Monday, May 19, 2014

Hurm, sedapnya...

Bimillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum w.b.t...

Hehehe, sebenarnya hari ni agak tiada mood nak pergi kerja.
Hari ini aje lah, selalunya hari Isnin, aku rajin bersemangat tau! Kuikuikui. Sila jangan poyo sangat ye Yani.

Haih amenda lah aku ni, setiap kali entri, mesti nak melalut ke laut dulu.

Huhu, takde, saja je nak share 'kesengalan' dan kekreatifan aku, yang dah sehabis kreatif la ni.

Haha, sebenarnya bukanlah kreatif pun, ini namanya boring plus tak ada kerja.
Erm tapi kawan aku, Shamini, dia kata aku gila. Choiii, mana ada i gila oke. Cuma, saja-saja aje. Suka-suki.


cantik tak? haha~
ni pun gatal, conteng monteng~


kite bagi dia pakai lambut kale putih~

kite guna gam, pen sharpie, gunting, tisu, telur rebus!
Hensem kan?
Oke, aku tau hemsem sangat!
Telur pun boleh jadi entri ye yani?? Haih lah kau ni...huu...

Tadi borak sengal-sengal dengan Shamini, aku kata kat dia, besok-besok kalau aku nak kahwin, kita bagi gini je kat tetamu. Gelak berdekah-dekah dia..
Senget je.. Hello, kreatif apa, pengantin ada idea gini. Haha...
Lepas tu dia tanya aku, kalau dah banyak-banyak, mampu ke nak buat pengantin oi?

Erkk oke, tak mampu. Kbai.
Hahha. Kalau setakat suka-suka boleh lah.
Alah aku cakap tadi pun main-main je, bukan nak kahwin betul-betul pun.

Sesungguhnya tetapi, aku ini kalau dilayan perangai sengal, maka orang lain di tepi-tepi aku akan stress.

Tapi kan, aku rasa, kalau aku bagi anak-anak buah aku telur yang sebegini comel, mesti diorang teruja.
Diorang memang sayang sangat kat "ACIK NANI" diorang ni...haha sayanglah sangat!

Tapi sekarang ni susah bebenau nak jumpa telur rebus kat rumah orang kahwin.
Selalu dapat bahulu je kan.
Tapi aku rasa lagi best kalau dapat telur. Bila balik, lenyek sampai lumat, letak mayo sikit, lada sulah, majerin secoet, sedapnya selet kat roti. Oke, aku dah membayangkan kesedapannya.
Jadi aku akan menutuplah entri kali ini, kerana aku malas nak panjangkan cerita pasal telur ni.

Jaga diri baik-baik korang.
Maaf kalau ada silap salah dalam penulisan yang terkadang-kadang melebih-lebih ya..

Jaga iman, jaga solat.
Assamualaikum w.b.t.

Norzayani binti Norhamshah
19 Mei 2014 / 19 Rejab 1435 H

~hurm tak sabarnya hendak berpuasa di bulan RAMADHAN... :) :) :)

Thursday, May 15, 2014

Sejarah Hari Nakbah. Kita ambil peduli atau tidak?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Syukur ke hadrat ilahi, dengan izin-Nya, kita masih dikurniakan anugerah nyawa untuk hari ni...
Hari ini bertarikh 15 Mei 2014...
Genap 66 Tahun Peristiwa Hari Nakbah.
Apa itu hari Nakbah?



Kalau tidak tahu, anda, wahai umat Islam di dunia ini, disarankan untuk membaca entri ini.
Kenalilah sejarah tentang Hari Nakbah ini.
Baca perlahan-lahan, anda akan turut merasa setiap derita yang dialami oleh saudara-saudara kita di Palestin sana... Mereka saudara kita! Jika kita tak mampu memberi bantuan dari bentuk kewangan, janganlah pula kita kedekut untuk mendoakan mereka di sana.
Doakan supaya Allah sentiasa melindungi mereka.
Sampai bila kita nak hidup tanpa memikirkan nasib saudara seislam kita di sana?
Hidup ini hanya persinggahan, manusia yang bijak, dia sedar, satu hari nanti dia akan kembali ke 'negara' asal. 
Adakah dengan berdoa untuk mereka, kita akan kehilangan wang kita? Pangkat? Harta?

Allahurobbi... Kalau hilanglah segalanya itu, mengapa kita perlu takut dan bersedih, sedang kita tahu, semua itu milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil semula.
Bukan mudah mahu mengajak orang untuk berjihad demi Islam kerana Allah, jalan itu penuh liku dan duri. Tapi jalan yang berliku itu Allah akan balas dengan bahagia yang tidak berpenghujung di akhirat kelak.
Subhanallah.


Apakah itu Sejarah Hari Nakbah?

Nakbah bermaksud “malapetaka” dalam bahasa Arab. Palestin merujuk sejarah hari Nakbah “malapetaka”, sebagai kemusnahan masyarakat mereka dan sebagai rampasan tanah air mereka.

15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun sejarah hari Nakbah yang ke 65. Sejarah Hari Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun sejarah hari Nakbah ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Lebih 500 perkampungan dan pekan Palestin dimusnah dan diduduki secara haram oleh orang Yahudi dan diberi nama baru. Lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, harta benda, ladang, perniagaan, serta pekan dan bandar yang mereka diami. Kumpulan pertama 726,000 pelarian Palestin disusuli pula lebih 200,000 lain yang terpaksa meninggalkan kediaman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada 1967 selepas Israel menyerang Jordan dan Mesir dengan menakluk kawasan itu serta Baitul Maqdis Timur.

Militia Yahudi berusaha untuk mewujudkan sebuah negara dengan majoriti Yahudi di Palestin, tentera Israel telah menghalau rakyat palestin keluar dari tanah mereka. Israel pula dengan pesat memindahkan orang yahudi masuk ke dalam rumah Palestin yang baru dikosongkan. Akibatnya, lebih empat juta pelarian Palestin hidup merana dan merempat bertaburan di seluruh dunia – dari Mesir, Jordan, Syria, Eropah dan Amerika Syarikat.



Sepuluh Fakta tentang Hari Nakbah


1. Peristiwa Hari Nakbah adalah punca masalah Israel / Palestin.
Sejarah hari Nakbah berlaku pada 15 Mei, hari selepas Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 ke atas tanah haram palestin.

2. Peristiwa traumatic ini mewujudkan krisis pelarian Palestin
Dua pertiga daripada penduduk Palestin telah dibuang negeri menjelang akhir tahun 1948. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau keluar di bawah serangan ketenteraan secara langsung. Selebihnya melarikan diri kerana penyebaran berita bahawa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh militia Yahudi di kampung-kampung Palestin seperti Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin Yahudi melihat “pemindahan” sebagai satu langkah penting dalam penubuhan Israel
Pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka bahawa keperluan menggunakan pertempuran tentera untuk mengusir seberapa ramai rakyat Palestin yang boleh sebelum negara-negara Arab yang lain datang untuk menyerang.
‘The Haganah militia’s Plan Dalet’ adalah pelan tindakan yang dikuatkuasakan Israel untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata “Kita mesti menggunakan keganasan, pembunuhan, ancaman, rampasan tanah, dan memotong semua perkhidmatan sosial untuk menghapuskan penduduk Arab di Galilee (Galilee adalah sebuah tasik yang dipanggil sebagai Laut Galilee).”

4. Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah
Tentera Yahudi telah mengosongkan lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung di Palestin. Sebahagian besar telah dirobohkan.

5. Harta dan barang milik rakyat Palestin diambil sesuka hati
Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa keinginan untuk memberi peluang kepada rakyat palestin untuk kembali ke rumah masing-masing.
Sejarawan Israel, Tom Segev, melaporkan bahawa: “Entire cities and hundreds of villages left empty were repopulated with new [Jewish] immigrants… Free people – Arabs – had gone into exile and become destitute refugees; destitute refugees – Jews – took the exiles’ places in the first step in their lives as free people. One group [Palestinians] lost all they had while the other [Jews] found everything they needed – tables, chairs, closets, pots, pans, plates, sometimes clothes, family albums, books radios, pets…. “

6. Sebahagian rakyat palestin masih kekal atau tinggal di dalam apa yang dikenali sebagai Israel
Sementara kebanyakan rakyat Palestin dihalau keluar, ada yang masih kekal di dalam Israel. Walaupun mereka (rakyat palestin) adalah rakyat negeri baru, mereka tertakluk kepada peraturan tentera Israel sehingga 1966.
Hari ini, penduduk Palestin di Israel terdiri daripada hampir 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding untuk mendapat jawatan.
Tetapi, lebih daripada 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh orang yahudi melebihi keatas orang bukan yahudi. Juga, hampir satu perempat rakyat Palestin yang menetap di dalam Israel telahpun “dipindahkan”, dan mereka tidak dapat lagi untuk kembali ke rumah dan tanah mereka yang telah diambil Israel.
15 Mei 1948

7. Kini, terdapat berjuta pelarian Palestin yang tersebar di seluruh dunia
Pada taun 2012, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

8. Pelarian mempunyai hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
Semua pelarian mempunyai hak-hak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kembali ke kawasan yang telah mereka larikan diri ataupun dipaksa keluar, untuk menerima pampasan bagi kerosakan yang telah berlaku, dan sama ada untuk mendapatkan kembali harta benda mereka ataupun menerima pampasan dan sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah jelas diakui dalam perjanjian damai terkini di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel, bagaimanapun, masih tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali, tetapi seorang Yahudi dari mana-mana tempat di dunia boleh menetap dan tinggal di Israel dengan sewenangnya.

9. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk keamanan di Timur Tengah
Majoriti besar rakyat Palestin percaya bahawa hak sebagai pelarian perlu dipenuhi bagi mengekalkan keamanan antara Palestin dan Israel. Mengikut tinjauan pada bulan Ogos 2007 oleh Jurusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus yakin bahawa pelarian perlu dibenarkan kembali kepada “tanah asal mereka”.

10. Hari Nakbah mempunyai implikasi terhadap rakyat Amerika
Israel berterusan menafikan hak rakyat Palestin melalui bantuan kewangan serta sokongan diplomatik tanpa syarat oleh Amerika Syarikat. Satu tinjauan telah dilakukan oleh Zogby di lapan buah negara Arab pada tahun 2002 menunjukkan bahawa “persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah disebabkan kerana dasar Amerika itu sendiri, dan bukan kerana tidak suka akan Barat.” Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa “isu Palestin telah disenaraikan oleh kebanyakan orang-orang Arab antara isu politik yang memberi kesan kepada diri mereka secara peribadi. “ Resolusi terhadap isu pelarian Palestin tidak syak lagi akan meningkatkan imej Amerika diperingkat antarabangsa, dengan membuktikan bahawa kerajaan AS menyokong segala usaha keganasan dan ketidakadilan dalam isu negara haram Israel terhadap Palestin.

***
Dan tahukah anda bahawa para tentera Isreal menghapus dan melenyapkan hampir 500 desa Palestin dan kota-kota dari peta?!
“Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir.” [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]

NAKBAH, hari tertegaknya Negara Haram ISRAEL !



sumber petikan ini : http://wanfauzi.com 

Lagi artikel mengenai sejarah Peristiwa Hari Nakbah yang menarik untuk dibaca : 


Terima kasih, kalau ada yang sudi baca.
Mudah-mudahan Allah akan sentiasa redhai hidup kalian, bukan hanya di dunia, malah di akhirat kelak.

Walau kita tak merasai secara fizikal tentang kesengsaraan yang dialami saudara kita di sana, tapi andai dibaca dengan hati yang ikhlas, anda akan merasai di dalam hati dengan apa yang saudara kita tanggung di sana.

Awak pasti akan mengalirkan air mata jika awak membayangkan diri awak di tempat mereka.
Demi membantu mereka, dan kalau bukan dengan wang ringgit, kita pasti boleh menolong dengan memboikot apa saja barangan dari Israel. 
Apa kita nak jawab kalau Allah tanya nanti?
Apa kita nak jawab kalau Allah tanya kenapa kita tidak membantu saudara kita itu?
Apa kita nak buat kalau ada di antara saudara kita di sana nanti menuntut sesuatu di sana nanti?

Ya, terdapat banyak kekangan. Terkadang memang kita tak mampu.
Tapi, sekurang-kurangnya kita berdoa untuk mereka.
Bantu apa yang terdaya. (doa, kewangan, pakaian atau apa sahaja)

Paling penting, jangan pandang rendah pada kuasa doa.
Doalah bersungguh-sungguh kepada Allah.
Dia pasti beri... Dia akan beri...
Dan sesungguhnya... 
Tiada apa yang dapat melindungi kita semua melainkan Allah.
Hanya Allah tempat kita bergantung.
Hanya Allah yang dapat lindungi kita.
Buatlah sesuatu yang boleh membuatkan Allah cinta pada kita...
Anggaplah sisa-sisa hidup yang ada sekarang ini umpama bonus yang Allah berikan untuk kita lebih mencintai-Nya.

Terima kasih sekali lagi buat yang sudi baca entri ini.
Sekarang awak dah tahu sejarah hari Nakbah, nanti awak boleh ceritakan juga kepada zuriat-zuriat anda, supaya mereka punya hati untuk berjihad ke jalan Allah. Biiznillah...
Buat saudara-saudaraku, walau anda diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang hebat,

La Tahzan... yakinlah, Allah ada dengan kita. Jangan bersedih. Jangan bersedih.
Kerana Allah itu lebih dekat dari urat leher kita.
Allah pasti akan bantu kita...yakinlah dengan pertolongannya.
Semoga kita semua akan berjumpa di syurga-Nya, satu hari nanti...
Moga Allah meredhai kita semua...
Aamiin...

Maaf ye, kalau ada kata-kata yang mengguris hati dan perasaan awak-awak semua...

Jaga diri, jaga solat...
Sekian, wassalam...

Norzayani Binti Norhamshah
4.37 PM
15 Mei 2014 / 15 Rejab 1435H

p/s : mohon kalian, jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara kita terutamanya yang berada di Palestin, Syria, Mesir. (juga untuk umat Islam di seluruh dunia.)

Friday, May 9, 2014

#Liebster Award Nomination ~ Kak NiezaHata

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Amende 
Liebster Award Nomination
niii? Tak reti la haihh... hehe tapi ada geng blog kak cik puan thisni3zahata mintak kite jawab soklan-soklan yang beliau utarakan.. (haicehh utara sangat ye Yani!)
Jadi, saya dengan baik hati, sopan santun, indah budi pekerti lagi jujur akan menjawab soklan-soklan yang mencabar itu... Mencabar kah? Haha, tengok sat g la ye...


ini dia, logo wajib untuk di 'kopi pes' oleh sesiapa yang buat benda alah ni...
Kak Cik Puan Ni3za, haruslah awak nanti saya tag kembali untuk menjawab soklan cikgu tadika ini. Muehehe... 

Oke, saya akan jawab dengan penuh kasih sayang... ngegege...

Oke, cabaran bermulaaa... (Yani, toksah nak poyo sangat boleh? Jawab je lah...Heshh..Oke3, ampun. Hehe, eh soklan BI, i jawab BM la aje. Sebab kalau jawab BI, kompem jawapan aku cover-cover plus tak e-class!!! Hahaha...)


1- What is the meaning of your name?

~> aiseh, kalau cari maksud, nama Zayani itu di dalam buku bermaksud, kecantikan. Nor ialah cahaya, jadi maksud panjang, cahaya kecantikan... alhamdulillah, cukup hensem tak jawapan?


2- Why do you like the brand on your phone now?

~> erm pasai brand SAMSUNG tu semua orang dok pakai la ni. sebab dia feymesss, sebab dia besttt, sebab mungkin product Korea kot... haha. Kejam!


3- What is your favorite color?Why?

~> seriously bhai, wa tak tahu. tak tetap pendirian tau saya ni. Kejap kang suka biru, kejap kang suka biru, lepas tu suka biru lagi. hahaaha.... kebahagiaan sungguh dengan biru ni. :D (wehhh tapi otak wa tak blue tau! kikiki... )


4- Which category in a blog that's you love to click?

~> alahhh, eh jap, nak bukak blog sendiri jap, nak carik jawapannye, hehehe... ouh ni kat 'followers'...sebab gigih akan follow semula sesiapa yang follow sayeerr. okay yani, jawapan tak boleh handle...!


5- A song that recalls your memories.

~> aiseymennn, memori tu gembira ke sedih ke marah ke camne? Ialah lagu bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah...pon pin pon pin pon ponnn... haha nyanyi bagai ni, kalau dengar lagu ni, mesti teringat zaman kanak-kanak yang best. ;)


6- Do you like to eat ice cream? Why?

~> gila kau aku tak suka aiskrim. Suka gilalas. Lebih-lebihnya Magnum Almond tu. Kalau makan tu, kompem wa tak heran kalau Fahrin Ahmad lalu depan mata. Haha.


7- What is photography means to you.

~> ala soalan ni susah la. tak tau nak jawab. Tapi satu la, tengok word 'photography' ni, kompem sayer ingat adik sayer, sebab dia sangat suka dengan bidang ni. (eh bila raya, budak ni wajib ambik gambar kakak dia! kalau tak, tak hadaa duit raya... kejamnya Yani ni! lalala...)


8- Which one you prefer..Compact or DSLR camera.

~> DSLR , Duper Super Luar Biasa gambar hang boleh snap! Sebab gemok dan boleh poyo-poyo macam photographer terhandal gitu kaedahnya... huaaha.. 


9- What is your phone wallpaper?

~> hehehehehehehehe, haruslah wallpaper gambar ibu ayah saya... (apakah? tidak percaya?) ala betui ni, wa tak tipu... :) sila berpercaya ye, takde kaedah nak tipu mipu ni. 


10- Do you love selfie?

~> hahahaha, sedangkan Najib dengan Obama suka selfie melfie ni, mana mungkin Norzayani ni tak suka... haha, kau dah takde kerja ye Yani? Jawapan semua panjang-panjang. 


11- What do you think of your boss?

~> bos kecik ke bos besar? ala ini soalan susah. Hahaha takmo la jawab. Satni, bos baca, abes I. Tapi bos saya, baik. Tu je nak cakap. Haha... Kaedah nak lepaskan diri ni.


Yesss, habis pun soalan mencabar minda ni...Hhehe, diharapkan berpuas hati la sahabat saya kak cik Nieza dengan jawapan sengal saya ye. Hurm kalau ada tersinggung mana-mana, sorry ye. Hehe... =D

Oke, oleh kerana beliau telah beri saya soalan untuk dijawab, makanya seharusnya lah saya jugak nak tag beliau dan sahabat-sahabat blogger yang lain (yang terpilih..ecewah, macam nak menang motor pulak ye...) untuk menjawab soalan terfeymes abad ini... Haha...

Siapa yang kena jawab ? Ni awak, yang comey-comey ni... (erk yang lain kalau terasa nak jawab, boleh je copy soalan, then jawab je... kata nak suka-suka hati...heheee...)

4) Ayuzan
5) Mie Za
6) Nhhas
9) Sha


Oke nah soalan-soalan cemerlang, gemilang, terbilang. (Tema Soalan- Puasa & Raya) 

1) Kat baazar ramadhan, apa makanan atau minuman wajib beli? 

2) Kenapa murtabak menjadi menu fevret orang di waktu bulan Puasa? (Jawablah dengan kreatif ye)

3) Antara bandung cincau dengan soya, siapa paling laku sekali kat baazar nun? Dan kenapa?

4) Shopping untuk raya, masa bulan puasa atau 3 bulan sebelum raya?

5) Last dapat duit raya, umur berapa? 

6) Kenangan berpuasa dan raya yang sangat antik untuk diingati?

7) Tahun ni, apa warna tema baju raya?

8) Lagu raya apa paling disukai? Kenapa?

9) Kuih raya apa paling menjadi kegemaran? Apa sebabnya suka? Jelaskan. (Aicewahhh...haha)

10) Kuih raya selalu buat ke beli? Kenapa buat? Dan kenapa beli? (Heheheee)

11) Dah habis ganti puasa ke belum? Dah habis, syabas! Kalau belum, kenapa, malas eh? (Ngeh3...)



Oke, dah siap, soalan buatan sendiri yang suka-suka hati.
Selamat menjawab sahabat-sahabat ku. Hehehe...
(Tapi kalau tak nak jawab pun takpe, korang mesti dah jawab dalam hati kan...ngeh3)

Kalau ada soalan yang tak puas hati tu, maaf ye, gurau senda sahaja.

Terima kasih sudi baca entri ni.
May Allah bless us. Biiznillah.

Sincerely,
Norzayani Binti Norhamshah
9 Mei 2014 / 9 Rejab 1435H

Wednesday, May 7, 2014

Si Pencinta Pau...

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t...

Haiii...

Siapa suka makan pau?
Angkat keninggg sambil buat muka lapar...! (Haa macam mana muka lapar? Gasaklah korang nak buat muka macam mana...)

Erm hari ni bukak blog, boleh pulak aku nampak entri baru abang Ben, dia dok ceghita pasai PAU.
Masya Allah. Pagi-pagi lagi aku sudah diuji. Hhehe. Abang Ben ceghita pasai buang kulit pau.

Erk tapi sepanjang hidup aku mengenali PAU, aku tak pulak buang kulitnya.
Yang aku tahu, lepas beli, aku kena makan terus. Nanti dah sejuk tak sedap. Tu je dalam kepala aku bila dah beli pau.

Sobs. (Dan aku siap menjeling-jeling poyo lagi kalau orang buang kulit pau tu. Sebab aku ingat diorang mengada!)

Haha, ampun. Ampun. Tapi bila baca entri tu, alasan orang-orang yang buang kulit Pau adalah kerana kadang-kadang ada habuk melekat di permukaan Pau kesayangan korang tu.

Erm tapi kan pada aku, erm sama je habuk ni sentiasa ada kat mana-mana.
Bukanlah kata tak boleh ke apa, tapi kalau gitu, hang beli makanan apa-apa ke, buanglah sekali kulitnya. Kan takut habuk melekat.
Contohnya, kalau korang nak makan donut, korang buang lah gula yang ber'sepah' kat kulit donut tu.
Kalau nak makan kuih seri muka pun buang lah atas bawah kiri kanan, kan tak boleh tu, terdedah habuk lah katakan. Buang. Buang.

Paling rare, kalau nak makan karipap, buanglah kulit karipap tu, korang makanlah inti dia je.
Haaa, perghh daebak! (Saat ni mesti korang nak kata, selenge nya aku ni. Haha.)

Lek la korang, aku cuma mengandaikan saja.
Sebenarnya kalau nak makan pau tu, korang nak buang ke tak kulit, terserahlah. Tak de salah pun.
Hehe.
Kalau aku, memang tak penah aku buang. Terus ngap tak hingat dunia.
Tapi takpe, lepas ni kalau aku beli pau, aku akan tengok ada habuk ke tak.
Kalau ada nanti aku cuci. Pastu aku kukus balik, then baru makan.
Sayang doe nak buang-buang kulit segala.
(Eh tapi kalau dah kat R&R, ada pulak aku nak basuh kukus balik? Haha takda, ngap ja...)

Yaaaa aduhaiiii, kenapalah aku bercerita tentang Pau di saat aku sedang berdiet?
Adui. Eh diet tu kalau cheating sekali dua kala pun tak apa kan? (Teringin pula tiba-tiba)

Jap eh, untuk mencantikkan entri ni, aku akan upload sebiji gambar Pau yang menawan kalbu.

ala gambau tak cantik. ehsan abang gugel lah katekan...
Haha, sedapkan pau.

Nak tahu apa salah satu benda wajib beli kalau nak pergi jalan mana-mana. 
(Maksud kalau jalan jauh pergi Melaka ke Cameron Highland ke)

Ialah PAU.
Singgah R&R, kalau nampak Pau, mesti akan beli sebiji dua.
Makanan lain aku tak pandang dah.
Hehe poyo. Tapi sewaktu tengah diet, aku terpaksalah melupakan cinta aku ini kepada Mr.Pau.

Pau fevret haruslah Pau BBQ AYAM BRAND BESTMAS.
Memang best! (Eh tapikan kalau brand bestmas ni, semua aku suka. Pencinta pau lah dikatakan.)

Sebenarnya brand ni aku kenal masa aku study kat Unisel dulu.
Hari-hari pun terasa nak makan Pau.
Datsuwai pipi aku gebus macam pau.
Badan toksah cakaplah, dah macam kena sengat dengan tebuan. Bengkak je.
Nak gambar? Takda. (Kalau terjumpa nanti aku edit balik entri ni)

Itu dulu masa muda-muda. Pakai ngap je nak makan apa.
Bukan nak fikir kesihatan ke amenda kan.
Kalau sekali sekala ye takpe. Orang kata nak merasa kan.
Kalau dah hari-hari memang mintak kuah kari simbah kat pipi.

Benda paling sedih berkenaan Pau korang tahu apa?

Haa meh aku ceghita,
kejadian berlaku 2 tahun yang lepas. Throwback lah kiranya ni...

Aku belek-belek resepi, terjumpa pau. Berusaha i cuba okayyy.

Gigih carik barang, balik rumah. Nak try jugak walau nanti tak jadi.
Dah kemaruk sangat.
Aku pun uli punya uli doh. Siap, then rehatkan. Nak tunggu doh tu 'naik' ringan dan gebu.

Lalu aku dengan hati yang gumbira menyediakan inti karipap (haha dah inti kentang campur hayam tu je yang aku tau buat plus senang. Layan je lah. Weh sedap tau inti tu. Tara tipu punya. Wiwiwi...)

Lepas dah beberapa ketika, inti dah siap, aku dengan ceria menengok semula, apa jadi dengan doh aku tu.
Sekali tak naik. Hampeh! Amenda ni. Kecewa la. T.T

Tapi time tu aku mana tau. Aku tibai gak letak inti. Nak kukus gak.
Hihi, tak boleh belah. Apa jadi ntah dengan 'benda alah' tu aku tak ingat sangat.
Yang aku ingat, at last aku jadikan macam Pau Malaysia tu. Aku letak inti, dan goreng.
Bukan lagi kukus.
Tak silap aku pau tu liat kot lepas aku kukus. Stress kan?

Tapi still boleh makan lah lepas aku goreng tu.
Ibaratnya macam ni rupa pau aku tu lepas goreng.

ehsan abang gugel lagi...
Cantik begini lah pau aku tu lepas digoreng.
Rasa tu korang toksah tanya. Malu je dengan kakak aku.
Eh sedih ke cerita aku ni? Macam tak sedih je, haha. Oke tak sedih, tapi malu.

Berdekah-dekah kakak aku ketawakan aku. Menyampah oke!
Haaa lantak hang nak gelak ke hapa Yaya, yang penting kau makan jugak. Lalala.

Jadi maknanya aku ni agak hampeh lah jugak.
Harap je suka makan Pau. Membuatnya tak reti.
Aku dari dulu memang ke laut sikit nak buat 'doh' ni.
Nak buat pau ke, nak buat roti ke, nak buat karipap ke, nak buat cakoi ke.
Wa gerenti boleh tak jadi. 

Eh pembetulan lah, tapi kalau nak buat inti minti tu, boleh lah.
Jadi gegayanya. Bilalah aku boleh pandai nak buat Pau Kesukaan aku.
Apa pun akan aku terus berusaha demi belajar membuat Pau.
Tak pun carik je mak mentua yang pandai buat Pau. Untung-untung boleh belajar dengan beliau.
Nak kena carik mak mentua yang sporting ni, baru boleh jadi bestfren dunia akhirat...

Nah diakhir kata, majulah dunia perniagaan Pau untuk negara.
Selamat senyum Pau untuk semua.
Senyum Pau tu hape? Senyum gebu yang comel lah.
Bila senyum pipi korang pun naik macam pau. Hehe.
Nah gambar pau lagi. Aku kan peminat setia Pau. Jadi kawan-kawan aku pun kena suka tengok Pau jugak.

pau oh pau. ;) i leb yiu.


Orait tengkiu baca entri kerepek ni.
Sebarang kesalahan kesilapan dalam ayat-ayat aku, yang terkasar bahasa, mintak maap awai-awai.

Take care korang.
Jaga Iman, Jaga Solat.
Sekian, wassalam.

Salam ikhlas,

Norzayani binti Norhamshah
7 Mei 2014 / 7 Rejab 1435 H
1.01 PM


Glosari (Kamus Yani)

Fevret - Kegemaran

Datsuwai - Kerana itulah

Bestfren - Kawan baik

Kerepek - sama dengan Merepek

Daebak - Hebat

Amenda - Apa benda

Hayam - Ayam

Tuesday, May 6, 2014

Cukup Derita Itu...

Cukup...cukup sudah...
Cukup sampai di sini saja...

Cecewah Yani, bernyanyi bagai... 
(Haipp mana ada aku nyanyi, itu cedok lirik lagu je letak dalam entri baru ni)

Cukup derita itu. Ya cukup. Itu tajuk novel terbaru kak Siti Rosmizah kita ni.
Sedih tak terperi bhai. (Erm kalau awak bukan pembaca novel cintan-cintun, adalah tak digalakkan untuk anda membaca entri ini. Yelah kan, setiap orang ada minat masing-masing, asalkan tak lupa Allah, kenapa kita mesti nak pertikaikan 'dherr baca novel cintan-cintunn?' )

Aduhai, biasalah manusia ini macam-macam citarasa. 
Bukankan baik kalau saling menghormati setiap minat yang berbeza-beza tu.
Bak kata ustazah Fatimah Syarha, 'Kita syukuri persamaan, kita raikan perbezaan...'
Mudahkan?

Orait, ni aku nak cerita sikit berkenaan novel terbaru kak Siti Rosmizah ni.
Novel ni memang best. Tapi tak sesentap masa aku baca cerita 7 Hari Mencintaiku dengan Andai Itu Takdirnya. Akak peguam kita ni, kalau tulis novel, aduhai, pecah berderai-derai hati aku. Asyik nak nangis, tapi tahan je lah. Tak tabahlah Yani oi kalau kau menangis kan.

Cukup Derita Itu. Novel yang berhalaman 1170 muka surat ini akhirnya aku dapat habiskan dengan jayanya.
Karya terbaru kak Siti Rosmizah ini anda boleh membelinya di kedai-kedai buku berhampiran anda dengan harga RM38.90. 
Aku special sikit, beli dengan harga RM35.00. 


:)

Kenapa special?
Pasai aku peminat tegar kak Siti Rosmizah.
Hahaha... kan...

Apa tak nak percaya? Cisss. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga!
(Hoii Yani, kau dah kenapa? Wayar dalam otak dah putus ke lepas baca cerita ni? Dah gelong macam hero dalam novel ni?)
Hehe gurau je, aku dapat rege murah sebab aku beli kat Pesta Buku Antarabangsa KL hari jumaat minggu lepas. Kuang...kuang..kuang... =D

Haha..agak-agaklah..sikit je ikut gelongnya kerana membaca novel ni.
Aku memang suggest habis-habisan ni kat korang. Beli dan baca.
Selamilah kisah derita seorang gadis bernama Ellani ini.

Kesian Ellani, sangat kesian. Tapi dalam kesian tu, ada jugak sengalnya.

Aku cerita sikitlah pasal cerita ni oke?

Pada aku, awalan cerita ini dah memang nampak derita.
Meh aku kenalkan heroin bernama Ellani. Ellani ni ada kembar seiras, namanya Ellana.
Diorang ni ada seorang mak ngah yang sangat kejammmmmmm!!! Nama mak ngah tu Gayah.

Mengikut pembacaan aku, penulis menggambarkan Ellana ni cantik habis! Ellani pulak comot, ala-ala K.P.G dot com sangat. Gitu. Sebabnya mak ngah Gayah ni sayang pada Ellana. Ellana kan pandai membodek. Ellani dikatakan kuat melawat, degil, kasar dan sebagainyalah.

Aku sendiri kurang pasti, sama ada memang wujudkah dalam dunia ni, kembar yang ada PHD tahap tertinggi dalam hati dia. Tapi kalau dalam novel ni, memang wujud sangat.

Kenapa mak ngah Gayah benci gila dengan Ellani?
Ouh itu, sebab arwah suaminya sangat sayang dengan Ellani. Diorang tak ada anak. So, memang arwah pak ngah ni lebih sayang Ellani berbanding dengan Ellana. Sebab Ellana ni dari kecik sampailah ke besar, tak sedar diri. Perasan dan bla..bla..bla. Tapi mak ngah Gayah ni boleh pulak sayang? Heshhh.

Kalau korang dah baca atau nak baca novel ni, atau nak cari novel ni, ish ish ish, mulut mak ngah Gayah ni, adoiiii, aku pun tak tahulah. Bahasa kasarnya, mulut longkang, loji, parit semualah.
Dari Ellani kecik sampai besar dia dera, sampai ada satu bab tu, Ellani dah nak mati dikerjakan oleh mak lampir mak ngah gayah dengan hantu kak limah Ellana. (Ehh jap, hantu kak limah oke lagi kot. Haha)

Tapi Ellani ni pada aku, dia kategori beruntung jugaklah, sebab kawan baik arwah maknya, iaitu Datin Mahani sangat sayangkan dia. Ellani pun ada seorang kawan baik bernama Salwa. (Pssttt, Salwa ada abang peguam. Abang dia ENCEM! Hahaha. Itu gambaran ya. Sejauh mana encem? Entoh. Mungkin ala-ala Fahrin Ahmad barangkali...)

Dari tadi aku cerita Ellani, Ellana, Mak Ngah Gayah.
Siapa pulak hero cerita ni?

aku belanja sinopsisnya secoet~


Dalam banyak-banyak novel kak Siti Rosmizah, aku rasa hero kali ni paling hampeh! (Sorry kak Siti, sorry, saya memang bengang habis dengan si Zarul Zafran ni.)

Kenapa hampeh?
Sebab dia memang hampeh! Mula-mula cerita, dia jatuh cinta pandang pertama pada Ellana, kakak kembar si Ellani ni. Tak sampai sebulan kenal terus nak kahwin. Perghhh dasyat sungguh si Zarul ni. Cinta mati sungguh pada Ellana.
Masa si hero ni nak kahwin sangat, mamanya Datin Mahani tu kurang setuju. Yelah sebab, Ellana ni hipokrit. Dia belajar dari mak ngah Gayah tu lah. Poyo je perangai dia. Gedik tak boleh handle.

Tapi oleh kerana sayang anak, Datin Mahani pun terpaksa setuju walau dia tak rela.
Kenapa Datin Mahani sayang Ellani lebih? Sebab tu korang kena beli novel ni. Kalau aku nak cerita satu-satu bab, adoi berepisod-episod nanti entri Cukup Derita Itu. Haha.

Aku cerita mana yang aku ingatlah ya.
Ellani ni, pada mulanya dia suka pada adik si Zarul ni, Amirul namanya.
Tapi oleh kerana si Amirul ni pun suka pada Ellana, makanya Ellani makan hati. Derita lagi. Kecian Lani.

Dipendekkan cerita, ada satu insiden yang menyebabkan Datin Mahani ni mengamuk gila pada Ellana dan Mak Ngah Gayah, menyebabkan Zarul dengan Ellana tak jadi kahwin. Sebab si hero ni dah accident.

Sedar je dari accident, otak dah biul sikit. Ada mereng itu juga.
Zarul tak ingat cinta matinya dengan Ellana. Dalam hati meronta-ronta nak Ellani. Sampai nak ajak kahwin.
Dah pulak. Orang yang dah nak jadi abang ipar suka? Ellani? Memang taklah.

Bermati-matian menolak. Lagipun dia bukannya suka si Zarul tu.
Tapi tadi kan aku dah kata si Zarul punya karekter ni hampeh.
Dahlah sengal, paksa orang ikut apa dia nak, lepas tu paling aku benci, TAK TETAP PENDIRIAN!
Bila suka ambil, tak suka buang macam sampah.
Kalau ada aku jumpa lelaki gini, aku luku kepala dia guna penyedok sampah!

Oleh kerana terlalu sayangkan Datin Mahani, maka Ellani pun bersetuju menjadi isteri si Zarul ni.
Time ni Ellana dengan Amirul dah sambung Master kat London.

Sengalnya si Zarul, dah macam budak-budak kalau tak dapat gula-gula.
Disebabkan tak nak Datin Mahani stress melayan kerenah Zarul yang entah apa-apa lepas dah hilang ingatan, maka Ellani pun berkorban.
Mak Ngah Gaya toksah cerita la, dengki walaupun kakinya dah kena potong sebab kemalangan sebelum majlis nikah Zarul dengan Ellana tu. Time tu mak ngah Gayah memang tak seriklah. Tak fikir dosa pahala gamaknya.

Tapi part paling aku suka masa Zarul letak selotep kat mulut mak ngah Gayah.
Malam tu Ellani tekup muka dengan bantal, tak boleh tidur katanya sebab dengkuran mak ngah Gayah tu 'syahdu' sangat.
Si Zarul ni sayang bini terlebih-lebih, melimpah ruah, habis mak ngah Gayah punya mulut dia soletep. Choiii, kalau aku ada laki perangai selenge macam tu pun, dengan aku sekali boleh biul.

Ellani ni mulut je kata tak suka, tapi alah perempuan, kalau dah namanya husband dia, jatuh cinta lah lepas tu. Diorang pun hidup bahagia kemudiannya. Ellani pun mengandung. Anak kembar kau! Jeles aku kejap. 
Dari pengamatan aku, cerita ni, tak sudah-sudah gaduh, perang mulut. Pergh, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Memang kenalah bidalan begitu, sebab akhirnya, setiap kata-kata yang terluah tanpa jaga perasaan, maka ia menjadi parut berkekalan dalam hati. Oleh itu, jagalah lidah kita semua ye. Ye anak-anak, adik-adik, kakak-kakak.

Sebab terlajak perahu boleh tarik kan, terlajak kata, hurm buruk padahnya.
Nak memujuk satu hal. Kita bila dah terguriskan hati orang, bukan senang-senang orang nak lupa.

Itulah yang berlaku dalam kisah cinta Zarul Zafran dengan Ellani ni.

Perencah ajinomoto penderitaan dalam cerita ini ialah Ellana. Gigih dia nak pikat Zarul ni balik.
Zarul si sengal ni, lepas ingatannya pulih, memang dia salahkan Ellani. Kena marah, maki semua dapat ke Ellani. Zarul pun jalinkan hubungan semula dengan Ellana. Haishhh Lana ni pun satu, dah tak ada laki lain dia nak. Tahulah cinta pertama, tapi cinta pertama tu tak semestinya jadi cinta terakhir atau cinta sejati. Laki adik dia gak dia nak. Aku suruh Ecah tembak pakai pistol air baru tahu! Geram!

Dengan Zarul Zafran ni lagilah geram tahap tapir.
Kejap nak kejap taknak. Kejap macam ni, kejam macam tu.
Sebab tu lah aku kata Zarul ni lah hero kak Siti Rosmizah yang paling hampeh.
Buat salah, senang je minta maaf, masa nak buat tak fikir. Eh bukankah lelaki sudah Allah kurniakan dengan 9 akal. Patutnya si Zarul ni lebih rasional. Ini perangai serupa budak-budak. Macam mana nak jadi nakhoda dalam sesebuah kapal kalau dia sendiri tak mampu nak jadi ketua yang baik untuk anak-anak kapalnya. (Haaa Yani, dah ke laut, kapal nakhoda bagai.)

Haihhh Zarul oi Zarul, nama kau dah serupa nama abang ipar aku. Nasib abang ipar yang tak berapa abang tu tak sengal macam kau Zarul Zafran. Hahaha. 

Hurm nak cerita apa lagi ye pasal novel ni?
Ceritanya banyak dan panjang sangat. Aku ni pun bukan bijak sangat nak buat kesimpulan dalam sesuatu cerita. Eh tapi aku rasa, untuk jadi seorang lelaki yang tetap pendirian dan tak panas baran, Zarul ni kena belajar dari Kapten Ustaz Mukhriz, hero dalam novel Anugerah Terindah. (Oke, novel yang tu, esok aku buat review. Memang karekter Ustaz Mukhriz, karekter calon Suami Pilihan lah. Pilihan siapa? Pilihan aku lah. Layak ke Yani? Takpe, kita boleh usaha nak jadi layak. Kan?)

Hahaha suka hati aku je dok banding-bandingkan hero dalam novel yang berlainan. Dah kalau semua karekter hero dalam novel tu sama, apa yang bestnya? 

Adatlah kan. Pandai sungguh kak Siti Rosmizah ni buat aku emo dengan novel beliau yang terbaru ni. Sebab masa aku baca, memang aku terasa nak hentak kepala hero dengan heroin ni kat dinding.
Dua-dua pun ego, dua-dua pun cepat marah. Patutlah jodohnya berdua. Lalala.

Erm tapi endingnya haruslah happy, kalau tak, memang aku tak beli novel yang akhirnya sedih. Haha. Kata novel, kalau kehidupan yang sebenar memang tak seindah dan secantik garapan semua penulis novel dalam dunia ni. Dah namanya ilusi, memanglah indah-indah je kan. =)
(Hurm tapi sebenarnya, hidup kita ni memang kurang berseri kalau tiada dugaan. Percayalah, dugaan itu membuatkan awak menjadi lebih kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang, asalkan awak bergantung kepada Allah. Awak akan tenang je walau awak diuji...)

Ending Zarul ni dengan Ellani. Ellana jadi 'mental'. Mak ngah Gayah dah insaf. Abang Fariz ( Abang Salwa) ni kahwin. Amirul bertunang. Datin Mahani meninggal.

Kenapa? Bagaimana? Apakah? Bolehlah cari dan baca sendiri novel tu yeee. Menderita aku nak habiskan seribu lebih muka surat tau. I dah penat. Nak berehat.
Cukuplah derita itu. Silahlah korang pulak menderita. Ngeh3...

mengade nak edit gini...hehehe~

Banyak gak ni yang aku tak cerita dalam entri ni.
Eh mana boleh cerita semua. Tak bestlah. Korang pergi beli. Baca sendiri oke?
Serius, memang tak semua yang aku cerita.
Dan, bab yang sebanyak 143 bab ni, selamat aku habiskan. Sebenarya boleh lagi awal. Tapi, al maklumkan terdapat banyak kekangan-kekangan yang aku tak dapat elak. Hhehe poyo tak ayat aku.
Dan untuk novel ni aku bagi 6/5 bintang. 
Jangan tanya aku kenapa. Suka-suki aku nak bagi. Dah kalau kata peminat setia. Memang gini lah kaedahnya... Hhaha.. =p

dah habis. finish... :) happy kan?


Orait3, terima kasih ye sesiapa yang sudi baca entri ni.
Selamat membaca novel 'derita' ini.
Maaf kalau ada apa-apa tulisan aku yang mengguris hati korang.
Take care.

#Teringin nak baca kisah cinta yang kak Siti Rosmizah tulis tanpa ada 'kata-kata' yang menyakitkan. Sebab semua tu, bila aku baca, macam aku pulak yang kena. Sobs. Itu yang sentap. Haha, apa pun aku memang peminat tegar novel Kak Siti Rosmizah ni. (Haha tak habis-habis tegar nya...)
May Allah bless u kak. Semoga berjaya dunia akhirat.

Oh ye korang, selamat menyambut bulan Rejab. Selamat bersedia untuk bulan Ramadhan nanti ya. =)
Assalamualaikum w.b.t...


Salam sayang,

Norzayani binti Norhamshah
6 Mei 2014 / 6 Rejab 1435 H
5.42 Petang.

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...