fatihah...

Niyaz Arumi
25 Februari 2013
21:45PM


 

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...