Monday, September 23, 2013

Ayahku, Bestfriendku!

Bismillahi bismillah...
 
 
Assalamualaikum...
 
 
Eh kenapa sekarang rajin sangat nak mengarang entri baru?
 
Al jawab : Ala rajinlah, dulu lappy tak ada, sekarang lappy dah ada.
 
*sambil memakai kaca mata, keletak keletuk depan lappy, serta kepala pening-pening lalat, "ehhh terasa I nak buat entri pasal I punya bestfriend!"
 
 
--- the one and only, BESTFRIEND / BOYFRIEND (kawan lelaki) yang aku ada dalam donia yang fana ini.



aku memang suka menyelit antara ibu dengan ayah,kbai~
 
 
Aku ada kawan lelaki, tapi tak ramai pun. Aku lebih selesa kawan dengan orang perempuan, so kalau ada lelaki yang cop mohor kata aku ni sombong, "Sorry, I don't care." (yeah bunyi memang agak sombong, eh tapi salah ke kalau nak sombong dengan orang lelaki? )
 
Jejadinya bila aku kenal dengan seorang lelaki yang baru, so aku akan kelihatan sangat WEIRD! sangat pendiam, sangat "pemalu". Hek!!!
 
Dan apabila aku dengan ahli keluarga aku (maksudnya dengan ayah aku, abang aku, abang2 ipaq aku, dan adik aku) , seharusnya mereka selalu kata mulut aku ni tak reti nak diam! Ada je benda aku nak cakap. Haha tapi kadang ikut mood jugak. Kalau mood aku tak oke, mana ada aku nak bukak mulut. Seumpamanya dalam mulut aku ni penuh dengan gigi emas, lidah emas dan gusi emas. Kuikuikui~
 
Kenapa MY DADDY IS MY HERO? MY DADDY IS MY BESTFRIEND? MY DADDY IS MY BOYFRIEND? (ahem, sementara belum ada Husband, so I dulukan my father in everything, my dad pesan, bila dah kahwin nanti, mohon dulukan Husband dalam apa jua perkara selagi tak bercanggah dengan hukum agama.)
 
Kat sini boleh nampakkan kenapa seorang ayah itu boleh jadi bestboyfriend anak dia?
Sebab seseorang ayah itu, walau macam mana tegas pun dia, mesti anak-anak jugak yang mampu ukirkan senyuman pada wajahnya? Betul kan?
 
Aku bukanlah nak puji tinggi melangit, macam mana ayah aku itu, tapi lebih baik aku adore ayah aku dari aku adore seorang lelaki yang belum halal untuk aku adore2 kan.
 
Hey, dulu masa aku kecik-kecik, jujur cakap la, kitorang adik beradik ni sangat TIDAK rapat dengan ayah. Sebab ayah itu GARANG!!! Garang sangat...... Bila dah besar ni, semua sibuk nak jadi "anak ayah" (maksud aku nak manja-manja dengan ayah lah) haipp, bukan anak saja, menantu pun tak nak kalahhh! Nak jugak depa? Hamiklah, pinjamlah ayah kita tu... ^-^



ours~
 
 
Kalau orang tanya sejauh mana kau anggap ayah kau hero? Setinggi mana kau anggap ayah kau bestfriend? Dan setebal mana kau anggap ayah kau sebagai boyfriend?
 
Al senanglah jawapannya, aku anggap ayah aku hero, sebab dialah yang menjadi pemegang amanah dari Allah untuk menjaga aku, anak dia ni, dialah yang bertanggungjawab memberi didikan yang maha tegas sehingga aku menjadi aku yang sekarang ini, kerana dialah yang selalu buat aku rasa "ahhh ayah boleh, takkan aku tak boleh? ; ayah kuat, takkan aku tak nak kuat macam ayah?" dan lain-lainlah contohnya. That's why my daddy is my hero!
 
My ayah is my bestfriend?
Adalah kerana, bila aku rasa nak share sesuatu (contoh kita borak-borak pasal kerjalah), nak tanya pendapat yang everything (tentang agama, politik, shopping, minat, buku, masak memasak, hobi dll)  subhanallah! Ayahlah kawan yang terbaik. Daebak!!! Bila aku ada buat salah, yes dan bila ayah tegur, aku cepat sentap, but then after a few minutes, oke je balik, alah kau dengan mak bapak pun nak sentap, tak payah mengada sangatlah yani oi!!! Haaa kan?
Kadang-kadang bila kawan yang tegur kita bila kita buat salah, kita nak sentap lama kan? (kalau touching sangat tu, memang dah REMOVE dia dari FACEBOOK lah)
So, kalau awak pilih ayah awak sebagai bestfriend, awak memang akan sentap sedikit, tapi lepas tu awak akan fikir semula, dan bersedia untuk mendengar dan mengalah. Diorang lebih dulu rasa perit hidup kot. (hang nak remove ayah hang dari hidup hang? cuba buat tengok, berkat ke dak hidup hang?)
 
Ayahku boyfriend ku?
Hoyehhh, part ni memang best. Kelebihan ayah aku ialah dia pandai masak, dia pandai menjahit, dia pandai basuh baju, dia pandai buat sepahhh (ahaha, mohon ayah janganlah baca blog aku ni... :p), ayah pandai picit kepala aku kalau aku sakit (ahemm ni bukan aku je, termaktub semua keluarga, ibu, adik beradik,menantu serta cucu.) semua dok pakat suka atok picit. Eh kalau boyfriend kau seorang lelaki yang bukan ayah kau, boleh ke dia nak picit-picit kepala hang kalau hang sakit? Hang jangan dok naya nak suruh pulak, harammm.
Sungguhlah ayah ni macam boyfriend bila aku punya angin malas datang, aku nak makan, dan aku tak nak 'kotor'kan tangan, maka aku akan mintak tolong ayah aku suap aku! Heyyy yani, kau dah 25 tahun, apa pasal nak menggedik sangat?! Alah, biasa 3 suap je selalunya, ayah suap 3 kali, magic dan aku cepat kenyang! (situasi ini selalu berlaku bila tiba hari raya)



~ayah,ayah juga, dengan ibu pun wajib manja! ayah bf, ibu gf kita!~
 
 
Bukanlah niat aku nak takbur dengan apa yang aku ada, cuma aku lebih kepada nak tegaskan, ayah awaklah yang paling baik untuk di jadikan boybestfriend untuk awak (wahai seorang wanita) sekiranya masih belum berumah tangga. Kalau awak dah tiada ayah (maaf ya), awak boleh jadikan abang atau adik lelaki awak sebagai boybestfriend awak. Yang penting dia adalah mahram awak.
Jaga pergaulan dan batasan antara lelaki dan perempuan. (aku seorang pendosa, apa yang aku tulis, tak semestinya aku bersih dari dosa.) Biar kita tulis sesuatu yang bermanfaat supaya kita boleh jadikan saham akhirat selama orang membaca apa yang kita tulis itu. (selagi ianya baik dan berguna dunia akhirat)
 
Untuk menulis atau menyampaikan sesuatu yang baik memerlukan 'semangat' yang kuat, lebih-lebih lagi di dunia akhir zaman ini.
Kita menyampaikan sesuatu, orang sudah menganggap kita begini dan begitu. Na'uzubillah.
 
Mintak Allah jauhkan dari perkara yang begini. Minta Allah jagakan hati kita semua untuk terus setia kepada agama Islam, menjadi umat Rasulullah yang terbaik dan menjadi muslim/muslimah yang sentiasa dahulukan agama dalam kehidupan seharian.
Selagi pintu taubat masih terbuka, sudilah kiranya dekatkan diri kepada Allah.
Jangan apabila sudah telat masa, maka pintu neraka akan terbuka luas untuk kita. Mohon dijauhkan.
 
Andai sayang, buktikan kasih sayang. Doakan untuk kedua ibu bapa kita walau di mana kita berada.
Redha Allah terhadap diri kita, adalah bergantung kepada redha ibu bapa kita kepada kita. Wallahua'lam. Sekian, wassalam.
 
**terima kasih sudi baca entri yang serba serbi kekurangannya ini. Maaf andai ada perkataan yang mengguris hati.
 
Anything about you,
Niyaz Arumi @ Norzayani binti Norhamshah
17 Zulkaedah 1434H / 23 September 2013
22:26 PM
 
Take care :')
 
 
 


Tekanan Emosi ?!

Assalamualaikum...


"Bila masanya menjelma, kejayaan akan tiba..."

"Menempuh onak cabaran dan liku hidup yang panjang..."


Lalala...itu di atas sinun ialah lirik lagu... boleh utube ye... tajuk lagu "Bersama" yang dinyanyikan oleh kumpulan Devotees...

Ohh hura hara lagi aku nak memulakan satu ayat dalam setiap entri baru, kadang-kadang aku rasa nak hentak kepala kat dinding. Entah apa-apa!

Okeh, look...korang kalau stress apa korang buat? Menyanyi? Menari? Tidur? Jerit kat telinga orang? Marah orang tak tentu hala?

**ehh tapi jangan lupa, bila stress benda paling korang boleh rasa tenang (bagi umat Islam) sudah tentu-tentu lah solat, mengaji dan berdoa.

Selain dari tu? Apakah caranya mahu menangani stress?

Adalah normal apabila korang stress korang mudah marah, korang tiba-tiba rasa nak menangis, korang mudah sentap, dan macam-macam lagi. (Sila tambah dengan rasa hati masing-masing apabila sedang stress ya?)

Cara aku hadapi tekanan emosi...

Jeng jeng jeng... (ahhh tak payah nak jeng3 sangat la yani!)


Oke,biasa je. Aku rasa orang lain pun ada buat jugak macam aku.
Kebiasaan aku jika stress, atau dengan kata lain aku nak menghindarkan diri dari tidak mengalami tekanan emosi adalah dengan mengemas rumah!

Ehhh ala poyooo je nampaknya kan?
Tapi betul aku tak tipu, sebab bila korang mengemas rumah, korang akan sibuk buat itu dan ini, jadinya itu adalah yang terbaik supaya minda korang tak terbeban dengan perkara-perkara yang boleh menghanyutkan perasaan korang yang sedang tertekan itu.

Cuba korang buat terapi yang begitu. Aku ni kebiasaannya kurang gemar mengemas rumah kalau dalam rumah tu terlalu ramai orang, makna kata lain, penuh lah kaum keluarga dalam rumah. Situasi yang tenang untuk mengemas dalam fikiran aku ialah mengemas rumah seorang diri! Sangat awesome!

Sat ni ada orang dok kata, apa dia budak ni, hang stress p la baca quran kan, solat sunat ka, baguih tau dak. Ini entah hapa-hapa la dok mengemas rumah la, mengarut depan lappy la, menaip kat blog la. (ehh sentap aku!)

Eh takmo kata lagu tu, kalau aku stress, takkan lah pulak aku nak dok canang satu kampong, "wehhhh aku stress weeehhh, aku nak p solat ni, aku nak p ngaji niiii..." <~ ada ka gitu? dakkk kan?

Segala-gala urusan ibadah kita tu, biarlah antara kita dengan Allah saja. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, ye kan?

Hari ni buat pertama kalinya selepas aku sembuh dari "sakit" itu, aku mengemas rumah! Aduhaiii, mestilah orang dok ingat aku anak dara pemalas...Hekkk ikut suka hampa lah nak pikiaq lagu mana.
Semua settle dah, tinggal dapur je sikit lagi. Eh tapi apa motif aku ceghita dalam entri ni aku dok kemas uma? Nak promote diri kata rajin??!!! Ohhh takkkk! *Oke ini iklan ye, ini iklan*

Kesimpulannya dekat sini, setiap orang bila stress, mestilah ada pelbagai cara yang hendak dilakukan untuk menangani stress. Tekanan yang kita dapat tu kebiasaannya akan mematangkan pemikiran kita.
Aku dengan cara aku yang tersendiri tentang bagaimana nak hadapi tekanan emosi, dan korang tentulah dengan cara yang tersendiri, yang lebih baik untuk hadapi tekanan emosi.
Dan ya, cara terbaik hadapi tekanan emosi adalah dengan solat, berzikir, ataupun dengan cara membaca al-quran. Kalau boleh, apabila mengadu (berdoa) pada Allah, biarlah sungguh-sungguh, biar sampai air mata keluar. Paksa bagi air mata tu keluar, after that, insya Allah, everything went well. Biiznillah.


Ok, dah tak perlu nak merepek sangat, esok mau kerja, badan sudah teramat-amat letih untuk hari ni...akhir kata,

"Hormati orang lain, kalau anda mahu diri anda dihormati..."

Sekian pesanan penaja.

Syukran jiddan sudi baca entri ni, sebarang kesilapan mohon dimaafkan.
Take care korang!

Wassalam...


Anything about you,
Niyaz Arumi @ Norzayani binti Norhamshah
00:32AM
23 September 2013 / 17 Zulkaedah 1434H

*mood : berbahagia menunggu Jubah baru saya sampai esok atau pun lusa~


Friday, September 20, 2013

Kenangan itu...

Assalamualaikum w.b.t...

Kebiasaan apabila nak memulakan satu entri, 'kompem' ayat aku huru hara.
Tak apa, takde masalah, kita buat dia kan? Bukan dia buat kita.

Alhamdulillah hari ni kita dah masuk ke 14 Zulkaedah 1434H, haaa ingat ke tidak tarikh dalam bulan Islam ni? Aku pun kurang ingat, tapi tengok kalendar semula.

14 Zulkaedah 1434H (20 September 2013)

(rewind tarikhhh.... -----

--- 13 Rabi'ul Awwal 1434H (25 Januari 2013)

Yes, kenapa dengan tarikh ini wahai Cik NA? (hahhhh NA sangat, padahal Yani! Oke tutup iklan~)

Semalam sudah tentu-tentulah 13 Zulkaedah wahai pembaca yang budiwan budiwati sekalian (weyyy ade ke budiwan budiwati ni? bukan budiman ke? ahhh gasak... T.T)

Maknanya dah genap 8 bulan arwah makcik aku (Norkhazilah a.k.a Acik Zila) pergi bertemu Ilahi.

8 bulan yang aku rasa kehilangan. Sebab masa arwah sakit dulu, agak jarang jugak melawat dekat hospital, kerana kekangan masa dan juga perkara-perkara lain.

Dalam tempoh 8 bulan yang aku rasa kehilangan dan selalu berfikir, mati itu bila-bila pun boleh. Tak kira kau tua atau muda. Tak kira kau tengah kerja ke, kau tengah tidur ke waima kau tengah main games depan laptop pun kalau ajal kau dah sampai, memang kena jalan jugaklah. (Ajal bila sudah sampai, takkan cepat sesaat atau lambat sesaat.)

Arwah acik Zila meninggal kerana menghidap penyakit 'breast cancer'.
Jujur aku akui sangat, arwah semasa hayatnya seorang yang kuat semangat.
Permulaan arwah tahu tentang penyakitnya, memang agak sukar untuk diterima, selepas itu arwah menerima takdir yang Allah dah tentukan sedikit demi sedikit dengan redha.

Usaha?

Macam-macam usaha arwah buat, ikhtiar berubat sana sini, dari moden sehinggalah ke tradisional.
Duit memang banyak habis, tapi aku percaya setiap apa yang berlaku itu mesti ada hikmahnya.
Arwah kuat semangat, suka bagi nasihat pada anak-anak buah dia ni, suka senyum dan yang paling aku ingat tentang arwah, masa arwah berniat nak kenal-kenalkan aku dengan seseorang yang dia kenal.
Siap bagitahu pada orang tu nama penuh aku lah, bagi tahu nickname FB aku, suruh orang tu add. (acik, kita rindu... T.T)

Arwah kata, "Eh acik suka tengok dia, bila tengok dia,mesti acik teringat kat awak tau Yani."

Aku kata, "Ehehe,yelah acik tu." (sengih je la tengok whatsapp arwah masa tu.)

Dia taip lagi, "Betullah, sebab nampak korang macam ada banyak persamaan. Suka post benda-benda yang baik ala-ala Islamik gitu kat FB. Acik tak kenal dia betul-betul lagi, tapi acik tau dia baik hati. Dia peramah."

***aku bukanlah terlalu baik sangat sangat, kalau kulit bawang tu nipis, nipis lagi iman aku ni. Cumanya, aku masih sedang berusaha untuk mempebaiki kekurangan dan kelemahan diri. :)

--- Masa ini aku layan je arwah, yelah, orang cerita benda baik, takkan aku nak sangkal. Ye tak? Kena husnuzon dengan orang sekeliling, itu yang terbaik.Tiba-tiba aku tanya,

"Acik ni nak kenenkan yani dengan dia, entah-entah dia dah ada GF."

Arwah pun reply, " eh haahlah, kejap acik nak tanya dia".

(Aduhaiii acik, terus nak tanya. Harap-harap lelaki yang baik hati itu tak fikir apa-apalah.)
*Tepuk dahi aku lepas tu*

"Haaa yani, acik dah tanya. Dia takde GF".
"Ohhh..." pendekkan aku reply. (dalam hati, 'yeke? yeke? selalu orang baik ni mesti dah ada calonnya.' -kenapa entah aku tergerak cakap macam tu dalam hati ni)

Acik sambung berwhatsapp semula, "Erm tapi dia dah ada tunang..."

Tersengih-sengih aku dalam kereta masa baca whatsapp acik Zila, time tu nak drive pergi rumah yaya sekejap, nak ambil apa entah, tak ingat dah...
(haaa see tekaan hati aku tepat! tapi dalam hati ('ermm rugi pulak takde jodoh dengan lelaki yang baik hati tu.') -yelah kan, siapa nak tolak kalau dijodohkan dengan lelaki yang baik? habaq mai kat aku...-

---dan oh oh, takpe mungkin dia bukan jodoh yang tertulis untuk aku, ada beberapa kemungkinan, mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku maknanya mungkin aku sebenarnya yang tak cukup baik untuk lelaki yang baik hati itu. Dan aku percaya, Allah memang dah sediakan jodoh yang paling sesuai untuk aku. Aku pernah terbaca ada orang kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita sendiri. So, bila awak nak dapatkan pasangan yang soleh atau solehah, sila soleh atau solehah kan diri anda dulu ye? Doa dan teruskan saja berdoa agar dapat jodoh yang terbaik. Bersangka baik dengan Allah, dan Allah akan berikan awak yang terbaik. Insya Allah.

Oke kita sambung cerita, lama pulak iklan. Ades!

"Eh acik, kata dia dah ada tunang, kenapa dia nak add yani?"
Tertanya-tanya jugaklah. Dalam hati yang jahat sikit, (eh janganlah nak ada niat lain, wa tak suka oke!) sebagai contoh nak carikan 'kembar' untuk tunang dia tu...<~ oke Yani, perasan gila... -haha ini gurau je-

"Ohh alah, dia saja nak berkawanlah tu kot.Hehe."
Haaa tengok, acik Zila sangat positif, aku pulak fikir negatif. Nyah kau syaitonnn! Kita husnuzon lagi ye, nanti baru Allah sayang. :)

"Ohh okelah kalau gitu..."

Dalam hati aku terfikir, 'amenda lah aku ni nak fikir buruk, orang add bukan bermakna dia nak usha ke hape-hape kan? tolonglah Malaysia! dan tak semestinya dia nak menggatai kat hang. Dan kalau menggatai pun, hang ada pilihan kot, sama ada untuk turut sama menggatal (melayan) atau ignore saja semua.'
Alhamdulillah, dia sekadar add saja. Takda pun niat apa-apa yang tak baik. May Allah bless him, dunia akhirat, amin ya rabb.


Itulah antara kenangan yang aku tak boleh lupa tentang arwah dan aku.

Antara aku dengan arwah, kitorang ada agak banyak jugaklah persamaan. Tapi takpa kita simpan dalam hati. :)


"Hurm tapi acik suka lah kalau awak dengan dia. Kalau korang kahwin, anak korang mesti baik-baik."

Aiyokk erm acik memang suka dia sangat, dan tak habis lagi rupanya cerita itu. Dan dan tapi dengan segeralah aku berkata,

"Takpe acik, jodoh Yani dengan orang lain kot. Allah dah tentukan siapa jodoh yani. Satu je la, acik tolong doakan Yani dapat jodoh yang baik eh? Yang boleh teman ayah pergi masjid atau surau. Boleh gitu? Hehe.. "

"Acik akan selalu doakan untuk awak."

"Hehe, oke, terima kasih. Sayangggg acik ketat-ketat!"

"Sayang awak ketat-ketat jugakkk."


Erm macam itulah kira-kiranya berakhirnya perbualan whatsapp secara persendirian antara aku dengan arwah. Rindu? Yes, memang teramat rindu dengan arwah.

***(Ayat-ayatnya mungkin ada yang aku ubah sesikit, sebab conversation antara aku dengan arwah tu dah terdelete dengan sendirinya. Al maklumlah dulu guna BB, tak tau apa masalahnya terus hilang. Sob sob. Tapi jalan ceritanya masih sama saja.)


Ahhh kenangan bila datang menjengah dalam fikiran, kadang-kadang memang kita tak mampu nak elak.

Aku pernah cerita dalam entri ni Sebulan Yang Ditinggalkan tentang saat-saat terakhir dengan arwah sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kelip mata, pejam mata, bukak mata, tutup mata, pergi kerja, balik kerja, makan, minum, puasa, raya, erm sudah agak lama acik pergi. Mungkin kejap-kejap lagi turn yani pulak ke kan? Wallahua'lam... :)
Kalau jodoh itu ramai yang berkata ia rahsia Allah, mati pun rahsia Allah juga kan?


Okeh, otak dah terlalu blank untuk aku tambah dan tambah lagi isi dalam entri ni.
Tiada idea. Sebelum jadi terlalu meleret, berhenti ya?

Terima kasih jika ada yang sudi baca entri ini.

Maaf kalau ada salah dan silap. Dan sudilah memberi teguran jika ada kesilapan yang dilakukan. :)

Wassalam.

Semoga roh arwah sentiasa tenang di sana. Al-Fatihah...


Anything About You_ Niyaz Arumi,
20 September 2013 / 14 Zulkaedah 1434H
2.33PM
Saranghae~



** "acik, kalau satu hari nanti yani dah jumpa jodoh yani, yani bawak 'dia' ziarah 'rumah' acik eh...sebab kite nak kenalkan 'dia' dengan acik kite yang kite sayanggg sangat...!


















Monday, September 2, 2013

Tukar Tajuk Lagi?!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Eh terindu pulak nak buat satu entri ringkas hari ni... (erm xpe kalau xde yang baca,sekadar meluahkan apa yang terasa kat dalam hati...) --- tapi bukanlah niat untuk terlalu mengekspresikan apa yang ada dalam hati, mohon jangan salah faham...)  eh tajuk cam poyo je an? huhhhi...~

Entri pendek berkaitan jodoh...korang faham ape tentang jodoh? nikah? kahwin? cinta?
Secara amnya, orang selalu faham mestilah tentang cinta, kasih sayang dan ikatan pernikahan antara lelaki dan perempuan.

Tentang bagaimana berjumpa jodoh itu pun perlu diambil kira kisahnya.
Ada yang ingin kan kisah cinta yang begini dan begitu...semuanya inginkan kesempurnaan dalam kisah cinta mereka. Walhal, pada aku, cinta ni lebih menjerumus ke arah kebertanggungjawaban.

Sebab apa?
Sebabnya aku rasa, kadang2 ada sesetengah orang yang bercinta ni ada yang belum tahu hala tuju.
Contoh, kenapa bercinta kalau tak pernah terfikir untuk berkahwin? Buang masa kot.
Adakah kerana ikut-ikutan daripada orang sekeliling? Pada aku (bila dah dewasa sikit ni) ,tak perlu itu semua... Awak single pun awak boleh happy apa... Mana ada istilah orang takde couple ni boring. Ye memang, setiap manusia di ciptakan berpasang-pasangan, dan kita perlu mencari pasangan kita... Yeay!

Dan mencari pasangan itu perlulah berlandaskan syariat agama, apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Ye tak? Jadi kita ikut saja aliran yang ada.

Bukanlah maksud aku tak perlu mencari pasangan, perlu, tapi bukanlah untuk berlebih-lebihan dalam berkasih. (Berlebih-lebihan dalam berkawan dan berkasih ni rasanya korang lebih tahu apa maksudnya kan...) Kalau nak lebih-lebih, silakan bernikah dan berkahwin, korang dapat pahala berlipat kali ganda tau kalau nak berkasih sayang! (Ini berdasarkan pembacaan aku pada bukulah, korang boleh rujuk pada orang yang lebih berpengalaman oke?)

Dan aku rasa, perkara paling penting sekali ialah bila korang dah jumpa orang yang korang sayang, dan nak buat keputusan nak bernikah, sila sila dan silalah dapatkan RESTU daripada MAK AYAH korang...paling best kalau dapat restu dari seluruh ahli keluarga korang.

Ahem ada juga yang begini, suruh mak ayah carikan, tapi bila mak ayah dah carikan, hampa tolak lah pulak.
Reason nya apa?
Adalah kerana orang yang mereka cari tu tak sesuai dengan jiwa korang lah, kurang handsome lah,kurang cantik lah, poket nipis lah, poket tebal lah, poket koyak lah aihhh dan bermacam-macam lagi... <~ segelintir ye, bukan semua gini.

Sepatutnya bila ada yang dah suruh mak ayah ke pak cik mak cik carikan ke, korang haruslah bertanya sekian-sekian dan sekian pada orang yang akan dijodohkan dengan korang tu. Mana tau melalui cerita-cerita positif yang disampaikan oleh orang-orang terdekat itu mampu buat korang menerima si dia dengan lapang dada. Wallahualam.

Pada aku, satu je, korang mohon doa dan petunjuk daripada Allah terlebih dahulu. Itu yang terbaik!

Buat solat sunat Istikharah, (ada petunjuk yang Allah beri itu bukan melalui mimpi, tapi berdasarkan gerak hati kita.)

Contohnya, mula-mula korang akan rasa 'euwwwhhhh', tapi bila mana sebenarnya jodoh itu memang untuk korang, teruk mana korang tolak pun, korang tetap akan rasa tertarik.

Paling korang rasa happy bila korang terima pinangan atas restu mak ayah dan keluarga korang. Contoh terbesar bila famili korang excited gila nak tengok korang dengan orang tu... (ahem.. macam tu lah kira2nya.). Dan korang pun akan rasa ehhh wah wahhh bestnya dapat gembirakan ahli keluarga korang yang lain. Korang akan rasa suka plus bahagia jugak lah kot. Weee, besar tau pahala bahagiakan orang sekeliling kita... kan???


Ahemmm, tapi apa pun, selagi belum bernikah, korang bebas nak berdoa, mintak Allah pertemukan jodoh korang dengan orang yang baik, yang dapat buat korang lebih mencintai Allah dan Rasul.

Kalau korang rasa itu bila korang mencintai seseorang, pada aku, itulah jodoh yang terbaik yang Allah beri. Syaratnya ialah, silalah korang juga berusaha ke arah kebaikan. Korang takkan dapat yang soleh kalau korang tak berusaha solehahkan diri korang. Kan?

Yang penting, KEEP ON PRAYING. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik dengan Allah, maka pasti Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. Biiznillah.

Sekian.

Terima kasih pada yang sudi baca entri ni. Sebarang kesilapan mohon dimaafkan.

Segala yang baik itu sudah tentulah dari Allah,
aku sebagai manusia biasa, ye selalu saja melakukan kesilapan.
Kita doa yang baik-baik je ye untuk smua umat Islam di atas muka bumi ini.

Wassalam.


Anything About You_Niyaz Arumi
2 September 2013 / 26 Syawal 1434H
2.43 PM
Saranghae






CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...