Sunday, December 15, 2013

Diet Atkins - Part 2

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t.

Eh part 2 pasal DIET ATKINS laaa. Terujanya aku nak taip entri baru ni. Padahal Part 1 baru kejap je publish tadi ni ha. Kuikuikui.
Mengada kan?!

Oke straight to the point la. DIET ATKINS - PART 1 , aku lebih bercerita tentang bagaimana permulaan diet aku.

Kita sambung ceghita dari part 1 okeh?

Macam mana aku tahu tentang diet atkins ni adalah dari blogger Cik Puan inaachik.blogspot.com .
Memandangkan aku follow blog "Kakiku Suka Berjalan", satu hari tu aku ada ternampak entri beliau. Tertarik pula nak membaca. So, aku klik entri tu. Baca dan baca. Hurm, timbul minat nak try.
Aku tak kira. Aku nekad. Aku nak cuba diet ni. Selepas aku usha beberapa blog yang menerangkan tentang diet atkins ni. Lagi lah aku bersemangat. Aku ingat lagi. Masa aku baca info tentang diet ni. Aku tengah puasa. Tarikhnya ialah 31 Oktober 2013.

Agak kagum jugaklah tengok pencapaian orang yang mengamalkan diet ni. Tapi aku waktu permulaan dulu agak poyo. Sebab aku sekadar nak cuba-cuba saja. Kononnya macam tak mau percaya lah diet ni memang boleh turunkan berat dengan 'laju'. Niat aku, saja ingin mencuba nasib. Saja nak try. Betoi ke idak diet ni. Macam tak percaya je. Macam susah percaya je. Macam mengada je aku guna ayat ni!

Oke korang tolong klik SINI untuk lebih mengetahui tentang diet atkins ni. Sebab orang itu ialah OTAI ATKINERS! Beliau sangat berdisiplin ketika mengamalkan diet ni. Aku ni agak hampeh. Tapi hampeh-hampeh aku, tak lah aku pernah cheating! Eh yeke tak pernah cheating? Hurmm takpe. Kita fikir lain kali.

Macam mana yang pernah aku beritahu dekat DA Part 1, diet atkins ni ada 4 fasa yang korang kena lalui. Fasa 1 ialah induction. Fasa ini ialah fasa yang terpenting sekali. Macam aku pernah beritahu, untuk amalkan diet ni, korang kena rajin membaca. Google apa saja info tentang diet ni supaya korang boleh berjaya menurunkan berat badan. Please join group INI kalau korang betul-betul nak turunkan berat badan. Dalam group tu ada banyak sangat info dari senior Atkiners. Dan lagi korang MESTI baca file ni sampai habis .

Tolong ye. Supaya korang berdiet, bukanlah zero. Supaya korang mengikuti diet ini dengan ilmu. Tak adalah nanti korang tersalah makan, then terambil makanan yang korang tak boleh makan semasa fasa induction.
Sejujurnya aku katakan, fasa induction ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau tak kuat, memang selalunya diet korang akan kecundang di tengah jalan. Yang aku belajar melalui diet ni, hati kena BERTABAH!

*** Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Apabila korang dah nekad nak ikut jugak diet ni. Korang kena ikut rules diet ni. Yang mana korang :


Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
Dah baca? Agak-agak tabah tak hati tu nak meninggalkan nasi, mee, roti, sos, kicap dan sebagainya?
Tabah? Kuat? Bagus!
Kita tengok pulak apa yang korang boleh makan bila amalkan diet ni.


Boleh Makan:
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)



Orait, ini semua adalah menu yang korang boleh makan. Korang boleh makan semua makanan ni. Kecuali karbohidrat yang tinggi-tinggi sangat tu. Itu pun kalau betul korang nak turunkan berat. Aku tak paksa. Cuma aku beri laluan untuk memudahkan korang dalam urusan berdiet. Dapat?
Ini syarat semasa berinduction. Tolonglah ikut kalau korang serius nak turunkan berat.


Syarat-syarat Induction:
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)


Oke ya, ini semua perkara terpenting semasa mengikuti dan mengamalkan diet ni.
Ia adalah sebahagian tentang fasa induction. Korang jangan sempitkan pemikiran, "eh apa ni? semua tak boleh?" "takkan nasi sikit pun tak boleh?" (erkk kalau nak makan nasi bukan waktu induction Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi jangan ikut Diet Atkins ni. Kalau nak makan nasi, boleh ikut diet rendah kalori. Dan korang boleh google untuk dapatkan info tentang itu.)

Korang boleh jadi seorang yang "HAPPY ATKINERS" apabila korang tak terlalu stress untuk menurunkan berat. Korang ikut saja flow. Kalau tak turun berat banyak sangat dalam seminggu, korang boleh ukur lilit badan korang. Mesti ada yang kurang! Bila berdiet ni, bukan ia hanya tertumpu pada penurunan berat korang, tapi apa yang korang rasakan. Sebagai contoh, kalau korang timbang, dan berat korang nampak macam tak turun banyak, tapi dalam masa yang sama korang ada try baju lama korang yang kecik sikit tu, bila sudah try, dan ternyata korang boleh pakai balik baju tu. Itu tandanya diet itu sedang 'berjalan'. Korang jangan risau. Kalau korang stress, berat pun susah nak turun. Serius!

Aku suggest, tolonglah buat "clean diet" kalau korang nak turunkan berat dengan cepat. Jangat nak cheating sangat. Boleh? Mesti boleh! Orang lain boleh, takkan kita tak boleh?
Kena selalu ingat. Diet ni bukan magic. Bila korang amalkan seminggu, then korang terus jadi kurus. Tak! Bukan! Korang akan melalui selama beberapa bulan. Dan setiap hari yang korang lalui itu pasti ada pengalaman yang tersendiri.

Aku start buat diet ni dengan hati yang suka-suka untuk menurunkan berat, sekadar cuba-cuba ialah pada 1 November 2013. Yang mana berat aku yang terakhir kali aku timbang ialah 68kg. Berat kan wehhhh? Baju tak payah cakaplah. Semua saiz L ke XL je. Baju peplum yang pernah aku beli awal tahun tu tak tahu la tahun bila boleh muat! Haha.

Dan untuk pengetahuan korang, aku masih dalam fasa Induction. Untuk melangkah ke fasa ke dua, aku perlu turunkan sehingga 4 kilo sebelum ke berat ideal. Contohnya berat ideal mengikut BMI aku ialah 51kg. Jadinya bila berat aku sudah capai 55kg. Baru aku boleh pergi ke fasa 2. Itu melalui pembacaan aku lah.
Oke, semasa diet atkins ini jugak, korang akan mengalami berat yang statik. 

Contohnya berat korang tak naik dan tak turun. Yang ini aku tak berani nak share sebab aku belum masuk fasa ini. Jadi korang boleh google ataupun tanya pada senior dalam group KELAB DIET ATKINS yang ada kat FB korang tu.

Perkara paling mencabar semasa aku amalkan diet ini sudah semestinya ialah untuk mengawal nafsu makan. Kau gila ingat mudah aku nak tahan tengok orang makan KFC, DOMINOS, KEK SECRET RECIPE, NASI GORENG, ROTI CANAI, BISKUT, SUSU, SOS, KICAP, POPIA BASAH, BUAH-BUAHAN semua tu. Tak lah korang. Tak mudah untuk aku tahan. Susah. Rasa nak menangis tau! Gila semua makanan kegemaran aku tak boleh nak di makan. Sob. Sob. Susu dengan oats yang aku selalu minum tu pun aku tak boleh minum. Sedih bhaiii!

Tieheee, tapi nak diet punya pasal. Wa buat tak endah je la. Hati kena jadi tabah. Telinga kena jadi telinga kuali, telinga sudip, telinga periuk, telinga besi dan sebagainya. Heehe.
Korang nak tau kenapa? Sebab orang sekeliling korang akan cakap "huyooooo, nak dietttt...huyooo.."," alahhhh makanlah sikit ni, tak jejaskan pun diet awak tu", "alaaa dah lama diet, tak kurus pun, sama jek". Tolong, tolong ,tolonglah tahan dengan ayat-ayat begini.


Perlian sebegini selalunya adalah kerana lumrah masyarakat di Malaysia, perkataan DIET itu hanya untuk di sindir-sindirkan. Bila sudah berjaya, baru mereka diam. Untuk buat mereka diam, kita kena berusaha sampai berjaya walau ambil masa yang agak lama. Kan aku dah kata, diet ni bukan magic. Kau diet minggu ni, minggu depan kau fikir kau dah kurus? TIDAK SAMA SEKALI ya!
Meh aku share lagi.

Minggu pertama aku buat atkins ni berat aku turun dalam 2.8 kg sahaja. Tak banyak pun. Sebab ada orang turun sampai 5 kg tau dalam seminggu. Tapi aku tetap bersyukur. Okelah dari takde. So, bersemangat nak turunkan lagi berat. Chayok Yani! Kau boleh!

Minggu kedua, kalau tak silap turun dalam 2 kg sahaja. Erk tak banyak, tapi okelah, dari tak ada.  (Aku selalu cakap dalam hati, okelah dari tak ada langsung kan?) Dalam masa dua minggu aku berjaya turunkan 4.8 kg. Aku kagum dengan usaha aku. Cewahhhh! Padahal ini malas lagi tau. Sebab aku tak exercise.
Minggu pertama aku bersenamlah juga. Minggu kedua?

Hampeh! Sebab aku accident. Kaki bengkak, luka sana sini. Jadi, keadaan tak memungkinkan untuk aku bersenam.

Tapi idaklah aku meninggalkan diet ni. Diet ni tetap aku teruskan. Walau sakit selepas beraccident, tetap aku gagahkan kaki ke dapur untuk memasak makanan diet aku. Korang nampak tak kat sini? Untuk mendapat sesuatu yang korang inginkan, ia bukanlah mudah. It takes pain!

Allah takkan bagi kita sesuatu perkara itu dengan mudah. Bila Allah beri dengan kesusahkan baru kita akan lebih menghargainya.

Ok, minggu ketiga. Jeng jeng jeng. Minggu ini adalah minggu yang tersangat sukar sepanjang aku mengamalkan diet ni. Ia adalah kerana aku telah mengalami sakit kepala yang teruk (migraine sebab terkena hujan masa balik kerja), dan malamnya perut aku tak sedap lalu aku muntah sebanyak 4 ke 5 kali. Esoknya aku pun MC. Tak larat gila nak pergi kerja. Lemah rasa badan.

Adakah kerana diet ini puncanya? Pada aku bukan kerana diet ini. Tapi kerana aku migraine dan tekak aku terasa nak muntah. Korang tau tak, masa itu aku terpaksa ambil sebiji buah kurma untuk melegakan tekak dan perut aku. Sebiji buah kurma mengandungi 5gm karbohidrat! Dan aku tak pasti, adakah aku ter cheating hari itu. Sebab pemahamannya aku, kita tak boleh ambil buah semasa induction. Hurmm.

Dipendekkan cerita, minggu ketiga, aku kurang makan, kurang minum air. Nak tau berat aku turun berapa? 200gram jeh! Ayooyoo. Stress makkk! Rugi tau minggu tu. Aku bajet bila aku tak makan, berat aku turun banyak gila la. Sekali, habuk pun tarak! So, aku baca file kat KDA, aku google, aku dengar info dekat radio.


UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN, ANDA TIDAK BOLEH BERLAPAR!


Hambekkk kau Yaniii!!! Rugi seminggu. Kbai. Haha. Namun diet ini tetap ku teruskan.
Korang tolonglah cakap aku ni TABAH. Tolonglah~ Haha. Susah tau cabaran nak turunkan berat ni.
Dan minggu keempat. Sekali lagi aku diuji. Aku telah demam teruk dan sakit kepala kerana minggu tu, semua keluarga aku demam. Ciankan kitorang. Dari ayah, ibu, aku, adik beradik, semua sekalilah. Tapi oleh kerana aku nak juga teruskan diet ni, dan aku sudah belajar dari kesilapan minggu lepas. Aku cukupkan minum air 2.5 - 3 liter sehari. Sarapan tak tinggal. Kuatkan semangat. Sapu pelbagai jenis minyak kat kepala. Alhamdulillah. Demam kebah. Cuma selsema dan batuk tu baru minggu lepas baik. :)

Hasilnya setelah sebulan aku mengikuti diet atkins ni, Adalah dekat 8kg turun. Punyalah suka time tu. Maunya tak suka, aku dapat balik berat aku masa aku masuk Unisel dulu. Hihihi. Erk berapa ye?
Tak kurus pun, aku gemuk je lagi. Berat aku 60.8 kg. Alhamdulillah. Syukur tak terkira.

Baju-baju lama, memang banyak dah boleh pakai balik. Jimat. Tak payah beli baju baru. 

Sebagai seorang atkiners, aku juga sangat berdisiplin untuk menurunkan berat. Aku tak kan mudah mengalah dengan kesukaran yang aku alami untuk membuatkan usaha aku tergendala. Eceyyy ayat poyo je selalu keluar ni. Menyampah je aku rasa.

Eh tapi aku ada berita buruk la.

Oleh kerana dua minggu lepas aku ada kursus, maka aku rasa aku telah terlebih mengambil carbs di hotel berkenaan. Aku takdelah ambil nasi semua tu. Cuma, hari-hari aku makan kambing. Huahaha. Jadi berat aku naik 2 kg. Rugi lagi. Hehe. (Selamba badak aku je boleh gelak walaupun berat naik. Ye aku tak risau sangat, sebab bila kita buat clean diet, insya Allah, tak susah nak turunkan 2 kg.)

 Minggu lepas yang sepatutnya aku timbang berat, aku belum timbang lagi. Maybe esok baru aku timbang berat aku. Erm lantak lah haih berat tak turun banyak, asalkan baju peplum yang aku beli awal tahun tu dah muat oiiii. Sikit saja lagi untuk di jadikan longgar selesa. Hiihihi. Oke, pakai next year kerana sepupu aku nak kahwin. Tak payah tempah baju. Jimat lagi duit. Subhanallah. Sukanya aku.

Bukanlah niat aku untuk riak sebab berat dah turun atau badan aku dah susut sikit. Tapi aku suka nak share pengalaman supaya kalau ada orang lain nak turunkan berat badan, aku boleh share ilmu sama-sama. Aku boleh tolong beri semangat. Kan? Walau kawan-kawan ofis aku selalu kata tak boleh nak ikut diet aku ni, aku cakap kat diorang, kalau tak boleh ikut atkins ni, kiralah kalori kalau nak turun berat. Insya Allah. Boleh membantu, cuma agak lambat.

Yang pentingnya, diri kita sendiri. Kuat ke tak kuat nak lawan nafsu makan. Mudah ke tak mudah nak tepis segala godaan makanan sedap dalam Malaysia ni. Tepuk dada, tanyalah selera.
Jangan risau, setiap kesusahan dan usaha yang kita lakukan, pasti ada hikmah dan pasti akan berhasil satu ketika nanti. Pentingnya kena sabar jangan terlalu tergesa-gesa.
Ohh lupa nak beritahu. Ibu mengandung tak boleh amalkan atkins.

Ibu yang breastfeeding, kalau tak silap aku, boleh. Tapi anda kena ambil 120gram karbohidrat dalam sehari. Bukan macam kami, kena ambil 20gram sehari waktu induction. Lain fasa, lainlah jumlah karbohidrat yang perlu diambil.

Google lah untuk lebih tahu ye. Aku belajar pun semua sebab cari info kat google dan join Kelab Diet Atkins.

Dan target untuk ke berat ideal aku masih sangat jauh. Doakan aku berjaya ya. Sebab aku nak mengamalkan gaya hidup sihat.

Senaman aku selalunya ialah lompat bintang je. Haha. Malas kan. Tu pasal berat lambat turun. :'(

 Aku rasa entri ni panjang gila lah. Hesh selalu tak menjadi bila nak buat entri yang pendek ringkas dan padat. Huhu.




~ Hari ni. ~

** Sila jangan ingat mudah untuk aku lupakan hasrat nak makan kek yang terhidang depan mata aku tu. Sedih tau tak dapat makan. Huhu~

Ini gambaq sampingan. Sebenarnya nak habaq, hari ni hari jadi ALIFF MUEEZ YANG KE 3 TAHUN. Nampak tak excited nya muka aku tengok kek tu. Aku ni pencinta kek tau! :D Tapi tak dapat makan. Kuikuikui poyo je lebih!

~ Okay, last but not least. Terima kasih sudi baca entri ni. Dua entri sekali aku published malam ni. Selamat membaca. Selamat mencuba (UNTUK JUNIOR ATKINS). Kalau nak buat, buatlah sampai berjaya, supaya orang tak memperlekehkan usaha korang. Oke?
Meh kita sama-sama berusaha.

Segelintir orang, tak perlu diet untuk kurus. Macam aku, aku kena diet baru berat boleh turun. Macam kakak aku, dia makan pun badan dia susut jugak. Yang tu aku jelly, sebab anak dia susu badan. So memang boleh turun berat tanpa terlalu mengawal nafsu makan.

Semat je dalam hati korang macam ni. 'Alahaiii dah berapa lama aku hidup ni, selalu je pun dapat makan nasi, mee, kek semua tu. Apalah salahnya berkorban seketika untuk dapatkan berat ideal dan seterusnya maintain berat tu.' :)

Aku cuba, tapi kalau satu hari aku ditakdirkan gemuk jugak, bukan salah sesiapa, itu adalah salah aku sendiri kerana tak mau kawal nafsu makan. Sekian terima kasih. (selfnote)


Terima kasih sudi baca entri ni.
Salah dan silap mohon dimaafkan ye.
Takde niat nak sindir ke atau apa-apa.
All the best ya untuk korang semua.
May Allah bless us~


** oke entri ni sebenarnya khas untuk kak Niesa Zainul, dari hari tu dia minta aku ajar diet yang aku follow, tapi aku selalu busy mengalahkan menteri. Hari ni baru ada masa nak publish entri baru. Hehe sorry kak Niesa. Ini diet yang Yani ikut, dan itu pengalaman Yani sepanjang ikut diet ni. Selamat mencuba kak Niesa sayang! :)


Sincerely,
Niyaz Ayani _ Norzayani Binti Norhamshah
15 Disember 2013

Diet Atkins - Part 1

Bismillahi bismillah...
Assalamualaikum w.b.t.....
Ahemmm ahemmm, sambil mengarang entri baru sambil dengar lagu 'Macam Cantik Je, Macam Comel Je-Amar'... Hihihi. Macam best je!
Orait, bukan tentang lagu yang aku nak sampaikan.
Agak lemau semenjak dua ni untuk aku meng'update' entri baru.
Gila malas kan. Haippp, bukan malas, busy bhaiii. :)
Dipendekkan ceghita, korang pernah diet? Korang selalu diet macam mana ye? Apa yang selalu korang amalkan bila diet? Bersenam tak? Tak makan ke? Atau macam mana?
Eh banyak pulak soalan aku. Dah macam polis pencen ni. Huii.
Okay, pernah dengar tentang DIET ATKINS tak?
Pernah? Tak pernah?
Ahaa takpe. Aku bagi sedikit info yang aku cilok dari SINI .
APA ITU DIET ATKINS?

ATKINS DIET
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
FASA ATKINS ?
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
~  Agak-agak faham tak? Kita kalau nak berdiet ni, perlukan ilmu juga. Jangan diet pakai redah je. Dalam merealisasikan impian untuk menurunkan berat badan, kena rajin baca, how to lose your weight.
Info yang aku copy and paste itu hanya baru secubit. Ada banyak lagi yang perlu korang kena tahu untuk mengamalkan diet ni. Apa yang aku nak kongsikan ialah pengalaman aku semasa mengamalkan diet ni. Penuh suka dan duka. Diet ini bukan lah terlalu senang, tapi juga bukan lah susah. Asalkan kita berkehendak, kita berusaha. Mesti akan berjaya.
Pada aku, nawaitu juga sangat penting. Hang jangan lah berdiet semata-mata nak riak kat orang lain. Salah tu. Jangan jugak berdiet semata-mata kerana ingin carik boyfriend ke girlfriend. Biar orang yang berkawan dengan kita tu menerima kita apa adanya. Faham?
Kalau boleh, settingkan niat, untuk benda yang baik-baik saja. Sebagai contoh ialah biar mudah kita menjalankan amal ibadat kita. Maaf kalau ada yang tersinggung, tapi ada sebahagian daripada kita (waima aku sendiri) agak sukar untuk melakukan pergerakan dalam solat bila badan aku berat. Contohnya bila kaki aku terseliuh, dah lah sakit, ditambah pulak kaki aku nak menampung berat badan, ye agak sukar untuk bersolat. <~ Ini pengalaman aku ye. Tiada niat pun nak peril orang lain. Cerita aku sakit tolak tepi.
Fokus saja pada apa yang pernah aku cuba buat untuk turunkan berat badan.
Awal tahun - "Ayah, nak buat pinjaman kewangan dengan ayah boleh? Kita nak beli treadmill lah."

~ Ayah dengan senang hatinya memberi. Eh sikit lagilah dah nak habis bayar. Nak beli cash wa tak mampu. Gaji wa bukan 5k - 10k. Treadmill yang wa beli 3k something. Tak ingat lah harga.

Eh korang tak nak tanya ke ada aku guna ke tidak?

Jawapannya ialahhhhh jeng jeng jeng.... 3 bulan pertama. Itu pun bukan hari-hari. Hampeh kan? Beli memahai tapi tak moh guna. Pembaziran dan sikap yang sangat laghaaaa! (Jangan ikut perangai aku ni okeh?)


Pertengahan tahun ni - Buat selamba badak je dengan berat badan. Hado aku kisah. Al katanya lah, buat hape nak heran, asal aku happy sudah! Masalahnya betul ke aku happy dengan berat aku ni??? Erkkk tepuk peyot tanya lemak! Aku benci! Kuikuikui. Tapi tak sedor diri lagi ni.

Bulan Julai - Masuk kerja semula setelah beberapa bulan "bercuti". Member-member wa semua tegoq. "Awat hang Yani? Makin bam bam je akak tengok?" Seriusssss???!!! Kesedaran tu muncul sikit-sikit. Tapi pun tak sedar diri lagi tu. Asal waktu rehat pergi kantin. Tapi bulan Julai kan dah dekat Ramadhan. Jadi nafsu makan itu memang agak terkawal. So takdelah makan banyak sangat. Eh tapi nak kata aku makan banyak sangat tu tidak. Cuma mungkin lemak-lemak sebelum ini agak susah untuk dibuang sebab ia da tersangat serasi dengan badan aku. Hahaha. Kejam kan ENCIK LEMAK tu?!


Ogos 2013 - Time ni adalah hujung-hujung Ramadhan dan awal Syawal. Masa ini adalah masa yang mencabar keimanan aku. Waktu ni aku mengalami 'sakit' yang misteriiiiii. Serius MISTERI sebab aku tak tahu kenapa sampai aku boleh tak lalu makan. Aku cepat nak marah. Aku sampai tak boleh berdiri dan duduk! Waktu ini, aku insaf banyak sebab aku dok mikior dah nak sampai ajal kot aku ni. Huhuhu. Apa sakit aku tu? Haha takpe, biarlah rahsia. Biar Allah saja yang tahu. Eh tapi aku rasa waktu raya ni, walau aku dah tak berapa lalu nak makan. Aku masih gemok.


September 2013 - Aku dah start diet sikit-sikit. Bermula dengan tidak makan malam. Yeaaayy. Turun ke berat? Entoh. Idaklah aku timbang. Hahaha. Tapi awal tahun dulu pernah timbang, adalah lebih 70. Tapi takdelah sampai 80kg. Cuma berat aku di tahap yang membimbangkan. Sangat! Dan aku boleh buat derkk je. Bulan ni aku diet main-main. Cumanya aku dah start makan oats untuk minum susu. Aku ialah seorang yang tidak suka dengan susu. Asal nak suruh minum susu saja, aku terasa nak muntah. Tapi oleh kerana advice daripada doctor masa aku sakit hari tu, katanya aku kurang kalsium! Gagahkan diri, minum susu, tapi cengkelat bancuh dengan oats. Hihi. Aku ni dengar cakap sikit apabila ia berkaitan dengan kesihatan. Hahaha perasan Yani! Eh tapi time ni kan, mak ndak aku kat ofis dah start tegur kata badan aku dah susut sikit. Huyyooo. Ni yang nak selalu makan oats ni. Membara semangat nak turunkan lagi berattt. Hehehe.

Oktober 2013 - Masa ni aku nak derma darah dekat SUK. Biasalah derma-derma darah ni, diorang akan check berat kita. Kalau berat tu kurang, mana boleh menderma, Time ni aku bersyukur jugaklah sebab berat aku terlebih sikit. So, boleh lah mendema. (Tapi risau jugak, kot-kot darah kita tu tak elok. Maksudnya aku takutlah ada penyakit lain yang memudaratkan. Kesian kat orang nanti.) Eh timbang, tengok... 69kg. Huyooo bila berat aku turun ni? Eh lupa nak cakap. Bulan Oktober ni, aku amalkan menjaga kalori sehari. Contohnya berat campur tinggi darab umur lah bahagi aktif ke tak aku ni, aku hanya boleh ambil kalori di bawah 2000kalori setiap hari. Jadi, hari-hari aku akan kira berapa kalori yang ada dalam makanan aku. Yang ni agak payah, sebab mana aku reti sangat nak kira kalori. Setakat google ajelah.
Next weeknya (selepas menderma), aku ada buat medical check up. Abang yang tolong itu dan ini, mencatat berat dan tinggi aku, katanya berat aku 68kg dan tinggi 151cm. Eh masa bila berat aku turun lagi? Tapi masa ni aku tak percaya sangat. Takkan satu minggu boleh turun satu kilo. Ke sebab masa tu aku puasa? Hahah hari tu aku puasa. Itu pasal berat 68kg. Kuikuikui. (Ya rabbi, serius lah aku malu nak taip berat aku kat blog ni. Sat ni orang kata, mak aihhhh, gambaq muka kurus je kat fb la instagram la. Itu semua dusta! Padahal gemuk sememeh je aku. Haha.)


Masa bulan ini jugak aku memang dah bertekad nak turunkan berat badan lagi. Tapi tetap tak nak exercise sangat. Gila malas. Erk aku cuma buat-buat kerja kat rumah. Sapu sampah, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Di samping menjaga kalori yang di ambil untuk badan. Tapi SUSU DAN OATS tetap aku amalkan. Sehari 3 KALI! Oats ni memang elok untuk jantung kita plus memang boleh turunkan berat kita sedikit demi sedikit dan bukan mendadak. Susu itu aku ambil sebab aku kan kuran kalsium. Tiheee~
Turun berat badan lah jugak daripada masa raya hari tu. Bagaknya aku gemok gilas! Ini gambaq bulan Oktober. Masa aku keluar dengan kawan-kawan aku. Jap.
Haaa see... hehe takdelah nampak sangat. Tapi okelah dari gambaq atas tadi kan. Masa raya aku memang EBAM! Pastu turunlah sedikit demi sedikit.


 Aku tetap tembam. Kan? Aduhaiii, masa ni aku dah pening kepala dah. Sakit yang lama tu macam nak datang balik je. Ah sudahhh, masak aku! Berat aku tak turunkan lagi. Benda-benda ni sedikit sebanyak akan menyukarkan pergerakan aku.
Tiba-tiba, suatu hari, aku ada terbaca satu blog ni.
Blog apakah itu? Bilakah waktu aku membacanya? Apakah yang membuatkan aku nekad nak mencuba untuk menurunkan berat tanpa memakai sebarang produk?
Tunggu Part 2 tau!
Entri ni dah panjang bebenor. Ni Part 1 ni.
Terima kasih sudi baca entri ni.
Aku susun sepuluh jari mohon maaf seandainya aku ada menyinggung perasaan dan hati sesiapa sewaktu membaca entri ni. Niat aku sekadar nak kongsi pengalaman aku menurunkan berat. Itu je. Mohon jangan salah faham k?


*** Dan juga kerana ingin berkongsi cara diet dengan Kak Niesa Zainul sayangs! Sorry kak, entri lambat publish. Kita busy sikit~ Part 1 dulu. Part 2 akan menyusul kejap lagi. :)

Anything About You or Me?
Niyaz Arumi_ Niyaz Ayani
15 Disember 2013
Saranghae~

*p/s : maaf, saya terpaksa remove gambar yang saya pernah up dekat sini. Saya tahu, kalau tak ada gambar, mungkin orang susah nak percaya. Tapi maaf lagi sekali, saya memang kena remove. Dan terpulang pada kalian yang membaca entri ini, sama ada mahu cuba diet ini ataupun tidak. =)

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...