Monday, October 28, 2013

Sharpie KU Sayang!




Bismillah,

Assalamualaikum.

Sharpie ku sayang berwarna-warni,
Saja mengumpul membuat koleksi,
Mari mari minah kumari,
Eh amenda pantun macam ini?


~ tengok-tengok. ;) hi,nama kami encik SHARPIE!


Korang pernah beli pen sharpie?


Aku baru saja berjinak-jinak mengumpul membuat koleksi,
Pergh kale dia perghhhh! Cantik plus sweet la kalau yang lembut-lembut tu.




Apakah kegunaan Sharpie ini?

- Al jejawaban nya ialah sebagai pemangkin semangat ketika korang menghasilkan kesenian yang tersemat di diri korang! (Wahh jawapannnn,ngeee)



ini contoh contengan yang aku buat, korang mestilah lagi kreatif dari aku, ye tak? ;)



- Sharpie banyak sangat warna yang menarik dan tertarik. Macam-macam ada. Kan. Sila tengok bawah. Eh korang nampak ke tak harganya?


haaa ni contoh sebelum aku mencampur adukkan semua warna~



Boleh dapatkan di mana?

- Boleh saja di dapatkan di kedai buku seperti Popular, Mph dan kedai buku yang lain aku kurang pasti.
- Selain kedai buku, boleh lah beli dekat Giant, di Aeon ada, kat Tesco pun pastilah ada juga,ye tak? (nanti korang boleh survey sendiri lah ya)


Berapakah harganya?

- Satu pack yang aku beli yang ada 6 batang pen itu berharga dalam lingkungan RM 11.40 - RM 12.00. Mula-mula aku beli dekat Kedai Buku Karangkraf di Tesco Setia Alam, harganya RM 11.40. Kali kedua aku beli di Popular Bookstore Aeon Bukit Tinggi Klang dengan harga RM 12.00. Kali ketiga aku beli di Giant Seksyen 13 Shah Alam dengan harga RM 11.99. Kalau harga sebatang pen ni aku pun kurang pasti harganya berapa. Huhu...


Kenapa aku beli?

- Sebab Dena Bahrin. Haha,itulah siapa suruh Dena promote banyak kali dalam IG beliau. Haaa kan aku sebagai followers tegar nya sudah terikut-ikut hobinya. Ngeee.
- Dan lagi sebab aku saja nak kumpul mengumpul sesuatu yang comel berwarna-warni.


~ini saja nak letak. ;)



~ ini mengada namanya.
~ conteng lagi kan.
 ~ heheeee. My name is Yani.



Oke dah cukuplah setakat itu tentang Sharpie ini.
Nah,boleh lah sila tengok gambar Sharpie KU sayang berserta apa yang aku conteng di kertas lukisan itu.
Dena itu kreatif, aku ni menconteng. Kalau nak tengok hasil kerja Dena, bolehlah visit IG Dena dengan nama DenaBahrin.



~ chantek kan? warna-warni.

Tiheee, padanlah aku jatuh chenta!
Sebab Sharpie itu menceriakan hari-hari ku. Chewahhh mengada!
Oke tengkiu korang, sudi baca entry ni.
Selamat mencari dan mencintai En.Sharpie!


Sincerely,
Niyaz Ayani
28 Oktober 2013




Thursday, October 24, 2013

Lesen Canggih!!!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Oh hai, saja nak buat satu entry malam ni. (eh tak kisah la ada orang baca ke tidak, yang penting aku nak mengabadikan ceghita aku dalam belog sesawang ni. ngeng!)

Hari ni hari apa?
Al jawabb, hari khamis, cikgu Yani! (erk cikgu Yani? takdak rupa, kbai)

Oke, ye tahu, hari ini hari Khamis, 24 hari bulan Oktober tahun 2013 bersamaan dengan 20 Dzulhijjah 1434 H. So? Kenapa dengan hari ini?

Tihee hari ini aku cuti dan aku ditemani oleh ayah untuk me 'renew' kan lesen aku yang dah mati tu.

Lepas dah hantar ibu pegi kerja selepas bersarapan, maka ayah pun membawa aku ke JPJ SHAH ALAM.

Dah sampai ke tempat yang dituju, ohh tersengih-sengih kitorang. Tak ramai orang. Insya Allah, tak lama kot urusan dekat sini. Yakin dengan Allah, yang Dia akan permudahkan urusan, ye Yani?



"Kalau tak ada gambar takpe ke dik?" Adoiii. Nanti lah sat ayah, orang sakit perut ni. Uhhh.

"Takpe, tapi bawak IC kan? Guna gambar di IC tu je nanti." Acik guard penyambut tetamu tanya kat kami.


(Ni soalan macam mana ni? Berani pulak aku nak keluar jenjalan tak bawak IC? )



"Hehe, bawak." Sengih je la bhai.

Eh wa punya perut serius sakit~

"Oke-oke, sat lagi kami datang semula. Nak pergi toilet." Ayah cepat ayah, lari lari lari. Hehehe.

Padahal aku pun sakit perut.

"Eh mana pulak tandas ni?" Jauh di hujung dunia. Yes, dah sampai pun kitorang.

Masuk lah tandas, tengok tandas pertama, ehhh 'uweekkk', chehh aku nak muntah woi!
Oke takpe, tengok tandas kedua. Ahduii, mengapa begini?????
Tak sabar woi nak tengok tandas ke tiga. Ehhh?!!!! Amende ni amende?!

Oke, terbantut hajat aku. Oi perut, ko tak payah nak sakit sangatlah. Tak mampu.


Kenapakah TANDAS DI JPJ SHAH ALAM tersangat MENDUKACITAKAN??? Atau aku dengan ayahkah yang tersalah tandas? Apa ada tandas yang lebih cantik dan molek serta bersih untuk 'tetamu-tetamu' JPJ tu?

Ah takpe, tunggu ayah bawah pokok.

Eh mana ayah ni? Lambatnya. Tahulah dapat melabur bursa saham.

 Selepas beberapa minit....


"Eh ayah dah?"

"Tandas JPJ ni, ayah bagi A B C D E F G!" Hahaha, kalau G, tentu-tentulah tahap teruk dan GAGAL.

Aku ingat amenda lah ayah dok ber ABC bagai. Rupanya nak letak rate. Ahaha lawak.

Oke, aku harap sangat, orang lain tak ada kena macam aku dengan ayah. Serius, tandas kotor gila. Wekkk wekkk. Satu je aku terfikir, tak ada ke diorang ni upah orang untuk jaga dan bersihkan tandas tu setiap hari? Ah serabut!


Dah cukup sudah, kita sambung cerita lesen baru aku ni

Tips:

Boleh baca doa ini ya, mudah-mudahan Allah bantu.

"Allahumma yassir wala tuassir" (Berkali-kali baca doa ini, terima kasih Ya Allah, permudahkan segala urusan pagi tadi. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.)






Aamiin...


Naik semula tempat untuk renew lesen tadi. 1125 itu nombor aku. Eh duduk lah, penat naik tangga.
Dok tengok sekarang ni dah nombor berapa. 1122. WOOOOWWW! Pantas ya kakitangan JPJ, I LOIKE!

Bagus.. bagus... :)


1125 Kaunter 4. Alaaaa aku baru duduk. Hehhh inilah manusia. Tadi mintak Allah bantu permudahkan urusan. Ni Allah dah bantu, tak reti nak bersyukur ke Yani???! Aamiin...aamiin...syukur. Hehe... :)


" Nombor giliran,
"Gambar ada? (Aku geleng)
"IC bawak? (Aku terus hulur IC lepas mengangguk)
"Nak renew berapa tahun?
" Setahun ..blaaa blaaa blaa.. dua tahun blaaa..blaaa blaaa...(RM75)

"Oke, dua tahun la.

Cik Puan itu bagi aku resit untuk letak di Kaunter 10.

1125 Kaunter 12.Wahhhh aku teruja. Dah siap. Aku duduk dengan ayah tak sampai 5 minit.
Aku rasa tunggu ayah keluar toilet tadi lagi lama dari renew lesen aku. Haha, kejam Yani kejam!


Haaa nak tau kenapa aku teruja dapat lesen baru?
Sebab lesen itu berwajah canggih. Macam IC lah jugak, cuma tak ada chipchip bagai. (Bukan coklat chip eh. Haaaa)

Serius korang, cantik, aku suka. Cuma gambar pada IC aku, DEMOKKK EBAMMM sangat! Hahaha, lantak ke dia. Yang penting aku dah renew lesen. So, tak apa, bukan aku menghadap hari-hari pun lesen aku. Ye tak? Kuikuikui.

Ahaaa lepas itu, kitorang pun balik.

Habis dah cerita aku.

Sebenarnya nak cerita pasal lesen memandu yang baru jeh. Haha. Canggih kan? Teruja tak?

*eh tapi kalau korang renew kat Pejabat Pos ke hapa, aku tak tau sama ada korang akan dapat LESEN canggih seperti aku atau tak. Hehehe.

Ehhh tak menahan aku bagi nama, canggih sangat! Hehe.

Oke sudah, cukup entry yang tak berapa pendek ni.

Terima kasih ya kalau ada yang sudi baca. (tapi aku rasa tak hado kot orang baca. haha.)

Apa pun, maaf kalau ada ayat-ayat atau kata-kata yang menyakitkan hati atau yang berlebih-lebihan.

Sekian, wassalam.


*** tiheheheemmm korang, aku nak share gambar hobi baru aku sekali. Hihihi. Penangan #DenaBahrin ni. Best jugak hobi Dena itu. Aku dah try, tapi tangan sakit. Tapi best berjuta lemon!

*** sorry gambar, berterabur... haaaa lesen paling canggih punya gambar, ada dekat bawahhhhhhh sekali. Kengkonon nak surprise ke orang lah, padahal malu nak tunjuk muka! Hehehe.

(ohhh hari ini keluar tanpa di temani oleh Mr Hp. Boleh gak hidup tanpa encik Hp tu. Aku nak cepat sampai terlupa 'dia' tertinggal. Dah balik rumah, baru aku capture pics ini segala.)


haaaa ni resit~

resit lagi~

hahaha ini hobi baru aku~ macam budak tadika kan?

May Allah bless us. :)

Made by me, with love. Haaa kau, dengan cinta lagi! Haha...

My Name IS YANI~

haahha lesen baru. haa tengok lah debam demok, gila, gambar IC 5 tahun lepas. Mendapat! :p



Niyaz Ayani
24 Oktober 2013
10.28 PM

Monday, October 21, 2013

Sabar Itu Indah

Bismillahi bismillah.

Assalamualaikum.

"Manusia comel bijak pandai dan bergaya, uruskan fitrah kemarahan, melalui istighfar dan kesabaran. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah."

Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, keterujaan, kecintaan, kasih sayang dan perasaan lain-lain adalah fitrah hati dan perasaan yang memang Allah kurniakan untuk kita 'mengambil' ia sebagai 'simpanan akhirat'.

Contoh : Apabila awak diuji dengan sesuatu perkara yang awak tak buat, atau mungkin awak diuji dengan sesuatu perkara yang menguji kesabaran awak. Awak boleh menangani fitrah itu dengan sabar. Jadi apabila bersabar, makanya awak dapatlah jadikan itu sebagai simpanan akhirat. Mudahkan?


Yes, mungkin ramai akan mengeluarkan fatwa hati dengan mengatakan,

"Alah, cakap senanglah. Semua orang pun boleh cakap."

"Hurm, tak kena batang hidung sendiri, mana tau perasaan orang."


*** Ini biasa. Tapi percayalah, apabila hati kita mula bertenang, kita pasti akan terfikir semula, "Lahh, kenapalah aku cakap macam tu, dugaan kan Allah beri lain-lain pada setiap seseorang." (Ini bagi yang berfikir, yang mahu perbaiki diri dan positifkan minda.)


Marah?

Aku pun pernah marah, eh tersangat tipulah kalau aku kata aku tak pernah marah.
But yes, bila teringat semula, jadi malu sendiri tau.

Bukankah peribadi seseorang itu dapat kita lihat ketika seseorang itu sedang marah, dan bagaimana dia mengawal kemarahannya.

Apabila sedang diuji dengan kemarahan ;-

i) Adakah seseorang itu akan bersabar? 

ii) Atau terus beristighfar dengan niat menyejukkan hati yang panas?[ <~ Inilah yang

    dianjurkan. Orang begini mesti diraikan sikapnya.].

iii) Atau mungkin membalas rasa marah dengan tengkingan, membaling barang? [mohon elakkan]

iv) Atau terus update dalam facebook dan twitter ataupun blog untuk menunjukkan rasa marah kita

     yang tak terhingga tu? [yang ini mohon elakkan juga]


Mana satukah kita? Seperti di atas? Atau mungkin ada tambahan lain? (Apa-apa sahaja yang positif dan negatif)



Fassobbru minal iman (Sabar itu sebahagian iman)



Fassobrun jamil (Sabar itu indah, cantik)



Innallaha ma'as sobirin (Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)




Nah, lihatlah, fikir-fikirkan. Sabar itu sebahagian iman, indah dan cantik, paling best ialah Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Subhanallah! :')


Jadi mengapa sukar menguruskan kemarahan?
Kemarahan itu untuk siapa? Perlu ke untuk di war-warkan sehingga terkadang kita akan mengaibkan orang lain tanpa sedar. Naudzubillahi min zalik.

Jangan sampai kita mendedahkan aib orang, Allah sedang jaga aib kita, Allah selalu menjaga keaiban diri kita. Mengapa dan kenapa kita memilih untuk mendedahkan aib orang?

Ya, tahu sedang marah. Sedang sakit hati. Sedang begini dan begitu sehingga hati panas membara. Tapi jangan sampai mendedahkan aib orang. Dan kita kena jaga aib diri kita sendiri. Apabila marah, sebenarnya akan menampakkan aib diri kita yang sebenar.

Orang akan memberi persepsi yang berbagai-bagai. Kita rasa kita di pihak yang betul, tapi kita pastikah semua orang akan setuju dengan kita bahawa kita di pihak yang betul? Tak. Tak akan ada semua orang yang akan membenarkan semua yang kita katakan. Jadi untuk apa kita dedahkan aib orang? Di samping aib diri kita juga terdedah tanpa kita sedari? Mintak Allah jauhkan ya.

"Dan sesungguhnya apabila kita membiarkan perasaan marah menguasai diri, maka kita juga sedang membiarkan syaitan menguasai diri kita." Syaitan bertepuk suka, kita berkepuk dosa. Mahu kah?


Jadi bagaimana?

Perasaan marah ini sukar dikawal, sangat sukar dikawal tapi boleh dikawal jika kita bijak~

Kita telah dianjurkan jika sedang marah, seharusnya basahi lidah kita dengan istighfar. Astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah. Sebutlah banyak mana, dalam pada itu, mohon doa dari Allah, supaya Allah berikan kita SABAR yang tinggi.


Yakin, Allah akan beri pertolongan kepada kita.
Andai dihati masih berdenyut-denyut sedang menahan perasaan marah, basuhlah tanganmu sebagai terapi untuk menyejukkan diri, dan lebih elok mengambil wuduk. Perasaan marah itu bukan akan hilang serta merta.

Sebaliknya, tujuan wuduk itu, kita boleh klasifikasikan sebagai bahan "penyejuk" untuk hati yang sedang panas. Ditambah pula dengan lidah yang sentiasa dibasahi dengan istighfar dan zikir-zikir lain, yakinlah hati dan perasaan kita akan beransur pulih.

Aku pernah marah.
Siapa aku yang tak pernah marah? Aku hanya manusia biasa. Allah berikan juga rasa itu.
Aku pernah lakukan 'terapi' itu. 'Terapi' yang sentiasa dianjurkan oleh ustaz ustazah ini. Hasilnya Alhamdulillah.

Dan kerana itu, wujudnya entri ini. Aku sekadar nak share sesuatu yang aku cuba, dan sebenarnya kita boleh uruskan perasaan marah itu. Kita tak akan boleh, bila kita tak yakin.
Berapa ramai manusia yang ada sikap was-was dalam diri? Mohon buangkan segera.

Sikap was-was itu tak bagus. Kita kena selalu yakin dan bersangka baik.

Bila kita sedang berusaha, pasti akan ada hasil.

Kebiasaan hasil, usaha dalam menguruskan pelbagai fitrah hati, Allah pasti bantu. Allah pasti bantu. Hasilnya adalah positif. Ingat ya. Jangan risau. Andai kata selepas reda perasaan marah, adalah kebiasaan kita akan teringat-ingat dan sedih. Terkilan pun ada sikit berbekas-bekas.

Tak apa. Anggap itu ujian kecil untuk kita.
Kalau kita perasan, sebenarnya tiap-tiap hari pun Allah sedang menguji kita.
Ujian yang Dia beri itu, bukan semestinya yang besar-besar dan yang kita dapat lihat saja.

Ujian hati adalah ujian kecil daripada Allah untuk kita, yang Dia akan beri setiap hari.

Sebab pada pandangan aku, setiap hari sudah tentu kita akan berfikir melalui akal fikiran, dengan bantuan hati. Bayangkan ya, setiap hari kita akan berdepan dengan sesuatu perkara, yang kita suka dan yang kita tak suka. So, apabila ia melibatkan suka dengan tak suka, mesti ia mempengaruhi hati kita dan juga akal kita.

Jadi itu kita boleh anggap sebagai ujian, tentang bagaimana kita mengurus fitrah, seterusnya mengambil impak yang baik, belajar dari kesilapan terdahulu.

Ujian yang Allah beri, sangat luas konsep dan maknanya.
Terpulang pada akal dan hati kita, bagaimana untuk mentafsirkan.


 "Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).


" Kalau lelaki, pasangannya wanita.

Kalau siang, pasangannya malam.

Kalau bulan, pasangannya bintang.

Kalau bunga, pasangannya kumbang.

Kalau cinta, pasangannya rindu.

Kalau marah, pasangannya sudah pastilah kesabaran.  "


Kesimpulannya, sifat marah itu kita boleh atasi. Lakukan dengan kesabaran yang tinggi, walau sesukar mana, walau hati kita sedang berdenyut dengan kelajuan yang paling tinggi di saat mengawal kemarahan,kena sabar jugak. Kerana sesungguhnya, apabila kita berjaya mengatasi perasaan marah itu dengan sikap sabar, Allah pasti akan memberikan imbuhan kepada kita, sama ada di dunia, mahupun di akhirat.

Bersabar ketika marah itu satu perjuangan!
Jangan marah tak tentu hala, sebaliknya marahlah pada tempat yang betul, contohnya jika ada yang mempersendakan agama Islam. Bukan marah kerana orang dapat begini dan begitu, tak beri begini dan begitu. Wallahua'lam.

Terima kasih sudi baca entri ini. Segala kesilapan dan kesalahan dalam berbicara, mohon dimaafkan.

Akhir kata, Selamat Berjuang! Jazaakumullah khairan katsiran.



Niyaz Ayani,
21 Oktober 2013 / 16 Dzulhijjah 1434H
~NA~

Wednesday, October 16, 2013

La Tahzan, Allah Bersama Kita.

gambar sekadar hiasan~



Jangan Bersedih,
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
 

Jangan Bersedih,
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia
 

Jangan Bersedih,
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
 

Jangan Bersedih,
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
 

Jangan Bersedih,
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
 

Jangan Bersedih,
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi
 

Jangan Bersedih,
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
 

Jangan Bersedih,
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
 

Jangan Bersedih,
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu
 

Jangan Bersedih,
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi





 

 
sumber ihsan encik Google~




Sahabat2 kesayangan,
 


"Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah..."


 Kita bertanya : Kenapa aku diuji?
 Al-Quran menjawab :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
 




✿ Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
♥ Al-Quran menjawab : 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216
 




✿ Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
♥ Al-Quran menjawab :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqara ayat 286

 Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?
 Al-Quran menjawab :

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139
 




✿ Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

 Al-Quran menjawab :


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200
 
 

✿ Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?
♥ Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45
 




✿ Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
♥ Al-Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129
 




✿ Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?
 Al-Quran menjawab :
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 12

✿ Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?
 Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111
 
 
*** sumber perkongsian dari NurhudaAraby, syukran jiddan.
 
 
~La Tahzan Innallaha Ma’ana ” Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita”
 
 



ihsan, Google~


Friday, October 11, 2013

10 Wasiat Rasulullah Buat Kaum Hawa

Bismillahi bismillah...

10 Wasiat Rasulullah kepada anaknya


Ada 10 wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kabaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan taraf wanita itu.

2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikannya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fatimah, tiadalah seseorang yang meminyaki rambut anak-anaknya, lalu menyisirnya dan menyuci pakaiannya, melainkan Allah menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah jiran yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum dari telaga Kauthar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan tadi adalah redha suami kepada isterinya. Andaikata suamimu tidak redha padamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, malaikat akan memohon ampun baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala berjuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak membawa dosa sedikitpun. Di dalam kubur akanmendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala mengerjakan seribu haji dan umrah, dan seribu malaikat memohon ampun baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fatimah, tiadalah isteri yang melayan suaminya sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan padanya pakaian di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan setiap rambut ditubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberi kepanya pahala seratus kali haji dan umrah.

8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang.

10. Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia. Jadikanlah dirimu wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah tiang negeri ini.


Sumber dari www.melurhasanah.com

*** Semoga bermanfaat untuk kita. Bersyukurlah wahai wanita. Moga Allah sentiasa memandang kita dengan rahmat kasih sayang-Nya. Semoga kita sentiasa berusaha memenuhi wasiat yang Rasulullah tinggalkan buat seluruh kaum hawa. :)

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali

 

Sabda Rasulullah SAW :

Wahai Ali !

1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.

2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.

3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata :  Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.

4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.

5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta  ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

6) Wahai Ali !
Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.
Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannya
Tiada iman bagi orang yang tidak ada wara'nya
Tiada ibadah bagi orang yang tidak ada ilmunya
Tiada perikemanusiaan bagi orang yang tidak ada sedeqahnya
Tiada keamanan bagi orang yang tidak ada rahsianya
Tiada taubat bagi orang yang tidak ada taufik baginya
Tiada kemurahan hati bagi orang yang tidak ada malunya

7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.

8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.

9) Wahai Ali !
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu :

1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat,
2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama
3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia

10) Wahai Ali !
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu :

1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat
2) menanggung kekasaran orang
3) sabar atas segala kesusahan

11) Wahai Ali !
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu :

1) berkata benar
2) menjauhkan yang haram
3) merendah diri

12) Wahai Ali !
Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu :

1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk
2) menjauhi kawan yang jahat
3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram

13) Wahai Ali !
Kebenaran  itu ada tiga tanda iaitu :

1) sembunyikan ibadah
2) sembunyikan sedeqah
3) sembunyikan musibah

14) Wahai Ali !
Orang yang 'abid  itu ada tiga tanda iaitu :

1) benci kepada nafsunya 
2) sentiasa menghisabkan nafsunya
3) memanjangkan berdiri mengadap Allah

15) Wahai Ali !
Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu :

1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh
2) memperbaiki agamanya dengan amal
3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya

16) Wahai Ali !
Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu :

1) makanan yang halal
2) duduk bersama ulama'
3) solat fardhu berjemaah

17) Wahai Ali !
Orang yang mukmin  itu ada tiga tanda iaitu :

1) segera dalam taat kepada Allah
2) menjauhkan segala yang haram
3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya

18) Wahai Ali !
Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu :
1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu
2) mengeluarkan zakat
3) suka bersedeqah

19) Wahai Ali !
Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu :

1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)
2) memberi orang yang menegahnya
3) memaaf orang yang menzaliminya

20) Wahai Ali !
Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu :

1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah
2) sabar menghadapi musibah
3) sabar menerima qadha Allah

21) Wahai Ali !
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu :

1) menjauhkan yang haram
2) menuntut ilmu
3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.

22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukan : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.

23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :

1) solat fardhu berjemaah
2) menghadiri majlis ulama'
3) menziarah orang sakit
4) memberi minuman
5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan
6) memuliakan jiran 
7) memuliakan anak yatim

Sumber : http://teladan98.tripod.com/teladan152.htm

*** Semoga bermanfaat buat kita semua. Amin.

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...