Friday, October 19, 2012

Itu Bukan Saya...

Gambar Hiasan~


Seandainya cinta mampu dilihat...
Pasti setiap ruang di dunia penuh dengan cinta itu...

Adam...
Andai sempurna yang di damba...
Itu bukan saya...

Andai kecantikan yang diingini...
Itu juga bukan saya...

Hawa ini gadis biasa...
Yang tidak sempurna namun sedang berusaha mencapai piawaian kriteria gadis pilihan...

Hawa ini gadis biasa...
Yang tidak kisah andai orang lain tidak memandangnya dengan cantik...
Namun cukup sekadar yang Halal memandangnya dengan kecantikan asli...
Yang mana, kecantikannya disimpan hanya untuk insan yang bergelar suami...

Adam...
Andai kelembutan yang dicari...
Itu pun bukan saya...

Hawa ini masih gadis biasa...
Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki...
Sudilah kiranya menerima diri ini seadanya...

Hawa ini gadis yang teramat biasa...
Seluruh kelembutan hanya boleh dibiaskan di dalam hati...
Tidak pada fizikal diri...
Tidak pada tutur katanya...
Tidak pada keayuan langkahnya...
Tidak pada kelembutan pada jemarinya...

Adam...
Awak kena sentiasa sedar...

Hawa ini gadis yang sangat biasa...
Tapi biasa-biasa itu tidak bermakna dia tiada keistimewaan...

Adam...
Awak kena tahu...

Kelembutan,kecantikan dan kesempurnaan yang awak cari...
Awak takkan jumpa...
Kerana Hawa itu tidak mahu semua orang melihatnya lembut,cantik dan sempurna...
Tapi cukuplah sekadar insan yang bergelar suami yang memandangnya dengan rasa-rasa itu...

Adam...
Andai awak terlalu mengharapkan kesempurnaan,kecantikan dan kelembutan...
Itu bukan pada saya...

Kerana saya...
Hawa ini... gadis yang terlalu biasa ini...
Mencari seorang Adam yang mampu menerima ketidaksempurnaan saya...
Mencari-cari seorang Adam yang sanggup menerima kekurangan bahawa saya bukan gadis yang cantik...
Tercari-cari seorang Adam yang boleh membentuk peribadi saya dengan kelembutan...

Kekuatan,ketabahan dan kesabaran diri saya boleh awak sempurnakan dengan mendidik saya dengan kelembutan...

Adam...
Siapa kata,hanya saya yang bergelar Hawa saja yang perlu ada kelembutan?

Awak juga Adam...
Kelembutan layanan awak pada insan yang bergelar Hawa awak,akan membuatkan awak satu-satunya Adam yang paling Hawa dambakan...

Adam...
Awak jangan mencari yang terlalu sempurna,yang terlalu cantik mahupun yang terlalu lembut...
Kerana jika hawa itu sudah terlalu sempurna,cantik dan lembut...
Maka dia tak perlukan Adam untuk melengkapi hidupnya...

Sebab itu Hawa ini gadis biasa...
Gadis yang tidak sempurna...tidak cantik dan tidak lembut di mata kasar orang sekelilingnya...
Cukup sekadar anugerah yang telah Allah berikan untuknya...
Dengan menghadiahkan seorang Adam yang boleh memimpin Hawa bersamanya...

Adam...
Awak melengkapkan hidup Hawa...

Dan Hawa...
Awak juga pelengkap hidup Adam...

Kerana Allah menjadikan manusia berpasang-pasangan...
Setiap Adam, ada Hawa nya...

Ingat ya Adam...
Kalau kecantikan,keayuan,kelembutan dan kesempurnaan yang awak dambakan...
Itu bukan saya...


Spread Love::
Norzayani Binti Norhamshah (Niyaz Arumi)
4.27 PM / 19 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...