Tuesday, December 24, 2019

Cakap tak serupa bikin?

"Cakap tapi tak serupa bikin."

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Eh macam formal sangat pulak. Hesh! πŸ˜…

Oke, just a quick entry yang I nak share. Moga bermanfaat buat kalian yang sedang membaca entry ni.

Apa yang bermain di fikiran korang bila baca ayat pertama sekali kat atas nun? πŸ€”

Selalunya kita memang sakit hati, dan meloya lah dengan manusia yang hanya tahu cakap, tapi dia tak buat pun apa yang dia cakap. Contoh hang nasihat kat orang pasal jangan buang sampah merata-rata. Tapi dalam masa yang sama, hang sendiri dok buang plastik gula-gula selit-selit dekat sofa. Eh apasal aku rasa macam pelik je contoh yang aku bagi ni? Adui 🀦🏻‍♀️
Oke adik-adik, sis bagi contoh mudah dan ringkas lah ye. Macam ni, contoh, kita suruh orang solat, tapi kita sendiri tak solat. Uhu tak ke sedih macam tu. πŸ₯Ί

Seharusnya setiap kali kita menasihati orang, of course la untuk sesuatu yang baik kan, kita sendiri, terlebih dahulu perlu melakukan itu, ataupun, bila dah nasihat, kenalah kita buat jugak. Bukan cakap tapi tak serupa bikin.

Oke, aku bukan cakap benda ni sesaja. Which is dalam Al-Quran sendiri, Allah ada berfirman tentang perkara ni. Dalam Surah As-Saff, ayat kedua dan ketiga, begitu jelas Allah mengatakan,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 2

"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." - Ayat 3

Oke, dah nampak kan kat sini, orang bukan saja-saja nak marah or nak membebel dengan frasa 'cakap tak serupa bikin' ni. In fact, Allah sendiri sudah tegaskan dalam Al-Quran berkenaan hal ini.

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha, supaya kita dijauhkan dari melakukan perkara yang sia-sia, dan semoga Allah sentiasa memimpin kita untuk melakukan kebaikan, bukan sahaja menasihati, tetapi juga dapat kita aplikasikan kepada diri sendiri. Insya Allah. Aamiin 🀲🏻

Sekian, terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan. Jaga diri, jaga iman, jaga solat. 😊😊😊

Sincerely,
Yani Hamshah
9.30 PM
24 Disember 2019

Sunday, December 15, 2019

Berdamailah Dengan Takdir

Setiap kisah cinta itu bukan semestinya akan berakhir dengan pengakhiran yang bahagia.

Kerana setiap kisah cinta yang dilalui oleh seseorang itu punya banyak cerita yang tersembunyi.

Seharusnya cinta itu membangkitkan semangat, bukan melemahkan jiwa.

Cinta dalam ikhlas kerana Allah itu, tidak meletakkan ekspektasi harus dia. Sebaliknya jika tidak ditakdirkan untuk bersama, mampu melepaskan juga mendoakan kebahagiaan buat dirinya, dengan harapan, bahagia juga akan menjadi milik kita.

Barangkali apabila kita tidak mampu untuk meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati, menyebabkan kita sering mengalirkan air mata. 

Air mata bukanlah petanda kita lemah, sebaliknya pada setiap titisan air mata itu, Allah selalu memujuk hati dan perasaan kita, bahawa kita tidak patut untuk meletakkan setinggi harapan pada makhlukNya jua. Allah memujuk kita, dengan memberi kelegaan setiap kali selepas kita mampu untuk mengeluarkan tangisan.

Ada manusia yang mudah untuk melupakan, ada manusia yang sukar untuk membuang perasaan.
Ada manusia yang mudah melupakan itu, mungkin akan menghadapi situasi di mana dia akan sukar membuang perasaan cinta, kasih dan sayang.

Ada manusia, dia cuba untuk membuang semua perasaan dengan cara membenci.
Ada manusia, yang memilih untuk melupakan semua perasaan sakit ditinggalkan dengan cara terus menyayangi. Nampak seperti bodoh? Oh tidak, bukan. Itu adalah salah satu terapi untuk kita tidak terus menyakiti hati dan perasaan kita sendiri.

Carilah di mana kekuatan kita. Sama ada melupakan dengan cara membenci, atau melupakan setiap kesakitan perasaan dengan cara terus mendoakan yang terbaik buat dirinya, terus menyayangi dirinya, terus berbuat baik kepada dirinya. Kenali hati, diri dan perasaan kita. Teruskan berdoa dan meminta kepada Allah supaya dipinjamkan sedikit kekuatan untuk meneruskan kehidupan, seterusnya berdamai dengan takdir yang bukan tercipta seperti keinginan hati kita.

Entry malam ni mungkin agak emosi, barangkali teringat kisah lama. Kurang pasti pada saat dan ketika ini, andai diingatkan semula, sama ada ia menjadi kenangan pahit ataupun manis.
To be honest, after months, i'm still love him. Masih belum berjaya melupakan. Masih mampu mengalirkan air mata setiap kali terkenang peristiwa yang lama. Ada orang mungkin merasakan 6 bulan bukan jangka masa yang lama untuk kita melupakan seseorang, dan ada orang, mungkin merasakan, mana mungkin sudah bulan ke enam, masih belum melupakan, masih boleh bersedih.

Bersedih itu normal. Berada dalam kesedihan yang berterusan itu yang tak bagus.
Menangis juga normal. Tapi meratapi takdir yang sudah tertulis itu juga tidak bagus.

Mengukir senyuman di wajah setiap kali hati bersedih itu memang payah. Tapi dengan bantuan Allah, kita akan mampu hadiahkan senyuman buat manusia lain di saat hati dan perasaan kita diuji teruk.

Perasaan adalah anugerah dari Tuhan untuk kita sebagai makhlukNya.
Jagalah amanah itu dengan sebaiknya, supaya kita menyayangi dan melakukan sesuatu adalah kerana Allah, kerana ingin mendapat keredhaan dariNya.

Mudah-mudahan satu hari nanti kita juga akan dikurniakan bahagia seperti orang lain juga.
Andai bukan di dunia, barangkali Allah sudah sediakan yang terbaik buat kita di akhirat kelak.

Jangan pernah putus asa dan jangan pernah berhenti berdoa.

P/s : Untuk si dia yang mungkin tidak selesa kerana perasaan saya yang masih belum berubah, beri saya masa untuk melupakan semuanya. Ia tak semudah yang pernah saya tuturkan satu masa dulu. Seperti mana saya pernah beritahu dahulu, 'ajarkan saya bagaimana untuk mencintai kerana Allah, supaya apabila ditinggalkan nanti, saya masih mampu dan ikhlas untuk mendoakan yang terbaik.'
Dan sekarang saya tengah mengajar hati saya 'untuk melepaskan semua kerana Allah, kerana saya percaya Allah sudah sediakan yang terbaik untuk kita berdua di masa depan.'
Bila hati saya dah tak bergetar setiap kali kita berdepan, pada saat itu, saya percaya yang saya sudah melupakan perasaan saya. Tak mudah untuk saya kali ini, kerana di waktu kita berkawan pun saya boleh jatuh cinta hari-hari. Kerana di saat kita mengenali, acap kali saya menyayangi dan melupakan.  Menyayangi kemudian move on. Selepas itu, terjatuh cinta sekali lagi, kemudian berusaha keras untuk melupakan. Alhamdulillah, saya hampir berjaya. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya, kemudian Dia takdirkan semula untuk saya jatuh cinta untuk kali yang ke berapa entah! Lalu saya belajar untuk takdir yang tercipta itu, saya tak boleh paksa diri untuk melupakan, sebaliknya, hargai sahaja apa yang Allah berikan untuk saya. Kalau Dia sedang rencanakan untuk saya menyayangi, saya tak mahu paksa diri untuk terus melupakan, sebaliknya, saya serahkan semua urusan kepada Dia. Saya percaya apa yang Dia beri untuk saya, ada hikmah dan ibrah yang Dia mahu saya belajar di sebalik takdir itu. 


Saturday, November 9, 2019

MISSING


I miss my blog, SO MUCH!!!

I  miss to write a new entry...... but i don't have a couple of time for this moment, to write something here..... so sad....... ='(

love,
~ Yani Hamshah ~
9 November 2019
8.34 PM 

Tuesday, September 24, 2019

Sejenis Bomboloni


Assalamu'alaikum kawan-kawannnn.

Heyyy gegayanya bulan September ni aku seperti aktif di blog. Haha. 
Eh tak ada la, curi masa sesikit je ni.

Ada yang merindui sis merepek dalam blog ni ke? 
Haha eh amende asyik gelak tah dari tadi.
Hini mesti kes banyak sangat makan benda manis harini. 🀦🏻‍♀️

Oke shoot la eh. Aku ni suka buat mukadimah mengarut kan.

Korang pernah dengar pasal bomboloni tak?

Oke aku terangkan secara ringkas ya.
Nama bomboloni ni diambil dari Italy yang jugak disebut Bombolone.

Apa itu Bombolone?
Bombolone ialah sejenis donut, donut je gais, tapi yang lainnya donut yang mempunyai inti. 
Haaa gituu. Sejenis donut je gais, tapi nama dia wow! 😊
Jadi apabila nama dah bom macam tu, haruslah rasa dia kena bom jugak! Betul tak?

Aku sertakan lampiran salinan lembut apa yang aku google pasal Bombolone ni ya. Eh amenda ayat surat gomen sangat heh. 🀦🏻‍♀️


Kalau nak tau lebih lagi sila google sendiri ya. 

Disebabkan kecintaan aku yang mendalam terhadap bomboloni ni, aku abadikan suka itu sebagai
entry dalam blog picisan aku ni. Ngahaha.

To be honest, aku tau pasal bomboloni ni dari Instagram kawan PLKN aku, Nurul. First aku tengok gambar bomboloni dia yang berintikan nutella aku dah macam tak tentu arah cemtu. Aku tengok eh kenapa sedap sangat tuu? Eh kenapa nampak gemok gebu sangat mende alahhh tuu? Ahaaa untuk pengetahuan korang, aku juga ada seorang pencinta donut.  Jadi bila tengok donut yang telah diinovasikam sebegitu canggih sekali, aku pun senanglah terpengaruh. Haha.

Dan to be honest jugak, first time aku rasa bomboloni adalah di atas feri sewaktu membuat lawatan sambil belajar sangattt ke Langkawi. Dalam feri dari jeti Kuala Perlis tu kan ada la macam pramugara tolak troli sambil menjual makanan minuman cemtu. Dan aku pun beli la 3 masa tu. Aku beli perisa coklat, strawberry dengan apetah lagi satu, tak ingat. πŸ˜…
Perghhh hat kat sana tu memang sedap, lembut gila. Tak manis sangat . Memang sedang elok dengan citarasa aku. Harga pun tak mahal sangat. RM2 kalau tak silap aku.
Aku share dengan kak Syida masa tu, Ejat yang dok tepi aku, aku ajak-ajak ayam je share sekali, siap tanya dia nak ke? Dia segan cakap tak nak. Lantak situ. Tak nak hang yang rugi~
Aku habiskan weh masa tu jugak. Ingat nak beli lagi, sekali budak pramugara tu tak datang. Hadoiyai. Hampa sis tau~

Oke lepas tu bermula lah misi aku mencari bomboloni yang paling sedap di abad ini.
Buat masa ni aku dah beli di beberapa tempat, di beberapa orang, tapi susahnya lahai nak jumpa yang paling sedap mengikut tekak aku.

Jadi seharusnya para pembuat bomboloni, kalau nak jual, sila jual dengan sedap ye. Ngeee heeee tapi ke aku ni yang cerewet sangat? Hurmm πŸ€”

Contohnya kan, dekat Suk tu, kalau setiap kali ada jualan, kalau ada orang jual bomboloni, aku memang akan beli. Dan buat masa ni, aku baru jumpa satu yang sedap. Boleh la boleh la. 
Selebihnya. Beshe beshe je. Kadang doh nya tak lembut, tapi intinya sedap, kadang dohnya lembut, inti pulak spoil, adui. Kadang tu doh keras, inti pun tak sedap. Habeh camnooo? Sis komen bukan saja saja, tapi itulah, para penjual bomboloni, janganlah sekadar jual nak dapat untung saja, sekurang kurangnya korang kena ada tahap piawaian yang tersendiri. Eh yeke? Haha gasaklah apa pun. πŸ€—

Kalau yanh sedap tu, memang aku paling suka dekat atas feri langkawi tu ler. Lepas tu dekat Suk ada
hadik ni jual pun sedap, tak silap aku harga RM1 tapi kecik sikit la camtu. Seiring dengan harga kan.
😊

Dan yang ketiga, kawan sekolah rendah aku yang jual. Petang tadi aku pergi ambil dekat rumah dia. Lepas tu dalam kereta memang tak sempat apa, aku dah bedal dulu. Sekali bedal terus 3 wei!
Aku tak tahu berapa kalori dalam badan aku hari ni dah masuk. 🀣
Yang kawan aku jual tu harganya RM2, saiz standard, tapi doh nya memang ngam lembut, inti pun padu! Aku bukan bias, sebab dia kawan aku ke apa, tapi jujur untuk tekak aku yang sangat mencintai bomboloni ni, bomboloni kawan aku jual tu, memang mencapai piawaian tekak aku. Hehh gitu!
Jap aku payung gambar.

Adoii aku stress buat update entry pakai fon, aku tengah rasa nak mengamok ni haaaaaa!
Heeee la. 😭
Kalau korang tengok tah apa-apa ni korang maafkan je la eh. 😭

Hat ni aku beli pagi tadi kat Suk


Aduhhhh betol punya mencabar keimanan aku nak type ni oiii!

Kbai, i rasa i kena habiskan entry ni sebelum fon ni kena campak .
Okelah kawan-kawan, terima kasih atas perhatian anda, mohon maaf sebarang kekurangan.
Lappy bukan tak ada, tapi lappy pun buat hal, amende nak bukak internet pun tak bolehz berganda ganda lagi stress aku! 
Sudah aku nak pergi nangis kejap ni. Huuuu πŸ₯Ί

Oke, aku rasa sabar aku ni makin menipis. Orait geng. Jumpa lagi di lain punya entry. But aku promise nanti aku cantikkan balik entry ni eh korang.
Sankyuu, sayang korang! 😍

Loads of love,
Yani Hamshah
24 September 2019
11.16PM

Monday, September 23, 2019

People

Some people can't bear to see you having a good life and being blessed.

They will want to spoil things for you.

Beware such people.

They won't hesitate to stab you in your back as well.

Learn to be unconditionally happy for those the Almighty has blessed.

Your turn will come.

~ Mufti Ismail Menk ~



Saturday, September 21, 2019

Siapa nak kahwin?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Selamat pagi sabtu. 😊

Hurmm awal pagi mata dah tercelik, awal pagi dah terfikir nak buat entry baru. Ni pun update pakai phone je. Uhu. Harapnya semua baik-baik dan bekerjasama dengan jayanya. Adalah sangat sakit ya hati dan perasaan jika kita dah draft entry baik punya sekali kalau tak boleh save dan publish, boleh gaduh gak tu. πŸ™Š

Entry pagi ni aku ambil tajuk Perkahwinan je la. Weyyyy suka hati nak buat ulasan pasal nikah kahwin sedangkan diri sendiri pun tak kahwin lagi. Ahhh gasak situ!
Is not perkahwinan semata, tapi lebih kepada institusi keluarga. Dan of course, bila orang bercerita tentang nikah kahwin ni, orang akan terus shoot tentang perasaan.

Perasaan cinta seharusnya. Betul tak? Itu kalau yang dapat kahwin dengan orang yang kita cinta la.
Tapi sebenarnya, ada manusia yang ditakdirkan berkahwin dengan orang yang dia tak cinta. Which is i think, perasaan boleh dipupuk. Betul. Ia tak mudah. Tapi boleh cuba.
Dan yang dapat berkahwin dengan orang yang anda cinta juga tak menjaminkan anda akan hidup bahagia sentiasa tanpa dugaan.

Berkahwin dengan cinta dan tanpa cinta, dua dua pun adalah cabaran dan dugaan.
Kalau bukan dugaan, masakan alam perkahwinan itu disebut gedung pahala.

Untuk yang berkahwin dengan cinta, anda mungkin menghadapi hanya sedikit risiko dalam perhubungan, komunikasi dengan pasangan berbanding dengan yang berkahwin tanpa cinta.

Cinta bukan sekadar ucapan 'i love you', 'you love me'.
Perkahwinan juga bukan sekadar 'untuk menghalalkan yang haram'.

Bahkan keduanya apabila digabungkan, ia lebih besar dari itu, cinta dan perkahwinan apabila digabungkan, ia adalah sebuah tanggungjawab.

Jadi seharusnya yang belum berkahwin itu, jangan mudah melatah, apabila jodoh belum sampai, husnuzon lah dengan takdir Allah bahawa berkemungkinan kita belum cukup bersedia dan kuat menghadapi gerbang perkahwinan. Bersyukurlah walau kita masih berseorangan, kerana kita masih mampu untuk meneruskan kehidupan kita cukup dengan cinta dari Allah. Husnuzon lah bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Husnuzon lah bahawa Allah sedang menguji kita untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Husnuzon lah bahawa Allah sedang menjaga kita.

Namun begitu, yang sudah berkahwin pula, juga jangan mudah melatah. Bersyukurlah kerana anda adalah insan terpilih yang Allah mudahkan urusan jodoh anda. Tapi juga jangan terlalu memperkecilkan manusia yang belum berkahwin walaupun umur telah lanjut dan banyak. Semua pun ujian, yang sudah berkahwin, yang belum berkahwin. Semuanya Allah beri dengan hikmah, untuk kita berfikir dan ambil ibrah.

Gambar sekadar hiasan~


Ada manusia diuji dengan jodoh yang datang lambat.
Ada manusia diuji dengan tanpa cinta dalam perkahwinan.
Ada manusia diuji dengan kelalaian cinta dalam perkahwinan.
Ada manusia diuji dengan ketiadaan zuriat walau sudah lama bernikah.
Ada manusia diuji dengan sikap anak-anak.

Semua dari kita tak lepas dari ujian. Yakinlah bahawa setiap kesenaangan dan kesusahan adalah ujian dari Allah, untuk jadikan kita hamba yang kuat dan sentiasa meletakkan pergantungan hanya kepada Allah.

Suka untuk saya ingatkan, keutuhan dalam sesebuah perkahwinan adalah melalui hubungan kalian dengan Allah. Jagalah sebaiknya hubungan kalian (suami isteri) dengan Allah. Paling penting, jagalah solat sebaiknya. Suami jaga solat berjemaah anda. Isteri jaga solat di awal waktu anda.
Nampak macam simple. Tapi tak semua dapat menjayakannya.

Anda bertanya kepada Allah kenapa masih belum merasa bahagia, kenapa tak dapat seperti yang anda harapkan. Sedangkan dari awal lagi, semuanya kerana kita zalim pada diri sendiri. Kita abaikan hati dan fitrah kita untuk kembali pada Allah.

Perkahwinan bukan kehidupan yang akan manis sentiasa. Alam perkahwinan akan sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran. Sama ada melalui perasaan, perhubungan suami isteri, komunikasi pasangan, sikap, kewangan dan sebagainya. Siapa-siapa yang sudah berkahwin of course tahu lebih details kan.
Yang belum berkahwin pula, betulkan persepsi anda bahawa alam perkahwinan akan manis sentiasa. Manis itu adalah manisnya. Tapi bukan selalu je manis. Jadi tanya pada diri, betul ke anda betul-betul sudah bersedia nak kahwin? Paling penting, anda kena tahu apa matlamat anda dalam perkahwinan. 😊

Jadi kesimpulannya, nikmatilah sebaiknya apa yang anda ada sekarang ni, baik yang sudah berkahwin mahupun belum.

Kerana ada perkahwinan yang masih mampu bertahan walaupun tanpa cinta.
Kerana ada perkahwinan yang terlerai ikatan walaupun masih cinta.

Kerana ada yang bujang itu menikmati kehidupan single sebaiknya dengan membahagiakan manusia disekelilingnya.
Kerana ada yang bujang itu sedang tertekan dan tidak menikmati kehidupannya dengan baik kerana terlalu mahu mengikut kehendak orang sekeliling.


Pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri.
Hargai diri sendiri sebelum anda menghargai orang lain.
Kuat dan bangkitlah apabila jatuh dan tersungkur.
Yakinlah bahawa Allah akan menolong kita dari segenap sudut.

Ya benar, berkahwin itu sunnah, namun begitu, kita tak tahu apa yang Allah dah takdirkan untuk rezeki, umur dan jodoh kita. Sebaiknya kita bersyukurlah kepada Allah sentiasa walaupun ia tampak sedikit.

Sekian untuk perkongsian pagi ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Loads of love,
Yani Hamshah
21September2019
7.43 AM

Tuesday, September 17, 2019

Jauh




Berat hati mencuba menghapuskan segala yang ada dijiwa.

Mungkin kau tak merasa, apa yang aku rasa.

Tetap ku berikan semua.

Akan aku doakan dirimu,

'Tuk bahagia, hanya Tuhan tahu.

Tetap kamu, ada dihatiku,

Biarpun kita terpisah, jauh...

Ku cuba meraih bintang,

Tetap kau mahukan bulan,

Tak bisa ku janjikan.

Kau utuh nadi jiwaku,

Semuanya ada padamu,

Tetap kau pergi menjauh.

Walau tak sempurna kasih di antara kita berdua,

Biarlah takdir menentu segala.





Monday, July 22, 2019

Happy Birthday 😊

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Eh lama tak up entry baru. Last bulan Mei kalau tak silap aku. Ada yang merindui ke tu? Haha berangan je khen.

Alhamdulillah tsummalhamdulillah, hari ini bertarikh 22 Julai 2019 bersamaan dengan berapa Zulkaedah ye? πŸ€” tak ingat. Esok aku update semula.
Syukur dengan limpah kurniaNya, masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Masih diberi peluang untuk memperbaiki diri.

Di kesempatan ini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak buat semua yang memberi ucapan selamat dan mendoakan. Semoga setiap apa yang kalian doakan itu, Allah kurniakan buat kalian jua.
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayang Allah. Aamiin ya rabb.

Just a quick entry, sebab aku nak kan entry ni di published pada tarikh 22 Julai. Ikutkan banyak lagi aku nak tulis ni. Tapi terpaksa cut buat sementara. Birthday dah nak expired haha.

Nak tampal-tampal gambar pun ni secara random je. Eheee. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk, cuma begini aku ekspresi kan ucapan terima kasih aku buat kalian yang mendoakan.



Thursday, May 16, 2019

Izz Zikri bin Azarul Nizam





Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang untuk bernafas lagi di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, sekali lagi dijodohkan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Terima kasih Allah atas kebaikan dan kasih sayang yang dilimpahkan buat kita semua.

Dah agak lama aku tak tulis entry baru. Dan entry terakhir aku adalah kenangan sewaktu menjalankan ibadah umrah. Lepas tu terus takde masa nak create new entry. Ada yang merindui tulisan sis ke tu? πŸ€”

Hari ini, ada masa ke takde masa ke, aku tetap curi masa untuk buat entry baru ni.
Entry khas buat IZZ ZIKRI BIN AZARUL NIZAM.

Aciani tak pernah terduga kehadiran awak, tapi apabila mengetahui, kita semua sudah pun kehilangan awak. Em oh tak, bukan kehilangan, cuma kita tiada rezeki untuk bersua. Awak tengah seronok bermain dalam syurga kan? Tunggu aciani dengan semua keluarga kita.

Ibu awak call aciani pagi tadi, minta tolong tengokkan kakak awak yang bertiga tu. Sementara ayah awak nak bawa ibu awak pergi hospital, tapi aciani punya hp silent, plus aciani tengah drive, jadi memang tak perasan. Maaf.
Lepas tu, whatsapp ibu awak, tanya kenapa nak pergi hospital, ibu awak cakap 'baby keluar'. Allahu, baby keluar? Aciani macam blur tak faham. Rupanya ibu awak sakit perut dari malam tadi, lepas tu, takdirNya, Allah ambil awak.

Sayang, aciani tak sangka, awak dah menghuni dalam rahim ibu awak selama 5 bulan. Allahuakbar. Ibu dan ayah awak pun baru sedar kewujudan awak, tapi tak lama. Allah lebih sayangkan awak. No wonder aciani asyik mention teringin nak dukung baby, tapi tu la, orang suruh aciani kahwin. Entahnya padahal masa tu sebenarnya Allah nak beri isyarat, awak ada dalam rahim ibu awak. Apakan daya, kita tak dapat bersua.

Aciani tahu, ibu ayah awak sangat terasa dengan kehilangan awak, walaupun dorang baru sahaja tahu akan kewujudan awak. Awak anugerah terindah, pinjaman yang Allah beri, walau sebentar. Erti nama awak sudah cukup menggambarkan bahawa awak terlalu istimewa dalam hati ibu ayah awak.

Sayang, awak bahagia, gembira bermain di samping Pencipta awak bukan? Doakan juga buat kami di sini. Semoga kita dapat bersua di syurga Allah. Aamiin ya rabb.

Izz Zikri, hari ni aciani dah jadi makcik kepada 11 ketul budak lah kan. Tapi aciani tak dapat peluk awak pun, aciani mampu doakan untuk awak dari jauh. Walaupun tak pernah jumpa awak, tapi aciani dah rindu. Sangat rindu.

Awak untung, Allah ambil awak di bulan yang mulia ni. Masya Allah, tabarakallah. Ibu ayah awak pun untung sebab punya awak, sebagai 'harta' 'tiket' berharga mereka untuk ke syurga. Awak doakan ibu ayah awak ya sayang. Doakan juga aciani dapat jodoh yang baik, yang baik, faham agama, soleh mampu pimpin tangan aciani untuk ke syurga kelak.

Doakan kita sekeluarga. Semoga ada rezekinya kita bertemu di Jannah.
Aciani sayang Izz Zikri.


Loads of love,
Norzayani Norhamshah
16 Mei 2019
11 Ramadhan 1440H
9.49 PM

Thursday, February 7, 2019

Umrah Bersama PDC Travels - (Part 2 - Umrah Journey - Madinah Al-Munawwarah) (GM 22 23 Jan - 2 Feb 2019)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk tulis entry baru, part 2 (Umrah Journey)
Sedang menaip dalam gelap, cuaca bahang sikit hari ni. Tapi sebab semangat nak mengarang tu kuat lagi, aku teruskan saja. Bukan apa, bimbang, kalau dah masuk kerja nanti, aku dah tak sempat nak buat entry baru. Lepas tu, segala kenangan semasa di Haramain, tak fresh macam sekarang ni.

Ok, shoot. Untuk entry kali ini, secara randomnya, aku akan cerita suasana sebelum berlepas, tiba di airport Jeddah, dan pengembaraan di Madinah Al-Munawarrah. Kita gabungkan semua jadi satu entry. Tapi tengok jugak, kalau aku rasa entry ni panjang sangat, aku terpaksalah tulis entry lain.



 
Untuk bahan rujukan, aku banyak berpandukan group whatsapp GM 22, gambar-gambar yang aku ambil, seterusnya, diary kecik aku yang aku bawak ke hulu hilir sejak hari nak terbang tu. Poyo sangat kan. Haha.

Untuk pengetahuan semua, tarikh penerbangan aku ialah pada 23 Januari 2019 iaitu pada jam 7.30 malam, Rabu.
Ahli group kami (GM 22) adalah seramai 39 orang termasuk group leader kami.

Aku cerita pasal aku dululah eh, yelah blog aku, of course aku nak share pengalaman peribadi aku. Tak adalah details sangat. Tapi ini apa yang aku buat sebelum aku melangkah keluar dari rumah kalau nak pergi tempat jauh.

Pagi 23 Januari tu, aku bangun macam biasa, lakukan semua seperti kebiasaan, cuma yang tak biasa, aku tak sarapan pun. Serius tak ada selera nak makan apa pun. Perasaan aku tak tahulah macam mana, macam kosong tau. Aku tak rasa macam terlalu happy, aku tak rasa terlalu sedih, aku tak rasa terlalu teruja. Aku syak sebenarnya aku nervous, lepas tu, aku sorokkan perasaan aku tu dari semua orang. Bukan apa, takut kalau-kalau terlebih dalam berperasaan ni, nanti Allah tak sampaikan hajat dalam hati ni, pasti aku akan jadi sangat sedih. Jadi aku betul-betul serahkan semua pada Allah.

Sebelum gerak pergi, kita solat sunat musafir dulu, jangan lupa niat musafir sebelum keluar dari rumah ya. Benda ni benda basic sebelum kita nak mulakan sesuatu perjalanan yang jauh.
Aku gerak dari rumah (Saujana Utama, Sg. Buloh), sekitar jam 9.30 pagi, sebab on that day, kak Yati pesan nak jumpa dulu dengan aku sebelum gerak pergi. Then aku sampai Suk dalam jam 10, jumpa sekejap, terus pergi rumah mak lang dekat Seksyen 4, sebab ada bacaan doa selamat sedikit sebelum keberangkatan kami ke Tanah Suci.

Doa kesyukuran sebelum gerak ke Tanah Suci
 
Selepas zohor, lebih kurang jam 2.15 petang, kami semua dah on the way ke KLIA sebab ustaz dah pesan, mesti berkumpul 4 jam sebelum penerbangan iaitu selewat-lewatnya jam 3 petang di hadapan Kaunter K, aras 5.
 
Sejam kemudian, 3.15 petang, aku selamat tiba di KLIA.

Ambil gambar kenangan dulu sebelum gerak.

Sebelum ustaz sampai tu, kami berkumpul dulu di tempat yang dimaklumkan ustaz, juga menunggu untuk urusan check bagasi, check in luggage. Dan setiap jemaah akan diserahkan kit jemaah umrah yang mengandungi :

Dalam ni, ada salinan passport, visa, itenerari, kad medical, profil Jemaah
 
1) Salinan Passport
2) Salinan Visa
(dua ketul atas ni wajib bawak ke mana saja ye semasa di sana nanti)
3) Itinerari
(sebagai rujukan aktiviti yang dijalankan oleh PDC Travels)
4) Lanyard
5) Tag ID
6) Tag Bagasi
(Dilekatkan pada bagasi besar)
7) Kad Medical
(Digunakan untuk tujuan rawatan dan perubatan)
8) Profil Jemaah

Pada jam 5 petang, kami diberi sedikit taklimat oleh Tuan Hanzalah Tajudin sebelum penerbangan, doa sebelum memulakan perjalanan dan juga terdapat sesi bergambar beramai-ramai. Fuh, makin tak menentu dah perasaan waktu ni. Macam percaya dengan tidak, yang dah nak pergi Tanah Suci. T.T











Jam 6.30 petang, Alhamdulillah, lepas imigresen semua. 7.08 petang, semua dah nak naik kapal. =)






Pesawat akan berlepas lebih kurang jam 7.30 petang.


 
Perjalanan dari Malaysia ke Jeddah, mengambil masa sekitar 8 jam.
Semasa penerbangan, kami disajikan dengan dua kali makanan yang agak berat. Untuk first meal, aku tak lalu makan, tekak kembang, plus pening kepala adui. Nasi menunya, aku jarang sangat tak habiskan makanan, tapi waktu tu, aku mampu telan 3 4 suap je, kalau aku paksa jugak, memang aku boleh muntoh ler. Tapi kau lapar, tapi kau tak dapat nak makan, Sedih nya!

Tak tahu kenapa masa tu aku rasa kembang tekak nak makan, tapi ni aku tengok, aku macam lapar pulak, haha =p

Lepas dah tidur beberapa jam, barulah kami dapat meal kedua, dalam 2 jam sebelum landing, baru aku dapat makan. Menunya pasta tak silap aku, fuh memang licin makanan aku.

Yang ni memang habis lah, sebab aku dah lapar teruk. Nak pula itu memang fevret aku.

Hahaha lapaq benau kihkihkih. Alhamdulillah, kepala pun dah tak goyang sangat. Bukan apa, aku risau nanti kalau dah sampai sana kot la tiba-tiba kepala aku pening lagi, mungkin masa tu mood aku akan punah. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je. Hehe.Aku dah tak sambung tidur, sebab teruja weh dah nak sampai, weheeee. ^-^

Alhamdulillah, kami selamat tiba di airport Jeddah sekitar jam 4.40 pagi waktu Malaysia, dan 11.45 malam waktu Saudi. Guess what, hari tu je kami jumpa waktu gelap lebih kurang 15jam. Dari dalam flight, naik bas ke Madinah, kerja kami tidur aje, kalau tak tidur, makan. Haha. Biul jap kepala sebab asyik kena makan dan tidur.

Perjalanan kami mungkin agak penat sedikit, sebab kami turun di airport Jeddah. Dari Jeddah, kami naik bas untuk ke Madinah (yang tu tak silap ambil masa 5 ke 6 jam perjalanan) agak lambat sedikit, sebab kami ada singgah di RNR untuk makan, dan singgah di Masjid untuk solat subuh.
So, kalau ada yang terbang dari KLIA terus ke Madinah, perjalanan anda adalah lebih singkat, dan kurang sedikit penatnya berbanding kami.

Suka untuk saya maklumkan, disebabkan kami semua akan ke Madinah dahulu, jadi kami tidak berniat ihram di Miqat (Qarnul Manazil) sewaktu di atas flight. Dan lagi suka juga untuk saya maklumkan, system di airport Jeddah selalunya akan mengambil masa yang agak lama untuk settle. Jadi, buat sesiapa yang turun di Jeddah, kita nasihatkan, lebihkan sikit kesabaran dalam diri walaupun penat.

Airport Jeddah


Faham, dah turun flight tu, kita kena naik bas kecik cenonet untuk ke imigresen pulak, dah sampai imigresen, lagi kena sabar banyak-banyak. =) (andaikan saja sistemnya sedikit lambat sebagaimana anda sedang berurusan dengan pejabat kerajaan di negara sendiri. Faham kan maksud saya? heee)
So, sabar tu, memang kena banyak sangat. Insya Allah, kat sana, kita minta untuk sabar, kita dapat sabar. =)

muka bahagia dapat bunga pagi-pagi morning. =p




ni la budak yang bagi aku bunga, siap renjis-renjis nya aku.

ambiil gambar dulu sebelum naik bas nak ke Madinah.

Gigih team saudia Pdc ni. Haha, kami terharu tau~
 

***  Hey hey, lupa nak cerita, PDC Travels team Saudi ni, masa kami lepas dari imigresen je, depa dok buat surprise kat semua jemaah umrah GM22. Masa keluar je tu, dok nampak, eh amende lah budak arab ni dok buat depan nun, sekali dia bagi kita bunga Ros lah awaaakk. Siap renjis-renjis dipilis lagi. Cis, tahulah sis belum kahwin, tak payah buat sis teruja sangat kena renjis boleh dak? Haha. Dah la tak pernah dapat bunga seumur hidup ni, pastu buat sis terharu awal-awal pagi macam tu. Terima kasih banyak-banyak lah PDC team Saudi sebab menceriakan suasana kami pagi tu di airport Jeddah. Sejujurnya, walaupun penat, tak ada rasa nak marah pun. Masing-masing faham dengan keadaan sekeliling. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, team GM22 ni sejenis yang semua sangat sporting. Kami dah macam satu family besau. Alhamdulillah, tak ada orang yang selfish dan buat kepala sendiri dalam group ni. (Tak percaya? Tak caya, tanya GL kami. Haha~)
 
Oke lah, sambung balik cerita perjalanan dari Jeddah ke Madinah. Kami settle solat semua di airport tadi, then kami naik bas sekitar 2.18pagi waktu Saudi. Pukul 4.30pagi waktu Saudi, kami singgah makan nasi arab weh sedapnya rindu aku nak makan tu wehhh.

haaa Nampak, gigih tak gigih kau kena telan mende alah ni pagi-pagi. haha.


ustaz ni suka ambik gambar family kitorang yang tak cukup korum. hurm. haha.

Ni kan ala-ala berhenti untuk singgah sahur camtu. Tapi sesalnya di dalam hati, apa pasal aku tak niat puasa, kalau tak, dapat rasa pengalaman berpuasa dekat Madinah. =(
 
Subuh kami agak lambat, sebab sepanjang perjalanan tu, susah nak jumpa masjid. Huhu. sekitar jam 7.30 pagi, kami sambung perjalanan ke Madinah. Bestnya yeheiii dah tak sabar ni. =D

haa inilah dia masjid yang kami singgah untuk solat subuh.
 
Sekitar jam 8.38 pagi, kami selamat tiba di Hotel ODST, Madinah. Dekat dah dengan Masjid Nabawi. Weeee terujanya rasa, depan hotel, tak jauh dah boleh nampak masjid Nabawi.

dah sampai hotel, yeaaay..

 
Perasaan masa tu, of course lah gembira tak terkata, tidak terhingga. Betullah bila orang cakap, bila kita dah sampai dekat sana, kita memang lupa dekat sini (Malaysia), itu apa yang aku rasa. Sebab sebelum berangkat dulu, aku agak serabut, macam-macam ujian yang jadi, sampaikan aku rasa dah sangat lembik, sebelum aku nak pergi umrah.
 
Subhanallah, bila sampai sana, aku rasa tenang sangat-sangat, aku jadi lupa pada perkara yang sedikit sebanyak buat hati terluka. Yang aku tahu, aku sedang menikmati indahnya perasaan bila kita letakkan Allah, ibadah kita di tangga yang teratas, tanpa gangguan bebanan kerja atau masalah lain-lain.
Aku tak tahu macam mana nak describe, korang kena pergi, usaha pergi, untuk rasai sendiri pengalaman yang berharga tu.
 
Dah sampai hotel, beg semua dikumpulkan di tingkat 1, sementara itu, kami makan di level M. Makan apa lagi? Oh sarapan pagi lah, kan kami sampai 8.38 pagi. Dalam pada tu, ustaz bagitahu nombor bilik dan kunci sekali. Korangggg, sekali lagi aku rasa terharu, nak nangis. Allah baik sangat. Bagi aku rezeki yang aku tak pernah terlintas pun.
Biasanya, umrah ni, dah sedia maklum kan, kita akan berkongsi bilik, paling koman pun berempat dalam satu bilik. Tapi rezeki aku dengan sepupu aku, dari bilik quad, kami bertukar dapat bilik double. Allahu.
 
Masa tu, tanya jugak dengan ustaz, akan ada jemaah lain diletakkan satu bilik dengan kitorang ke? Katanya tak ada, and dia tanya kenapa. Kami jawablah, kitorang berdua, dalam satu bilik, bilik besar lah jugak, katil ada 5 pulak tu. ( Yang ni nanti aku update gambar kemudian)
 
Nampak lah muka ustaz macam speechless. Hekkk, dia tak percaya? Kami lagi tak percaya. Patutnya asalnya bilik kami quad berempat (which is ada aku, Iza, mak lang and mak uda), tapi last minute, terdapat perubahan, so kami diletakkan di bilik double.
Lepas tu, saja dok tanya ustaz lagi, kat Mekah nanti macam mana, agak-agak kami satu bilik lagi ke. Ustaz tolong check kan, dia kata ya, satu bilik. Bersinar-sinar gak lah muka aku dengan Iza dapat khabar gembira camni. Bayaq murah, tapi rezeki yang Allah bagi kat kami tu, macam kami bayaq lebih tau. T.T (Ustaz pun ada cakap, tak pernah terjadi pulak kes yang camni. Allahuakbar, baiknya Allah, baiknya Allah, bagi kami nikmat yang tak terduga macam ni)
 
Benda-benda yang macam ni, kita tak boleh nak expect, dan kita juga tak dapat menolak, sebab semua rezeki ni, Allah dah tentukan, kita terima dan bersyukur sahaja. Alhamdulillah.
 
Boring ke dengar cerita aku? Haha maaflah kalau boring, sebab ini apa yang aku lalui, kalau orang lain, kena minta dorang cerita pengalaman dorang lah pulak. :)
 
Ok, untuk entry part 1 tadi, aku ada cakap nak cerita pasal simkad, pasal application imo kan?
 
***
Pembelian simkad Saudi (MOBILY)

booth ni ada dekat depan/bawah hotel je. Tak payah risau apa-apa sebab nanti dorang yang tolong setting kan.


 
Orait meh aku cerita, lepas dah check in, letak beg, kami pun dok kejaq ustaz, tanya macam mana simkad ni. Data internet la semua.
Untuk pengetahuan, dekat bawah hotel kitorang tu (ODST Hotel Al Madina) ada booth yang sediakan perkhidmatan jual simkad, nanti dia akan setting kan sekali untuk data internet. Kita bagi je SR45, beli nombor Saudi (em yang ni kami ambil line MOBILY tau, ada jugak line Zain and so on, tapi ustaz kata line mobily ni paling oke, so kami pun ikut.) Aha lupa nak cakap, masa nak beli no Saudi tu nanti jangan lupa bawak salinan visa tau, korang kena pergi sendiri, tak boleh suruh orang lain, sebab nanti nak kena thumbprint untuk sahkan korang punya visa kot.
 
Kalau tak silap aku, pakej yang ditawarkan untuk SR45 2GB penggunaan internet. Haha. Berhuhu lah kau, dekat Malaysia, RM30 (Digi) kau dapat 5GB. Disebabkan aku deactivate fb and ig buat sementara waktu, jadi 2GB tu memang cukup sangatlah untuk aku. Cuma aku tak ingat kredit dalam tu ada berapa, sebab dapat jugaklah aku call rumah dekat Malaysia, sebab vc whatsapp kan kena reject je, jadi terus aku telefon rumah.
 
Oke, dah jelas berkenaan pembelian simkad?
 
 
***
Next, kita cerita pasal kenapa anda perlu download apps imo?

apps imo

 
Seperti yang anda sedia maklum, kebanyakan apps khusus untuk video call telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi. Ini dilaksanakan atas dasar keselamatan dan kemaslahatan Negara dan ummah.
Apapun, anda masih boleh menggunakan apps IMO ini untuk tujuan video call dan voice call menggunakan data internet sama ada dari kad sim Malaysia ataupun Saudi sendiri, bahkan ia mampu menghubungkan anda hanya dengan jaringan 2GB.
Para jemaah Umrah Malaysia digalakkan untuk install aplikasi ini bagi memudahkan perhubungan dengan keluarga juga para mutawwif di Saudi.
(haha nampak sangat ayat copy paste dari group whatsapp)
 
Oke, dia camni, sebenarnya pilihan sama ada nak install ataupun tidak, kalau rasa nak buat video call dengan keluarga di Malaysia, memang kena install. Aku dah try weh, saja lah try, call, and video call pakai whatsapp, serius, memang kena reject. Ringing je lebih, tapi tak connect pun. Bila guna imo ni, baru lah aku dapat ber video call dengan orang yang di sana,
 
Kalau korang setakat boleh just nak whatsapp without call ni, tak payah download pun tak apa. Apa pun semuanya terpulang kat korang tau. Aku cuma beritahu information ni aje. =)

***
 
Okeh, hal-hal duniawi ni kita ketepikan kejap. Sambung balik cerita.
Lepas kami semua dah buat simkad tu, kita get ready la untuk solat zohor dekat Masjid Nabawi. Debaq plus teruja wei, selama ni tengok dalam tv je, ni depan mata, confirm la perasaan tu terbuai-buai seperti tengah bercinta. Haha.
Dan, buat rasa sangat dekat dengan Rasulullah. Macam mana eh nak cerita, selama ni, kita baca sirah nabi, kita baca terjemahan quran, kita tahu serba sedikit tentang Masjid Nabawi ni, jadi bila dah ada depan mata, kaki kita tengah berpijak di atas bumi yang kita merasa tenang sentiasa, kita akan rasa macam mimpi. Kita sedang melalui mimpi yang sangat indah.



*gambar lain masjid nabawi, aku akan update lagi.



Untuk pengetahuan semua, waktu solat dekat Madinah masa tu :

Subuh - 5.45 AM
Zohor - 12.33 PM
Asar - 3.39 PM
Maghrib - 6.04 PM
Isyak - 7.34 PM
Syuruk - 7.02 AM

Nampak tak jarak masuk waktu tu tak jauh, jadi dekat sana kita semua memang akan busy untuk kejar solat jemaah dekat masjid. Rugilah sesiapa yang tak nak solat kat Masjid Nabawi.

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdal daripada 1000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Maksudnya dekat sini, kalau sekali kita solat dekat Masjid Nabawi, kita akan dapat ganjaran 1000 kali pahala, kalau dekat Masjidil Haram 100 000 pahala. Fuhh banyakkan! Jadi, memang sangat rugi lah, kalau kita dah sampai sana, tapi kita tak gunakan peluang yang Allah beri dengan sebaiknya.
Try buat yang terbaik. doa yang baik-baik, insya Allah, nanti Allah mesti mudahkan semua urusan kita, dan pastilah Dia akan beri yang baik-baik. Dekat bumi Haramain, doa kita sangat makbul tau.
Dekat sana, jangan putus selawat, dan kalau boleh, doa sekali, supaya kita akan kekal istiqamah dengan amal ibadah kita walau kita dah balik semula ke Malaysia. Biarlah kita istiqamah sampai akhir hayat kita.

Orait lepas Zohor je, kami pergi makan tengah hari. By the way, lauk dekat hotel Madinah sangat-sangat kreatif. Kenapa dia kreatif? Haha, nanti la aku selit-selit cerita. Haha. Nice la sebenarnya, cuma mungkin aku tak lalu makan sangat kot. Sebab aku takut kalau makan banyak sangat nanti aku malas nak pergi masjid. ^-^ (gambar nanti aku update*)

Untuk aktiviti petang lepas Asar hari pertama dekat Madinah, kami semua (group GM 22) dikehendaki untuk berkumpul di Masjid Pintu 15 (sebabnya hotel kami, kalau keluar je dari pintu 15 tu, jalan straight je dah boleh nampak hotel kami. Dekat kan? Tak jauh pun jarak hotel dengan Masjid), so mudahlah untuk semua jemaah berkumpul di situ.


 
pintu gate 15
 
Tapi sebelum kami pergi ziarah menziarahi tu, kan ustaz suruh kami berkumpul dulu. Sebelum kami sampai Madinah tadi, Ustaz Aizuddin dah cerita serba sedikit tentang tujuan kita semua ke Madinah ni.

Ada dua tujuan utama kita ke Madinah ni :

Pertama ialah kita ingin menziarahi Rasulullah s.a.w (seperti yang kita sedia maklum, makam Rasulullah terdapat di kawasan raudhah (masjid Nabawi)

Kedua ialah kita ingin bersolat di masjid Nabawi (kerana ingin merebut ganjaran pahala seperti yang diberitahu Nabi s.a.w

Dalam pada tu, ustaz ada pesan supaya kita jaga pantang larang sewaktu berada di Tanah haram, seperti tidak boleh bunuh binatang dan rosakkan tumbuh-tumbuhan.

Itu diantara informasi yang Ustaz Aizuddin kongsikan.


***
Manakala sejarah ringkas tentang masjid Nabawi, diceritakan pulak oleh Ustaz Farid lepas solat asar. Nice juga dengar cerita-cerita macam ni, at least bila kau balik Malaysia, kau banyak input yang boleh kau share dengan kawan-kawan. =) best-best.

Kata Nabi s.a.w , " Madinah adalah Tanah haram di antara batu hitam di kanan dan kirinya, dan Madinah ditutup/diapit Tanah haramnya oleh Jabal 'Air dan Jabal Tsur. Jabal 'Air terletak di Bir Ali dan Jabal Tsur terletak di belakang bukit Uhud.

Ustaz sambung cerita lagi,

"Masjid Nabawi dibina dengan adanya payung-payung yang berkonsepkan ladang/pokok tamar, dan ini adalah berkonsepkan berkampungnya Madinah yang dulu, bila bercerita tentang Madinah, ia merujuk kepada Masjid Nabawi keseluruhannya."

Raudhah,

"Apa yang ada diantara rumahku dengan mimbarku, itu adalah taman diantara taman-taman syurga."
(ustaz kata, tiada kelebihan yang khusus jika kita solat disini, sebab ianya sama sahaja seperti kita solat di seluruh Masjid Nabawi. Cuma ia terdapat kelebihan dari sudut tempat, dan ketenangan jiwa)

Betullah apa yang ustaz cakap tu, bila kita dapat masuk Raudhah tu, kita akan dapat satu feel yang sangat berharga, tak ada perkataan yang aku boleh gambarkan. Hanya yang melalui dapat merasai perasaan tu. Tenang dan kau akan rasa, Allahu, dekat sangat dengan Rasulullah.. T.T rindunya.

Lagi, ustaz Farid ada pesan lagi, supaya kita jangan sesekali rasa lemas dengan orang yang ramai, kerana sepatutnya kita contohi nabi, kerana baginda sangat berbangga dengan ramainya manusia. Kerana ramainya manusia, itulah yang menjadi kebanggaan dan kesukaan Rasulullah, kerana dahulunya, Rasulullah berseorangan memperkenalkan islam, dan tarik manusia masuk Islam bukan sesuatu yang mudah, jadi apabila sudah ramai yang memeluk Islam, pastinya ia sesuatu perkara yang menggembirakan hati Rasulullah, jadi tidak sepatutnya kita rasa tak tahan dengan kehadiran ramai manusia. Oke? Jangan terlintas lansung tau, kalau ada juga, cepat-cepat istighfar. Kita doa yang baik-baik untuk hati kita semasa di haramain sana.

Lagi satu, nak masuk Masjid Nabawi ni, ada adabnya, iaitu kita tidak boleh tinggikan suara. :)
Ustaz pesan lagi, kalau boleh, nak 'shopping' ni, kat Madinah sahaja, supaya bila sampai di Mekah nanti, kita boleh focus untuk beribadah. (ustaz pesan ni awal-awal sebab dia tahu, orang perempuan kan tak boleh dengar perkataan shopping, boleh histeria dibuatnya.. adoi!)
Masa ustaz pesan dekat Madinah tu aku macam blur sikit, tapi betullah, kalau kat Mekah, tak payahlah shopping-shopping ni, kita focus je dengan amal ibadah kita. (Beb, serius aku tak sabar nak buat entry masa ada dekat Mekah pulak, serius best sangat!)

Dekat sana, niat je apa yang kita nak dalam hati, nanti Allah terus bagi. Masa tu, kau pasti akan sentiasa jaga nawaitu kau.
Contoh kau mintak tak nak shopping dekat Mekah, nanti Allah tunaikan terus doa kau. Erk tapi kalau kau minta jodoh terus dapat depan mata tu, memang aku sekeh kepala kau, kau kena ingat, semua perkara kita boleh minta, tapi hanya Allah tahu bila masa yang sesuai nak bagi dekat kita. Jangan suka-suka hati paksa Allah makbulkan doa kita, tak ada adab namanya tu. Ingat tu~

*(korang sorry tau kalau entry ni panjang sangat, sebab banyak sangat benda nak share, masa aku draf entry ni, aku belum letak lagi gambar-gambar lahai..)

Oke-oke, selepas habis je Ustaz Farid bagi penerangan sedikit tentang masjid Nabawi, dia bawak orang lelaki ziarah sekitar masjid Nabawi dan terus ke perkuburan Baqi'.





Kami yang perempuan ni, Ustaz Aizuddin bawak ziarah tempat shopping (haha hat ni, aku tak join sebab, aku tak minat sangat shopping, aku cakap aku nak balik bilik, lagipun kepala aku pening.)

So selebihnya aku tak tahu sangat tempat shopping dekat Madinah. Sorry lah korang, sebab mungkin pengetahuan aku pasal shopping ni agak hambar. Hahaha. =p

Malam tu, sebenarnya ada juga pihak PDC Travels dah siap-siap aturkan untuk ziarah Raudhah bagi wanita. Hat ni, Ustaz Bukhari (selaku GL kami) dah siap up dalam group, kalau ada yang nak join, beri nama. Masanya ialah selepas makan malam jam 9.00. Ziarah Raudhah wanita hari pertama ni dibimbing oleh Ustazah (erk ustaz tak maklum lagi nama ustazah). Ustazah tu dari Indonesia yang telah menetap lama di Madinah.

Untuk hari yang pertama, sepatutnya ada lebih kurang 14 orang. Tapi atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, tinggal 9 orang je yang join.

ambil gambaq dulu sebelum pergi Raudhah


Selepas selesai makan malam, naik bilik siap-siap untuk ambil wuduk (kena ambil wuduk siap-siap, sebab nanti nak solat dekat masjid, dalam Raudhah pulak tu kan). Lebih kurang jam 9.20 malam, ustazah dah siap-siap tunggu di lobi. Dan kami yang seramai 9 orang ni meneruskan perjalanan untuk ziarah Raudhah malam tu. Nebes tau. Sebab nak ziarah Raudhah, dekat pula dengan makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Excited pun ya.
Kami dari hotel, masuk ke gate 15, jalan menuju ke pintu 25 kalau tak silap aku untuk masuk ke Raudhah (tempat wanita).

Oke dekat sini, aku nak maklumkan, untuk ziarah Raudhah wanita, kita ada 3 sesi, iaitu waktu Dhuha, waktu antara zohor dengan asar, dan isyak ke tengah malam. Untuk kaum lelaki, dorang tak ada had waktu, dorang dapat masuk sana 24jam.



Pengalaman sewaktu malam pertama ke Raudhah berbeza dengan malam kedua. Pengalaman tak sama mengikut saranan dari Ustazah. Sebelum dapat masuk ke Raudhah tu, kita semua akan berkumpul dahulu di ruang solat, solat sunat, mengaji, selawat atas junjungan besar Rasulullah atau lakukanlah apa sahaja amal ibadah yang kita nak buat. Ustazah ajar juga untuk 'sampaikan salam' kepada Rasulullah dan sahabat baginda.

Perjalanan untuk masuk ke Raudhah tak semudah yang kita sangkakan, kerana kita akan diapit dengan ramainya manusia yang juga mempunyai tujuan yang sama seperti kita. Jadi banyakkan bersabar, jangan tolak menolak. Huhu.

Untuk masuk ke kawasan Raudhah, kita akan melalui laluan berhalangan (yang akan dijaga oleh penguatkuasa wanita arab di situ). Makna kata, mula-mula kau masuk pintu masjid, lepas tu kau duduk di ruang solat tunggu giliran, lepas tu, akan ada satu gate kecik dalam tu, kau kena pandai-pandai seludup masuk. (hehe), lepas tu kau jangan ingat kau dah selesai, ada lagi satu pintu masjid kau kena masuk, tapi yang ni kau dah sangat dekat dengan Raudhah. Gambaran seperti apa ye aku nak cakap bila kita dah dekat dengan Raudhah, dekat sangat dengan binaan asal masjid Nabawi yang dibina sendiri oleh Rasulullah, aura ketenangan tu, aura dekatnya dengan Rasulullah tu sangat mencengkam jiwa lah.

Untuk masuk ke Raudhah, ye, sangat susah. Huhu, sebab terlalu ramai manusia, tipulah kalau aku cakap kami tak kena tolak. Tapi masa tu, cakap dalam hati, tak apalah orang tolak aku, tapi aku tak nak tolak orang, kalau memang ada rezeki untuk aku solat dalam Raudhah, susah macam mana pun, mesti Allah beri ruang dan peluang.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 10.30 dan ke atas kami dapat masuk ke Raudhah, tapi.. kawasan Raudhah yang dikatakan taman diantara taman-taman syurga itu adalah ketika kaki anda jejak sahaja pada karpet berwarna HIJAU. Kalau dah dapat je jejak situ, doalah banyak-banyak, ada ruang untuk solat, solatlah, solat taubat, solat hajat. Habis je solat, beri peluang pulak kat orang lain tau. Kesian, orang lain pun macam kita juga, tunggu nak masuk Raudhah tu, jangan selfish dengan orang. Tak rugi pun kalau kita niat nak mudahkan urusan orang, sukakan hati orang.



Dan untuk Ziarah Raudhah kali pertama, tamat lebih kurang jam 11.40 malam.

Untuk malam kedua, kami dengan Ustazah Maimunah, ada lebih kurang 5 orang sahaja yang join, iaitu aku, Iza, mak lang, mak uda dan makcik Muriza. Malam kedua ni lain pulak cabarannya. Ustazah Maimunah ni lebih sempoi dan bersahaja, banyak kali dia pesan, jangan tolak-tolak, dan kalau dah sampai waktunya, dapat juga kita masuk Raudhah.

dah dekat sangat nak masuk Raudhah



ambil gambar kenangan dengan ustazah Maimunah selepas ziarah Raudhah

Serius untuk malam kedua ni, kami rasa agak letih dan penat. Lebih banyak perhentiannya berbanding semalam. Dan lagi, dorang bagi keistimewaan lebih dekat orang arab, turki and so on. Banyak kali jugak turn kami kena langkau. Tapi nak buat macam mana, sabar je la. Lepas tu dah masuk dalam Raudhah, kena tahan dari ditolak pulak, adeh, sakit tangan kakak terpaksa tahan dekat dinding, sambil tangan pegang makcik Muriza supaya tak terlepas. Mak cik arab kat tepi aku dah nak marah-marah aku. Sorry la mak cik, saya pun kena tolak dengan orang. Cian saya.

Tapi walau macam mana susah pun, kan dah kata tadi, kalau memang rezeki Allah nak bagi solat dalam Raudhah tu, susah macam mana pun, dapat jugak solat. Hehe, Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Terima kasih juga buat ustazah, Iza, dan semua yang tolong kepung saya untuk solat dan sujud.

Dan untuk Ziarah Raudhah malam kedua, tamat lebih kurang jam 2.15 pagi. Penat, tapi penat yang sangat berbaloi.

Untuk pengetahuan korang jugak, hari kedua di Madinah adalah aktiviti bebas. Tengok tu, aku cerita aktiviti malam dulu, baru aku nak bukak aktiviti siang aku.

Tapi ini adalah aktiviti betul-betul siang lepas balik masjid.





SR4 weh. sedap jujur aku tak tipu. haha

kau ada rasa nak hempuk tak kepala aku, lepas balik masjid pagi-pagi pergi bedal aiskrim.



Siang tu, lepas habis solat, sarapan semua, kami pergi jalan-jalan melontar di sekitar Madinah.

Hari jumaat tak ada sesi ziarah Madinah ye kawan-kawan. Jadi kita ziarah je lah, kedai di sekitar Madinah.

kawasan sekitar tempat nak sopin-sopin


Berdekatan kawasan hotel kami tu memang dah kelilingnya ialah kedai-kedai. Macam-macam kedai ada, awak nak kedai jual jubah, cenderamata, mini market, dominos, kedai aiskrim, kedai makanan, kedai 2 riyal, kedai kacang semuanya ada dekat situ. Kena rajin jalan. Kedai di kawasan sekitar Madinah, selesa dan tersusun untuk kau shopping. Tapi kat  Mekah, lain pulak ceritanya. (Tu tunggu entry ke 3 eh)

Mengikut pengalaman bershopping aku di Madinah, harganya jauh lebih murah dari Mekah, peniaganya lebih ramah dan sopan banding di Mekah. So, nak shopping, sila lah di Madinah.

Haaa untuk wanita, jubah, banyak sangat yang cantik-cantik dan murah dekat Madinah ni.
Sempat jugaklah aku grab jubah putih untuk dipakai waktu balik Malaysia nanti. Hihi.

Kalau kau datang Madinah, tapi tak grab satu jubah, mesti nanti kau sesal tak sudah, dah lah murah, cantik pulak tu. Aku tak suruh kau beli banyak, beli satu untuk kenangan tanda kau dah pernah ke Madinah saja dah cukup. =)

Aha, lagi kaum wanita, nak pesan ni, kalau nak pergi sana, tak payah bawak baju banyak-banyak, buat penuh beg je. Bawak baju/jubah dalam 4 helai cukup, pastu bawak lah mini telekung, then settle, kat sana orang tak heran kau kehulu hilir dengan telekung, jugak tak heran, waima baju kau tak bergosok. =p (cam aku, aku kisah gak la tak dapat gosok baju, tu yang menggagau cari sterika dekat Mekah sana.)


* Untuk pengetahuan lagi ye, dekat hotel Madinah ke Mekah ke, depa tak ada sediakan iron tau. Jadi toksahlah bawak baju yang nak kena gosok la apa. Jelas ye?

Oke, settle dua hari dekat Madinah. Esok kita ada Ziarah di luar Madinah ye.

Sabtu (Hari ke 3 di Madinah)

1) Masjid Quba'
2) Kebun Kurma (tempat melontar) =D
3) Masjid Qiblatain (Kita lalu luar je, tak singgah pun)
4) Jabal Uhud (Ziarah makam para shuhada yang gugur syahid semasa perang Uhud)

***
Bagi sesi ziarah Luar Madinah, kita akan ziarah Masjid Quba'. Jadi jemaah dinasihatkan untuk berwuduk siap-siap di hotel untuk solat sunat  2 rakaat di Masjid Quba' yang ganjarannya merupakan 1 pahala umrah. =)




Kami tiba di Masjid Quba' sekitar jam 8.28 pagi. Masjid yang dibina atas dasar taqwa ini mempunyai nilaian yang istimewa kerana, ia dibangunkan pertama kali oleh Rasulullah bersama sahabat iaitu pada 8 Rabi'ul Awal (tahun pertama Hijrah), ia mempunyai keluasan sebesar 5.035 meter persegi serta mempunyai 3 pintu utama. Dalam sejarah Islam, ia adalah masjid pertama yang dibangunkan.

Jemaah kami, berhenti solat sunat dhuha di masjid tersebut. Masa group kami sampai, orang belum ramai lagi, tapi lepas habis solat je, serius memang ramai, nak keluar dari tempat solat wanita pun dah susah yang teramat (dan kami ada dengar cerita juga masa, katanya ada baby meninggal sebab terjatuh, wallahu'alam)
Yelah, kawasan padat kan, ramai sangat orang, so, banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Disebabkan terlalu ramai, jadi kita ikut sajalah arus yang orang tolak kita. Tak payah susah-susah tolak, kita ikut arus je, nanti sampailah tempat yang dah tak ramai orang. =)

Settle masjid Quba' dan destinasi yang seterusnya ialah ke Kebun Kurma. Tapi tak ada yang berbuah pun sebab musim sejuk kan, kalau musim panas, ye banyak buah kurma yang berbuah. Jadi kita hanya melawati tempat, dan kedai di kebun kurma tu. Kat situ, aku tak suggest untuk korang melontar (membeli) sebab harganya mahal. Mungkin sebab tumpuan pelancong, so harga memang tinggi lah. Kalau nak shopping gak, kita pergi kat Jabal Uhud. Ni sat nak bawak dah korang pergi Bukit Uhud. =D









Kejap je kitorang dekat Kebun Kurma tu, adalah sekitar 15 minit. Cuma jalan-jalan, ambil gambar, ambil air mineral free.



air mineral free. haha


Haha. Lepas tu kita ke destinasi seterusnya. (Serius beb, banyak gambar yang aku tak puas hati lagi ni, adui, kena edit balik la nampaknya entry ni nanti, random je aku letak malam ni)**

Heading to Jabal Uhud, ustaz Aizuddin siap buat kuiz dalam bas kot. Siapa dapat jawab dengan betul ustaz hadiahkan minyak wangi raudhah. (sedap weh bau dia, ni aku tengah usha nak beli lagi.)
Haa, nampak kat situ, kemain pandai taktik ustaz nak suruh kita focus dengan cerita dia, buat kuiz supaya kami ni ada la jugak simpan ilmu pengetahuan dalam otak kami kan.

Adalah dalam 5 kuiz yang ustaz bagi, semuanya aku tak dapat jawab. (haha, bukanlah, bukan tak dapat jawab, aku jawab, tapi tak betul, lepas tu, jawabnya dalam hati je. Sekian, wassalam je la kan.

Oke-oke, memandangkan masa ustaz bagi kuiz tu aku sibuk dok tulis soalan kuiz dia, jadi aku share lah soalan kuiz tu berserta jawapannya dengan korang eh. Sekurang-kurangnya korang dapat ilmu baru. Hehe.

***

Soalan pertama : Sebutkan berapa fadhilat solat di masjid Nabawi, masjidil haram dan masjidil aqsa?

Jawapan : Masjid Nabawi (1000 kali ganda pahala), Masjidil Haram (100 ribu kali ganda pahala), Masjidil Aqsa (500 kali ganda pahala)

Soalan kedua : Berapakah keluasan Tanah Haram Madinah

Jawapan : 16km x 16km

Soalan ketiga : Berapakah kubah yang terdapat di Masjid Nabawi

Jawapan : 10 menara masjid

Soalan keempat : Sebutkan 3 buah replika masjid yang terdapat di pintu 6 masjid Nabawi?

Jawapan : 1) Masjid Ghamamah, 2) Masjid Abu Bakar As Siddiq, 3) Masjid Ali, 4) Masjid Nabawi

Soalan kelima : Apakah doa nabi untuk Kota Madinah?

Jawapan : Jangan berlaku banjir besar (dimakbulkan Allah), kemarau yang panjang (dimakbulkan Allah, perbalahan antara manusia (tidak dimakbulkan Allah)


***

Demikianlah soalan kuiz yang diberi oleh ustaz. Lepas tu, kami pun sampai di Jabal Uhud lebih kurang jam 10.47pagi.
Sampai saja di Bukit Uhud, kami menziarahi makam dan memberi salam kepada para syuhada yang telah gugur syahid dalam medan peperangan.







Dan selepas itu, serba sedikit cerita tentang Perang Uhud yang diceritakan oleh Ustaz Aizuddin :

Ok, sebelum Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi 3 perkara iaitu lembu besar yang disembelih (yang mempunyai maksud ramainya orang islam yang gugur syahid di medan peperangan), mimpi kedua ialah pedang nabi sumbing (yang membawa maksud akan ada keluarga nabi yang terdekat akan gugur syahid dalam peperangan, iaitu bapa saudara nabi, saidina Hamzah bin Abdul Muttalib), dan mimpi yang ketiga, tangan nabi selamat dalam baju besi (yang membawa maksud Madinah selamat dari ditawan oleh orang kafir Quraisy mekah.

Aku ringkaskan sedikit kisah perang Uhud yang diceritakan oleh ustaz masa kami dekat bukit Uhud.
Sebagaimana yang kita ketahui, perang Uhud adalah perang kekalahan. Tidak mudah untuk Nabi memperjuangkan agama tauhid ini.
Berlakunya perang ini adalah diantara Bukit Memanah dengan Bukit Uhud.

Wasiat Nabi sebelum perang, semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda, sama ada kalah atau menang. Namun pasukan pemanah muslim turun bukit untuk mengambil harta rampasan perang setelah melihat tentera musyrik meninggalkan medan peperangan. (Seramai 22 orang tentera quraisy telah mati.)
Pasukan tentera pemanah ini menjadi terlupa dengan arahan rasulullah supaya tidak turun bukit Uhud.
Apabila tentera Islam turun, ketua tentera berkuda, Khalid al Walid telah melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera islam terkepung dan menjadi lemah. Juga telah tersebar berita Rasulullah telah terbunuh. Ini menyebabkan keadaan menjadi kucar kacir.
Walaubagaimanapun, Rasulullah masih selamat kerana dilindungi oleh beberapa orang sahabat. Namun begitu, mereka semua telah terbunuh kerana bertindak ingin melindungi nabi.
Dan ketika itu juga, baginda sendiri telah mengalami kecederaan pada muka, bibir, pipi dan patah giginya.
Setelah pertempuran hebat, tentera Muslim Berjaya berundur ke Uhud, tapi tentera Quraisy gagal mendaki bukit Uhud.
Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan mebuat keputusan tidak mengejar tentera muslim dan mengisytiharkan kemenangan.

Kalau kita hayati betul-betul sejarah perang Uhud ni, mesti boleh mengalirkan air mata, sebab perang ini adalah diantara perang yang paling tragis sekali. Aku cerita dalam ni tak details sangat, nanti pandai-pandailah korang bukak kitab Ar Raheeq Al Makhtum ke eh. Takpun, cari orang yang boleh sampaikan cerita tu dekat korang.

Orait, ibrah dari peristiwa ini, ia memberi peringatan kepada para sahabat dan seluruh umat Islam tentang kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain dari ketua yang dilantik.

Info tambahan : tahukah kalian, jika kita solat jenazah, pahalanya adalah sebesar bukit Uhud iaitu sepanjang 6km, jika kita hantar sehingga ke liang lahad, akan dapat lagi pahala sebesar 1 bukit Uhud. Dekat Madinah dan Mekah, lepas solat fardhu je, mesti akan ada solat jenazah, please jangan tinggalkan solat jenazah, sebab Allah nak bagi kita pahala banyak, jadi kita kena rebut betul-betul peluang yang Allah nak beri tu.

Oke, lepas habis kisah perang Uhud oleh ustaz Aizuddin, kami diberi masa untuk melontar di kawasan bukit Uhud tu. Banyaklah jualan yang murah-murah harganya. Aku grab macam kekacang lepas tu beli beg untuk ayah. Takat tu aje kot lontaran aku. Kan aku dah cakap, aku tak minat shopping. Beli pun macam cukup-cukup je untuk orang buat rasa dekat Malaysia nanti. Hee. Bukan kedekut, tapi itulah, nanti beg berat, tak muat.

Jam 11.54 kami dah gerak balik ke Madinah, tapi dalam perjalanan, kami melalui Masjid Qiblatain (Masjid dua kiblat). Kami tak turun, cuma tengok di tepi jalan, dan ustaz ceritakan kisah yang terjadi di Masjid Qiblatain ni. Iaitu peristiwa terjadinya pertukaran arah kiblat, dari arah utara (masjidil aqsa) dan bertukar ke arah selatan (masjidil haram). Peristiwa ni berlaku ketika nabi sedang solat zohor dekat masjid ni, semasa rakaat pertama, nabi telah menerima wahyu dari malaikat Jibrail, dan diperintahkan oleh Allah dalam surah Al Baqarah ayat 144. Disebabkan nabi sangat suka menghadapkan wajahnya ke arah kaabah (masjidil haram). Ini kerana dahulunya, orang yahudi suka mengejek nabi, dan mengatakan nabi mengikut mereka yang berkiblatkan masjidil aqsa. Inilah diantara kisah yang terjadinya di masjid Qiblatain.

Orait, selesai untuk sesi Ziarah luar Madinah hari ke tiga di Madinah, seterusnya kami pulang ke hotel dan meneruskan rutin hidup di Madinah sebelum perjalanan esok untuk ke Makkah menunaikan ibadah umrah.

Hat ni, aku kena cerita dalam entry seterusnya, sebab entry ni dah jadi sangat panjang, sebab aku gabungkan pengalaman perjalanan dari Malaysia bawak ke Jeddah dan Madinah.

Jadi, aku tutup entry kedua perjalanan umrah aku di Madinah dengan kata, terima kasih atas perhatian, mohon maaf segala kekurangan.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan aku sendiri.


Sekian, wassalam.


Tulus,

Norzayani Binti Norhamshah
12.21 pagi
7 Februari 2019

*nota kaki : aku mengambil masa yang sangat panjang untuk mengarang entry ni. Aku hargai sangat kalau korang baca dan hadam betul-betul. Sebab bukan kisah aku yang paling aku nak tonjolkan, tapi kesemua cerita sirah yang aku nak sampaikan yang memang aku salin, aku rakam masa ustaz sampaikan dekat Madinah dulu. Semuanya sebab aku nak share cerita dengan orang yang mungkin masih belum dijemput Allah untuk ke sana. Semoga dengan serba sedikit pengalaman dan cerita aku ni, akan buat kita semua lebih berusaha gigih untuk dipilih menjadi tetamu Allah di sana nanti. Insya Allah, aamiin.

Thanks to all team PDC Travels sebab buat saya rasa 'percutian' ibadah ini memang banyak bagi ilmu pada saya. Sangat sesuai dengan tagline PDC Travels ni "KEMBARA PENUH IBRAH, IBADAH SELARI SUNNAH" well hey, tahniah semua team PDC atas usaha padu  yang dilakukan sebab kami dapat mengembara mencari ilmu dan dapat beribadah dengan hati yang gembira di bumi bercahaya Kota Madinah Al Munawwarah ini. =)

 


CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...