Friday, April 18, 2014

'Percutian' 3 Hari 2 Malam... (Part 2)

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t

Hai, berjumpa kita di bahagian kedua, episod aku pergi 'bercuti' selama 3 hari 2 malam kat Morib nun. 
Terima kasih ye siapa yang sudi baca percutian-3-hari-2-malam (part 1) ...

Sebenarnya aku pun agak blank nak buat entri bersambung-sambung ni, ingat drama bersiri ke kan.
Ingat drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, drama Love You Mr.Arrogant. (Kalau drama ye, ada peminat, ada la yang menjadi penunggu. Kan... kan...)

Part 2 ni aku nak cerita kat kesinambungan Kursus aku hari tu bersama kawan-kawan baru yang tersayang!
Haha jangan main-main, tersayang oke. =)

Petang tu, lepas kami dibahagi-bahagikan dalam kumpulan yang berlainan, kami pun pulang ke bilik. (Eh macam tak kena je cerita aku ni. Adesss!) Oke, kami habis petang tu dalam pukul 5.30 untuk merehatkan diri ke, tergolek atas katil ke, berenang kat lantai bilik mandi ke, bersidai kat tingkap bilik ke. (Haha bahasa sopannya, beristirehat.)

Dan sambung semula pada pukul 8.30 malam.
Aktiviti malam itu, adalah biasa bila kita dihidangkan dengan slide-slide dan penerangan tentang bagaimana nak menghadapi pelanggan-pelanggan yang mencabar. Hehehe mencabar. Yelah, sebab sebenarnya bukan mudah untuk kita berhadapan dengan ramai orang yang mempunyai emosi dan perwatakan yang berbeza-beza. Kena pandai reverse psikologi tau. Tak pandai, makan parang lah jawabnya.

Paling penting, kena sabar plus senyum. Tak kiralah hang sakit hati, jiwa dan raga, dah kalau kata hang kat Meja Depan, mana boleh hang tunjuk muka ketat. Smile as always as you can. 

Bak kata Encik Muzs, kita kena jadi Jerung, jangan jadi Dugong.

Encik Muzs: Kenapa Dugong sudah pupus?
Peserta:  Sebab Jerung makan Dugong. 

Haha. Kelakar masa part ni. Tapi betullah kan, spesis Jerung ni memang ganas. Tapi hangpa toksahlah pilih nak 'jadi' macam Dugong. Kang lemah sangat lah pulak. Nanti kapal lalu, bot serang, tak sempat nak 'berlari' dah mati.

So biar balance. Campurlah sikit-sikit. Jadi Jerung sikit jadi Dugong sikit.
Dan lagi, seorang pegawai khidmat pelanggan juga, mereka akan dianggap sebagai KAMUS ELEKTRONIK BERGERAK ye tuan-tuan dan puan-puan. Sebab pandangan masyarakat, we have to know everything. Kita kena jadi MAKCIK SERBA TAHU. 

Kalau tidak, sila tadah telingan untuk dengar kritikan dari orang yang bertanya.
Kadang-kadang orang tak nak faham kita, jadi kita kenalah fahamkan diri sendiri.
Sedih sekejap je, lepas itu masalah boleh tolak tepi.
Buat apa nak sentap sangat? Nanti kita yang kena darah tinggi. So kita cool je.
KITA WATLEK KITA WATPEACE!!!

Insya Allah, Allah mesti bantu. Kan segala masalah dalam dunia ni boleh selesai kalau kena pada kuncinya.
Yakin, yakin, dan yakin.

Oke, tutup cerita pasal itu.
Lepas dah diberi penerangan yang panjang berjela, kami pun diberi tugasan untuk mendirikan sebuah piramid CHOPSTIK! (Haruslah encik ni bagi aktiviti yang begitu, lemau tepu otak nak hadamkan maklumat yang beliau bagi. Dah malam lah katakan, mata dah kuyu, otak semua dah ingat kat abang tilam sayang bantal!)


Haaa, teruja tak nak tengok chopstik tu berdiri dengan jayanya..?


Mariiii marriii mariii adik kakak abang, akak tunjuk kat korang!

semua teruja masa ni dapat chopstik!
ingat boleh dapat makan ramen jap g.

tapi chopstik ada tiga, mana mungkin nak bagi ramen~

tu dia, kumpulan top! excited dengar encik Muzs bagi penerangan~

nampak kan gigih kitorang cuba buat. :)

boy! nampak macam dah berjaya, tapi belum lagi.

kak ann masih mencuba ye~


chayok2!!

kita posing dulu eh kak! hehe


At the end, memang ada yang berjaya buat. Mula-mula susah.
Tapi once u dah berjaya buat, pergh-pergh, memang alahaiii, bersyukur sangat dan teruja sebab berjaya!

Nah gambar lagi sikit, sebelum habis entri part 2 ni...

chakkk!

yang ini yang aku dah buat.
sekali je berjaya, lepas tu, idak ler~ 

Aku tak ingat lah kumpulan mana yang menang dapat dirikan semuanya.
Hhehe... 
Jadinya aku nak habiskan part 2 entri 'bercuti' ni...

Take care, tengkiu kalau ada yang sudi baca entri ini.


Bersambung lagiiii.... 

'Percutian' 3 Hari 2 Malam... (Part 1)

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar wahai penduduk bumi, wahai pembaca-pembaca yang rajin?
Adakah anda sihat hari ini? Sihat? Ya, syukur alhamdulillah.
Tak sihat? Demam? Batuk? Selsema? Alahai kesian, pergi jumpa doktor ye. Minum air masak banyak-banyak, doa banyak-banyak supaya cepat sembuh...

Aku? Sihat dalam tak sihat sangat. On the way tak sihat ni, (semalam lepas accident, hati ada tidak keruan sikit), pagi tadi bangun, tekak dah perit. Nak selsema atau batuk barangkali. Takpe, kita ambil sakit itu sebagai sesuatu yang positif ya adik-adik sekalian! Haha adik sangat, kawan-kawan... =)


 Ahaa tengok tajuk entri. Percutian lah sangat, tak boleh handle.
Oke, untuk pengetahuan korang aku ni lah, baru tak baru je balik dari Kursus (erkk kursus amenda eh? tak hingat la nama panjang kursus tu.) yang aku ingat, Kursus Peningkatan Barisan Hadapan (Khidmat Pelanggan) la cenggitu bunyinya. Hekkk hampeh kau Yani!!! Kursus tau, kerja, bukan bercuti. Hhehe.

Bestlah jugak, eheee yang paling penting, kawan-kawannya semua best-best, sempoi bhai walau lain-lain jabatan. Oke lah kan, dapatlah jugak keluar dari kepompong, dari gua, dari sarang, kenal-kenal dengan kawan-kawan baru. Semua orang dekat kursus tu pun best, penceramah nya pun best. Sebab dia lebih ceria dari kitorang. Haha, kiranya Encik Muzs tu hyperaktif la gak. Eh dia memang kena hyper, kalau dia tak gitu, kitorang ni makin lemau. Ibarat biskut di dalam tin yang tidak ditutup rapat. Haaa gitu...

Dekat mana? Em kami semua stay dekat Hotel Impian Morib. Bolehlah, bestlah jugak (sebab dapat terjun kolam, haha) walau di situ berdekatan dengan Tanah Perkuburan. Ahemm, hang toksah lah takut sangat, esok-esok jadi rumah kita jugak kan? Jangan lupa pulak fakta yang satu tu. (Manusia takut sebab kita sentiasa dibayangi dengan dosa yang kita buat, kalau kita usaha tingkat amalan, mesti Allah beri kubur kita lapang dan terang. Kan?)

Aku bukanlah seorang mesin yang tiada perasaan takut, haha gila kau tak takut. Sebelum check in pun, ada manusia sengal yang sudah menakotkan aku dengan kak Shida. Tapi alhamdulillah, everything went well. Syukur ya Allah...

Aku dengan kak Shida bertolak dari SUK pukul 12 lebih, sampai di lokasi sekitar jam 1.30. (Wahh sekitar ya Yani?! Sangat klasik ayat kau)
Dah sampai, of course check in (aku dapat satu bilik dengan kak Shida), masuk bilik, golek-golek atas katil macam kucing, lepas tu solat. Then pukul 3.00 kami pun pergi Dewan Kelanang. (Dup dap bhai hati, apa taknya, aku ni seorang yang pemalu dengan orang yang aku tak kenal, tapi bila dah kenal, mulut aku ni macam murai tercabut ekor.) Takut lah juga, sebab aku tak kenal dengan ramai orang pun.
Dan sekitar jam 3.30 petang, semua orang pun berkumpul.
Kami diperkenalkan dengan penceramah kami iaitu Encik Muzafar Mohamad yang akan mengendalikan segala aktiviti kami dari Isnin sampailah hari Rabu nanti. Kemudian diberi taklimat, dan seterusnya memulakan aktiviti. Yeahh! Semangat weh semangat!! (Padahal dalam hati lemau.)


Standard lah tu, kau dah satu bilik, mana boleh kau nak satu kumpulan dengan kawan bilik kau. Itu tak berkembang ye Yani!
So aku pun terpisah dengan kak Shida dengan kak Suzie. (Ye mereka saja yang aku kenal kat SUK ni, hampeh tak hampeh aku ni. *Jap, tepuk dahi, pap!)
Aku tidak berdaya kerana aku telah karam di kapal yang lain. Haha. Ye, kami terpisah dek kerana game Kapal Karam itu. Layan je la bhaiii. Kumpulan aku pun oke gak walau group kami di label 'Gila Glamor' oleh Encik Muzs tu. Ia adalah kerana bunga-bunga kerongsang yang kami sematkan pada tudung kami. Haha.


Jap-jap, aku nak upload gambar tunjuk kat korang ni masa hari pertama. Excited lah jugak walau hati sebenarnya tak rela nak pergi kursus ni. Hehehe...


Eh kak Aina ada dalam gambar.
Serius sangat muka tu kakak sayang~

Kawan-kawan yang lain tengah tunggu giliran
nak sign kedatangan ye~

Tuan Haji Mahadi (wakil dari BPSM SUK SEL)
tengah beri ucapan~

Korang jangan sesekali cari aku ye. Hehe.
Ini tengah bersenam di waktu tengah hari. 

Oke kawam-kawan, senam jangan tak senam,
bukan selalu kita bersenam di waktu tengah hari kan~ 

Haaaa inilah dia, game kapal karam.
Hahah game ni kelakar. :D

Kak Aniza, Kak Sheila, Kak Liza dan Saya.
Ebummnya, i dah lama tak diet ni~


Waktu ini adalah pembahagian kumpulan. Encik Muzs telah suruh kami semua memilih nama brand sabun yang ada di dalam Malaysia ini sebagai nama kumpulan kami. Aiyooo? Sabun pun sabun lah. Layan je lah. Daripada kami beri nama merapu. Nama sabun pun dah cukup gah kot. Haha... (Ehh best pulak layan lagu Berkorban Demi Cinta ni.. Lagu siapa? Hijjaz. Hehe. Tabiat aku bila tengah mengarang entri sambil mendengar lagu-lagu begini, supaya aku tidak terlalu 'kecoh' dalam sesebuah entri. Huhu...)


 Oke nah, ini Kumpulan Fab!

Ini kumpulan Top!

Ini kumpulan Daia! (Kumpulan aku lah tu. Hehehe)

Ini adalah kumpulan Trojan!

Korang nak gambar lagi?
Aku pun nak gambar lagi, tapi masalah problem nya, gambar yang encik Muzs copy paste dalam pendrive aku tak banyak, adalah secoet dua hari yang pertama. Padahal beliau kata ada lebih 100 gambar. Sobss, tapi tak adaaaa... Huaaaa, kawan-kawan aku pun kata tak ada juga. Inilah yang menambahkan pening. 

(Oh Tapi takpe kerana aku dah mintak baru, kalau beliau tak delete kat lappy beliau, adalah gambarnya, kalau dah delete, selamat jalan romeo lah bhai. Tak dapat lah nak tengok. Kalau beliau bagi, kalau beliau reply. Kalau tak, non hado la. )

So yang ini adalah part 1 punya cerita di waktu Kursus itu hari.
Part 2 dan Part 3, (ahh tak kira, nak jugak asing-asingkan cerita, sebab aku nak cerita panjang-panjang dalam blog ni.) dan tak kisah lah ada orang baca ke tidak, yang penting, aku pasti akan baca balik. (Hahaha aku ialah seorang pengarang blog yang syok sendiri ni, taip-taip baca sendiri.) Tah apa-apa.

Okelah korang, sebenarnya ada lagi gambar-gambar lain yang aku nak share.
Tapi waktu rehat dah nak habis. Nanti aku sambung lagi.

*Eh korang, sorry kalau gambar blur dan sebagainya, sebab kami takde DSLR~ heeheee~

Oke, Take care~ Terima kasih kalau ada yang sudi baca entri ini.


Bersambung...... ;) (Klik untuk part 2 ye, kalau nak klik la, saya tak paksa...hehe)

Sunday, April 13, 2014

Surprise Yang Tak Jadi... Malu Jerr... Haha~

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum w.b.t...
 
 
Short, quick, entry saja untuk malam ini.
Lagipun esok nak kerja, dan mata pun sedang sudah berat ni. (Mengantuk sangat.)
 
 
Jadi kita shoot je la ke cerita yang sebenarnya.
 
Nak dijadikan cerita, mak aih, (erkkk lapar pulak aku, perut berbunyi pulak tetiba, huhh...)
 
 
*Weh, tengah lagu fevret aku dalam IKIM.fm ni. *Destinasi Cinta oleh Mestica. (Layan jap ni...)
 
~Amenda banyak benor iklan ni Yani oit, cepat cepat cepat...
 
 
Oke, nak cerita, hari ni aku rajin sikit sebab buat benda alah ni untuk kakak-kakak aku.
 
 
(Hadooooiiiii, stresssnya aku, Encik H sayang, tolonglah, aku nak upload gambar ni, janganlah macam ini pun nya adoiii!)
 
 
Oke dah boleh, tengkiu ye sayang ye. (Ye dengan henpon ni kena cakap gitu, baru boleh. Wee~)
 
 
Tadaaaaaaa....
 
 
Inilah yang aku buat tadi...
 
 
Apa ni?
Oh ya, ini namanya hadiah untuk dua orang wanita kegemaran aku di dalam dunia ini.
Kerana mereka berdua lahir di dalam bulan April. Yaya lahir 7 April 1987 dan kakak lahir 18 April 1983.
 
Al kisah memula aku nak surprise la kengkonon, (padahal tak surprise mana pun, mana tak nya, aku bukan balut pun hadiah tu, haha!) Iya, surprise sebab kengkonon nak buat kad bagai, tapi itu je yang jadi sebab 'kawan' aku yang paling rajin telah datang rumah. Maka, ini sajalah yang terhasil.
 
Nampak tak 'noty' si dia!
 
Aku pun tak tau nak bagi apa untuk birthday diorang ni, so, hanya inilah idea yang tercetus.
 
 
belum print gambar lagi time ni~ oke next!
 
Apa benda tu ye?
Oh itu tudung bawal printed, senang doe, tak payah gosok! Renyuk-renyuk pun boleh terus pakai. Hehehe... Lepas tu, aku lipat-lipat, aku gulung jadi gitu, then aku ikat reben.
Lepas tu aku terfikir, eh takkan gini saja hadiahnya?
 
Itu yang tercetus lagi idea ingin kad. Tapi bukan jadi kad, jadi LiKad! Lidi Kad, non hado je lah bahan-bahannya, semuanya barang recycle! Bagus Yani, awak telah berjimat cermat! Reben-reben semua tu ialah lebihan masa majlis kahwin Yaya dua tahun lepas. Hihi. :)
 
 
Walau harga tudung ini ialah harga KASIH SAYANG dan MAMPU MILIK, namun begitu, yang selebihnya kita buat dengan KASIH SAYANG dan MAMPU MILIK jugak ye.
 
Dan lagipun sebenarnya gambar yang aku nak print tu, aku nak print gambar diorang sensorang, tapi yang aku jumpa, semuanya gambar dengan aku. (Yelah, buat tadi pun tergesa-gesa, nak cepat siap, sebab Yaya nak balik. Tu yang begitu saja. ;) So kita print mana yang ada, dan lekat, dahhh siappp!
 
 
hehe saya tidak Kreatif pun. :p
 
 
Dalam masa tengah buat ni pun, Aisyah sedang 'membantu' aku dengan jayanya!
Habis berselerak semua barang-barang. Haha, takpe, nasib acik sayang awak!
 
 
Ini budak manja! Dia tengah mengada dengan saya~


~punyalah banyak pen, satu warna jugak yang aku guna, hehe~



yeay dah siap!


Dan akhirnya sudah siapppp, lega aku.
Dan entri ni pun dah sampai penghujungnya.
Dan buat kakak-kakak aku,
 
 
"Aku doakan korang berdua akan sentiasa diberkati usia, dimurahkan rezeki selalu, diredhai dunia akhirat, berjaya dan bahagia, maaf untuk segala apa kekurangan ketika menjadi adik korang ya! Biasalah adik korang ni mengada tak kena tempat! Sebab tu dia TAK BOLEH kahwin lagi, sebab dia belum matang, korang dah matang, sebab tu korang dah kahwin. Haha, yekk takda kena mengena! Well, apa pun, walau terkadang perbuatan tidak menzahirkan aku sayang kat korang, cukuplah sekadar Allah yang tahu, macam mana aku sayang kat korang. Semoga nanti kita bakal bertemu di syurga-Nya, supaya kita boleh borak-borak macam selalu. Semoga setiap amal ibadah kita semua diterima Allah. Selamat menjadi isteri dan mama ibu yang solehah ya! Aku sayang korang padat-padat weh! Hehe."
 
 
Akhir kata, buat korang jugak, yang sudi baca entri mengarut aku ni, aku doakan semoga kalian semua Berjaya, dunia akhirat.
Mari kita menjadi hamba Allah yang soleh, solehah. Semoga Allah sudi memandang wajah kita dengan rahmat kasih sayang-Nya.
 
Apa jua sikap aku, tulisan aku (dalam blog ni) mungkin ada yang buat korang tak suka, aku dengan rasa rendah hati memohon maaf. Segala apa yang baik itu datangnya dari Allah, dan apa jua kekurangan yang terzahir adalah dari kelemahan diri aku.
 
Take care korang. Jaga Iman, Jaga SOLAT tau~
Baca Al-Quran selalu. Ingat Allah walau di mana saja kita berada. ;)
 
Sekian, wassalam.
 
~ Norzayani Binti Norhamshah~
13 April 2014 / 13 JamadilAkhir 1435H
11.45 PM



Saturday, April 12, 2014

Wanita atau Muslimah ? (Pilihlah atas rasa 'Cinta' itu...)

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Assalamualaikum w.b.t...
 
 
Walau sekarang masa dirasakan berlalu terlalu lama, tapi dalam masa yang sama, masa itu juga dirasakan terlalu cepat. Contohnya, anda merasakan hari yang anda lalui ini sangat lama dan panjang, tapi sebenarnya, bila anda tidak melihat dari 'sudut pandangan jam' dan anda melihat dari 'sudut pandangan hari', anda mesti boleh bersetuju dengan apa yang saya ingin sampaikan.
Mengira detik waktu anda terasa seperti lambatnya masa berlalu.
Walhal, menghitung hari anda terasa 'eh cepatnya sudah hari sabtu semula, eh cepatnya sudah bulan april, eh cepatnya sudah Jamadilakhir, eh cepatnya sudah setengah tahun.'
 
 
Subhanallah! Allahuakbar! Anugerah 'perasaan' yang Allah kurniakan itu sangat besar untuk kita kagumi dan terus mengucap syukur dengan rahmatnya.
 
 
Melalui pengalaman yang kita semua lalui, pastilah ada secebis perasaan yang Allah beri, Allah ingatkan bahawa Kiamat Sudah Dekat, kiamat hampir kepada kita. Jadi, waktu kita ini sudah terlalu suntuk. Kita sebagai umat Islam, kena bersedia, tak kira dari segi sudut mental mahupun fizikal.
 
Berhijrahlah, berjihadlah kerana Allah. Pasanglah niat di sebalik semua yang kita lakukan semuanya biar lillahi taala.
 
Biar kita tersedar dari lena yang panjang ini.
Biar kita akan terus sama-sama ingat mengingatkan antara satu sama lain.
Biar kita sama-sama memperoleh pahala dari perkongsian yang bermanfaat.
Setiap ilmu yang Allah beri kepada kita itu adalah untuk dikongsikan bersama-sama.
Ilmu yang Allah beri juga bukan untuk dijual beli.
 
Apa pun, di waktu yang singkat dan suntuk ini, biarlah kita dipilih sebagai orang yang sedar dan menyedari, bukan orang yang sedar dan tak sedar diri. (Panjang mukadimah entri ni...maaf ya...)
 
 
"Wanita, hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah, yang akan membahagiakan syurga, di dalam rumahtangga..."
 
Wahai insan yang bergelar wanita, kita ini beruntung, Allah sentiasa jaga kita.
Allah sentiasa bantu kita, pelihara maruah dan aib kita.
Dan kenapa kita 'memilih' untuk membuka aib sendiri dan membiarkan maruah kita diperlekehkan.
 
Justeru, isu tentang ini, yang dipetik dari wall Facebook
 
print screen ~
 
 
"Fenomena bisnes tudung singkat yang belum berkesudahan. Apa kata lelaki?"

Saya ada berbincang dengan kawan-kawan sesama lelaki. Akhirnya kami bersepakat memberikan sedikit komen tentang tudung sedemikian.

1. Dari segi pattern dan style....

Bagi kami ia sangatlah TIDAK cantik. Rasanya mata lelaki lebih tulus bab ni. Mata perempuan telah dikelabukan dengan manik-manik hiasan atau batu-batu so-called mutiara, diamond dan sebagainya yang dicampakkan di sekitar tudung. Serius, tak lawa. Pendapat peribadi saya sendiri, ini tudung ultraman sebab macam ada lampu di tengah-tengah tudung.

2. Dari segi ketebalan.

Kami merumuskan, apa gunanya berpuluh layer andai ianya tetap tipis dan jarang? Layer paling luas, nampak bentuk di belakang or sebalik kain. Sepatutnya makin banyak layer, makin tak nampak. Baik pergi kedai spray paint kereta. Suruh depa sembur tudung tu kasi layer kekal keras selamanya.

3. Dari segi harga.

Kami sedikit pelik sebab biasanya golongan wanitalah paling dahsyat berekonomi. Nak yang ada sales murah kalau pergi shopping. Berkira itu dan ini dan agak cerewet. Jadi, dalam kes ini, kenapa anda begitu ghairah membazirkan duit banyak hingga beratus ringgit untuk tudung singkat yang sekangkang kera itu? Baiklah beratus-ratus ringgit tu beli kain ela. Dah banyak ela dapat. Buat langsir terus pun boleh. Pakai langsir pun orait gak. Tutup sampai ke kaki. Apapun, kami lelaki lebih suka andai anda beli tudung yang labuh.

4. Dari segi suka dan tak suka.

Kesimpulannya, lelaki ada dua jenis. Satu, soleh. Satu lagi, tholeh (tak solehlah). Soleh ke tholeh ke semua suka perempuan bertudung. Kalau yang soleh, mereka suka anda labuhkan tudung. Kalau yang tholeh, mereka tak kisah pun anda pakai tudung singkat atau tak pakai langsung. Bila anda tanya pendapat yang tholeh ni, mereka akan jawab, "I suka." Bukan merujuk tudung singkat anda. Tapi merujuk aset yang tak berjaya ditutupi tudung singkat itu.

5. Penutup la pula.

Penutupnya, wanita sepatutnya tinggalkanlah tudung-tudung singkat ni. Majoriti lelaki tak berkenan dan tak suka sangat pun. Nak ditegur, takut terasa hati pula. Ada juga lelaki macam tu. Jaga hati buah hati.

Akhir kata, aurat itu bukan hanya isu tudung. Jangan rasa dah pakai tudung, kira dah tutup aurat. Kira dah setel bab aurat. No. Banyak lagi benda, bajunya, seluarnya, kainnya, perhiasannya, make-up overnya, aurat lengannya, aurat kakinya.
Itulah saja pendapat kami dari pihak lelaki.
Kita hidup ni bukannya ikut fesyen manusia suka.
Kita hidup ni ikut fesyen, pattern dan style yang Allah cinta.
Tak puas hati?

Sekian, terima kasut.
Setiausaha catat minit mesyuarat,
Muhammad Rusydi
 
(Status, perkongsian yang amat bermakna untuk kita, kaum hawa)
 
 
Sementara punya masa, sementara ada nyawa di jasad, masih sempat lagi kan untuk kita berubah kepada yang lebih dicintai Allah. Sesuatu yang Allah suka.
 
Mungkin ada sesetengah yang berpendapat, 'takpe, yang penting hati mesti baik.' 'Buat apa pakai pakai tudung/pakai tudung labuh tapi hati busuk.' (Kita ni, apabila berkenaan hati, laju sahaja nak beri pendapat, syariah mesti kena ikut, garis panduan yang telah diajari oleh nabi dan rasul yang Allah kirimkan setelah kita terlupa "AKU JANJI" di alam roh di depan Allah, tugasnya untuk mengingatkan semula "AKU JANJI" kita itu.
 
Bila kita kenal Allah, kita akan ikut syariah. Kita akan berusaha ikut syariah walau hati kita memberontak. (Itulah yang dipanggil Jihad!!! Subhanallah! Cukuplah Allah sebagai pelindung kita.)
 
Jihad itu sukar, jalan ke syurga itu penuh duri, kita tak sempurna, tapi apabila kita berperang habis-habisan dengan nafsu kita, pengakhirannya biarlah Allah yang tentukan. Asalkan kita cuba sedaya upaya.
 
Tak perlu melabel orang begini, cuma perkara seperti ini harus diingatkan bersama. Bila berkenaan dengan hati, memang kita tidak punya jawapan. (Bab yang ini, sememangnya kita boleh tersungkur, dan akhirnya ia terbiar dan terbiar...)
 
Bagaimana ingin menyedarkan kepada seantero dunia, berkenaan aurat wanita? Terutamanya isu tudung atau isu sekadar menutupi rambut (tidak termasuk leher).
 
Wahai wanita sekalian, ayuhlah kita bantu kaum Adam supaya mereka dapat menjaga pandangan mata mereka.
 
Isu ini seperti isu 'biasa-biasa', tapi isu ini sebenarnya "masalah ummah yang kritikal" pada ketika ini.
 
Bila kadang-kadang kita tak mampu untuk menegur secara berdepan (kerana kita terlalu lemah), semoga entri perkongsian yang sebegini, tidak dapat tidak, ia mampu membuka hati ramai pihak (terutamanya Muslimah-Muslimah sayang semua), semoga Allah sudi bukakan hati kalian untuk memandang serius berkenaan aurat. Anda akan rasa lebih terpelihara jika anda berusaha memelihara aurat anda. (Anda boleh alaminya sendiri jika anda bertindak untuk lakukan.)
 
Entri ini bukanlah untuk mengkritik sesiapa, mohon mengerti, ia sebuah perkongsian yang serius untuk kita tak terus terleka.
 
Akhir kata, awak (Muslimah-Muslimah) memang baik, sudah tentu awak akan menjadi wanita yang terbaik jika awak pelihara aurat awak dengan sempurna. Nah, awak jaga solat, hati awak baik, dan kini awak sudah menjaga aurat awak dengan sempurna dari menjadi tontonan lelaki di luar sana.
Masya Allah, tabarakallah!
 
Terima kasih sudi baca entri ini.
Mohon maaf andai ada di antara kalian yang berkecil hati dengan tulisan ini. (Yang menulis ini juga bukanlah perfect serba serbi, dia juga manusia biasa, tak lepas dari dosa, mohon mengerti dia juga sedang berusaha, dan ingin orang yang mengenali dia juga berusaha bersama-sama)
 
Semoga Allah akan terus pelihara kita semua, di dunia di akhirat, dari kita hidup sehinggalah mati. Aamiin. "Terima kasih Allah, untuk hari-hari semalam, serta waktu dan ketika ini. Semoga Allah akan simbahi rasa kehambaan di dalam setiap diri kita semua..."
 
Maaf... maaf... maaf seandainya anda ada terasa dengan setiap patah perkataan dalam entri ini.
 
~ Norzayani binti Norhamshah~
12 April 2014 / 12 JamadilAkhir 1435H
10.22 am

Monday, April 7, 2014

Selamat Pengantin Baru Izan...

Assalamualaikum w.b.t

Hai. (Hai? Oke.)

".... selamat pengantin baruuu... selamat berbahagia, selamat ke anak cucuu...selamat sejahteraaa... " (eh benarkah liriknya begitu?) haha takpe biarkan je kalau salah. Bukan lirik yang aku nak cerita dalam entri ni.


Hamboi bukan main happy lagi mukadimah entri kan.

Ye, ye, haruslah happy, semalam i pergi majlis kahwin kawan i dekat Klang nun.

Setelah beberapa tahun ye kami tidak berjumpa, alhamdulillah, Allah panjangkan umur kita bertiga (aku, Atirah n Izan) berjumpa semula di majlis kahwin Izan ye.) Bukan Yani, bukan Atirah. Coming soon? Atirah a.k.a cik bosss, Yani nanti dulu.

Meh nak belanja gambaq sat.

gambar i curi kat fb, bos yang upload.
  
Sebenarnya aku plan awalnya nak pergi dengan ibu ayah. Tapi bila fikir-fikir semula, alahai rumah mentua Izan ni tak jauh sangat, apa lah salahnya aku drive sendiri ke sana. So, aku putuskan, takpelah ibu ayah tak payah temankan Yani oke? Yani dah besar, dah dewasa. Boleh pergi sendiriiii. (Hahaha choiii, nampak tak kat sini aku ni tak berdikari, suka sangat ajak ayah ibu pergi mana-mana. Oke tutup cerita.)

Oke, disebabkan tak jauh, boleh drive walau takut dengan lori di sekeliling, ku gagahi diri, ecewahh. Bawaklah juga kereta. Semangat waja tau nak jumpa Izan dengan bos. Lama ni tak jumpa. (Sesambil tu ambil berkat... Hahaha tak tak, aku gurau saja!)

So, semalam memang kenangan yang boleh catat dalam diari la, sebab manissss sangat! (Diari? Ye, ada juga diari, blog ni diari maya, yang buku tu baru diari betul. Haha ada...)

Disebabkan manis macam gula, aku abadikanlah dalam blog usang aku ni. (Alahhh Yani gelilah, usang-usang pulak. Heshh.)

Heee, jadi semalam dalam pukul 2 lebih, lepas dah tunggu cik bos sampai dengan kawan-kawan dia, jumpa Izan, cik bos beri hadiah (Izann, sorry Yani tak bagi apa-apa, sobsss. Cian awak. Menggelabah tak sempat beli apa-apa untuk awak. Takpe tunggu Izan ada baby nanti Yani bagi eh eh eh. Hehe).

Cik bos masih macam dulu, kelakar, periang, gila-gila. Izan pun sama juga, cuma Izan kena sopan lebih la. Pengantin lah katakan. Aku? Aku sama macam cik bos. Sengal!

Dan ye, biasalah bila pergi majlis sebegini. Haruslah orang tanya bila turn kita. Kita tanya bos, bos tanya kita. Izan tanya aku. Aku kata 'tak tau'. Izan tanya bos, bos jawab apa? (Alahai tak ingat.)

So siapa dulu? Wallahua'lam. Sampai masa, adalah tu. Malas nak fikir. (Kejam ayat aku ni.)

Semalam pun sebelum pergi majlis ni, ibu siap cakap, nanti bolehlah cari kat sana. (Haiyooo dengan pantas dan tangkasnya aku jawab "takmoo, malas nak carik" )
Kesian ibu, sorry ibu. Bukan Yani taknak cari, yes, Yani tau umur Yani pun dah banyak, cuma entahlah, dengan keadaan dunia sekarang ni, nak fikir tentang jodoh memang Yani rasa lelah. Tak ada di dunia, di akhirat nanti. Sebab Yani nak hadiahkan menantu yang best untuk ibu ayah! Cuma siapa, bila tu memang Yani tak ada jawapannya sekarang ni. =')

Ini memang iklan atas ni. Adui sambung semula. Cerita aku hangpa semua tolak tepi. Tak payah baca oke. (Takpe, kalau dah baca aku maafkan. Jangan ulang baca. Hehehe)

Lepas aku dengan cik bos dah habis makan, kami pun bergambarlah dengan pengantin.
Cantik tau pengantin pakai baju warna kuning. Sedondon dengan bos. (Aihhh bos ni macam tau-tau je.)
Aku je pakai hijau. (Erk tapi hijau ikut tema abang ipaq Izan.)
Hijau kuning. Kedahhh gituu. 

Semalam masa pergi majlis tu, aku baru tau dalam majlis tu ada dua pasangan, satu kawan aku (Izan), satu lagi abang pada suami Izan tu la. Heheh, so kami berdua memang ikut tema. =p

Sebenarnya aku dengan Izan kenal masa kitorang kerja dekat SUK, lepas tu berhenti, cari kerja sama-sama dekat Jabatan Perangkaan. Kat situlah kami jumpa cik bos (Atirah) ni. Hari-hari pergi makan kat restoran Ani Sup Utara. Al kisah kenapa panggil bos? Haha. Tak ingat. Tapi melekat sampai sekarang. Comel je bila panggil bos.

kenangan tahun 2011.

hehe. mereka dulu2. aku mana? aku ada, tengah snap gambaq depa dua orang ni. hehe.
Tapi gambar kami tiga orang takde masa ni. Hehe. Takpe.
Yang penting semalam dah puas ambil gambar. Harap lepas ni kita tiga orang, ada rezeki nak jumpa lagi. Hehehehehe. Rinduuuu.

Nah aku belanja lagi gambar semalam. (Apalah erti entri tanpa gambar. Ngeh3)

Izan dengan bos~

bos dengan Yani

Yani dengan Izan

bos dengan Izan dengan kawan bos, Farah.
Bos dengan pasangan pengantin.

Aku dengan pasangan pengantin. Ada je gambar bukak mata, tapi sengaja aku upload yang pejam mata. Rare kan? Haha.

Akhir kata,Selamat Pengantin Baru untuk Izan. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Semoga kekal dunia sampai akhirat. Semoga kalian akan dianugerahi dengan khalifah-khalifah yang soleh solehah. Selamat menempuh alam rumahtangga yang penuh suka duka. Sabar dengan ujian dan dugaan yang Allah hadiahkan nanti. Semoga baik-baik pakat dalam segala urusan. Aamiin.

*Dan terima kasih sudi baca entri ni ye. Salah silap dalam setiap perkataan aku mohon maaf ye.
Izan dah selamat bernikah. Korang doakan aku dengan cik bos (Atirah) dapat jodoh yang baik ye. Hehehe. Aamiin.

~OH YE, YAYA HAPPY BIRTHDAY. MAY ALLAH BLESS U. And I LOVE U. Terima kasih Allah, sudi beri kakak dan kawan yang baik ini. 



~Norzayani binti Norhamshah~
7 April 2014 / 7 Jamadilakhir 1435H
5.44 PM


Thursday, April 3, 2014

Bagaimana akhirnya, stokin menjadi sahabat...

Bismillah,

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang April.(Sekejap saja dah masuk bulan April, bulan Mac tahun ini agak mencabar sedikit.)
Dugaan, ujian, cabaran, berbagai-bagai perasaan ada di dalam bulan Mac tahun ini.
Bulan ini dirasakan cepat, tapi dalam masa yang sama, bulan ini juga terasa panjang. (Macam mana tu? Wallahu'alam, aku tak tau macam mana nak beritahu perasaan tu. Allah sajalah yang Maha Mengetahui setiap apa yang kita rasakan. Kembali kepada Allah, adalah sebaik-baik tempat kembali.)


Apa yang ingin aku kongsikan di entri ini bukanlah untuk membanggakan diri, memberitahu apa yang aku buat atau amalkan dengan tujuan untuk riak, nauzubillah. Mohon dijauhkan. Walaubagaimanapun, anda ada hak untuk berfikir, mengandaikan apapun. (Takkan aku nak halang kotak akal pemikiran korang kan?)

Ya, sekadar ingin berkongsi apa yang aku nak kongsi. (Ye, aku faham, ada sesetengah orang berpendapat bahawa takkan semua cerita tentang diri nak di uar-uarkan dalam laman sosial.)
Pada pemikiran aku, aku rai kan perbezaan orang yang begini. Kadang-kadang, tak semestinya apa yang kita share pada umum itu, kita bertujuan untuk riak (jadi konsep Husnudzon kat sini memang penting.)
Mungkin sesetengah orang itu, apabila dia berkongsi tentang sesuatu yang mungkin dirasakan bermanfaat dan mahu orang lain turut sama diberi manfaat, jadi terhasillah perkongsian yang baik-baik.

Al kisah kenapa mukadimah aku panjang sangat ni?

Oke aku terus kepada point la ye.

Bagaimana akhirnya, stokin menjadi sahabat.

cantik kan stokin ni. hehe~ gambar hiasan ye~


Wahh, tajuk entri, mengapa begitu?

Umur aku bulan Julai ni genap 26 tahun. Insya Allah, kalau Allah benarkan aku untuk terus bernafas sehingga waktu yang sekian dan sekian.

Terlintas dalam hati, "Yani, kau buat apa je selama kau dah hidup 26 tahun? Kau buat apa je sepanjang kau sudah tahu berfikir/baligh? Kau buat apa je seumur hidup yang Allah beri sehingga ke hari ini?" Dan ada lah soalan-soalan lain yang berlegar-legar di minda.

Satu yang paling terlintas, sepanjang sudah akil baligh, bagaimana penjagaan aurat mu cik Norzayani binti Norhamshah. Cukupkan sekadar awak pakai tudung sahaja, pakaian semua sudah menepati syarat menutup aurat yang Allah suruhkah? 

Penjagaan aurat.

Yes, itu yang aku nak share.
Aku macam gadis / wanita-wanita lain juga, sangat sukakan 'bercantik-cantikkan diri' , hehe, normalkan wanita suka yang begitu? Suka shopping and so on.

Aku akui, dulu walau tahu, tapi belum tergerak hati. (Hurm sebenarnya nak tunggu tergerak hati, syaitan memang akan berusaha gigih memesongkan hati supaya tak tergerak untuk memulakan benda-benda baik.)
Jadinya, sewaktu permulaan, paksa rela diri jugaklah.
Facebook bukan sekadar facebook, banyak di antaranya yang menge'pos' sesuatu yang membuat aku tersedar dari tidur. "Yani, please, jaga aurat." (Walau apa pun yang jadi, cukuplah cerita dulu dijadikan pedoman untuk aku jadikan diri aku lebih mengikut apa yang Allah suruh.)

Walau apapun, aku anggap ia sebagai cinta dan kasih sayang, kerana Allah sudi rezekikan kepada aku untuk tersedar dari tidur. Sekurang-kurangnya, ringan sikit bahu ayah nak tanggung dosa anak gadisnya ini kan? Yelah, sebab aku belum kahwin. Kalau aku dah kahwin, yessss, semoga aku istiqamah untuk tidak biarkan suami aku tanggung dosa yang aku buat. Tak nak. Tak nak. Nak masuk syurga sama-sama dengan semua orang yang aku sayang dalam dunia ni.

Kalau tanya tarikh bila aku mula pakai stokin ke, pakai handsock ke, labuh-labuhkan sikit tudung ni, memang aku tak ingat. Sobs. Semuanya yang paling aku ingat ia bermula masa bulan ramadhan 2012. Tiba-tiba je. Sikit-sikit perubahan itu. Teruknya aku ni, kejap pakai, kejap tidak. Maksud aku bila abang-abang ipar datang rumah ibu ayah la. Tapi kalau nak keluar rumah, insya Allah, stokin itu semua sahabat karib.
Kalau 'dorang' takde, mau aku rasa macam tak lengkap. Oh, no, no, nooo.

Permulaan ya agak susah. (Tapi selalunyalah, benda yang kita tak suka tu, memang baik untuk kita di masa akan datang.)

Contohnya, sanak saudara kaum keluarga ataupun sahabat handai ada mengusik-usik,

"Kenapa pakai stokin?" (Allahurobbi, aku senyum je.)

"Hurm tudung dan macam lapik meja makan..." (Sobss, tudung besar kan? Takpe Yani sabar, jalan bermujahadah itu bukan mudah. Pujuk semula diri sendiri.)



"Em Yani, bila habis pantang?" (Haha, ah sudah, aku kahwin pun belum. Takpe, yang ni aku senyum je, sebab yang mengusik pun pak cik aku, haha, tak terkesan pun dalam hati sebab beliau memang suka bergurau oke.)

Itu ujian masa awal-awal dulu la, bukan mudah nak hadapi, tapi take it easy la. Kita fikir positif, soalan-soalan sentap ke apa tu, kita biarkan je ibarat angin lalu pada muka. Hehe.

 Apabila kita lindungi diri kita, Allah mesti akan lindung diri kita. Yakin tau! Hehe. 
Allah sayang kita semua ni. :')

Dan lebih membuatkan aku nekad, apabila aku diserang penyakit yang misteriiiii... (Heheh takdelah misteri sangat, cuma sakit kaki yang aku tak tahu apa puncanya. Azab ketika itu tak dapat diluah dengan kata-kata, hanya Allah yang tahu. Lepas tu kena sengat tebuan lah. Menangis-nangis tau tahan sakit. Hoho. Tapi dalam hati sebenarnya dah terdetik, itu hint supaya sudah tiba masanya untuk berubah. Suka-suka dok tayang jari-jari kaki kat orang ye Yani? So tanam azam. Nekadkan hati! Lakukan! Persepsi orang? Biarkan. Tak perlu kata apa-apa. Sabar kuncinya.

Dan begitulah sehingga kini, sekurang-kurangnya aku rasa dihormati oleh orang lain bila aku belajar untuk menghormati diri sendiri dengan cara lindungi diri sendiri. Sekurang-kurangnya apabila berpenampilan gini, aku akan lebih berhati-hati untuk membuat sesuatu perkara, kerana penampilan itu membataskan tindakan.

Namun, kalau ada yang menganggap aku menunjuk ke apa,berlagak baik ke, aku susun sepuluh jari, mohon maaf ye. Sungguh takda niat.

Namun kalau ada tindakan perwatakan aku yang mungkin seakan tidak seiring dengan penampilan yang sepatutnya ada sebagai seorang wanita muslimah, minta maaf juga ye. (Boleh tegur berhemah ye, insya Allah, aku oke je.)

Dan sebagai kesimpulan, kalau ada yang ingin melakukan perubahan yang begini, untuk menutup aurat dengan sempurna, lakukan perlahan-lahan. Kalau nak paksa diri pun boleh/ lebih digalakkan, sebab ini tuntutan yang Allah dah tentukan, kita suka ke, tak suka ke, sebenarnya kita wajib buat. Persepsi tanggapan orang tentang diri penghijrahan kita, let it be. Sampai bila nak hidup demi puaskan hati orang.
Kita, nawaitu hidup ni, lillahi taala. Selagi apa yang kita buat belum bertentangan dengan agama Islam, kenapa kita nak rasa stress? Kenapa nak bersedih hati? Insya Allah, sedih di sini, gembira di sana. (Akhirat kelak)

Doa dan harapan aku, semoga jika ada sesiapa yang membaca entri ini (tak kira kaum Adam atau kaum Hawa), semoga tergerak hati kalian untuk menutup aurat dengan sempurna (bagi wanita), semoga tergerak hati kalian untuk menegur wanita-wanita kesayangan kalian untuk menutup aurat dengan sempurna. Semoga kita sama-sama menjadi pilihan Allah untuk menjadi ahli syurga.

*Tak mengapa kalau kita belum sempurna berubah sebab manusia sifatnya tak sempurna, asalkan kita berusaha untuk menjadi seseorang yang dikasihi Allah. Aamiin. Mudah-mudahan.

Terima kasih sudi baca entri ini. Semoga entri ni bermanfaat untuk kalian.
Sebarang kata-kata yang ada menyinggung perasaan, aku minta maaf.
Semoga kalian semua akan sentiasa diredhai Allah, dunia akhirat.

~ Norzayani Binti Norhamshah ~
3 April 2014 / 3 JamadilAkhir 1435H
5.30 PM 
Khamis 


CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...