Saturday, June 1, 2013

Kalaulah Aku Tahu

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar bulan mei sudah melabuhkan tirainya...
Bulan jun pulak ambil alih...setengah tahun dah ni...
Dan sepanjang 5 bulan yang lepas, aku kira terlalu banyak benda yang berlaku yang lebih mengajar aku supaya jadik lebih kuat,tabah,gembira,bahagia dan mcm2 lagi...yang suka dan duka... (:

Awal tahun ni, ALLAH menguji aku dengan pemergian seorang makcik yang teramat aku sayangi...rasa macam susah nak percaya arwah acik Zila dah pergi tinggalkan kami...dan ohhh bukan untuk menidakkan takdir,cumanya dalam hati ni aku masih terasa dengan kehadirannya...sangat dekat dalam hati...al-fatihah...

Bulan mac lepas, dengan izin Allah,dapat lagi seorang anak buah baru,dia sangat comel! Heha semua baby pun comel kan?
Izz Zhufira Aisyah binti Azarul Nizam sedang membesar menjadi seorang baby yang sangat peramah...aiyooo suka gila dia bila dapat berborak...hihihi...mulut tak berenti nak borak...mak bapak dia selalu bahan aku cakap aku punye mulut tak reti diam...eleyh choiii...

Oke kite tutup crita aku...
Sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain...melalut betul mukadimah aku ni...sorry la eh sesape yang ada baca entri ni eh...

Seperti biasa lah,tajuk entri tu adalah tajuk sebuah novel...novel kak AYU EMELDA...which is novel beliau sebelum ni adalah Lagu Rindu,Cinta Kepala Batu,Benci Benci Benci, dan adalah beberapa lagi yang aku kurang pasti tajuknya...takut nanti tersalah tulis...

Oryte. KALAULAH AKU TAHU ialah novel terbaru kak Ayu...aku beli hari Khamis hari tu dekat Shah Alam Convention Centre...kenapa di sana? Kerana di sana  sedang ada Pesta Buku Selangor...silah pergi ye korang...last day hari Isnin ni... (:

Semalam aku dah habis menelaah novel ni...aduiduiiii...bijak sungguh kak Ayu memanipulasikan watak dan perasaan aku masa baca cerita tu...
Oke sebelum ini sudah semestinya kita di sogokkan dengan hero atau heroin yang sangat sangat baik...

Tapi dalam cerita ni,gila aku geram dengan heroinnya...pada aku sememangnya watak Keyra ni adalah seorang yang sangat pentingkan diri...emo gila masa aku baca cerita ni semalam...geram dengan Keyra,sakit hati dengan Hardy, dan lah kesian dengan Imran...dududu...

Pada aku Keyra ni walaupun umur dah banyak,tapi jelas pemikirannya belum matang...sungguhlah ALLAH itu maha Mengetahui, dalam cerita ni aku kira jelas membuktikan sungguhlah amat adil apabila Allah memberikan kuasa talak itu pada kaum Adam...sebab memang kaum Hawa suka membuat keputusan terburu-buru dan seringkali bertindak mengikut emosi di susuli dengan kata hati...kerana kaum hawa terlalu percaya dengan kata hati mereka...tapi terkadang bukan semua kata hati itu benar dan tepat...

Kalau aku jadi mak bapak Keyra,mesti aku dah marah gila dengan anak aku ni...ye betullah bukan Keyra yang mintak untuk hilang ingatan,tapi patutnya Keyra kena fikir mana baik mana buruk...tahu hati mencintai,tapi aku tak suka bila dia dah pegang status isteri dan masih mengejar bekas suaminya...siap boleh berdating!  Apeni,kesian kut kat Imran...

Eh emo sangat aku ni...oke kalau korang nak tau,sinopsis cerita ni adalah begini,
Keyra ni baru lepas accident,koma dalam setahun lebih...bila dah sedar,dia hilang ingatan...maknanya ingatan dia setakat 6 tahun sebelumnya...dia tak ingat yang dia pernah kahwin dengan Hardy,semua tentang suami dia,dia lupa habis...satu pun tak tinggal kenangan tu...
Then,dalam masa yang sama, Imran,kawan kepada along Keyra rajin datang jenguk Keyra,ambil berat pasal Keyra,tolong Keyra macam2 la...memang kiranya Keyra ni dah tak mampu nak cintakan semula Hardy...

Akhirnya mak saudara yang membela si Hardy ni dari kecik,mintak supaya Keyra lepaskan Hardy...kiranya yakinkan Keyra suruh bercerai dengan Hardy la..memula Hardy memang tak setuju,at last kata putus Hardy dengan Keyra ialah diorang akan ambil sedikit waktu untuk beri peluang pada Keyra jatuh cinta sekali lagi pada Hardy...ohhh tapi tak berjaya...diorang pun berpisah jugakkk...

Masa dah baca part diorang bercerai gak akhirnya tu,aku da rasa something la...buat andaian sendiri...mungkin diorang akan rujuk semula...

Aku baca,sambung baca lagi...

Imran yang sememangnya dari dulu sukakan Keyra buat keputusan melamar...huaaaaa...spekulasi aku dah ke laut da...sebab aku rasa memang Imran tu baik gila...tapi tak sangka pulak yang dia akan melamar Keyra...satu family Keyra setuju...setuju habis! Sebab masing-masing memang berkenan dengan Imran...dan kalau korang nak tau,masa Keyra nak kahwin dengan Hardy dulu,ayah Keyra kurang setuju...tapi dah anak suka...di turutkan saja kehendak anak itu...

Dan Keyra setuju nak menikah dengan Imran...yang paling sedih masa lepas nikah dengan Imran,Keyra pengsan...bila dah sedar, eh eh Keyra dah ingat siapa Hardy dalam hidup dia...Keyra ni tersangat2lah cintakan Hardy...

Ohhh kecewa Imran tak terkata...keluarga apatah lagi...kesian Imran...Keyra pulak boleh carik balik bekas laki dia,kata dia dah ingat semula...
Aku rasa nak nangis je bagi pihak Imran...sedih tau...Dia sayang,tapi isteri yang baru dikahwini pulak masih cintakan bekas suami...eh tapi Keyra ni agak tamak gak la,sebab dalam masa yang sama,dia cintakan Imran jugak...hagak2 la Keyra woiii...aku 'baraahhh' niii...

Tapikan lepas dah tahu yang Keyra ni cari Hardy balik,alongnya kemain marah lagi,siap merajuk lagi dengan Keyra...yelah Imran dah la kawan baik dia,adik buat gitu...tragis sungguh!

Lama-lama baca aku makin sakit jiwa,tambah berat bila tahu Hardy dah kahwin dengan sepupu dia,Natrah...tapi si Hardy ni bijak,katanya terpaksa kahwin dengan Natrah,dan tak pernah sentuh Natrah langsung! Kbaiii,lelaki tak sentuh langsung isteri walaupun dah kahwin...baik gilerrr Hardy!

Keyra memula dapat tahu Hardy dah kahwin,dia marah...tapi terpujuk balik...pergi balik kat Hardy...kesian Imran...isterinya macam main tarik tali pulak...kalau aku kawan si Keyra ni,memang aku dah ketuk kepala dia...geram!

Ahem,tapi tak lama pun Hardy ni baik dengan Keyra,sebab Keyra dah start rasa bersalah yang amat dengan Imran,kena pulak dengan Memey,kawan baik dia,yang terang2 tak puas hati dengan Keyra...

Tak lama pastu,si Natrah pulak serang Keyra,cakap jangan ganggu suami dia lagi dah...lepas tu rahsia demi rahsia terkeluar...begini dan begitu...tak sangka...Keyra tergamam bila Natrah kata dia tengah pregnant! Yeayyy Hardy,kau baik sangat sebab tak sentuh Natrah...uhhh toksah menipu boleh tak Hardy! Aku barahhh ni... Haha emo lebeyyyy!

Oke pendek kata,jalan cerita novel ni best...rahsia apekah itu? Mohon korang support lah novel kak Ayu ni...beli eh...
Rahsia tu pun memang buat aku geram...rasa nak tumbuk je Hardy dengan Natrah tu sampai masuk Hospital Sg.Buloh...hihihi...

Eh tapi korang jangan risau...novel ni happy ending...hahaha...giler kalau novel tak happy ending...aku jual blk novel tu kat orang lain...

Tapi nak ke happy ending tu,agak susah gak la...sebab nanti Imran akan tinggalkan Keyra...sob sob...sedihhh...time tu baru Keyra sedar yang dia amat memerlukan Imran...dan dia sangat rindukan Imran...cewahhhh ayat aku petang2 ni agak kejiwangan...eeeiii...haha...

Ouh oryte la korang...sila dapatkan novel ni eh...aku promote ni...aku promote...yeayyy...
Erk tapi dalam bebanyak karya kak Ayu Emelda ni,aku paling suka Mahar Setulus Hati...hihihi...Jangan Merajuk Sayang (eh salah,tajuknya Sayangku Merajuk) pun best gak...hehe banyak la kau merepek yani...eh versi edit ni,terlupa lagi satu novel kak AE yang paling tak jemu aku baca ialah Kasih Dania...dok la ulang2...(edit semula -16:57PM) --- banyak makan semut kot aku sampai lupa tajuk novel tu...hukhuk...)

Eh ok la...aku nak g menolong ayah aku mengecat rumah ni...ohoiiii baiknya aku...haha...ye,takde sape kat rumah ni...ada aku ibu ngan ayah je...takkan nak bagi ayah buat sensorang ataupun mintak ibu tolong...ye dak...sahih ibu memang tahu aku suka mengecat...

Terima kasih daun keladi baca entri ni,
Eesok ada entri baru bacalah lagi...

Maaf kalau ada silap dan salah sepanjang aku taip entri ni...
Maaf kalau buang masa korang...
Take care eh korang...

Jaga Iman,jaga solat...

Wasalam...

Anything about you_Niyaz Arumi
1 June 2013
14.53 PM
Saranghae...

1 comment:

  1. Salam sis...

    AE terharu sungguh dgn review KAT. gaya sis menulis, mmg ada bakat utk jadi novelis. thanks 1000x. dan boleh AE share review ni di FB AE? Luv Ayu Emelda...

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...