Friday, May 18, 2018

Eat. Hang Out. Friends. (Sushi Zanmai, Setia City Mall)

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera..  eceh dah macam nak baca berita je gayanya..

Hurm semakin rajin menulis blog aku sekarang ni. Haha rajinlah sangat.
Haha, rajin weh rajin.. sebab rasa banyak sangat benda nak cerita, kang kalau cerita dalam FB, ramai pulak yang cop aku makcik bawang, jadi aku ambil pendekatan cerita saja dekat blog.
Biasanya kalau aku nak bercerita aku lebih suka pilih twitter, sebab tak ramai penyibuk dalam tu.
Mind set orang yang pakai fb, pakai ig, dan pakai twitter, masing-masing adalah berbeza.
Tapi jika suruh aku buat pilihan, aku akan pilih twitter.  ~,~

Haaa kau tengok, entah apa-apa mukadimah aku dalam entry kali ni. Kah!

sejenis tak ada kerja. sebelum kejadian.


Sebenarnya aku nak share cerita dan gambar sahaja dalam entry kali ni.
Aku bersama dua ketul manusia yang aku sayangi. Cewah!
Harapnya tiada siapa yang kecamlah entry kali ni.
Pada aku, aku berkawan dengan semua orang, takda istilah aku pilih-pilih kawan.
Kebetulan aku ada masa, jadi aku letaklah bebudak dua ketul ni dalam blog aku.

Eh amende macam terasa payah nak buat ayat permulaan ni.
Oke pendek cerita macam ni, beberapa saat dan ketika yang lepas, aku, Kak Nanie and Kak Shida meluangkan masa bersama-sama, eh skema ye korang?

Aduh, oke aku dengan dua ketul kakak ni keluar makan sama-sama, konon untuk pre ramadhan gitu. And saja-saja pun nak keluar, sebab kami masing-masing jarang ada masa nak keluar sama-sama.
So, bila dah ada masa, terus proceed je.

Lokasi tempat yang dipilih ialah di Sushi Zanmai, Setia City Mall.
Sebab ada seketul kakak tu dia teringin nak makan sushi, haha aku dengan kak Nanie belasah je, sejenis bedal je apa yang ada.


hahaha muka sejenis bahagia lepas dah buat pesanan.


Haha, tapi tak boleh handle, masuk je dalam tu, dapat menu, tengok menu, tapi ada dekat 15 ke 20 minit dok pilih menu nak makan apa dan apa. Adoi. Tapi memang banyak pun kitorang makan hari tu. Teringin nak makan semua. Tapi perut takdelah besar mana, at last dah serupa ular kekenyangan. Adalah dalam 2 jam lebih kitorang dalam tu. Hauk je perangai. Huuuuuhaaaaiiii....

Aku syak pekerja dalam tu pun berangin je tengok kitorang lama sangat nak habiskan makanan. Kah!


yang kiri tu kak shida, kanan tu kak nanie.


Masa ni, makanan dah start sampai sesikit, sambil sampai atas meja tu, sambil tu aku snap gambar, sampai kak Nanie nak mengamuk dah sebab aku asyik ambil gambar. Hahaha huuuuhaiiii situ. ^-^


pening tengok makanan banyak sangat oi.


Haha, dah lah kak Nanie dah marah, lepas tu aku paksa pulak dia ambil gambar aku. Haha, lagi nak meletop gamaknya masa tu.

Yang kak Shida pulak dah teruja macam nak lompat atas almari bila tengok makanan dah sampai. Haha. Nampak tak betapa hiperbola nya ayat aku. "-"


yang ni kak Shida kot yang order. haha tak ingat weh~

yang ni aku tak ingat siapa yang order, aku kot. Aha. Highly recommended!



Tapi aku pun macam kak Shida jugak, sejenis bahagia dan teruja melihat makanan di depan mata.
Kak Nanie jugak yang watlek watpeace sana. Haha.



yang ni tak silap aku, kak Shida punya. Highly recommended!

ni pun kak Shida yang order.



Hurm, korang jangan tanya aku apa nama menu ni, siyes aku memang tak ingat apakah nama mereka semua ni. Haha. Tapi menu atas ni, kak Shida dengan Kak Nanie kata dah tak sedap sangat macam dulu.

Maybe orang yang masak tu dah berhenti kerja kut. Selalunya macam tu lah kan. Lagipun kali terakhir dorang makan kat situ dua tahun lepas. Haha.



yang ni kak Nanie yang order. Highly recommended!

ni pun kak Nanie rasenya. tak ingat pulak. huuhaiii.



Kitorang order lain-lain, tapi bila makan tu sama-sama. Kira sharing is caring concept makan hari tu. Gigih kau makan kemain banyak sana. Haha.

Gambar air, aku tak ambil. Sebab minum air green tea je.



ni kak Nanie punya. sedap bhai.



Ahaaa ni lagi satu punya perangai, makanan atas dan bawah ni walaupun kita ambil size small je, tapi sebenarnya dah kenyang sangat. Tapi dok menggatal order jugak, sebab takut tak kenyang makan sushi sahaja. Sekali bila dah sampai semua makanan, dah makan sikit itu sikit ini, tersadai la kitorang nak menghabiskan.

Itu yang aku cerita boleh sampai dua jam kitorang bertapa dalam tu. Punyalah tak nak membazir, lambat pun lambat lah asalkan makanan habis dikunyah, ditelan dan dihadam. Kah!



ni aku punya. sedap weh, highly recommended!



So, kesimpulannya dekat sini, sebelum kau nak makan sesuatu, tolonglah fikir dahulu kesan selepas kau dah makan. Sama ada berat kau meningkat, ataupun selepas makan itu kau tak mampu untuk berjalan seperti biasa. Haha, letih bhai nak habiskan semua menu.

Tapi aku pulak sejenis tak boleh tengok sushi. Bila tengok sushi, aku dah kenyang pun aku akan kata lapar balik. Tapi yang hari tu, aduh, sampai aku terasa serik nak makan sushi. Huuuu..

Dan kalau ada diantara korang nak pergi makan dekat Sushi Zanmai sana, mana-mana gambar yang aku ada buh 'Highly Recommended' tu memang sedaplah ikut tekak aku. Tekak orang lain aku tak tahu. Hhehe.

Untuk pencinta makanan seperti aku, memang aku kata 9/10 lah markah dia. Haha.

Apapun, thanks a lot kak Nanie and Kak Shida, duit korang yang banyak keluar bayar hari tu. Insya Allah, next time yani pulak k.

So lepas dah habis makan tu, kitorang jalan-jalan kejap dan ada seketul kakak telah berjaya memancing seutas jam tangan Fossil. Kehkeh siapakah dia? Teka sendiri lah sana. ~.~

Lepas tu jalan-jalan dalam Kaison sekejap, then baru balik.

Sekian, cerita yang ingin aku kongsikan.

Terima kasih atas perhatian dan kesudian untuk membaca, mohon maaf andai ada kesilapan tutur bahasa di situ.

Sampai berjumpa lagi, di masa dan entry yang akan datang.

Wasalam.



Sincerely,

Norzayani Norhamshah
18 Mei 2018 / 2 Ramadhan 1439H









Thursday, May 17, 2018

Ramadhan Kareem 1439H (Happy Fasting)



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni tulis entry pakai phone je..
Aku harap aku belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..


Aku mohon maaf seandainya ada di antara entry aku yang mungkin dah menyinggung hati korang ke apa kan.. aku harap korang semua sudi memaafkan segala kekhilafan aku..

Korang oke tak puasa? Terawih? Jangan tinggalkan perkara yang wajib tau.. solat 5 waktu tu paksi utama pada ibadah yang lain..
Contohnya korang puasa, tapi kalau tak solat, apalah ertinya puasa kita tu.. Bahkan tak sah puasa, nauzubillah..

Alhamdulillah, syukur dengan izinNya, kita semua pada saat ini dapat menjalani ibadah puasa, berjumpa lagi dengan bulan yang penuh berkah ini..





Jadi, kita kena hargai dan gunakan peluang yang Allah beri ini sebaiknya..
Sebab tahun depan belum tentu kita dapat berjumpa lagi bulan Ramadhan..

Jadi kawan-kawan, aku harap kita semua mampu untuk menjaga ibadah kita, hati kita, lisan kita, perbuatan kita, bimbang ada yang tersinggung nanti dah cacatkan pahala ibadah kita.. jaga baik-baik, betul-betul, elok-elok..


Sekian, entry pendek untuk hari ini..

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan..


Loads of Love,
Norzayani bt Norhamshah


Sunday, May 13, 2018

PRU 14 - SJK(C) KENG CHEE, PULAU KETAM, KLANG

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hai, berjumpa kembali setelah beberapa bulan tidak bersua.
(eh amenda ini seperti terlalu skema gaya bahasa?)

Last entry bulan Januari, itupun review pasal skincare.
Aku tak tau la relevan lagi ke tidak blog aku ni, sebab macam hidup segan mati tak mahu.. hihi..
Tapi, ber blog ini best sebenarnya khennn.. =)

Oke, shoot. Banyak sangat merapu pun tak bagus kan.

Sepertinya yang semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum, tarikh 9 Mei 2018, menjadi saksi kepada bermula era baharu dalam negara. #MalaysiaMemilih.
Di mana, rakyat Malaysia, tak kira tua mahupun yang muda, sanggup berpenat lelah, menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan memilih kerajaan yang kita semua rasakan mampu untuk mentadbir negara.

9 Mei 2018, ialah tarikh pilihanraya. Aku rasa tarikh ni, pasti semua rakyat Malaysia akan mengingatinya.

So, dipendekkan cerita, aku dengan beberapa orang rakan yang lain telah diberi amanah untuk menjadi petugas semasa Pilihanraya Umum ke 14.

Aku syak, penulisan aku ni macam dah skema sangat je. Hikhik. Oke, oke.. kita santai semula ok.

Memandangkan kami semua bertugas di SJK (C) KENG CHEE, PULAU KETAM, KLANG. Maka pada hari selasa (8 Mei 2018), kami semua dah kena bersiap sedia. Sebenarnya ini kali pertama untuk aku, tak pernah ada pengalaman pun sebelum ni. Aku rasa teruja dan takut jugaklah.

Yelah, gila tak takut, kang jadi apa-apa kang. Haha.

So, pagi Selasa tu, kitorang semua dah kena berkumpul dekat dewan serbaguna Pejabat Daerah Tanah Klang, sebab ada beberapa taklimat dan mandat terakhir kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) sebelum team tersebut memulakan tugasan.

Sedap weh makanan sebelum kitorang gerak pergi Pulau Ketam hari tu. Eh.. ^-^

Haha.

Okay, kitorang semua gerak pergi jeti jabatan laut pelabuhan klang lebih kurang pukul 2.30 petang. Fuhh panas litt littt bakk anggg.. Tapi demi negara yang tercinta, kami redah jugaklah. Haha.


8 Mei 2018 - Selasa


Nampak tu, panas pun kau boleh bergambar lagi. Haha.

Ok, gambar dekat atas ni sebelum kitorang gerak pergi jeti.
Sebenarnya masa tu bas dah penuh, so kitorang berhimpit macam sardin naik mpv.
Haha, awal-awal lagi dah terasa 'hurmmm lain maciam nak bertugas ni'. Tapi takpe, kita fikir baik-baik.

Dah sampai dekat jeti jabatan laut.
Masa sampai tu kan, abang driver tu, boleh pulak bergurau cakap bot bocor. Aduh, terasa sesak nafas pulak. Aku dah la tak berapa berani dengan laut-laut ni. Dengan tak pandai berenangnya, serius weh, aku bukan seorang yang pemberani. Haha.

Dah naik bot situ. Huhaiii sana.
Sebelum naik bot ni, dah siap-siap baca doa. Takut beb. Itu polis marin escort kami orang. Haha. Apa tu kami orang? Escort kitorang la. =)
Kitorang naik bot ke kapal ke amende tah namanya tu, dalam pukul 3 kot. Eh iye ke? Aduh, tak ingat la banyak makan semut huiiihuii.

Heading to pondok polis Pulau Ketam.

Ok, setelah 1 jam perjalanan, kami selamat tiba di Pulau Ketam sambil diiringi pasukan polis, sebab dah siap-siap bawa peti undi. So, bab keselamatan dekat situ, memang sangat-sangat ketat. Sampai je pulau, terus pergi pondok polis, hantar peti undi, dan ambil balik esok lebih kurang jam 6 pagi. Actually yang aku tau, team pergi pulau ketam tu ada dalam 3 buah sekolah, tapi sekolah yang aku bertugas ni macam jauh sikit, so kitorang kena naik lagi satu bot kecik. Kau hado?

Sebenarnya tak payah naik bot pun boleh, tapi jauh weh, sana mana ada kereta, takkan la kami orang nak p sewa basikal ramai-ramai kan? Mesti huru hara jalan situ. Hahaha. So, memang kita putuskan naik bot sahaja.

Fuhh, mahai pengalaman weh pergi sana.

 So, memandangkan sekolah kitorang yang team SJKC Keng Chee ni jauh, kami pun pergi check in dulu dekat Hotel Sea Lion. Penginapan semua ok ok sahaja, tapi, aku ada nak cerita satu kenangan kelakar. Haha, sat lagi k, sat lagi. Serius, kami semua takkan lupa lah kenangan yang satu tu..

Ok, lepas dah check in. Pukul 5.30, masing-masing berkumpul balik untuk rombongan team SJKC Keng Chee, kita nak melawat sekolah, dan nak prepare barang dan tempat untuk hari kejadian mengundi esok.

Perjalanan menuju ke SJK(C) Keng Chee.
Em gambar naik bot lagi satu tu, aku tak ada lah. Aduh. So, aku up gambar yang kitorang dah sampai terus lah eh. Video je aku ada, nanti lah, kalau aku rajin aku up video. Kalau k, kalau. Haha. Ok, next.



SJK (C) KENG CHEE
 Bukan nak cakap apa lah, kau tengok je sekolah ni macam ni. Macam lama-lama kan, tapi kau jangan tak tau, dalam kelas ada air-cond. Kalau tentang kebersihan tu, aku memang salute gila! Bersih kot semua kawasan sekolah. Even, tandas dia! Kagum kejap aku tengok sekolah ni, walaupun jalan-jalan atas papan, tapi best, rasa macam balik kampung. Seronok situ. =)

Abam Kamarul briefing sebelum masing-masing memulakan preparation tugas masing-masing.

Aduh, sekali lagi aku ralat. Gambar masa team aku, Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) buat kerja, settle buat kerja, aku tak snap picture pun weh. Sebab tak teringat langsung nak jadikan entry dekat blog. Aduh aduh aduh. Sayangnya lah hai.

Ada gambar ni je.

Pas kerja yang wajib dipakai semasa hari kejadian esok.

Ok, kitorang habis prepare semua dalam pukul 8 kot. Then balik ke hotel, untuk beristirehat, solat. Dan makan. Lapar. Haha.

Ahaaa, ini dia cerita dan kenangan yang kami semua takkan lupakan sampai bila-bila.
Kitorang ni, masing-masing dah penat. Lapar.
Tak sabar ni masing-masing dalam bot nak cepat sampai, nak makan Nasi Tomato (sebab dah diberitahu menu untuk makan malam).
So, kitorang excited tau. Haha.

Tapi rasa excited tu berubah menjadi 'eh eh eh apaaaa diaaaaa?'
Tepuk dahi weh.
Hanya ada Nasi Tomato dan seketul kismis.
Lauk mana lauk?
Kitorang saja sedapkan hati, mungkin lauk tertinggal kot. Berhuhu la sana.

Tapi bila diberitahu, rupanya terdapat kesilapan teknikal masa org SPR order makanan untuk malam tu. Order hanya Nasi Tomato, tidak diberitahu tentang lauk. Ok, takpe, mungkin malam tu rezeki kitorang macam tu je kot. Sabar. Ambil je nasi dengan muka redha bawak masuk bilik. Tumpang bilik Kak Nanie, sebab bilik aku dengan bilik Ina, panas, air cond tak sejuk dekat bilik kitorang. Thank u kak Nanie, bagi tumpang bilik kejap. =)

Nasi Tomato berlauk seketul kismis dan berkuahkan air Heaven&Earth. Wiwiwi.

Aku dengan Ina, bedal je makan nasi ni sampai habis. Haha, kitorang tak koser nak keluar lagi pergi cari makanan. Ada je geng lain yang pergi makan sate la, nasi lemak la, ada yang beli maggi cup lah. Nasib baik jugak ada gerai orang Islam, kalau tidak haru jugak malam tu masing-masing makan nasi je. Haha, cerita ni tak habis bahan kot dalam group whatsapp kitorang even dah habis PRU. Kenangan weh, kenangan yang paling tak boleh dilupakan.

Tipu sangat lah kan kalau kitorang cakap kitorang tak merungut, dah lah lapar, tapi jadi macam tu kan. Tapi pujuk balik hati, alhamdulillah dapat jugak makan, orang lain dekat luar sana tu, entah-entah ada dah lama tak makan. Apa jua rezeki yang Allah beri, kita patut bersyukur kan.

Pada aku, melihat kehidupan orang di sana menjadikan aku lebih bersyukur dekat kehidupan aku yang sekarang ni. Lebih bersyukur.
Diorang ni kategori orang susah jugaklah, yela, dorang hanya ada basikal ataupun motor dekat sana. Selebihnya jalan kaki. Jadi bila aku fikir balik kehidupan aku dekat sini, rasa bersyukur sangat walaupun gaji paras-paras dahi, kereta tak mewah, ada rumah tempat berteduh, jadi nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan.

Sebab itu, ada orang pernah cakap, kalau kita nak bersyukur, kita jangan lihat kelebihan yang ada pada manusia lain. Tapi lihatlah pada kekurangan manusia yang lain, kelak kita akan terlalu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita.

Eh tetiba bertazkirah pulak. Hehe. Semoga bermanfaat tulisannya.
So, malam tu, kami semua tidur dengan lena kerana esok pukul 6 pagi, masing-masing dah kena bersiap sedia nak ke SJK(C) Keng Chee.

Excited weh, hari mengundi weh!


9 Mei 2018 - Selasa (Election Day)



Morning, its me. Dah ready weh nak bertugas sana. =)
Huuuuhaiiii memandangkan baju yang diberi tiadalah pemilihan saiz, jadi kakak is sentiasa bersyukur walaupun diberi baju bersaiz XXXL situ. Ni semua budak bawah ni punya pasal. Sebenarnya aku dapat saiz XXL je. Korang tau dia cakap apa, "korang orang perempuan ni kenalah pakai baju besar-besar...." Cubaan dia nak merampas baju XXL aku, yeah dan dia berjaya lah, aku pun hambik lah baju bersaiz jubah situ. Haha. Senget lah kau Apis. (Tiba-tiba pulak aku jadi emo dengan kau masa tulis entry ni...)

Jadinya, mende la aku cerita pasal baju nih. Oke sambung cerita hari mengundi.

Gigih pagi-pagi sebelum menyambut ketibaan pengundi sekalian.
ni je gambaq paan yang ada. team Penunjuk Arah, sama dengan Phua dekat bawah ni. (thank u paan for this picture, complete dah entry akak)

Ni namanya Phua. Eh dia nampak la kita ambik gambar dia. Hhehe.


 Hurm aku rasa kan, aku dah tak nampak susunan jalan cerita aku ni. Macam kena patah balik je. Haha.

Ok. Gini, kitorang berkumpul naik bot dari hotel lebih kurang 6 pagi, dan sampai di sekolah, lebih kurang 6.40 pagi. So dalam pada tu, masing-masing prepare kerja untuk kali yang terakhir sebelum pintu pagar dibuka untuk pengundi masuk.

Dan lebih kurang pukul 7.30 kitorang dah bagi pengundi masuk, untuk mengundi. Sebab nampak dorang excited tu nak mengundi. So sebelum tu, kita selfie dulu sesama KPDP.

Kakak, i miss you kakak. Tak ingat siapa nama kakak. ^-^
Geng KPDP, aku, kakak, khafiz dan ina.
Oh sehelai orang yang nampak busy belakang tu abam Kamarul nama dia. haha.

So, lepas dah selfie, kita mulakan kerja. Kerja KPDP tak susah mana pun.
Orang datang, kita check nama melalui ic, beritahu saluran mana, dekat mana, then settle. Mudahkan? Yang susah tu mungkin kerja KP dan KTM.

Jadi semuanya sebelum memulakan tugas, ambil gambar, hahaha bukti kau kerja sana, bukan main-main situ. Dan selepas itu, masing-masing memulakan tugas dengan amanah dan bergaya. Hehe.

Senarai pengundi berdaftar yang mengundi dekat sekolah ni tak ramai, so ada 3 saluran je dekat sini. Nah, kakak payung gambar setiap saluran dengan KTM masing-masing.


team Saluran 1 

team Saluran 2
gambar dalam group, selit sinun. Haha.

Team Saluran 3

So, inilah team SJK(C) KENG CHEE, PULAU KETAM. ^-^


Oke, sudah-sudah.
Untuk pengalaman aku yang pertama ni, ok. Best. Mencabar. Haha.
Mencabar kenapa? Sebab perjalanan ke sini panjang, nak kena naik satu bot besar, satu bot kecil, kena jalan kaki nak pergi sekolah, hehe.
Tapi sepanjang hari mengundi, alhamdulillah, semuanya okay dan baik-baik je.

That kind of feeling tak dapat digambar. Tapi yang pasti pengalaman ni memang mahal dan terindah.
Best, dapat team best, lepas tu, pengundi semua pun tak ada yang marah-marah, cuma cuaca panas sikit. Itu je kot, makanan pun best gila. Sedap, aku tak jadi diet dua hari tu. Haha.

Ni lah kawasan sekolah. Nampak tak situ. Ada motor dengan basikal je. Kereta takde. Itu rare. 
 Pengalaman aku sebagai KPDP bermula dari jam 7.30 pagi, sampai 5.00 petang itu, best. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Pengalaman orang lain di tempat lain mungkin berbeza, tapi untuk pengalaman yang aku nak kongsi, ianya yang baik-baik dan manis-manis sahaja. Cukup sekadar itu. =)

Tik! Tok!

Tepat jam 5.00 petang. Kami team KPDP, siap-siap kemas apa yang patut.
Tapi 3 saluran tadi masih bertungkus lumus dengan kerja masing-masing.
Yelah, dorang nak kena kira undi lagi kan.

So, situasi dalam bilik setiap saluran tu aku tak tau. Itu kena tanya dengan orang yang ada pengalaman itulah. Kalau next time aku ada bertugas lagi, aku share lah lagi ye pengalamannya. Tapi aku rasa, tak kot. Next time, aku nak pergi mengundi. Sebab aku sakit hati ni, even ni dah 13 Mei 2018, aku masih tak dapat kertas undi aku, apa citer situ? Huhhh!

Sementara menunggu depa semua dok kira undi sana, jadi aku pun bersiar-siar di sekitar sekolah. Haha. Tapi gambar tak ambil banyak pun. Habis entry ni nanti jadi lagi panjang. =p

berdekatan pusat sumber. Rare kan sekolah ni.

hihi, titi situ. best jalan atas ni. haha.

yeayyy dah habis. aku n ina.

tengok muka bahagia orang dah habis kerja. Kak Ani~

heading to jeti pelabuhan klang.. nampak benda alah ni, fuuuu cantik la haii kalau tengok malam-malam.

bas, kakak naik kereta, di escort polis sehingga ke PDT KLANG.
iols terasa sangat VVIP malam tu. balik abam polis escort lagi. tapi kali ni, memang shoot terus.

sampai rumah dah. penat weh.

Sesampainya di rumah bukan terus tidur pun.
Sibuk dok menghadap televisyen sana, nak tau apa keputusan PRU14 ni.

At last mata berat sangat, pukul 4 pagi baru syahid sana.

Alhamdulillah.

Masing-masing pun dah tahu keputusan PRU14, ternyata ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pada hemat pemikiran aku. Sebenarnya dah bersedia untuk sebarang kemungkinan, bukan apa, aku takut menangis lagi macam masa PRU13 dulu, so kali ni, kita terima semua dengan lapang dada.

Alhamdulillah, kali ni, Allah bantu kita semua.

Tahniah!
Harapan aku, pada tampuk pimpinan yang baru ni, semoga kalian tidak khianati kepercayaan kami dengan memberi amanah kepada kalian untuk mentadbir negara. Lakukan dengan sebaiknya, sehabis baik dan seterusnya, leave it to Allah.
Dan sesungguhnya, jika bukan dengan izinNya, kita tak mampu menikmati apa yang sedang kita lalui sekarang ini.

#MalaysiaMemilih #AllahMengizinkan

Kepada pucuk pimpinan yang terdahulu, ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kini, semua yang berlaku punya hikmah di sebaliknya.

Dan kawan-kawan sekalian ingatlah, walau kita berbeza parti, kita tetap hamba Allah, punya ukhuwah yang tidak boleh diputuskan. Berbaik sangka lah dengan setiap takdir Allah. Jangan bergaduh hanya kerana politik. Jangan bermusuh hanya kerana kita berlainan idealogi.

Oh sebelum terlupa, SELAMAT HARI IBU buat semua yang sudah bergelar IBU. 


So, aku akhiri entry aku dengan lafaz terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan atas entry ini.

Sekian, wasalam.

Norzayani Norhamshah
13 Mei 2018
5.48 PM

p/s : watermark semua salah doe, mine is niyazabc123.blogspot.my is not niyazabc123.blogspot.com

ahhhh lantak situ, letih aku lah.. haha..

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...