Thursday, September 18, 2014

Perodua Axia

Bismillah,

Assalamualaikum.

Sebagaimana yang memang kita semua dah maklum, Syarikat kereta Perodua dah lancarkan kereta comel baru yang diberi nama Perodua Axia.

Comel kereta tu, kecik sikit dari MYVI, besau sikit dari VIVA.
Kira kalau kita wanita-wanita yang guna memang akan jadi double comel lah! Hehe.

Saya dah tengok Axia ni, okelah. Cantiklah. Tapi hampeh kan, sebab nak tunggu Proton Iriz dilancarkan. Baru kita boleh decide apa-apa. (Hee kalau nak decide lah, bukan senang nak beli kereta, amat memerlukan kewangan yang kukuh. Sat ni p beli, kalau duit cukup-cukup untuk bayar bulan-bulan, bai bai lah kereta jadi bahan pameran sebab tak dak duit nak isi minyak. )

Hari Isnin lepas saya dengan ibu dan ayah, excited lah ni, pergi dekat PERODUA YBK SERVICES SDN BHD seksyen 11, Shah Alam untuk melihat sendiri keunggulan kereta comel ni.

Pandangan pertama saya dah jatuh cinta pada warnanya. Haha. Warna Merah Cili. Cantik ok. (Saya je lah jatuh cinta, orang lain tak tahu.)

Then, kami pun pergi melawat kawasan sekitar. Melawat kawasan bak kata along. Luar dalam. Kehulur kehilir, sampai sales advisor tu pun ikut je lah kitorang. Yelah, nak cari pelanggan lah katakan. Layankan saja.




Untuk pengetahuan awak semua, Perodua Axia ada beberapa jenis (eh betoi ka?) :

Axia 1.0 Standard E (M) - Price RM 25,000.00

Axia 1.0 Standard G (M) - Price RM 30,200.00

Axia 1.0 Standard G (A) - Price RM 33,200.00

Axia 1.0 SE (M) - Price RM 37,200.00

Axia 1.0 SE (A) - Price RM 40,200.00

Axia 1.0 Advance (A) - Price RM 42,530.00


Hehe itu harga sekali lalu yang saya tahu lah melalui kertas yang encik tu bagi. Kot ke ada orang lain, lain harganya, wallahu'alam.

Pada saya kereta ni, bolehlah jugak untuk dibeli buat sesiapa yang baru mula-mula kerja, gaji tak berapa mencukupi, dah sesuai. Insya Allah.

Mungkin nanti bila nak dibandingkan dengan Proton Iriz tu banyak jugak perbezaannya.
Namun, setiap apa dalam dunia ni, memang ada kelebihan dan kekurangan.
Kita syukuri kelebihan, kita raikan perbezaan, kita baiki kekurangan.

Well, honestly speaking, kalau awak nak beli kereta, beli ikut kesesuaian dengan yang awak mampu, bukan kesukaan yang membebankan.

What for beli kereta yang harga mencanak tinggi semata-mata tak nak orang pandang rendah dekat kita? Please oke, niat nak beli kereta pun kena betul awalannya. Bukan nak beli kereta sebab nak menunjuk kat jiran sebelah, or nak bagitau "makk mentuaa, saya ada kereta besau niiii..", or nak cakap dekat kawan tempat kerja, "hello, i pun guna hon** k."

Ehh hello, kalau ada niat yang macam tu, tolong tolak tepi. Kebiasaannya orang beli kereta ni sebab nak memudahkan pergerakan. Contohnya nak ke tempat kerja. Nak elak hujan panas. Nak lebih selamat. Sebab kalau pakai motor ni risiko tinggi sikit.

Tapi kalau awak mampu nak beli lebih dari Axia ni, dipersilakan.
Kalau untuk student ke, yang baru lepas habis belajar ke, pada saya harga yang ditawarkan oleh pihak Perodua, dikira berpatutan.

As simple as that, kalau tak berminat, tak perlu nak kondem yang boleh menjatuhkan. Kalau beri pendapat dan kritikan yang membina, itu tak apa. Supaya apa-apa kekurangan, boleh dibaiki untuk faedah bersama.

Heyy dah macam mak nenek dah saya bagi syarahan. Weee...

Oke, katalah awak mampu sikit, awak teruslah ambil Axia Advance. Sebab memang advance dari yang standard. Apa yang advance nya? Ini lah kelebihannya :

1) Multimedia System with Navigation

2) Semi-bucket Leather Seats

3) In compliance with JPJ Regulations, the DVD function on the touchscreen panel operats when the vehicle is stationary with the parking brake engaged.

4) Leather-wrapped Steering Wheel with Audio Controls.


Kalau yang Standard E (manual transmission only) hang nak radio, beli sendiri ok. Tapi yang ni Eco-drive Mode la.

Standard G, up sikit dari E. Kalau SE, mestilah lagi up dari E dan G. Dan kalau advance, advance lah lagi. Heee saya tak reti lah nak buat review pasal kereta ni. Ni pun buat rujukan dari risalah-risalah yang saya baca. Ecewahh risalah sangat ye Yani...

Untuk kesimpulan, dan memudahkan kerja saya di dalam entry ini, saya upload gambar je lah senang. Tapi kalau nak lagi senang, bolehlah tengok sendiri bagaimana keadaan Perodua Axia ni. =)

Nah, saya belanja gambar kat awak semua. Yang ini kategori Advance saja yang saya ambil gambar. Maybe sebab masa tu memang dah jatuh cinta bertubi-tubi dengan Axia Advance ni kot. Gambar SE dengan Standard tak banyak. Silalah tengok ye.














Oke ni gambar lain-lain berkenaan Axia ni. Random je tau. Sebabnya saya memang tak tahu nak ulas amenda. Memang hampeh kan saya tak pandai tulis blog. T.T















Okelah, memandangkan saya sudah kehilangan idea apa yang saya nak cerita pasal Perodua Axia ni, jadi untuk keterangan lanjut, awak bolehlah hubungi encik Sales Advisor ni. (Orang Selangor je tau, kalau awak duduk nun jauh di Penang sana, takkanlah awak nak contact encik Irfan ni pulak kan. Hehe)


Di bawah ialah kad beliau yang ada tertera nombor telefon, kalau nak beli kereta, bolehlah hubungi dia, nak telefon boleh, sms boleh, whatsapp boleh, wechat pun boleh. Kalau awak yang berminat nak beli kereta Axia ke, or apa-apa kereta Perodua yang lain boleh hubungi Encik Irfan. Insya Allah, beliau sedia membantu sedaya upaya. Harga boleh runding. Semua pun boleh runding.


*erkk eh sorry encik, terpromosi pulak kad encik dekat blog saya, heee kaedah saya nak beritahu kenalan lain, pakai blog, pakai entry. Takpe tak payah komisen. Iklan ini free saja.*






* amaran tegas : Mohon jangan salah gunakan nombor Encik Irfan yang saya beri ye. Kalau betul ada urusan, tak apa, kalau takde, mohon hormati privacy orang lain ye wahai pembaca-pembaca yang saya sayangi kerana Allah. Semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan. Biiznilah. (Dengan izin Allah)


Oke, sekian saja untuk entry kali ini.
Saya betul-betul minta maaf kalau ada kekurangan atau kesilapan dalam entry ini.
Mudah-mudahan ada info yang membantu awak semua.

Terima kasih sudi baca entry ini.
Assalamualaikum.


~ Norzayani binti Norhamshah ~

39 comments:

  1. Assalamualaikum sis, semalam saya baru ja book keta Axia, harapnya dalam bulan depan dah ble ambil. Loan pula kena tunggu miggu depan approve atau tidak... tidak sabar tunggu... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam dik,

      hehe wahh, mesti excited nak dapat kereta baru ni.
      Semoga Allah permudahkan urusan awak...

      =) *terima kasih sudi berjalan-jalan kat blog ni... ^-^

      Delete
  2. suka tengok design axia yang SE dan advance tu, kalau lah mereka buat model E dan G macam tu juga design depan kan bagus hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. design SE dgn advance mmg cantik sikit, sebab cantik tu yang kena bayar lebih sikit kan. tak apa, kita guna kereta ikut kemampuan je. ^-^

      Delete
  3. kita sma akak minat advance merah cili..will get it in 2 month...in shaa allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ouh yeke.

      red dragon namanya. akak saja yang panggil merah cili.

      em dua bulan lagi ye? selamat menunggu penuh sabar ye.
      insya Allah, penantian itu akan berbaloi. ^-^

      Delete
  4. slam sis, hana pown tengah servey kereta. but i don know which one is better. huhu ok tak axia sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dik.

      erm axia ok. comel. sesuai untuk gegadis wanita2 cam kita ni.
      tp kalau bajet awak lebih lagi, amik myvi pun ok.
      for me, axia is the best choice la untuk orang yang baru dapat kerje, yang nak guna kereta tp bajet tak berapa tinggi.
      hana try la test drive. kot boleh membantu buat pilihan. ^-^

      Delete
  5. vavava. injin senyap. seremban ke kuantan minyak pergi balilk -+RM60.00 je.

    ReplyDelete
  6. Saya mau tanya akak ni, standard g xda kawalan keselamatan kecemasan. Kalau mau pasang ada jga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak pasti la dik, kena tanya orang yang lebih tahu pasal tu. takde pun cer tanya perodua camne..

      Delete
  7. slm, nak tanya..knp kereta sy bila nak speed jd mcm xmasuk gear..kosong..walaupon dlm gera..knp ye?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. maaf lambat reply.

      saya pn kurang pasti la encik mohd. kairol.
      tapi mungkin ia adalah kerana cc kereta axia 1.0 , sebab tu kot rasa gitu.
      em saya tak pasti sangat tentang kereta ni.
      untuk pertanyaan lanjut, mungkin boleh Tanya dengan staff perodua kot.

      Delete
  8. Alhamdulillah 25 nvember lalu axia G (A) selamat smpai d tgn..stkat ni rs puas hati sgt.srvs perodua pun best.yg pling best...jimat sgt mnyak.dr batu pahat ke psr gdang..pusing2 lg kat psr gdang..myak br trun 1bar..(bg sy jimat la..xtau pgguna lain sbb sy br guna kereta)..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply.
      terima kasih sudi baca entri ni.

      Alhamdulillah. axia memang jimat minyak,kalau kena dengan 'cara bawa' lagi, boleh jimat.

      Delete
    2. baru pergi perodua tadi... borak2 dgn salesman,. tgh fikir myvi atau axia..

      Delete
    3. jimat betul tu,.b.pahat ke p.gudang,.baru turun 1 bar..

      Delete
    4. myvi ok, axia pun ok, tapi kalau nak banding 2, rasanya myvi mestilah lebih baik....

      pilihlah yang terbaik...

      Delete
  9. proton axia nampak lebih cantik berbanding viva

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu, yang tu saya memang setuju. axia cantik sikit dari viva... ^-^

      Delete
  10. saya pakai iriz & myvi, iriz auh lebih memuaskan dan terbaik berbanding myvi

    ReplyDelete
  11. Saya baru je beli Axia Advance (2016) minggu lepas. Nak tanya, kalau nak isi minyak full tank, mcm mana nak tau if dah full tank or belum? Belum pernah isi minyak lagi...Takut terlebih or masih kurang. Any tips? Setakat ni tinggal 2 bar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat yang saya pernah guna kereta ni, yang saya tau kalau dah full tank tu, bila kita isi minyak, nozzle pam tu akan tendang, but still jugak boleh isi lagi.. saya pernah isi sampai minyak tu dah boleh nampak dalam tangki.. setakat yang dua bar tu, ada lagi berapa km ye?
      kalau rm45 tu memang dah cukup untuk tangki kita tu penuh..

      selalu kalau minyak tinggal 2 bar tu tinggal around plus minus 40km.. so dah memang kena isi lah.. sebab axia icon minyak tu tak blinking bila minyak tinggai sikit.. itu lah masalah nya, so kita pengguna ni yang kena pandai tengok baki minyak sendiri, kena cakna.. :)

      Delete
    2. Nice info. Kte bru pas survey axia adv last two days. InshaaAllah nak mmg mnat yg adv.. Red jgk. Haha. Cuma nak plan budget everymonth mcm mnyk sebulan agk2 bpe. Kalau pkai dlm 30km one day.

      Delete
    3. Nice info. Kte bru pas survey axia adv last two days. InshaaAllah nak mmg mnat yg adv.. Red jgk. Haha. Cuma nak plan budget everymonth mcm mnyk sebulan agk2 bpe. Kalau pkai dlm 30km one day.

      Delete
    4. hai miss skinny, maaf lambat reply..

      kalau sehari 30km ibarat macam saya dari rumah ke tempat kerja (*60km/day),
      buat masa ni, kalau saya isi minyak rm 40 ke rm45, cukup untuk seminggu plus campur tengah hari ada keluar waktu rehat dalam 10km camtu.

      selalunya saya memang akan bajetkan rm200 untuk isi minyak..
      jadi kalau awak guna sekadar 30km one day, maybe half daripada bajet saya la..
      maybe awak around rm100 to rm150..
      yang ni untuk auto tau, kalau manual, maybe lah lagi murah kot.. sebab kereta auto memang pakai banyak minyak, nak pulak bila dekat bukit.. =)

      bila awak dah ada kereta nanti, mesti awak boleh bajet sendiri, duit minyak, duit tol, duit servis ke semua, kena bertabah sikit bila dah ada kereta.. oke?

      harap jawapan saya membantu, kalau tak, saya mintak maaf ye..

      Delete
  12. Bagi saya la.. Axia recommended bagi mereka yg nak berjimat. Lagipon, saya lebih suka santai je.. Kalau nk speed laju n sedap, beli la cc besar... Minyak pon cm biasa la, besar juga. Tp axia menjimatkan, kecik, senang nak manage. Sparepart pon mudah cari...asalkan kita smpai ke destinasi yg kita ingini...

    ReplyDelete
  13. Hi nak tanya, kalau yang E tu takda radio kan? Ada Speaker ke if kita pasang radio sendiri?

    ReplyDelete
  14. Kalau gaji bersih 1400 boleh ke amek axia std g full loan?

    ReplyDelete
  15. Minyak Ron95 atau Ron97 sesuai utk AXIA yer? Ada org ckp Ron97 elok utk engine, ada yang kata Ron95 da cukup...thank you in advance

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...