Friday, May 24, 2013

Playboy Itu Suami Aku



Assalamualaikum...

Memandangkan ini hari public holiday,jd bolehlah aku buat entri byk2 hari ni...miahaha poyo jap! (xde mananya banyak entri...)
Oke,wa tak cerita banyak,kita straight to the point la kan...

"Playboy itu suami aku? Biar betul?"
Hehe kata Fina,heroin 'baby' ketiga kak Suri Ryana...(ala penulis novel M.a.i.d dan Isteri Separuh Masa tu...heheee)


***adoi menyampah betullah aku,sekat2 pulak henpon ni...time aku nk update blog la semua app ni menyibukkan diri nak update diri memasing! (erk wa da lama tak update guna lappy...huhu)


Oke sorry termelalut kejap...*


Novel Playboy itu suami aku (Pisa) ni mula di jual pada 27April2013...
Aku start baca citer ni dari blog kak suri sejak tahun lepas lagi...
Kalau ikutkan,permulaan novel ni berlainan sedikit dari sekarang,tapi menurut kak Suri,beliau terpaksa membuat rombakan memandangkan terdapat persamaan dengan novel apetah,(hehe tak pasti)...selepas dah buat rombakan,barulah terjadinya Pisa yang baru ini...

Ini pun dulu dah terlalu buat aku penasaran nak tunggu setiap sambungan entri...parah kan?

Oke novel ni berkisar tentang Afina seorang yang ala2 'ugly betty' pada permulaannya,dengan spec mata besar dia! Haha...
Fina ni pulak ada kembar yang bernama Fisya,tapi Fisya ni benci dengan Fina,tak tau ape masalah dia...choiii...

Fina memula jumpa Adrian a.k.a King tu pun lah terpegun,orang kacak bhai,sape2 pun boleh terpegun...
Heee tapi yang buat Fina tak berkenan terus sebab King ni Playboy!
Huh,memang menyakitkan hati...
Masa dekat kedai bunga,King ni suruh dorang hantar dekat aweks2 dia,dan salah satunya ada nama adik kembar Fina,Fisya...

Memula King ni ok je dengan Fina,tapi lepas Fina tampar dia (adalah dalam satu insiden tu,---teheeee nak tau kena beli tau,sbb xkan aku nak cerita semua,lagipun aku xpandai sangat pun nak cerita2 ni...)


Aha sambung2,lepas Fina dah tampar,memang benci habis lah King tu dekat dia...
Dan macam mana pulak diorang boleh jadi suami isteri?
Oh itu kerana permintaan mummy King ni...dia nak Fina jugak jadi menantu dia...

(kenapa?sebab mummy King ni nampak keistimewaan pada diri Fina,cewaah,lagi pulak tak larat dia dengan perangai anak bujang dia yang banyak aweks...)

Fina dengan King memang masing2 taj setuju pada awalnya,tapi setelah dipujuk dan disogok dengan beberapa perkara,diorang berdua pun setuju....
Dan tak lama lepas diorang kahwin,Fina pun accident dan hilang ingatan seketika,lupa habis yang dia pernah berkahwin dengan Playboy tu! Aha kau adaaaa...


Eh tadi aku ada kata Fina ni 'ugly betty' kan?
Ahem,lepas Fina hilang ingatan,mummy mertua dia terus 'make over' dia...cun habis! Jadi cunnya itu adalah seperti wajah Lynda Roslan! Cantik! (Sila boleh google siapa dia Lynda Roslan ni...heheee)
Adatlah kan,isteri dah cantik,suami mana yang tak terpikatttt...
Memang Adrian jadi tak tentu arah jugaklah...kikikiki...

Dan actually pun,Adrian ni dalam pada benci,sebenarnya dia menyibuk jugak hal Fina...sebab tu dia boleh tahu botol kaca yang Fina ada tanam berdekatan pantai...weeee...
Bila masing2 dah bahagia,tetiba pulak cerita ni jadi sedihhhh...sob sob...

Sebab Fina terpaksa tinggalkan Adrian...terpaksa melangkah...huhu...

Nak tau kenapa???


Eheee,sudah2...cukuplah cerita aku setakat ni...korang boleh dapatkan novel Pisa ni di kedai buku berdekatan korang di seluruh Malaysia ni...
Apa punnn aku suka gila novel ni...lantaklah orang nak cakap tipikal novel malaysia,sikit sikit kahwin paksa,asalkan aku suka...lagi2 pulak novelis kesayangan aku yang tulis...!


(I love you so much Kak Suri.Ryana! Eheee sebab dalam ramai2 penulis, kak Suri ni paling cuba berusaha untuk reply setiap komen atau mesej daripada peminat dia...walaupun akan ambil masa yang lama,insya Allah,dia tetap akan reply...) <--- iklan jap...

Pisa best dan tak mengecewakan aku...tapi kalau tanya aku,dalam tetiga novel kak Suri,aku paling suka M.A.I.D! Sebab olahan,jalan cerita dan ketebalan novel itu amat2 memenuhi kriteria aku...

ISM dengan PISA pun oke,best,cumanya kalaulah dapat tebal lagi sikit mesti best...hahaha suka2 aku je nak request2 ni...hang ingat senang bak perah otak dapat idea tulis novel? hehe...


Oryte korang eh...jangan lupa beli Pisa,dan tahniah buat kak Suri atas kelahiran novel Pisa ni...dan semoga terus sukses menghasilkan karya bermutu lagi ye kak suri sygs!


Chayok chayok!
Oke korang,terima kasih baca entri ni...
Salah silap dalam tulisan aku di entri ni,aku mintak maaf k...
May Allah bless us...take care... Wassalam...selamat cuti semua!


Love,
Anything About You_Niyaz Arumi
24Mei2013 / 14Rejab1434H
8.34AM
Saranghae...








Saturday, May 18, 2013

Risalah Hati Raja Sehari

Assalamualaikum...

~ Dimulakan dengan Bismillah...disudahi dengan Alhamdulillah...

Dugaan di pagi hari betul bila ada sedikit problem nak attach gambar untuk entri ni...haiyooo sabar yani eh!
Beberapa minit kemudian baru boleh...eceh yani,skemanya ayat kau... Hehe...memang sengaja...tiadalah salahnya jika menggunakan ayat yang begini...tak gitu adik2? (:

Sungguhlah mengambil masa nak membuat entri baru ni...satu je lah sikap buruk aku ni,suka sangat tangguh nak buat sesuatu benda...[eh tapi bukanlah semua perkara...sebahagian sahaja...]

Oke,stop celoteh meloteh mengkarut di pagi hari yang menawan ni...

Tajuk entri akak suka sangat!
Oke kalau korang nak tau, buku ini akak tangkap semasa akak pergi berjalan-jalan di PBAKL'13 hari tu...
Dan ini dia.....dalam banyak2 buku yang akakk beli, inilah dia buku pertama yang akak baca (ops,tapi terberhenti sekejap) dan semalam baru akak habiskan baca...

Ia adalah Novel Fiqh Kontemporari karya Ustazah Fatimah Syarha yang sangat aku hormati dan sayangi...
Novel ini bukanlah seperti novel-novel cinta kat luar sana itu... Ini adalah satu novel yang terlalu banyak manfaat untuk di kongsi bersama...

Ceritanya adalah berkisah tentang perjalanan persiapan urusan penikahan dan majlis walimah Qani'ah Syumaila dengan Dr. As Solihul Muslih.
Sarat dengan hadis yang berkait rapat dengan kisah wanita dan perkahwinan. Aku rasa setiap muslim dalam Malaysia ini mesti ada satu novel ini. [Kerana apa aku 'mesti' kan? Kerana info di dalamnya menjadikan novel ini 'high class'! Dan ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk kita semua, tak kiralah awak lelaki ke,awak wanita ke,awak seorang ibu waima seorang ayah sekalipun.Dan tak kira tua atau muda,anda digalakkan membacan novel ini,juga tak kira harta dan pangkat. Dijemput beramai-ramai membaca ya?]

Permulaan penceritaan garapan novel ini berkisahkan bagaimana Qani'ah menghadapi pelbagai ujian kecil sebelum majlis pernikahannya.

Tentang bagaimana lembut dan tenangnya apabila Qani'ah menghadapi dan berjaya menangani beberapa soalan daripada masyarakat sekeliling tentang hukum hakam sebelum majlis pernikahannya. Tenang,lembut dan bersahaja apabila menghadapi sinisnya Tok Siak yang mempertikaikan suara kawan baik Qani'ah, Syifa ketika memberi ucapan.

Bagaimana tenangnya Qani'ah menyatakan pendapat mengenai Tabarruj apabila Zahira mempersoalkan tentang baju pernikahannya. Apabila dengan tenangnya Qani'ah mengaplikasikan ilmu berkenaan dengan hadis yang dipelajarinya terhadap permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh wanita yang sedang uzur untuk masuk ke dalam masjid.

"Berbeza pandangan? Biasalah tu... Dunia Fiqih memang macam ni. Ada banyak pendapat."

"Tak boleh ke fatwa Fiqih dalam dunia ni disatukan menjadi satu pendapat sahaja? Baru kita lebih bersatu."

"Sampai kiamat pun ia takkan berlaku. Lumrah manusia yang akalnya berbeza, cara pandangnya juga tak akan sama. Syukuri persamaan, usah mengutuk perbezaan. Semuanya insya Allah dalam daerah pahala."

Itu adalah beberapa dialog di antara Qani'ah dengan sahabatnya Zahira. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang aku kira menarik. Sangat tertarik!

Dan aku kira lebih baik kalau korang dapatkannya sebagai koleksi buku kesayangan korang. Novelnya nipis saja,hanya ada 154 halaman dengan harga yang berpatutan iaitu RM 17. Aku dapat murah sikit sebab beli kat PBAKL hari tu...Hehehe jadi memang sangat istimewa. Aku sayang buku ini kuat2!!!

Dan kepada adik-adik,kakak-kakak,para remaja atau dewasa semua,bolehlah mendapatkan novel terbaru karya Ustazah comel kita ni eh... Tak rugi pun beli. Ahem dan tak sabar pulak akak nak tunggu sambungan Novel Fiqh ni. :)

Aha dan satu lagi daya penarik novel fiqh ini adalah muka di atas setiap helaiannya,serius comel ok! Serius akakk tak tipu korang semua. Ehe,cakap banyak pun tak guna kan, ni akakk dah ambil gambaq sebagai bukti comel novel ni untuk tatapan adik-adik akakk yang tersayang ni. Jemput tengok eh, eh, eh? [ye,akak tau dik,susunan gambar ni agak berterabur...hehe tapi layan je la eh kan]

Oryte buat semua yang sudi membaca entri ini, terima kasih. Semoga Allah akan senantiasa merahmati hidup kalian di dunia dan akhirat.

Akhir kata, mohon persiapkan dirimu menghadapi Ramadhan yang kurang dari 60hari dari sekarang. (akak taip ini pun sekadar mengingatkan diri akakk juga...bukanlah akak nak berlagas bagus. Mohon husnuzon ye adik-adik kak Ton eh... Hehe...

Dan, jaga iman jaga solat.Semoga bermanfaat entri kali ini... ('',)

Ikhlas,
Anything About You_Niyaz Arumi
11.41 a.m
18 Mei 2013 / 8 Rejab 1434H
Saranghae










Monday, May 13, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Assalamualaikum kengkawan...

Hehehe...sihat dak?
Aku harap korang sihat la ye...

Hehe weee tajuk entri ni sgt la da lapuk...dari hari tu nak buat entri baru psl PBAKL 13,tapi asyiklah bertangguh...syabas yani,syabas! (akak ni tersangatlah bz ---poyo2---)


Ahem yang aku tahu PBAKL ni membuka tirainya pada 27April2013 hari tu (betulkan aku kalau aku salah...) dan menutup tirainya pada 4Mei2013(memandangkan tarikh 5Mei2013 tu,semua orang bz nak pergi mengundi...ye tak?)
Dan oh oh oh,tahun ini dalam sejarah,aku pergi pesta buku hari sabtu...kerana kebiasaan tetahun lepas aku tak mungkin pergi hari minggu...tahun ni pula mencemar duli turun hari minggu....pergh pergh pergh...meh aku nak buat sikit catatan perjalanan masa PbAkl hari tu...


Pagi :-

8.30- Excited bersiap...lepas subuh lagi aku dah excited merapikan diri...cewahhh...al maklumlah,nak keluar berjalan2 dengan girlfriends tersayang!

9.00- Gerak dah naik keweta...ahem bukanlan aku yang drive,adikku yang tersayang tolong hantar...btw,thank you dong saeng! kejar masa ni,janji dengan member 9.30...eh tapi masa tu depa belum naik train pun lagi...

9.15- adik aku masuk perkarangan Space U8,ahhh sudah,aku dah la lambat,dia boleh nak main singgah2,aku tanya nak pergi mana,dia kata nak beli Subway...cissss! Belum bukak lagi la cuki,awal lagi k!

9.20- wey perut aku memulas! Tolong cari tandas dengan kadar segera...pelissss2!!!

9.30- singgah kepsi...adik aku beli breakfast...dlm hati,huiii heharap lah kawan aku belum smpai...sebab time tu pun dpd msg depa kata dah naik train...

10.00- smpai ktm s.alam...tgu dalam 10minit,barulah nampak kelibat member...ina dan seha...comey gegaya depa ni...mcm budak sekola...muahaha...dan lepas tu kami pun memulakan perjalanan...aku ni excited bagai nak gila sebab nak jumpa kak Suri Ryana...ala penulis novel M.A.I.D tu...wiwiwiwi...

11.15- alhamdulillah,selamat sampai dengan berjayanya di depan PWTC...jom korang jom jom...

11.20- mak aihhhh ramai gilerrrrr! Dalam hati aku dah rasa nak pengsan... Serius ramai! Ahhh lantak,ramai tak ramai redah je...dan aku sampai hari ni tak percaya,tahun ni punya pesta buku,aku jalan2 kat GF aje,tak naik pun level lain...wuwuwu...level bawah je pun aku dah rasa kepala senget...nasib baik kawan2 aku steady...aku ni je pening lah haus la cucuk mesin atm lagi la...haha terima kasih byk2 ina,seha,sudi layan kerenah mengada aku ni...

11.30- seha dah beli satu novel,ina dah beli 2 novel masa kitorg nampak booth kaki novel...mata aku ni cari PISA je (memang itu tujuan aku pergi pesta buku kali ni...haha) eh eh tapi tak jumpaaa...ape ni? Semalam dekat fb kata dah jual,dah ramai pun beli...dan paling tak boleh velah,malam hari jumaat tu,aku siap mimpi lagi aku dah beli PiSA...mengarut vetul! (heeshhh apesal asek huruf V je yang keluar ni? gasak la,mls aku nk rewind2...heee)

11.40- ina,kalau PiSa takde,aku takde mood nak beli novel lain,serius wa cakap! Mood da swing abes... Dah la bersesak2,tapi novel yang dicari takde pulak...

11.45- novel PiSA ada jual kat POPULAr,kak Suri pun tgh ada sesi autograf skrg(ye kami tau...)..kata adik yang jaga kaunter tu...kami apelagi,bergegas la pergi...bila dah sampai,jeng jeng jeng,berderet2 nak beli...beli PISa,beli Biarlah YM Terus BErbicara...(sorry kak Hanni Ramsul,sy bukan tak nak beli novel BYTB,tetapi eh entahlah,sy smpai skrg dok fkir,apesal la sy xbeli novel tu time tu...hesh2...eh tp sy dpt salam kak Hanni n kak Suri hari tu...hehe...kak Hanni jgn risau,sy pasti beli novel BYTB itu nanti...buat koleksi...!) weee best dpt jumpa kak Suri,salam2 amek2 gmbr...kecik molek je orangnya... (",)

12.30- aku dengan seha berjaya keluar dari ruang yang terlalu sesak dengan orang...cuma ina lambat sikit,sebab beratur beli novel baru Hlovate iaitu Anthem...


Tengah Hari /Petang :-

1.00- wey haus la korang,jom cari air...berlegar2 kami...peluh tak yah cakap lah,memang hari sabtu tu panas lain macam...korang,aku nak g cucuk duit kat AtM tau...

1.10- mak datok hang...!giler panjangggg...oke,sabar je la...salah aku pun tak cucuk awal2...kesian ina n seha,kena tunggu aku...sorry korg...errr syg korg! tengkiu eh korang... (",)

1.30- alhamdulillah,berjaya gak keluarkan duit,macam2 nak beli ni,buku kakak,syukri,novel aku dan sbgnya...hehe...

1.45- kami terus mengembara,haha...mengembara la sangat ehhhh...em dari satu booth ke satu booth...sebenarnya kami takdelah beli banyak sangat buku,cumanya masa banyak habis sebab nak beratur panjang nak bayar...miahaha...

2.00- pap...zrappp...zassss...Relasi untuk syukri,Risalah Hati Raja Sehari untuk aku,Fiqh Wanita untuk kakak...orang dah pesan kita kena belikan...heheee...

2.30- korang,tak larat dah nak jalan...jom balik jom...novel dah siap beli,memang kitorg rasa nak terus smpai rumah je...

3.00- setelah 30minit tunggu adik aku ambil kami,akhirnya dapat jugak duduk dalam kereta...lega tak terkira...eh tapi tak solat,tak makan lagi...(korang jangan ikut perangai kitorg,menyesal pulak tak solat dekat PWTC dulu...)

3.45- singgah tesco shah alam...solat dan pergi makan ayam kepsi...ina teringin sangat nak makan ayam korea katanyaaaa...sambil makan sambil borak entah apa-apa je kami masa tu...muka memang dah selekeh habis,paling rare,adik aku temankan kitorg pegi tesco makan kepsi dengan memakai kain pelekat la la la la...haha...

4.30- hantar ina seha kat ktm...salam2,siyom2,lambai2...kami pun pulang...aihhh penat tak hagak ohhh...
Terime kasih syukri tolong hantar kami jenjalan...ngeh3...


--- Dan pengalaman dekat PBAKL tahun ni sangat best,macam2 perasaan aku rasa...geram happy marah suka panas peluh aihhh macam2...tahun depan kena fikir 8kali lah nak pergi hari sabtu lagi...sungguh aku serik...
Adesss aku dah takde idea nk taip ni,dah kerapu kerepek je ni...

Antara novel yang aku beli tahun ni :

Playboy itu suami aku,calon isteri jutawan,cheese,lelaki versi dia,giler kau,bukan kerana aku tak cinta,yang manis,suami tak kuhadap...(ni je mampu beli tahun ni...)
Aku dah habis baca kesemua novel2 itu...tunggu review setiap novel tu versi aku nanti k...(xjanji tapi aku cuba)

Akhir kata...terima kasih berjuta-juta kepada sesiapa yang ada baca entri dan blog aku ni...
Sebarang kesilapan dalam berbicara,aku mohon maaf...
Jaga diri baik2 k korang...
Akak nak pergi cas henpon ni,bateri sikit lagi dah nak abes...


Anything About You,
Niyaz Arumi
13Mei2013 / 3Rejab1434h
3.51PM
Saranghae...







Friday, May 10, 2013

Istikharah Cinta VS Destinasi Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Subhanallah, lama sangat rasa tak update blog...akhirnya hari ini berkesempatan dan mood sangat okay ketika berkeletak keletuk atas papan kekunci ni...hehe...

Memandangkan sebelum ini komitmen sangatlah menuntut aku supaya komited dengan apa yang aku buat sehari-hari, jadinya memang tak sempatlah nak update blog...ditambah pula dengan mood yang selalu swag! sigh! sigh! sigh!

Ahem,tajuk entri kemain lagi kan...muehehe...
Kalau ada sesiapa yang pernah terbukak blog aku ni mestilah korang tahu sebelum ni aku letak lagu abang Sparta kita tu...siapa lagi kalau bukan Jong Kook Oppa! (haihhhh ape kebenda aku minat sangat dengan dia ni pun aku xtau...ehh tp xde la aku taksub sangat keyh! biase2 je...)

Istikharah Cinta vs Destinasi Cinta , tak lain tak bukan adalah tajuk lagu...
Kedua-dua lagu ni mempunyai lirik yang tersendiri dan aku rasakan sangat istimewa...

Kalau semalam aku letak lagu Istikharah Cinta dalam blog 'kecik' aku ni...
Hari ni aku tukar letak lagu Destinasi Cinta pulak...

Cepat berubah hati betul aku ni, kan? Kan?
Haih kadang-kadang aku rasa entri aku kali ni mengarut...
Ada pulak nak letak lagu dalam blog pun boleh jadi sebuah entri?
Nonsense betul lah kau ni yani!
Hehe...korang jangan lah memarah...
Chill oke...?

Sesambil tu dengar lagu Destinasi Cinta ni...
Oho lagu ni dah lama sebenarnya, cumanya lagu ni adalah salah satu lagu nasyid fevret aku...
Istikharah Cinta pun ya!

Destinasi Cinta ni kumpulan Mestica yang nyanyi...
Lagu Istikharah Cinta pulak kumpulan Sigma yang nyanyi...

Destinasi Cinta adalah sebuah lagu yang dicipta oleh orang Malaysia... (negaraku yang terchenta!)
Manakala Istikharah Cinta pulak adalah lagu dari negara jiran iaitu Indonesia...

Apa-apapun, setiap lirik kedua-dua lagu ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri...
Agak-agak kalau tak pernah dengar lagu Istikharah Cinta, bolehlah google sendiri ye,tak pun bukak je utube tu...gerenti jumpa dan lepas tu boleh jatuh cinta...!

Untuk mencari cinta yang diredhai, bolehlah beristikharah dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan...(bukan semestinya nak bernikah je kena istikharah,dalam apa-apa jua perkara pun kita boleh beristikharah...)
Insya Allah selepas istikharah, anda akan jumpa petunjuk dari Allah... petunjuk yang bagaimana? Hanya Allah yang tahu... selalunya akan diberi melalui kata hati yang yakin dengan apa yang akal kita beritahu...

Selepas jumpa cinta dalam istikharah itu, dapatlah kita ke Destinasi Cinta yang sebenar iaitu menggapai redha dan cinta daripada Allah demi mencari syurga-Nya...

Sememangnya sebelum sampai ke Destinasi Cinta itu sendiri, kita perlu beristikharah...(maksud aku beristikharah supaya kita tak salah membuat keputusan dalam setiap perkara yang mungkin boleh menjatuhkan kita ke jalan yang gelap...) Makanya kita sentiasa memerlukan petunjuk dari Allah...

Doa aku semoga kita umat Islam akan sentiasa mempunyai satu tujuan yang sama hidup di atas muka bumi Allah ini, yang mana kita adalah sebagai Khalifah yang sentiasa mempunyai cita-cita menuju ke Destinasi Cinta yang diredhai Allah...
 Syurga atau Neraka?
Pilihan itu ada pada kita...
Kalau kita memilih menjadikan destinasi terakhir kita adalah syurga, maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli syurga, iaitu dengan Amar Makruf Nahi Mungkar...
Dan kalau kita memilih menjadiikan destinasi terakhir kita adalah neraka, maka kita akan terus hanyut dan lalai di atas muka bumi ini...
Destinasi Cinta kita sentiasa ada Allah... ('',)


" Namun ranjaunya tidak akan sunyi...
Selagi denyut nadi belum berhenti...
Durjana syaitan kan cuba menodai...
Segumpal darah yang bernama 'hati'... "

Akhir kata, terima kasih daun keladi sudi baca entri ni...
Segala apa yang aku taipkan ini kalau ada menyinggung mana-mana pihak,aku mohon maaf...
Dan dan dan...

Esok adalah 1 Rejab 1434H...
Selamat menyambut bulan Rejab, dan selepas itu bulan Sya'ban dan seterusnya Ramadhan...

Mohon sesiapa yang ada tinggal puasa pada Ramadhan tahun lepas meng'qada'kan puasa anda dengan kadar segera kerana itu adalah hutang kita kepada Allah...
Kita tak tahu bila kita mati, jadi seharusnya langsaikanlah semua hutang kita kepada Allah sebelum kita mati...

Jaga iman, jaga solat...
Semoga kita semua sentiasa di bawah redha-Nya...
Amin...




Anything About You,
Niyaz Arumi
5.53PM
10 Mei 2013 / 29 JamadilAkhir 1434h
Saranghae...
('',)

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...