Thursday, October 30, 2014

RAQIB MAJID

" Haaa siapa? Raqib Majid?


Siapakah dia?
Ahli majistret kah? Peguam cara kah? Doktor gigi kah? atau Ahli perniagaan kah?

Ternganga mulut Sabaritu mendengar pekikan suara Nyonyi Mansir.
Matanya terkedip-kedip. Terkejut bukan kepalang.


Apa dia ??!!!!

AHLI MUSIC !!!! "

(* eh mak ni, bila masa Sabaritu ada bercakap, diam je haih dari tadi. Monolog Sabaritu dalam hati. isy isy isy, banyak sangat menengok drama sinetron maknya itu.)


Bagaikan terdengar butiran kata dalam hati Sabaritu, maka Nyonyi Mansir berkata lagi,

" Tidak, aku tidak setuju!!! Putuskan hubungan kau dengan dia, Sabaritu!!"

" Tapi mak, dia adalah AHLI NASYID !!!
Pandai juga mengaji, kerana itu Sabaritu 'terpikat'. " 

(* eh si Sabaritu ni, semenjak 'berkawan' dengan si budak Raqib Majid, pandai pulak dia menjawab. Ciskek blueberrry betul! )

" Tolonglah fahami hati Sabaritu ini mak, janganlah 'pisahkan' kami. "

(Meleleh air mata Sabaritu kerana menguap, bukan sedih. Yelah, dah tengah malam kot. Maknya ini tidak mengantuk kah? Pelik bin ajaib sungguh.)

" Tidak, aku tak benarkan kamu berdua berhubungan lagi.
Putuskan hubungan kamu sekarang Sabaritu, sebelum mak bagi semua harta mak kepada si budak Ahmad al kebab. "

(*ehh dah makin merepek mak aku ni. Ni mesti kes baca buku tu sampai aku kena heret dalam ini cerita.)

" Maafkan Sabaritu mak. Mak berilah harta mak itu kepada budak Ahmad al kebab itu. Sabaritu mahu masuk tidur. "

" Putuskan hubungan kamu dengan RAQIB MAJID ! "

" Wowww ! Kuat benar suara Nyonyi Mansir malam ini. "

" Tidak mak, maafkan Sabaritu. Janganlah hanya kerana Sabaritu mempunyai hubungan yang erat dengan album RAQIB MAJID itu, makanya mak menentang. Sabaritu bukannya mahu bernikah sama dia. Emak ini banyak menonton filem P. RAMLEE barangkali. "

Panjang lebar Sabaritu menerangkan kepada Nyonyi Mansir. Sungguh lah aih tak logik.

Aku disuruh putuskan hubungan dengan Raqib Majid? Tidak masuk akal sungguh. 

Ehh tapi memanglah sejak dapat album Raqib Majid itu, dibawa CD itu ke hulu hilir, ke mana kaki melangkah. Dah memang macam bercinta gaya budak Sabaritu itu, sehingga Nyonyi Mansir naik magraine !

Masak di dapur, di pasang album itu.
Mahu membasuh baju, di ulang lagi lagu-lagu itu.
Mahu menyidai baju, di heret mendengar lagu itu lagi.

Padanlah Nyonyi Mansir meroyan. Kerana sudah tidak larat melayan kerenah si Sabaritu yang asyiklah berkepit dengan si budak Raqib Majid ini.

Eh sabar aje lah !!!


~ Sekian. Tamat . Dah habis...~





Assalamualaikum.

Bukan main intro entry ni.
Melampau betul.
Paksa orang baca cerita dongeng sekejap.

Adakah awak semua kenal dengan Raqib Majid?

Kalau tanya saya, saya kenal dia melalui lagu Bintang Syurga , berduet dengan kumpulan nasyid UNIC. 

Hanya tahu dia sebagai Raqib Majid. Bukan Raqib AF9. Dah google baru tahu.
Heee, maaf, akak dah lama tak layan AF.

Oke, kalau tak kenal lagi. Boleh google lagi lah ye.


Album ini agak susah untuk di dapati. (Berdasarkan pengalaman saya, dah macam-macam tempat saya cari, tak jumpa. At last beli online ! Jauh dari Kelantan belinya. Heeee)

Album Luahan Rasa ini adalah album sulung saudara Raqib Majid.
Memuatkan 8 buah lagu. (Semua lagu fevret hakak tau dik !)






Kulluman
Kembali
Luahan Rasa (Akustik)
Mungkinkah
Bintang Syurga (feat UNIC)
Hanya Dia
Luahan Rasa
Bintang Syurga (minus one)


Kalau nak cari album ini, awak bolehlah beli di kedai nasyid online . Dengan harga RM 21.90.
Tapi hari tu, saya beli, inclusive shipping, RM 26 only.

Tapi kalau nak cari kat kedai CD, saya tak tahu nak suggest kat mana. 
Sebab saya cari 3 minggu sebelum beli online. 
Memang hampeh. Tak jumpa. Mungkin kurang promotion kot.
Sebab itu tak ramai tahu kot.


Macam mana saya tahu?
Hee dengor radio IKIM. Terpikat dengan lagu "HANYA DIA"

Terus meroyan nak cari.
Buat halwa telinga saya, album ini dah cukup sempurna.
Semua lagu pun best.

Lagu Kulluman tu, kalau dah ikut menyanyi, rasa macam nak berqasidah pulak.
Memang best dan suka sangat. Gembira.


Punya lah nak kata gembira yang amat, masa dapat je album ni semalam, tersengih-sengih macam baru dapat duit lapan puluh juta ! Haha. 

Temanya kat sini.
Saya takdelah rasa rugi beli album ni.
Em lagipun sebelum beli ni, saya dah dengar promo album ni dekat youtube.
Dan dah jadi takdir, dengar, suka, wujud rasa nak beli. Nak beli, tapi susah nak jumpa.
Dah jumpa, subhanallah. Alhamdulillah.




Terima kasih, atas perhatian.
Mohon maaf atas kekurangan.



~ Norzayani binti Norhamshah ~


Monday, October 27, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Erm tengok tajuk 'hentry' je dah teruja.
Siapa yang teruja? Saya je...

Hhaha, haruslah teruja.
Memandangkan sekarang ini adalah fenomena, gelombang jeruk mangga asam boi, makanya dengan rasa gembira dan teruja bertimpa-timpa, saya pun menerai la resepi termudah di dunia ini.

Hahaha... (eh kau dah kenapa yani dari tadi asyik gelak?)

Heee, tak kira, walaupun korang semua dah tahu nak buat,
saya nak share jugak dalam blog ni.

Aduhai, nampak benau tak mo kalah. Ciskek betul~

Orait, nah ini bahan yang awak semua dah sedia maklum. Tapi saya punya lain sikit.
Apa yang lain? Sila scroll ....







haha eh saya bukan guna mangga yang dah masak tau. Haaa gasaklah warnanya camne, asalkan kubahagia. (haaa tu pasal tadi saya kata, saya punye versi ni lain sikit...)






















Bahan-bahan :

1) Cik mangga menawan

2) Encik cili hapi berapi

3) Puan sri gula manis

4) Tan sri garam masin

5) Dato' paduka asam boi


*kuantiti bahan kesemuanya adalah ikut kesukaan hati korang semua ye. 


Lihat, lihat... nama saja di komersialkan. 
Heee al maklumlah, orang tengah bersenang hati buat entry. Haha.


Cara-cara :

1) Pertama sekali, kupaslah kulit mangga korang tu. Lepas tu potong la ikut kesedapan tekak kamu.

2) Selepas itu, bolehlah masukkan cili hapi yang sudah dipotong, kalau suka pedas pun boleh lebihkan, letak gula lebihkan sikit baru sedap, garam secoet, dan asam boi.

3) Langkah terakhir, gaul rata semua bahan. 

(Macam saya, malam tadi buat, letak dalam bekas eskrem warna biru tu, dah campur semua bahan, kita goncang dia. Idak lah teman nak guna sudu nak gaul bagai. Lambat sangat. Ngeh3.)

Then rasalah, oke ke tidak. Bila korang rasa sedap maka korang akan tersangat teruja untuk buat lapan kali !!! Kenapa lapan kali? Entoh, kita taip je ikut tarian jari ni. Hahaha...


Lepas dah habis goncang dalam bekas eskrem, maka saya pun telah mengurung dorang semua ni dalam peti sejuk selama semalam. Dan pagi tadi bawak untuk kawan-kawan kat hopis.


Oke sekian dah entry hari ini.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan.



Sekian, wassalam.


Norzayani binti Norhamshah


Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum cucu-cucu opah yang opah sayangi sekalian. =) (Jadi opah kejap)

Semoga kalian semua berada di bawah lembayung kasih sayang Allah.

Cucu-cucu opah yang baik hati lagi menawan, alhamdulillah, hari ini sudah 29 Zulhijjah, makanya?

Makanya cucu-cucu tersayang, besok kita dah masuk ke dalam tahun baru hijriah. Iaitu 1 Muharram bersamaan 1436H. (Sebenarnya lepas maghrib kejap lagi dah dikira 1 Muharram 1436H)


gadis ni bukan opah tau.  =)


Apa? Cucu opah tak tahu pun? Banyak main-main ye? Nanti opah rotan sensorang! (Garang sat)


Cucu sayang, dah sediakan azam tahun baru ke?
Ataupun cucu ni masih mahu berada di 'takuk' lama? Cer habaq mai kat opah sikit.
(Opah dah ada, tapi takpelah, biar Allah je yang tahu...hehe...)


Apakah pengertian Maal Hijrah ini pada cucu-cucu opah sekalian?
Adakah ia hanya sekadar satu peristiwa yang kita raikan setiap tahun? Ataukah di sebalik peristiwa besar melalui penghijrahan Nabi Muhammad kita yang tersayang, kita belajar tentang sesuatu? Sesuatu yang bermanfaat. Yang boleh kita jadikan panduan untuk generasi akan datang.


Cucu-cucu sayang, 

Lihatlah betapa dunia ini sudah terlalu tenat untuk menerima diri kita yang jahil ini.
Seakan dunia ini sudah memberat dengan kejahilan-kejahilan yang kita lakukan.

Opah akui, tersangat opah akui, bahawa masalah sosial di kalangan anak-anak mahupun cucu-cucu opah semakin 'nazak'. Opah tahu bukan semua, tapi opah percaya ada sebilangan besar. Kalau tidak, mana mungkin opah melihat sesuatu yang tidak wajar pada pandangan kita sebagai seorang manusia yang punya pegangan agama.

(Opah bukanlah orang yang mahu menghukum sesiapa, sedang diri opah sendiri banyak juga dosanya. Opah percaya, di kalangan kalian sebenarnya, ada yang berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Cumanya, kalian sentiasa dibayangi tentang persepsi orang apabila kalian berhijrah kepada yang lebih baik. Jangan gitu, kerana kita semua sentiasa diberi hak istimewa untuk berubah.)


Cucu-cucu sayang,

Janganlah sampai kita dah tak ada waktu untuk berhijrah (berubah), kerana waktu itu sentiasa mengejar kita. Semakin banyak waktu yang kita lalui, semakin suntuk masa kita di dunia ini. (Entah lah cu, mungkin kerana opah ni dah tua. Itu pasal opah asyik nak mention je pasal mati...)

Cucu tahu tak? Kadang-kadang opah ni pun pelik dengan diri opah, opah takut mati, tapi yang al pelik lagi musykil, opah ni 'rajin' sangat buat dosa. Macam tak takut mati langsung! Huhu... T.T

Dan,

Cucu, suka untuk opah ingatkan, janganlah tinggalkan solat kerana solat itu tiang agama.
Opah tahu ayat tu kedengaran agak cliche, namun begitu, itulah fakta.
Fakta yang sering kita lupakan dan sengaja melupakan.

Serta itulah fakta dosa besar yang tak ditakuti!!!


Cucu ku sayang, lagi satu opah mohon,

Sudilah kiranya kalian menutup aib saudara-saudara kalian sebagaimana Allah sudi menutup aib-aib kita di bumi ini.

Jangan sampai aib kita ini Allah pertontonkan di depan semua makhluk di akhirat kelak.


Malulah.

Apa tak malu?!!! Cucu tak malu?  Nauzubillah. Jangan gitu cu, opah sentiasa doakan cucu-cucu opah semua akan 'membesar' menjadi seorang yang soleh, yang solehah. Barulah kita semua boleh jadi geng bas sekolah. Kata nak masuk syurga sama-sama kan? Opah pun nak gak masuk syurga. T.T

Haaa jap, opah nak upload gambaq sat,

haa cantik kan...

Kalau cucu nak tahu, syurga itu lebih cantik dari pemandangan dalam gambar ni.
Opah pun tak tahu macam mana nak gambarkan cantik dan indahnya syurga itu, akal opah ni terbatas.

Tapi kalau cucu-cucu sekalian rajin baca Al-Quran, Allah suka beritahu kita semua (berulang kali), bahawa syurga itu cantik dan indah sangat.

Kalau di dunia ini sudah cantik begini, pastilah syurga di akhirat kelak, cantiknya berpuluh juta bilion kali indahnya.

So, dah tengok yang cantik-cantik cemni, takkan lah hati tu tak ada terdetik walau sezarah pun nak simpan hasrat nak masuk syurga. Ye tak?
Kalau takde, hang gilalah opah nak kata.. !


Cucu opah sayang, opah akui di atas kesedaran yang teramat kuranglah, maka terjadinya 'masalah-masalah' di dalam kehidupan seperti hari ini. Punca terbesar kerana kita jauh dari Allah.

Kesedaran harus bermula dalam diri sendiri.
Ingat, kita tak akan pernah mampu mengubah orang lain.

Tapi sebaliknya kita boleh mengubah diri kita sendiri, berbantukan akal fikiran yang Allah bekalkan.

Jangan mengeluh kerana kita tak mampu mengubah orang lain, tapi mengeluhlah sekiranya kalian tak mampu mengubah diri sendiri.


Cucu-cucu opah tersayang,

Kita ini beruntung, kita ini tersangat beruntung kerana sejak kelahiran kita, kita sudah dipilih Allah, dilahirkan sebagai seorang Islam. Masya Allah, tabarakallah.

Itulah anugerah terindah. Kerana bukan semua orang dalam dunia ini dapat anugerah macam kita tu.
Tapi itulah kita, sering lupa. Selalu lupa. Bila ingat, mesti akan lupa semula.
Lumrah, manusia itu sering lupa. Tapi mahukah kita jadi pelupa sehingga nyawa ditarik?
Nauzubillahi min zalik.

Jadi sempena nak masuk tahun baru Islam ini, opah harap kita (opah dan cucu semua) berazam dapat berubah dari yang tak baik, kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lebih baik, awak boleh kekalkan kebaikan itu, seterusnya boleh mengajak orang lain kepada kebaikan.


Cucu, opah mintak maaf lah ye, terpanjang lebar pulak entry ni,
asalan awalannya niat di hati opah nak kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun saja.


Em, tapi itulah, bila jari jemari opah dah menari atas keyboard ni, opah selalu lupa. ^-^
Opah harap semoga apa yang opah kongsikan ini, sedikit sebanyak memberi manfaat pada semua.

Kot lah tiba-tiba masa opah dah sampai, manalah tahu, entry ni boleh jadi saham akhirat ke.
Besar sungguh cita-cita opah ni.

Oke cucu, jangan lupa tau petang ni lepas asar ataupun sebelum maghrib, baca doa akhir tahun.
Lepas azan maghrib je, terus baca doa awal tahun tau. (Dalam hati nak doa perkara lain pun tak mengapa. Seharusnya doa yang baik-baik. Jangan pulak minta doa 'semoga berjaya merompak bank', opah kerat tangan tu nanti!!!)

Ok, ini dia opah kongsikan untuk cucu-cucu opah yang tersayang.

opah copy paste je ni...semoga bermanfaat ye.


Baiklah, sekian saja untuk entri panjang kali ini.
Panjang umur kita jumpa lagi.
Terima kasih ye cucu-cucu semua sudi baca entry ni.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan.

Sampai bertemu lagi.
Sekian, wassalam.

p/s - Jaga iman, jaga solat.

Opahmu,
Norzayani binti Norhamshah


Kamus kecik :

Opah = Penaip

Cucu = Pembaca

Monday, October 13, 2014

Dermalah Darah




Siapa pernah derma darah, angkat kening !!!!

Hehehe, ni mesti ramai yang angkat-angkat kening ni, mesti semua pembaca-pembaca ni berhati mulia kan. Bagus-bagus.

Erm kalau nak ikut pengalaman saya, adalah baru 2 kali menderma. Itupun lepas dah kerja.
Dulu masa zaman muda remaja, hampeh ! Takut jarum oiii.
Lagi satu takut makin gemuk. Hehh ada ke patut itu saya nak jadikan alasan tak mahu menderma.
Kejam betul alasan saya tu kan.

Memandangkan kali terakhir saya menderma darah adalah tahun lepas, jadinya memandangkan hari rabu ni, ada program derma darah yang dianjurkan oleh pihak MAKSAK (SUK SELANGOR), jadinya saya merasakan sangat berdebar-debar. Rasa takut-takut pun ada jugak. Lama tau tak jumpa jarum besau... Jadinya rakyat SUK selangor, moh la kita semua pergi menderma... =)



Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, faedah menderma darah ni sangat bagus.



Berikut antara faedah derma darah:

* Menangani ancaman kanser Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.

* Membantu melawan hemochromitosis Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

* Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

* Warga emas rasa lebih bertenaga

Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

* Tingkat tahap kesihatan.

Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/06/derma-darah-dan-faedah-kebaikan.html#ixzz3G17RT9iR






Itulah di antara faedah-faedah comelnya kalau korang nak tahu.
So, tunggu apa lagi. Moh ler kita menderma darah.
Sekurang-kurangnya bila kita tak dapat nak derma duit, kita dapat lah menjadi pemurah menderma darah. Ni kalau duit pun kede, darah pun kede, tak tahu lah macam mana nak cakap.

Sementara sihat dan muda ni lah nak menderma, esok-esok dah tak sihat, mana dapat nak merasai pengalaman menderma darah. Takpe, jangan risau pasal jarum besau ke apa, set je dalam kepala, "takpe jarum tu kecik, jarum tu kecik, ala tak sakit pun, macam kena gigit semut je." (ala toksah risau sangat lah, doa je yang baik-baik, insya Allah, mesti Allah kurangkan rasa takut dan sakit kita tu. Percayalah kepada Allah dan kekuasaanNya.... =)

Dan lagi, tolonglah jangan percaya auta mengenai berat korang akan naik lepas menderma darah.
Sungguh tak ada kena mengena.

Semoga Allah meredhai setiap apa yang kita buat dalam dunia ni.
Semoga kita dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Semoga juga entry ini bermanfaat dan mampu menggerakkan hati awak untuk menjadi seorang perderma darah.

Sampai berjumpa lagi di entry yang lain-lain. Insya Allah.

Jaga iman, jaga solat, jaga diri.

Assalamualaikum...

~ Norzayani binti Norhamshah ~

Tuesday, October 7, 2014

Surat Untuk Calon Suami...

gambar hiasan~



Seorang gadis menulis surat untuk calon suaminya dan menyimpannya di atas awan. Ini isi suratnya :


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ke hadapan calon suamiku...

Apa khabarnya imanmu hari ini ? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini ?
Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam ?

Wahai calon suamiku...

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dasyatnya ? Di sini akau dilatih menjadi dewasa, agak aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. 
Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kdang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawabannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.

Calon suamiku...

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yang engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.


Wahai calon suamiku...

Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doakan agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah ; "Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik, Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.

Namun, kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. "

Aku yakin engkaulah yang aku perlukan, meski bukan seperti yang aku harapkan.

Calon suami yang dirahmati Allah...

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menajdi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada penikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatkan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya. Ia mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.

Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku...

Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata. Itulah yang kuhadapi kini, Kelak bila kita bersama di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap wakti, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Petikan dari buku : Ya Allah, Diakah Jodohku karya Burhan Sodiq [ Kemilau Publika ]

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...