Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Haaa, awal lagi dah nampak bahasa yang sangat skema ya. Heee~
Selamat hari Ahad, selamat hari minggu. Semoga semuanya baik-baik sahaja dalam jagaan Allah.
|
gambar ehsan google~ |
Baca doa ni jugak ya.
|
gambar ehsan google~ |
Okay, meh kita shoot terus pada content yang aku nak kongsikan dalam entry kali ni.
Sekali lagi tentang COVID-19, Movement Control Order (MCO), atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan isu yang berkaitan.
Seperti yang kita sedia maklum, pada hari Jumaat lepas bertarikh 1 Mei 2020, PM kita telah memberi utusan terbaru tentang perkara-perkara berbangkit. (Weyy, apasal aku rasa macam skema sangat entry aku kali ni... T.T huuu)
Ya shoot eh, korang, aku kita semua tahu tentang isu
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mostly ramai yang tak setuju, yang takut, yang rasa tak selamat dan sebagainya. Untuk di pihak aku jugak, yes. Risau, takut-takut apa yang kita usahakan selama ini seperti sia-sia (which is apa saja takdir yang berlaku, ia bukanlah sia-sia, dari pandangan mata kita je selalu nampak sia-sia, tapi kalau kita ambil iktibar, takdir itu adalah yang terbaik untuk kita).
|
gambar ehsan google~ |
Perasan tak kita ni, amat sedikit rasa bersyukur, tapi lebih suka mengeluh. Awal PKP ini dilaksanakan pun kita merungut, laksanakan PKPB pun kita bersungut, nak menyatakan ideologi kitalah yang terbaik. Kekdahnya camtu~ Sebabnya kita selalu rasa akal fikiran kita inilah yang terbaik dan terhebat. Haaa padahal kalau kita teliti ada hikmah yang Tuhan nak tunjuk di sebalik Covid-19 ni, wabak ni kecil je, kita tak nampak pun dengan mata kasar kita. Tapi benda kecil ni, dengan izin Allah, ia mampu melumpuhkan pergerakan seluruh dunia. Manusia dalam dunia ni selalu merasakan pemikiran dan ideologi masing-masing adalah yang terbaik, manusia sentiasa rasa dia boleh buat apa sahaja, tapi manusia selalu lupa bahawa setiap apa yang diperolehi adalah atas keizinan Allah.
Suka untuk aku kongsikan dekat sini, setiap takdir yang berlaku sekarang ini adalah yang takdir yang terbaik di sisi Tuhan. Maksud aku, contohnya kalau
PKPB ini dilaksanakan esok, dan ia berlaku atas keizinan Tuhan, percayalah bahawa ia takdir terbaik, kerana ia berlaku atas keizinan Pencipta kita. As a muslim, kita tahu rukun iman yang ke enam ialah percaya qada' dan qadar yang Allah tentukan.
Pada situasi inilah, kita kena pasakkan dalam diri kita kuat-kuat, untuk percayakan takdir Allah itulah yang terbaik. Macam susah nak terima kan? Betul tak? Tak payah tipu diri sendiri, aku tau, sebab aku pun rasa perkara yang sama. Kita kena kenal konsep takdir ni. Takdir itu adalah sesuatu rahsia, tak terduga, dan kebiasaannya ia berjalan tak seiring dengan kemahuan kita.
Suka juga untuk aku ingatkan diri aku sendiri, juga ingatkan untuk korang yang membaca ni, kita merancang, dan Allah juga merancang, tapi rancangan Allah itu adalah yang terbaik. Nak merungut banyak-banyak pun no point. Daripada merungut banyak-banyak, baik kita usaha buat yang terbaik ikut saranan kerajaan dan KKM, dan seterusnya berdoa yang baik-baik.
|
gambar ehsan google~ |
Contohnya, kalau kata, lepas laksana PKPB ni akan terjadi gelombang ketiga or kita terpaksa isytihar darurat ke (na'uzubillahi min zalik), sekali lagi aku tegaskan, seandainya ia berlaku, ia adalah yang terbaik di sisi Tuhan, sebab ia berlaku dengan keizinan dariNya.
Susah kan nak accept?
|
gambar ehsan google~ |
That's it! Itulah yang dinamakan takdir. Sesuai dengan firman Allah, Surah Al-Baqarah ayat 216,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Pada aku, sebenarnya, sekarang ni, Allah bukan sahaja sedang menguji iman dan kesabaran kita melalui wabak ini, tapi juga Allah sedang menguji semua hamba-hambaNya, macam mana untuk menerima dan berdamai dengan sesuatu takdir. Walaupun takdir yang sedang berlaku sekarang ini, bukan atas kehendak dan kemahuan hati kita.
Di sinilah cabaran paling utama kita sebagai seorang muslim. Sekali lagi, sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2,
"Patutkah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
Maknanya kat sini, kau, aku, kita, jangan sangka diri kita ni beriman sedangkan kita belum diuji. Kerana ujian/ dugaan itulah yang lebih mendekatkan kita dengan Allah. Jangan pula kita, lagi diuji, lagi jauh dengan Allah. (Na'uzubillahi min zalik)
Betul lah, kita masing-masing ada pandangan masing-masing berkenaan PKPB ni, ada yang setuju ada yang tidak. Pada aku, simple je, kita just follow the flow. Jangan pulak nanti, bila dah terjadi sesuatu perkara yang seperti apa yang kita fikirkan, mulalah kita mendabik dada dengan 'pandangan', 'ideologi pemikiran' kita. "Haaa tuuuu lah, siapa suruhh macam ni, macam tu and blaaa blaa blaa.." (Aku malas nak tulis)
Yes, pada awalnya, aku memang tak dapat nak terima kot, aku fikir macam mana kalau macam ni, macam mana kalau macam itu, kesian kat sini, kesian kat situ. Betul. Actually aku paling kesian kat Frontliners kot. Depa ni penat pun tak habis lagi, kot lah tetiba datang gelombang, tsunami baru tentang Covid-19 ni. Aku syak dorang lah yang paling kecewa dan hampa. Ya. Sekali lagi, ia adalah takdir dan bahagian takdir mereka. Sat lagi aku share macam mana nak fahamkan takdir Allah, walau sukar, kita kena usaha terima juga.
Aku kira, mesti susah pucuk pimpinan yang tertinggi nak buat keputusan. Mesti banyak perkara yang dorang dah timbal balik. Dah berbincang. Dan mereka merasakan PKPB ini adalah yang terbaik demi nak pulihkan ekonomi negara (wallahu'alam). Emm lagipun aku rasa, bukan kita je yang berdebar nak tunggu esok dan hari seterusnya, orang yang berbincang dan membuat keputusan ini lagilah berdebar. Takut tersalah, tapi dalam masa yang sama mahukan yang terbaik untuk semua. (Haaa kat sini kita boleh belajar ya, bukan senang untuk jadi pemimpin, bebanan lebih kepada mereka. Mana yang kita boleh tolong, kita tolong)
|
gambar ehsan google~ PM |
|
gambar ehsan google~ KP Kesihatan |
Aku pasti semua sedang usahakan yang terbaik untuk kita semua dan negara. Kita kalau tak mampu nak beri pertolongan, sekurang-kurangnya jangan tambahkan bebanan pada mereka. Korang risau, aku risau, mereka risau. Kita semua risau.
Jadinya, pandangan 20 sen aku, dalam tempoh PKP or PKPB ni, kita ikut sahaja saranan dan nasihat yang kerajaan dan KKM dah arahkan. Kalau tak ada hal penting, jangan keluar. Kita mulakan kehidupan norma yang baharu. Kita bertindak seperti sewaktu PKP. Jangan jadikan PKPB ini sebagai tiket untuk kita jalani kehidupan kita seperti sebelum PKP ini. Cerita sini, jangan melilau tak tentu pasal kalau tak ada urusan yang penting. Boleh kan?
Aku tak tahu lah orang lain, tapi aku ada pemikiran yang macam ni (halahhh orang Malaysia ni, waktu PKP pun dorang langgar arahan, inikan pula PKPB, alah orang Malaysia ni degil, alahh orang Malaysia ni macam ini macam gituuu..) Haha teruknya pemikiran aku dan minta maaf ya semua sebab aku bersangka buruk kat korang. Huhu. ='(
Aku tahu, kita tak boleh nak kawal semua tindak tanduk semua orang, tak boleh nak kawal orang sekeliling, tapi kita mampu dan boleh kawal diri kita. Ahhaa kenapa aku cakap macam tu? Contoh kalau kita kata, tipikal orang Malaysia ni dah berkira-kira, dah rancang masa depan nak shopping or apa-apa, yelah sebab nanti dah nak raya, baju raya, kuih raya jalan raya semua tak prepare lagi. Itulah itu, pemikiran kita kat orang sekeliling kita.
Jadinya hat tu pemikiran kita terhadap orang lain (semua kita ni tengah bersangka-sangka, dan kita sedang sangka diri kitalah yang terbaik), sebagai bukti yang kita inilah yang terbaik, kita sekat diri kita dari jadikan kita ini sebagai 'tipikal orang Malaysia'. Terpaksa korbankan perkara yang kita nak buat sangat, tapi demi menjaga kemaslahatan ummah, kita pilih untuk kekal di rumah kalau tiada urusan yang penting. Habis shopping raya macam mana?! Carilah cara lain yang lebih efektif untuk kita shopping raya. Mana boleh jimat, kita jimat. Sambut secara bersederhana je okay?
|
gambar ehsan google~ lupakan ini dahulu oke? |
Macam aku cakap tadi, kita tak mampu nak kawal orang, tapi kita mampu kawal diri kita sendiri. Kat sini lah baru berguna hashtag #kitajagakita.
Bukan sekadar hashtag je tapi tak ikut. So, kita jaga diri kita baik-baik. Doa yang baik-baik jugak. Selebihnya tawakkal, Allah mesti akan bantu berbekalkan niat baik kita ni kan. Husnuzon. ^-^
Sama ada kita bakal berdepan dengan nasib yang sama seperti Jepun dan Kanada, wallahu'alam, kita doa dan usaha semoga Tuhan lindungi negara kita dari perkara itu. Seandainya ia berlaku juga, yakini bahawa semua punya ada hikmah. Tak perlu tuding jari kepada sesiapa, bukan masanya untuk kita saling tuding jari, kita jaga kita, usahakan yang terbaik. Selebihnya kita serah pada Tuhan. Jangan lupa, kita ni ada Tuhan, yang boleh kita sandarkan dan adukan setiap masalah yang tak mampu untuk kita tangani. Jangan lupa hidup bertuhan. Ingat tu kuat-kuat!
Kalau terjadi juga perkara yang tak diingini, jangan langsung lupakan semua kebaikan yang orang pernah berikan, hanya kerana satu salah yang dilakukan. Kerana manusia selalu begitu, lupakan semua kebaikan apabila seseorang melakukan kesalahan. Kita ni suka ambil kerja Tuhan. Suka menghukum orang sesuka hati kita. =( Sudah la tu, sudah ya...
|
gambar ehsan google~ |
Aku banyak membebel kan? Apa yang aku tulis ni, bukan semua orang akan setuju. Normal lah tu kalau orang tak suka. Lagi pulak nak kaitkan dengan isu agama. Dunia akhir zaman ya begini, orang tak berapa suka sangat bila ada orang sentuh perihal agama. Akan ada gelarkan jumud la, syadid la, tak moden la, tak sofistikated la. Apooo?
Kita sangka baik lah ya, kita sangka baik dengan takdir yang Allah dah izinkan untuk kita berjalan di atasnya. Percayakan takdir yang sedang berlaku ini adalah yang terbaik. Percayakan takdir yang akan berlaku di masa depan juga adalah yang terbaik, walaupun di mata kasar kita nampak perkara itu tak 'cantik dan molek'. Ingat balik ayat dalam Surah Al-Baqarah yang aku kongsikan tadi.
Lagipun kalau kita kenal dengan takdir Allah, kita mesti boleh redha dan terima walaupun ia agak sukar. Kerana bak kata Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin,
"dunia ini untuk diurus, bukan untuk dirunsingkan." =)
Last but not least, aku ambil kesempatan ini untuk kongsi sedikit ilmu yang aku dapat daripada youtube Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin, tajuknya
"Mengenal Takdir Allah SWT"
Bagaimana nak memahami takdir Allah?
- Kerana ingin ketenangan dalam hati.
- Syurga di dunia adalah ketenangan hati.
- Neraka di dunia adalah apabila dicabut ketenangan hati.
- Segalanya akan kembali pada Allah jua.
8 Perkara yang perlu diingati supaya hidup kita lebih tenang :
- Memahami takdir (ketentuan), setiap manusia ada takdir masing-masing. Takdir kita semua tak pernah dan tak akan sama. Orang beriman diajar supaya jangan membandingkan kebahagiaan/ kesengsaraan kita dengan orang lain. Kita jangan membanding-bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain, kerana nanti kita takkan temui apa-apa kebahagiaan. Allah beri kita nikmat dan ujian, adalah semata-sata untuk menguji sama ada kita lebih dekat dengan Dia atau semakin jauh. Dua perkara yang akan buat kita dekat dengan Allah ialah apabila kita ditimpa masalah atau ujian, dan apabila kita mempunyai hajat. Kesamaan ujian ini menyempitkan hati, manakala perbezaannya pula adalah bentuk ujian tersebut. Setiap apa yang Allah jadikan itu, adalah bahagian untuk kita. Kita usaha yang terbaik.
- Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah yang terbaik yang Allah takdirkan buat kita. Terbaik buat kita adalah mengikut aturan Allah. Kerana kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita, tapi Allah Yang Maha Mengetahui. Guna pakai prinsip nombor satu, setiap orang ada takdir masing-masing dan kalau takdir itu berlaku, ia adalah yang terbaik untuk kita. Tapi, setiap apa yang kita usahakan itu, mestilah mengikut syariat yang Allah dah tentukan. Kita diberi akal fikiran untuk bezakan yang mana dosa dan pahala, baik dan buruk. Kalau kita pilih untuk melakukan dosa, lepas tu, kita kata itulah takdir yang terbaik, salah tu. Kena faham betul-betul okay?
- Kalau telah berlaku sesuatu benda/ takdir itu, diajarkan kepada kita untuk redha dan sabar. Kita kena faham apa itu redha dan sabar. Redha adalah kematangan dalam hati dan pemikiran kita untuk memahami serta meyakini (menerima) sesuatu perkara yang berlaku ada hikmah. Redha bukan pasrah yang pasif, kerana pasrah akan menghampiri putus asa. Allah suruh kita redha, nanti Dia akan tunjukkan hikmah di sebalik takdir itu. Redha ini akan melahirkan ketenangan dalam hati. Kebiasaan orang yang tak redha ni, dia akan banyak mengeluh. Sedangkan mengeluh itu takkan merubah apa-apa pun. Malah kita akan mudah marah-marah dan stress. Yang berlalu, biarkan ia berlalu. Susu yang tumpah ke tanah, tak boleh diambil semula. (Yang ini panjang sikit, aku sarankan korang tengok terus dekat youtube untuk lebih faham apa yang ustaz kongsikan.) Tapi ada satu part best yang aku nak share, apa-apa yang berlaku pada diri kita sekarang ini, sebenarnya roh kita dah pun bersetuju, punca yang menjadi tak tenang adalah sebab kita melawan diri kita sendiri, akal dan hati kita tak setuju, padahal roh kita dah setuju, lama dahulu. Sebab itulah punca kita tak tenang, sebab roh, akal dan hati tak seiring. Jadi kita kena ajar akal dan hati kita untuk sentiasa berdamai dengan takdir. Untuk kita capai ketenangan hati.
- Kita sedang berpindah dari satu takdir ke takdir yang lain. Kita perlu banyak ikhtiar dan berdoa dalam menjalani kehidupan seharian. Perkara yang dah lepas tu, biarkan. Yang perlu kita aturkan adalah usaha yang terbaik untuk masa depan kita selepas itu.
- Takdir terbahagi kepada dua, iaitu takdir Mubram dan takdir Muallaq. Takdir mubram ialah takdir yang tidak boleh diubah, contohnya urusan kematian, dan jodoh. Takdir muallaq adalah takdir yang kita boleh usaha untuk ubahnya, contohnya amanah menjaga kesihatan, mencari rezeki, mencari ilmu dan lain-lain. Contoh, takdir rezeki, Allah memang dah tentukan, tapi dalam masa yang sama kita usaha, ikhtiar sebanyaknya dan seterusnya berdoa. Kemudian Allah beri lebih lagi. Kerana yang empunya takdir itu milik Allah. Dia berhak beri pada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan semua itu adalah urusan Allah.
- Orang yang derita hidupnya, adalah orang yang inginkan sesuatu yang bukan takdirnya. Keinginan dan bangunkan ikhtiar, kemudian berdoa kepada Allah. Dan kita akan dimudahkan semua urusan hati. Tanpa rasa dengki atau iri hati dengan takdir orang lain. Kita nak yang terbaik, kita usaha yang terbaik dan doa. Kalau ia memang untuk kita, Allah tetap akan beri sama ada cepat atau lambat. Kalau tidak seperti apa yang kita inginkan, ingat semula prinsip nombor satu dan dua ya. Setiap orang ada takdir masing-masing, dan takdir yang berlaku dalam hidup kita, itu adalah yang terbaik. Yakini itu~
- Takdir yang berlaku dalam kehidupan kita, ambil iktibar, pengajaran dan cari hikmah disebaliknya. Orang yang mengambil iktibar terhadap takdir yang Allah dah tentukan, hidupnya akan berhikmah. Serta dia akan mudah memaafkan. Apa yang berlaku ambil iktibar, supaya kita dapat berkongsi iktibar dan pengajarannya dengan orang lain juga. Jangan mengeluh kerana ia hanya akan menyakitkan diri kita sendiri. Yang dah lepas, biarkan. Kerana kita akan sentiasa berpindah dari satu takdir ke takdir yang lain. Tenang sahaja ya. ^-^
- Rahsia berdoa kepada takdir. Tidak ada yang merubah takdir itu, antaranya dengan doa. Setiap doa ada rahsianya. Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, apakah penyempurna doa. Dan Rasulullah s.a.w menjawab "aamiin", mudah-mudahan diperkenankan jika disempurnakan. 3 maksud 'aamiin', pertama, istami' (dengarlah) yakni kalau kita berdoa, kita kena faham apa yang kita minta. Kedua, taqabbal (terima), yakni akui kelemahan diri dan muhasabah diri. Contohnya, "Ya Allah, aku akui aku bukanlah seorang anak yang baik, maka ajarlah aku untuk menjadi seorang anak yang baik." (kita ni jangan mudah menerima amalan kita sendiri.) Ketiga, istajib (tunaikanlah), yakni tunaikan hak doa itu. Contohnya, kita doakan supaya wabak covid-19 ini dapat diatasi. Maknanya kita sendiri kena usaha yang terbaik untuk tunaikan hak doa yang kita minta itu. Dengan cara, ikut semua SOP yang kerajaan dan KKM sediakan, jaga jarak, keluar bila perlu dan lain-lain.
|
selit sikit-sikit info, gambar ehsan google~ |
Weeee panjang naa entry aku kali ni, minta maaf kalau korang bosan.
Cukup untuk setakat ini dulu ya.
Moga ada manfaat yang dapat korang ambil pada perkongsian aku di entry kali ni. Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.
|
gambar ehsan google~ =) |
Oh ya, aku lupa nak ucap, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Didoakan semoga ramadhan kali ini lebih istimewa dan bermakna buat kita semua. Semoga Allah terima amal ibadah kita, meredhai kita seterusnya ia menjadi asbab untuk kita masuk ke Syurga kelak. Aamiin.
Sekian, wassalam.
Sincerely,
Norzayani Binti Norhamshah
11.44 AM/ Ahad
3 Mei 2020 / 10 Ramadhan 1441H