Assalamualaikum...
Selamat pagi,selamat penghulu segala hari...
Hari last utk bln november...apa rasa?cepatnya masa berlalu...tahu2 dah nak habis tahun 2012...
Jangan risau,entri ni bukan tentang jodoh atau lamaran peminangan emosi mental dan sebagainya...
Entri semalam tu mungkin ada yg terasa,buat awak (kalau ada tersinggung) mohon maaf eh...smile awak smile...(ahaa kan tambah manis tu :) *nahhh yani,kau merepek ape ni?*
#Balik semula pada tajuk yang sebenar,tujuan mengupdate blog...
Apa itu kanser?Sape tau?*angkat tangan*
#Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang.Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.#Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.Tumor ini mungkin adalah kanser.Sel2 kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
#Setiap ORANG ada sel kanser dalam badan.Sel kanser ini tidak kelihatan dalan ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
#Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas,wujud dalam pelbagai saiz dan beberapa daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam.Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.
*Bagaimana SEL KANSER membiak?
~Sel kanser akan membuat `laluan` sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain.Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limpa.Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.*Adakah KANSER boleh berulang selepas rawatan?
YA!Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat.Kadar kejadian kanser yang berulang adalah bergantung kepada jenis kanser,peringkat kanser,kekuatan badan penghidap kanser,samada rawatan yang diberikan mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kekuatan dalaman,bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik...#Itu serba sikit maklumat kanser yg aku google...yang aku tau pemakanan yg kita ambil amat memainkan peranan penting untuk kanser itu bertindak dan aktif dalam badan kita...
#Sebagai seorang islam,kita wajar menerima apa yang Allah dah tentukan untuk kita...ya,cakap lebih mudah berbanding dengan yg merasai...Pesakit kanser diminta lebih kuat semangat untuk melawan musuh2 kanser yang berada dalam badan...Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...
#Aku ada seorang makcik yang sedang menderita kanser...(sekarang Acik Zila ada kat Hospital Prince Court KL)
#Acik Zila yang aku kenal,memang kuat semangat orangnya...dlu first time dye kata ada breast cancer,aku terkejut,yela sebelum ni tengok dye ceria,kuat...sapa2 pun kalau tahu ada penyakit dalam badan of course akan rase 'down'...tp tu la,berkat sokongan ahli keluarga,acik zila kuatkan semangat...
#Kimoterapi...
~Ye,acik zila buat semua tu,tp kesan lepas buat kimo,aku pun tak sanggup nak tengok keadaan acik zila...sedih...(but depan dia,xde la tunjuk sedih...orang skeliling kena kuat untuk beri sokongan pada dia...)
~rambut gugur,badan lebam sakit2,dan kurus mmg akan terjadi pada pesakit kanser yg buat kimo..
~Yang aku tau,acik zila x buat kimo smpai habis...dia guna kaedah lain...(pada aku,keadaan acik zila lebih segar stelah memutuskan untuk tidak meneruskan kimoterapi...)
#Lepas tu,mestilah doktor menghormati keputusan acik zila,dan menetapkan garis panduan yang lain supaya kanser tu tak aktif...contohnya acik Zila memang kena jaga pemakanan dia...memang betul2 pantang lah...makanan berminyak harus dijauhkan sama sekali...
#Acik Zila cuba macam2 rawatan,dari akupuntur,amik lin zhi n so on punya ubat...(sorry,aku xigt sgt)...
#Alhamdulillah,xlama pastu doktor kate memang dah xada sel kanser dalam badan...syukur...
#Tahun ni,kanser itu menyerang kembali..."Allah,kuatkanlah semangat Acik Zila"...sesungguhnya apa yang berlaku di kemudian hari kita tak tau...kejap ada kejap takda...tapi kalau Allah dah kata 'ya',siapa kita untuk menolak?
#Kata doktor,kanser tu dah menyerang ke bahagian ovari...dan dah buat pembedahan selepas itu...alhamdulillah...everything went well...(bulan 8 kalau xsilap aku masa tu...)
#Tahun ni bulan 11,kanser datang lagi...Kali ini kanser tu merebak ke tulang...sungguh aku tak tau macam mana acik Zila menghadapinya...dan aku sangat berharap dia akan terus kuat...kami sekeluarga selalu mendoakan dia supaya cepat sembuh...
#Sejak acik Zila masuk wad ary tu,baru 3 kali aku dpt melawat dia...first jumaat malam minggu lepas,second hari selasa pagi hari tu,then malam hari rabu lepas...dalam byk hari yang aku pergi melawat tu,aku paling sedih masa hari rabu ary tu...kesian sangat,sebab time tu dia baru lepas buat rawatan radioterapi,jadi badan acik Zila masih lemah dan sakit2...
#Malam rabu tu,acik Zila tengah tidur,tapi keadaan dia serba xkena...nampak gelisah...ayah picit2 kaki acik zila,aku picit tangan dia...lama...*bila dah pegang,aku rasa xnak lepas,kalau boleh,aku nak picit je dia supaya dia boleh tidur dengan tenang...* acik zila kate,"lama dah tu yani...", aku kata, "ehhh xpe acik,yani oke je,xkesah pun...." ~dalam hati,punyalah tahan rasa,sebak,tapi xkan lah nak nangis tang tu...
#Sambung picit lagi,bahu ke tangan,tangan ke bahu,pastu kaki,betis,peha...(urmmm kurusnya acik zila,nak picit pun yani takut,takut acik sakit bila yani picit...) mmg sangat berhati2 aku picit...*dalam hati "Allah,kurangkanlah kesakitan dan derita yang ditanggung oleh acik Zila..." aku mohon supaya kesakitan tu aku dapat rasai sama2,aku tau dia sakit...aku tau dia cuba kuatkan diri dia...aku tau dia berusaha,aku tau dia redha,aku tau dia ada rasa 'down'...tapi macam mana caranya nak tolong dia?
#Acik zila orangnya sangat friendly,baik hati,sporting n mcm2 lagi...(sume mcik2 pcik2 aku best...)sebab tu syg sgt dgn diorang...aku ni nak kata rapat sangat tu xadalah,tp mmg agak rapat juga(sebab semua tu warga Ka.Ba.Re kat whatsapp),jd segala pkembangan masing2 mmg ley tau...
#Acik zila,cepat sembuh k,yani dengan semua famili yg lain sentiasa doakan acik cepat sehat,(t bley carikan jodoh lagi utk yani,hehehe,gurau je..*pdehal air mate meleleh ni...*),acik Zila kuat kan semangat,jaga pemakanan bila da keluar spital eh nanti,jgn lupa mkn ubat,kena rest banyak2,kne sentiasa jaga ksihatan,dan kena slalu igt,we all love u so much! sangat syg dengan acik,sangat2 sayang!
#Kami mungkin xdpt nak tlg acik merasai kesakitan tu same2,tapi kami slalu doa spaya Allah akan kurangkan kesakitan yang acik alami...Insya Allah,doa untuk acik xkan putus sampai bila2...
#Lafaz ni,bait kata2 ni mungkin tersimpan di sudut hati,mungkin xdpt untuk di ekspresikan secara tersurat...mungkin ada sesetengah perkara yang kita 'tak mampu' nak luah secara berdepan dan tersimpan kemas di dlm hati...yang tersirat...
#Betapa sukarnya menyusun bicara,meluahkan rasa,menuturkan sayang,kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia...Apakah yang hilang,andai dilisankan,bait penghargaan penuh kejujuran,tak mungkin terlihat,cinta yang merona,jika hanya renungan mata yang bersuara,bukan tutur kata...
#Doa untuk dia,doa untuk acik Zila supaya cepat sembuh,kuat melawan 'musuh' dalam badan...aku mohon,kwn2 yang ada baca entri ni,mohon doakan kesejahteraan acik Zila...mohon doakan dia cepat sihat juga...segala doa kalian,hanya Allah yang dapat membalasnya...
#terima kasih,terima kasih,terima kasih atas doa kalian...
*terima kasih baca entri ni,take care eh korg...wasalam...
Spread Love,
Niya Unnie_Anything About You
30 November 2012/16 Muharram 1434H
11:09AM
Saranghae
NA