Assalamualaikum w.b.t..
First of all, aku ucapkan terima kasih sebab korang sudi luangkan sikit masa untuk baca entry kali ni..
Agak istimewa, sebab ini entry aku yang ke 200.. Eh yeke? Haha.. yelah tu kot..
Oke untuk entry yang ke 200 ni, aku nak imbau kembali zaman kesusahan untuk aku turunkan berat..
Pencapaian aku bukanlah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang dari zero to hero.. Makna kata, dari betul-betul debab ke kurus solid molid..
Buat pembaca lama, aku andaikan korang semua tahu, di awal perjalanan aku untuk turunkan berat badan ialah melalui diet atkins.. so korang boleh, klik link ni untuk tau lebih lanjut.. ~yani~
Maaf seribu kali maaf, entry aku ni bukanlah untuk membangga diri atau nak tinggi diri ke sebab dah turunkan berat.. Tapi aku sekadar nak share apa yang aku buat, untuk turunkan berat.. In fact, aku sendiri belum capai target yang aku nakkk sangat.. ^-^ aherherher..
- Aku throwback sikit lah ye, macam mana aku permulaan azam nak turunkan berat..
Ogos 2013, Allah beri 'sejenis' sakit yang aku andaikan sangat berat untuk aku lalui..
Boleh bayangkan tak, kau sedang sihat, kau tidur.. Dan bila kau bangun tidur, tanpa tahu asbab musabab, kaki kau sakit.. Serius beb, aku tak tahu kenapa.. Apa puncanya..
Ahaha mesti korang feel macam 'ehhh amende budak ni? cerita kaki sakit dengan turunkan berat?'
Taklah beb, just nak cerita, masa tu, sakit aku tu, memang tahap aku kena mengesot nak pergi mana-mana.. huuuu.. perit bhaii.. dah macam suster ngesot aku rasa tahu..
Aku nak jalan, sakit.. Aku nak duduk, sakit.. Baring je aku oke..
So, dipendekkan cerita, lepas berubat ke sana dan ke mari.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku sihat seperti sedia kala..
Aku pun malas nak persoalkan kenapa aku sakit.. Dosa aku banyak, aku dah lama sihat.. Takkanlah baru 2 ke 3 bulan sakit aku nak marah Allah sebab bagi aku sakit.. huhu.. kurang ajar sangat tu namanya kalau aku persoalkan takdir.. T.T
- Lepas dah sihat, dalam bulan September 2013, aku pun terdetik, nak jaga pemakanan, nak sihat.. Sebab aku rasa lain macam sangat.. aku anggap aku sakit kaki tu sebab aku ni debab nau-nau.. Haha, canggih je masa tu, aku jaga makan.. Kira kalori la bagai..
- Setiap pagi aku makan oats bancuh dengan susu kambing (heehhhh sejarah minum susu ni tak boleh lupa.. atas ugutan ayah, ye aku daripada tak minum susu, terus minum.. anak ayahhhh sangat hoke!)
- Lepas tu, tengah hari, aku makan nasi, apa je jenis nasi.. Tapi favret masa tu ialah nasi goreng cendawan.. miahaha..
- Malam pulak aku makan oats lagi.. Makan roti ke buah ke macam tu.. Tapi aku lebih suka tak makan malam, sebab malas.. Tak tahu kenapa, cuma aku terasa malas nak makan waktu malam.. Itu saja..
Masa ni, aku tak sedar dalam pun berat aku dah turun.. Masa nak derma darah baru perasan, 'eh berat dah turunlah, last timbang 73kg, tapi masa nak derma tu 69kg.. Rasa nak melompat atas almari je.. haha.. ^-^ kau ghase nak hentak kepala aku tak? :p
Oke, lepas tu, aku excited nak turunkan berat lagi.. So, aku buatlah research sikit pasal diet-diet ni..
Jeng jeng.. terjumpa blog seorang blogger yang mengamalkan diet atkins.. Fuuu bila aku baca entry beliau, aku sejenis excited lah.. Lepas tu, aku kaji lagi.. Haha kaji kau.. Kaji lah, amenda nya ni diet atkins..
So, diet atkins ialah klik sini please~ jemput baca oke..
31 Oktober 2013, aku start buat diet atkins, diet ni aku buat sekadar suka-suka untuk mengosongkan keraguan dalam hati kerana tidak percaya, 'ehhh takkanlah dalam seminggu boleh turun 2 ke 3 kilo.. hape-hape jer lahhh'.. Punyalah menggelabah poyo tak nak percaya sikit pun pasal diet ni..
Hahaha, sedar tak sedar, dalam pada diet yang kononnya suka-suka, main-main nak buat tu, memang berat aku turun.. Berat turun, inch loss, pipi dari donut tukar jadi pau.. (ehh kejap, donut dengan pau saper lagi gemok? Ke sama dengan je dua-dua tu? haha..)
Oke lah, salah salah, dari donut tukar jadi keria.. haaa sebab keria kecik lagi dari donut kan.. =D
Rupa-rupanya setelah 3 bulan diet, dapatlah berat pergi ke 59kilo kot.. Hahaha tak ingat pulak.. Tapi lebih kurang macam tu lah perginya..
Lepas tu, aku ni sejenis gatal, dah terus berhenti atkins.. Dah berhenti tu, aku jadilah doraemon balik.. Eh taknak lah doraemon tu demok sangat, aku jadi adik doraemon, haaa cam doralin tu.. Berat naik balik pergi 62kilo.. Hoiiihoiii masa ni lantak p kat hang..
Sebabkan aku dah tahu pasal atkins, aku tak risau sangat, sebab bila berat naik, aku diet balik.. lepas dah turun, naik balik.. lepas tu berat aku pun dah macam sejenis yo-yo.. takpun lif.. kejap naik kejap turun..
- Yang ni, korang jangan ikut aku, sebab aku rasa, diet yang aku amalkan ni macam serong sikit lah.. haha bukan salah diet atkins tu.. tapi salah aku, sebab aku selalu buat fasa 1 sampai fasa 2 je, aku tak pernah ikut pun fasa 3 dan fasa 4 (fasa terakhir).. so sebab tu, berat aku kejap naik dan turun..
ini aku sebelum diet.. ni januari 2013.. :) |
So, lepas diet, turunlah sikit-sikit je.. tak banyak pun..
So, bolehlah kan, dari takde.. ^-^ |
Gambaq atas ni tahun 2014..
Masa Seha kahwin, 2015.. Aduhhh, throwback sangat hari ni.. ^-^
Orait, pejam celik dah masuk 2016.. Ni Mac 2016 kot.. Hhaha.. Debob..
- Kalau nak tahu, kali terakhir aku buat diet atkins, tahun lepas.. Masa minggu ke 2 bulan puasa, sampailah raya.. Kejap je diet.. Biasalah, diet masa bulan puasa memang senang sangat turun berat. Lepas habis puasa, masuk raya, badan aku dah macam ultraman kekenyangan.. ^-^
Bila dah berat naik balik, mulalah aku menggelabah balik nak diet..
Tapi, kali ni, aku try diet lain. Actually, lebih kepada jaga pemakanan. Dah bukan diet atkins.
Akhir tahun 2016, kita kira kalori, kita jaga karbohidrat, kita jaga pemakanan, amal gaya hidup aktif dan sihat..
Diet kali ini, lebih kepada ingin menghapuskan 'minda-minda' jahat orang yang sering menyalahkan nasi sebagai penyebab kepada kegemukan.
Makna kata, diet kali ni, aku kata aku diet, tapi aku makan nasi. Bukan tak makan nasi. Dan nasi bukanlah musuh utama kepada penambahan berat badan kita..
Korang, kau, aku, kita, masih boleh turunkan berat badan walaupun dengan makan nasi. Asalkan korang tahu berapa banyak kuantiti yang perlu korang ambil supaya hidangan korang tu terkawal. Cukup karbo, cukup protein, cukup fiber, cukup segala-galanya..
Diet kali ni, aku lebih banyak rujuk kepada coach-coach online dekat instagram nun.. Sapa suh depa follow aku, kan bila aku follow depa balik, aku baca tiap inci ilmu-ilmu diet yang dorang share, so aku pun praktikkan..
Jujur aku cakap, berat aku memang tak banyak pun turun, tapi dari segi inch loss tu, aku rasa ada perubahan jugak sikit-sikit..
Plus, banyak lagi benda yang aku kena belajar tentang diet kali ni..
Diet ni mengajar aku supaya makan kerap (kalau boleh 6 kali sehari) untuk membantu meningkatkan tahap metabolism kita..
- Berlapar hanya akan membuatkan tahap metabolisma kita menurun.. mohon hadam betul-betul ya..
- Air perlu cukup bagi membantu penurunan berat badan.
- Tidur juga perlu cukup supaya badan kita tidak stress.
- Tak cukup tidur akan membuatkan badan kita penat, seterusnya, tindak balas metabolism dalam badan kita automatik akan menurun.
- Pastikan amalkan gaya hidup aktif, kalau tak sempat jogging, boleh workout sendiri dekat rumah.
Makan 6 kali sehari boleh turun berat?
Boleh! Dan ia sangat membantu meningkatkan metabolism dalam badan kita..
Waktu terbaik untuk sarapan pagi ialah sekitar jam 7 - 8 pagi.. Waktu minum pagi (snacking) ialah jam 10 pagi.. Seterusnya lunch, sekitar jam 12 - 2 petang.. Waktu petang (snacking) ialah sekitar jam 5.. Waktu makan malam terbaik ialah dari jam 6 - 8 malam.. Lagi satu kalau malam tu, untuk supper aku tak sure jam berapa.. Maybe jam 9 malam kot, sebab nak bagi makanan hadam sebelum tidur dalam pukul 11 gitu.. Agaknya lah kan..
Sejak aku ikut diet ni : -
- Sarapan aku adalah 2 keping roti wholemeal ataupun kurma ke atau oats ke atau bubur kosong yang aku beli dekat kafe kat ofis.
- Snacking pagi, sama ada apple, atau apa jenis buah yang ada dekat kafe. Haha pencinta kafe Suk betul aku. Mostly, aku akan amik sepotong betik. Best!
- Lunch, aku ambil lebih kurang segenggam nasi, ikan atau ayam (jenis bakar atau sup sahaja) dengan sayur. (Sayur ke ulam ke atau apa-apa saja yang aku Nampak healthy)
- Petang (snacking), kadang buah, kadang aku lapaq, suka hati aku je ambil roti wholemeal lagi dua keping. Adehhh....
- Malam, aku akan ambil nasi sikit, plus sayur dengan ikan atau ayam. Dinner ni lebih kurang lunch je. Tapi nasi kadang ambil, kadang tak. Dinner selalunya tak makan banyak pun. Apa adanya je.
- Supper, memang aku tak ambil. Sebab aku tak rasa nak makan.
So far, dah dekat sebulan lah jaga pemakanan yang macam ni. Aku memang elak proses food, fast food, air manis, biskut, roti putih dan apa-apa makanan atau minuman yang aku tengok tinggi kalori. Ahaaa, lagi satu, kalau nak diet, bukan dengan ambil biskut atau makan kuih. Sekeping biskut dan sepotong kuih hanya akan membuatkan diet korang tak menjadi. Pada aku, lebih baik makan nasi, dari makan kuih atau biskut.
1000 kalori makanan yang sihat adalah lebih baik dari 1000 kalori makanan yang tak sihat (kalori kosong)
Contohnya, kalori nasi dan lauk pauk yang sihat yang jumlahnya sama dengan kalori 3 ke 4 potong kuih muih adalah lebih baik berbanding dengan kuih muih kecik-kecik tu tapi kalori dan kandungan gula yang tinggi. Kalau bergoreng, lagilah parah.
Stress ke diet ni?
- Dengan aku, so far, aku tak rasa stress. Kalau aku terasa nak makan kuih ke apa, aku makan jugak, cuma aku hanya ambil sepotong/seketul kuih je.
- Air manis, memang aku dah tak minat lama dah. Air gas lagilah aku pangkah habis-habisan. Ibu gula semua tu.
So, kesimpulan kepada kesemua diet yang aku dah pernah buat, nasi bukanlah musuh utama untuk turun berat badan. Ambil apa jua makanan hanyalah perlu bersederhana dan tak perlu berlebih-lebihan. Sila kawal pengambilan garam dan gula dalam minuman dan makanan kita. Seterusnya amal gaya hidup sihat. Belajarlah untuk kawal pengambilan makanan, kawal nafsu makan.
Diet ni bukanlah kurangkan pengambilan makanan tapi adalah cara bagaimana kita jaga pemakanan kita. Itu sahaja.
Jadi, pilihan untuk jaga dan kawal pengambilan makanan dan minuman, adalah terletak kepada diri kita sendiri. Kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Kita makan untuk hidup supaya dapat beribadah kepada Allah, bukan berlebih-lebih untuk makan sampai timbul rasa malas nak buat ibadah.
Dan, cukup sekadar ini dahulu apa yang dapat aku kongsikan. Sebab aku masih belajar tentang cara nak turunkan berat badan dengan betul dan happy..
Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen or emel aku, insya Allah, apa yang boleh aku share, aku akan share semua yang aku amalkan.
Orait, last picture. 2017. Current picture.
* Btw, aku bukanlah kurus sangat, mungkin effect dari gambar ni je kot nampak macam aku dah kurus benar.. hahaha.. BMI aku belum normal dan still 'berat badan berlebihan'.. So, tolong doakan aku terus dengan usaha aku untuk capai BMI yang normal.
Alhamdulillah, habis jugak entry panjang ni., kalau korang boring baca, mintak maaf sangat lah..
Apa pun, terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.
Sekian, wassalam.
Norzayani Norhamshah
12.12 AM
28 January 2k17